Jom cuba buat Salted Peach Doughnut ni. Rupanya saling tak tumpah seperti buah Donat Peach yang sedang hangat viral tu.
Buah Peach berbetuk donat @ flat ini sebenarnya sudah lama ada di pasaran namun dek kerana viral, ramai mula mencari dan harganya juga makin melambung. Mahal juga! Maklumlah, buah ini adalah dikalangan buah-buahan import dari luar negara, jadi tidak hairanlah ‘mahar’nya lebih tinggi dari buah-buahan yang lain.
Buah-buahan yang bertaraf ‘sultan’ begini, tak ramai yang mampu membelinya. Lebih-lebih lagi jika keluarga yang berpendapatan rendah dan juga mempunyai bilangan ahli keluarga yang ramai. Dari segi rasa, saling tak tumpah seperti rasa buah pic yang lain cuma rupanya sahaja berbeza. Bentuknya berbentuk leper dan tidak bulat seperti biasa.
Bagi yang ingin mencuba sesuatu yang baru, saudari Che Azawimie Che Zahari ada kongsikan satu resipi istimewa iaitu Salted Peach Doughnut. Ia adalah donat yang dibentuk dan diwarnakan seakan buah peach dan mempunyai rasa lemak-lemak masin dan manis gula. Sedap! Kena makan panas-panas barulah terasa lemak-lemak masin mentega yang cair tu. Jom cuba. Anak-anak pasti suka.
Pulut Seri Kaya Telur atau dipanggil Sekaya Telur oleh orang Kelantan adalah salah satu dari kuih istimewa Kelantan. Lagi sedap bila dimakan sejuk sejuk, jadi simpanlah sekejap dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.Jika tidak sukakan bau dan rasa bunga cengkih, anda tidak perlu menggunakannya di dalam resipi ini dan gantikan dengan esen vanila.
BAHAN-BAHAN:
Lapisan Bawah:
500gm beras pulut
300ml santan pekat
300ml air
Secubit garam halus
Sedikit minyak masak
Lapisan Atas:
5 biji telur ayam
4 biji telur itik
4 keping gula melaka (saiz sederhana)
1 helai daun pandan
3 kuntum bunga cengkih (jika suka)
Secubit garam halus
CARA MEMASAK:
1. Rendam pulut sekurang kurangnya empat jam. Basuh bersih dan toskan.
2. Campurkan pulut bersama santan air dan garam, kemudian kukus hingga masak.
3. Lapikkan loyang dengan plastik yang disapu dengan sedikit minyak.
4. Tuangkan pulut ke dalamnya. *Tekan-tekan supaya pulut mampat dan kemas.
5. Taburkan sedikit tepung gandung di atasnya. Ketepikan.
6. Satukan telur dan bunga cengkih, lalu dipukul sedikit.
7. Masak gula melaka dengan sedikit air dan daun pandan sehingga gula larut.
8. Tuangkan ke dalam adunan telur, gaul rata dan masukkan sedikit garam.
9. Seterusnya, tuangkan bancuhan ini di dalam loyang berisi pulut sebagai lapisan atas.
10. Kemudian kukus semula lebih kurang 30 minit dengan api sederhana.
11. Angkat dari pengukus dan sejukkan sebelum dipotong.
Sedapnya Cucur Kucai Udang ni. Kalau buat untuk minum petang memang sesuai sangat. Resipi yang sangat simple ini adalah perkongsian saudari Norhaniza Kamaruddin dan digunakan untuk niaga. Katanya memang laris. Bagi anda yang nak cuba boleh salin resipi di bawah ni. Malah kalau nak buat dalam jumlah yang sedikit, bolehlah bahagikan adunan bahan. Senang sangat. Selamat mencuba.
CARA MASAK CUCUR KUCAI UDANG PALING MUDAH & SEDAP
SUKATAN 1 KG TEPUNG
BAHAN-BAHAN:
1kg tepung gandum
1/2 paket ibu roti @ mauripan @yis
Garam secukup rasa
1 sudu makan lada sulah
2 sudu makan cili kisar
1 ikat kucai
Tauge – dalam RM1
1 biji telur – pilihan. Jika tiada, boleh abaikan.
Udang kertas secukupnya
Air masak – kuantitinya agak-agak dengan jumlah tepung
CARA MEMASAK: 1. Satukan semua bahan ( kecuali kucai dan udang) di dalam bekas bersesuaian. Adun sebati hingga tak berketul. Pastikan adunan tidak terlalu lembik dan tidak terlalu keras. 2. Tambahkan kucai dan udang. Gaul sekali lagi hingga sebati.
3. Biar adunan selama 30 minit sebelum digoreng. 4. Panaskan minyak dalam kuantiti yang banyak dan goreng bancuhan cucur tadi hingga garing.
Ubi kayu sejenis ubi yang sinonim dengan masyarakat Melayu kerana dari ubi kayu terhasilnya pelbagai jenis makanan yang ternyata sedap olahannya, terutama kuih muih tradisional yang diperbuat dari ubi kayu. Antara yang disukai ramai hingga sekarang adalah talam dan bingka ubi kayu. Bagaikan terasa kenyal tekstur dan lemak manis rasanya. Kalau korang nak cuba, berikut RASA kongsikan resipinya
BINGKA UBI KAYU BAHAN-BAHAN:
1kg ubi kayu | parut dulu baru timbang
2 cawan air
1 cawan santan pekat
3/4 cawan gula kastor
1/2sudu teh garam halus
Sedikit mentega
CARA MEMASAK:
1. Ubi yang telah diparut dicampur dengan air lalu tapis. Biarkan ubi di dalam tapisan selama 20 minit.
2. Buang air dari tapisan ubi tadi perlahan-lahan tetapi ambil lapisan sagu yang liat lalu tuang ke dalam mangkuk.
3. Satukan ubi yang telah ditapis tadi bersama gula, garam dan pewarna makanan ke dalam mangkuk berisi sagu ubi tadi lalu kacau rata.
4. Sapu loyang pembakar dengan mentega. Tuang adunan ubi tadi ke dalam loyang dan ratakan. 5. Boleh juga tambah sedikit mentega dibahagian atas adunan ubi.
6. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 45 minit atau hingga bingka masak.
7. Sejukkan dan potong.
TALAM UBI BAHAN-BAHAN: A: LAPISAN BAWAH:
800gm ubi kayu | parut dulu baru timbang
300ml air
150ml santan pekat
250gram gula
Pewarna kuning
B: LAPISAN ATAS:
800ml air
320ml santan pekat
100gram tepung beras
80gram tepung ubi
80gram tepung gandum
2 sudu teh garam halus
CARA MEMASAK:
1.Satukan semua bahan A lalu kacau sebati.
2. Tuang ke dalam periuk lalu didihkan atas api yang sederhana. Kacau hingga pekat.
3. Sediakan loyang yang dialas dengan plastiK.
4. Tuang adunan A tadi ke dalam loyang dan ratakan.
5. Kukus selama 40 minit.
6. Dalam mangkuk lain, satukan semua bahan B lalu kacau sebati.
7. Tuang ke dalam periuk lalu didihkan atas api dengan api sederhana. Kacau hingga naik wap.
8. Tuang adunan B ke dalam loyang berisi adunan A yang telah dikukus tadi. Kukus kuih talam selama 30 minit lagi.
9. Sejukkan dan potong mengikut cita rasa dan sedia dihidangkan.