Seri-AjiĀ® Meriahkan Pesta Seri Rasa x RASA, 2,026 Pek Nasi Goreng Kampung Bakal Diberikan!

Buat penggemar makanan, budaya dan aktiviti keluarga, jangan lepaskan peluang untuk memeriahkan Pesta Seri Rasa x RASAĀ sempena Festival Budaya Malaysia (FBM) 2026Ā yang berlangsung dari 11 hingga 16 September 2026Ā di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Seri-AjiĀ® Meriahkan Pesta Seri Rasa x RASA, 2,026 Pek Nasi Goreng Kampung Bakal Diberikan!

Bermula setiap hari dari 9.00 pagi hingga 11.00 malam, Pesta Seri Rasa x RASA membawakan pelbagai aktiviti menarik yang menggabungkan makanan, seni kulinari, budaya dan hiburan dalam satu lokasi.

Selari dengan tema ā€œMengangkat Warisan, Menyatu Rasaā€, festival ini menjadi ruang untuk pengunjung meraikan kepelbagaian cita rasa serta keunikan budaya tempatan bersama keluarga dan rakan-rakan.

Bukan sekadar boleh mencuba pelbagai makanan, pengunjung juga berpeluang menyaksikan aktiviti pentas, demonstrasi masakan dan pelbagai pengisian menarik yang berlangsung sepanjang enam hari penganjuran.

SINGGAH KE BOOTH AJINOMOTOĀ UNTUK SAKSIKAN DEMO MASAKAN, REBUT PELBAGAI PROMOSI MENARIK DAN RASAI SENDIRI PRODUK DARI AJINOMOTOĀ 

Antara booth yang wajib anda singgah sepanjang berada di Pesta Seri Rasa x RASA ialah booth Ajinomoto.

Seri-AjiĀ® Meriahkan Pesta Seri Rasa x RASA, 2,026 Pek Nasi Goreng Kampung Bakal Diberikan!Seri-AjiĀ® Meriahkan Pesta Seri Rasa x RASA, 2,026 Pek Nasi Goreng Kampung Bakal Diberikan! Seri-AjiĀ® Meriahkan Pesta Seri Rasa x RASA, 2,026 Pek Nasi Goreng Kampung Bakal Diberikan! Seri-AjiĀ® Meriahkan Pesta Seri Rasa x RASA, 2,026 Pek Nasi Goreng Kampung Bakal Diberikan! Seri-AjiĀ® Meriahkan Pesta Seri Rasa x RASA, 2,026 Pek Nasi Goreng Kampung Bakal Diberikan! Seri-AjiĀ® Meriahkan Pesta Seri Rasa x RASA, 2,026 Pek Nasi Goreng Kampung Bakal Diberikan!

Sepanjang festival berlangsung, pelbagai aktiviti menarik telah disediakan untuk pengunjung. Salah satu daripadanya ialah Demo Masakan. Ajinomoto menyediakan beberapa menu untuk dinikmati secara percuma, antaranya Seri-AjiĀ® Nasi GorengĀ Kampung, Seri-AjiĀ® Tom Yam Oden, TUMIXĀ® Omelette, AJI-SHIOĀ® Grilled Chicken dan minuman LimeadeĀ yang menyegarkan.

Selain itu, terdapat promosi jualan dengan pelbagai hadiah untuk ditebus secara percuma dengan harga yang sangat menarik.

Jangan lepaskan peluang menikmati jualan istimewa di booth AjinomotoĀ sepanjang acara berlangsung. Antara promosi yang ditawarkan termasuk Merdeka Bundle SetĀ dengan hadiah Merdeka Blind Box percuma, Seri-AjiĀ® Value PackĀ pada harga hanya RM12, serta ā€œAJINOMOTOā€ Lime Seasoning Powder 400gĀ dengan tawaran Beli 1 Percuma 1 pada harga RM12. Lebih menarik, setiap pembelian turut melayakkan pengunjung menerima baucar eCommerce bernilai RM5 secara percuma. Memang berbaloi untuk singgah dan dapatkan promosi istimewa ini!

Seri-AjiĀ® Meriahkan Pesta Seri Rasa x RASA, 2,026 Pek Nasi Goreng Kampung Bakal Diberikan! Seri-AjiĀ® Meriahkan Pesta Seri Rasa x RASA, 2,026 Pek Nasi Goreng Kampung Bakal Diberikan!

Jadi, kalau lalu di kawasan booth Ajinomoto, jangan sekadar tengok dari jauh. Singgah, ikuti pelbagai aktiviti yang disediakan dan rasai sendiri keenakan hidangan yang dimasak khas untuk para pengunjung.

2,026 PEK NASI GORENG KAMPUNG BAKAL DIBERIKAN!

Lebih menarik, antara acara utama yang paling dinanti-nantikan sepanjang Pesta Seri Rasa x RASA ialah 2,026 Pek Nasi Goreng Kampung Giveaway bersamaĀ Ajinomoto.

Seri-AjiĀ® Meriahkan Pesta Seri Rasa x RASA, 2,026 Pek Nasi Goreng Kampung Bakal Diberikan!

Acara istimewa ini bakal berlangsung pada Ahad, 13 September 2026, dari 2.30 petang hingga 3.30 petang.

Sebanyak 2,026 pek Nasi Goreng KampungĀ akan disediakan untuk diberikan kepada para pengunjung festival.

Nasi Goreng Kampung ini disediakan menggunakan Seri-AjiĀ® Perencah Nasi Goreng Kampung, yang memudahkan penyediaan hidangan nasi goreng dengan rasa yang cukup lengkap, sedap dan menyelerakan.

Bagi yang selalu mencari jalan mudah untuk menyediakan nasi goreng di rumah, penggunaan perencah seperti ini tentunya membantu menjimatkan masa tanpa perlu menyediakan terlalu banyak bahan.

Anda mungkin berminat dengan

Apa yang menjadikan acara ini lebih istimewa ialah ia turut melibatkan The Malaysia Book of Records, sekali gus menjadikan pemberian 2,026 pek Nasi Goreng Kampung ini antara acara yang wajib disaksikan sepanjang berlangsungnya Pesta Seri Rasa x RASA.

Bayangkan lebih dua ribu pek Nasi Goreng Kampung disediakan dalam satu acara. Memang meriah!

JANGAN LEPASKAN PELUANG MERIAHKAN PESTA SERI RASA X RASA

Kalau masih belum ada rancangan bersama keluarga minggu ini, masukkan Pesta Seri Rasa x RASAĀ dalam senarai anda.

Bukan sahaja boleh menikmati pelbagai pilihan makanan dan aktiviti menarik, anda juga boleh singgah ke booth Seri-AjiĀ® untuk menyaksikan demo masakan, mencuba nasi goreng dan bersama-sama memeriahkan acara istimewa 2,026 Pek Nasi Goreng Kampung GiveawayĀ pada Ahad ini.

Jadi ajak keluarga, pasangan dan rakan-rakan untuk datang beramai-ramai ke Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur dari 11 hingga 16 September 2026.

Jumpa anda di Pesta Seri Rasa x RASA sempena Festival Budaya Malaysia 2026. Datang untuk makan, bersantai dan rasai sendiri kemeriahan pesta yang mengangkat warisan serta menyatukan rasa!

 

Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
āˆž
āˆž

Menu Lain

Gulai Ikan Kering Sedap & Padu, Resipi Asli Kelantan Wajib Cuba

Gulai Ikan Kering versi Kelantan memang sedap dan padu. Kuah santan lengkap dengan nanas, timun dan cili, paling enak dimakan bersama nasi panas.