Apam Mekar adalah antara kuih tradisional yang menjadi kegemaran ramai. Sesuai dinikmati pada bila-bila masa, Apam Mekar ini juga tidak sukar untuk disediakan. Jika nak cuba, resipi perkongsian dari Opah Mas Cotek ni antara yang mudah. Bolehlah cuba buat untuk minum petang atau sarapan. Pasti puas hati.
CARA BUAT APAM MEKAR YANG SEDAP & GEBU
Ads
BAHAN-BAHAN:
1 biji telur A
100gm gula pasir
125gm tepung gandum
100ml susu segar
1 sudu teh ovalette
1 sudu teh esen vanilla
Pewarna yang disukai secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Satukan semua bahan ( kecuali pewarna) di dalam mangkuk adunan. 2. Pukul guna kelajuan tinggi anggaran 10 minit sehingga adunan menjadi kembang dan gebu. 3. Ambil sedikit adunan dan warnakan ikut warna kegemaran. Ketepikan. 4. Ambil acuan apam. Jika tiada, guna acuan lompang pun boleh. Susun cawan kertas di dalamnya.
5. Sudukan @ picit adunan asal (adunan yang tidak diwarnakan) hingga memenuhi 1/2 cawan kertas. 6. Kemudian sudukan @ picit pula adunan berwarna. Isi hingga penuh acuan.( lebih mudah jika guna piping bag)
7. Panaskan kukusan. Kukus Apam Mekar guna api besar selama 15 minit. 8. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
NOTA:
Ads
Lapik penutup kukusan menggunakan aluminium foil @ kain supaya air tidak menitis di atas apam.
Untuk 1 adunan ini, akan dapat 15 biji apam (mungkin berbeza ikut saiz acuan)
Nak makan pisang goreng tapi dalam masa yang sama sedang amalkan pemakanan sihat, nak kurangkan minyak. Jangan tahan selera, kita boleh saja menikmati pisang goreng tapi cuba goreng gunakan air fryer
Pisang goreng hasil dari air fryer ini tetap sedap dan rangup asalkan ikut cara yang dikongsi Eniza M.Salim. Untuk mendapatkan hasil pisang goreng yang rangup, rahsianya ialah menggolekkan pisang dengan serbuk roti.
Goreng pisang guna air fryer, nak rangup guna cara ini
Bahan-bahan:
Pisang (pisang abu atau pisang nipah)
Tepung pisang goreng segera
Air
Serbuk roti
Minyak (untuk disemburkan pada pisang)
Cara masak guna air fryer
Kupas pisang yang ingin dimasak.
2. Bancuh tepung pisang goreng segera bersama sedikit air. Jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair.
3. Masukkan pisang ke dalam adunan bancuhan tepung kemudiaan golek-golekkan atas serbuk roti.
4. Susun dalam air fryer. Semburkan minyak. Hidupkan air fryer.
5. Bakar dengan suhu 180 darjah celcius selama 10 minit. Sembur minyak untuk dapatkan hasil yang moist garing.
6. Tambah lagi 5 minit selepas terbalikkan pisang. Siap untuk dihidangkan. Memang rangup krup krap bila makan.
Lidah Melayu kadangkala kalau tak pedas, tak lalu nak makan. Bila ada rasa pedas, barulah datang selera tu. Nah, kalai ni RASA kongsikan resipi ikan cencaru. Hidangan ni dimasak pedas dengan gabungan cili merah dan cili hijau. Siap ada perahan jus limau kasturi dan belacan. Terbayang rasa sedapnya kan? Jom cuba.
CENCARU SUMBAT PEDAS
.
BAHAN-BAHAN
• 20 biji cili merah + hijau
• 3 labu bawang besar (1 biji dibelah empat dan dikisar), (2 biji dihiris bulat)
• 3 biji tomato
• 6 biji bawang putih
• Belacan
• Sedikit air
• 1 biji air perahan limau kasturi
• Garam, gula secukup rasa
• Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMBUAT
1. Siang ikan cencaru dan belah belakang. Ketepikan.
2. Cili merah, cili hijau, bawang besar, tomato, bawang putih dan belacan bersama sedikit air dikisar sedikit hancur.
3. Kalau suka masam tambahkan air perahanan limau kasturi.
4. Tambah perisa garam dan gula.
5. Masukan bawang besar yang dihiris bulat. Kacau sebati.
6. Sumbat ke dalam ikan cencaru yang dilumur dengan sedikit garam. Biarkan dalam 25 minit.
7. Siap sedia untuk goreng.
8. Pastikan goreng dengan menggunakan minyak masak yang banyak dan api perlahan.
9. Pastikan ikan betul-betul masak baru terbalikkan.
10. Lebihan bahan kisar tadi boleh dicurahkan pada ikan. Nak pekat boleh panaskan seketika.
Biasanya untuk hidangan malam, ramai yang suka sajian yang tidak terlalu berat. Antara hidangan yang boleh dinikmati adalah seperti menu berasaskan mi, bihun, spageti dan sebagainya. Nak masak pun senang dan tak renyah.
SPAGETI BOLOGNESE TELUR PUYUH
BAHAN-BAHAN:
300gm spageti | rebus dan toskan
20 biji telur puyuh | rebus dan buang kulit
3 sudu makan minyak zaitun
100gm daging kisar
1 biji buah tomato | dadu halus
150gm sos bolognese segera
1 sudu besar pes cili
1 sudu makan sos tomato
1 sudu makan sos cili
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh serbuk oregano
Garam dan gula secukup rasa
5 ulas bawang putih | cincang halus
1/2 biji bawang besar | dadu halus
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak zaitun dalam kuali, tumiskan bawang merah dan putih hingga wangi.
Seterusnya masukkan pes cili dan terus kacau.
Setelah pecah minyak masukkan daging kisar, kacau hingga daging bertukar warna.
Masukkan sos bolognese, sos cili dan sos tomato, kacau rata.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Kemudian masukkan tomato yang telah didadu halus, serbuk lada hitama dan oregano.
Akhir sekali masukkan telur puyuh.
Kacau seketika dan tutup api.
Spageti sedia dihidangkan bersama sos bolognese telur puyuh.
INFO CHEF:Anda boleh hidangkan kuah berasingan dengan spageti atau boleh gaulkan sekali dengan kuah sebelum dihidangkan.