Sajian lauk masak lemak sememangnya menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Tua, muda, Melayu, Cina, India dan lain-lain kaum juga menggemarinya. Sajian ini juga ada pelbagai versi. Setiap negeri, ada kelainan dan keistimewaan yang tersendiri. Anda suka lauk masak lemak? Koleksi resipi di bawah ini boleh dicuba.

 

KOLEKSI RESIPI LAUK MASAK LEMAK YANG SEDAP & MUDAH MASAK

1. AYAM MASAK LEMAK CILI PADI

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ayam

BAHAN KISAR:

  • 5 ulas bawang merah
  • 8 tangkai Cili hidup merah
  • 15 tangkai cili padi hijau – boleh kurangkan jika tidak tahan pedas
  • 1/2 inci kunyi hidup
  • Garam secukup rasa
  • 1/2 cawan santan pekat
  • 1 cawan santan cair

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan yang ditumbuk.
  2. Masukkan ayam, ubi kentang dan santan cair. Kacau dengan api perlahan sampai mendidih.
  3. Kemudian masukkan santan pekat. Tunggu sampai mendidih lagi sekali.
  4. Masukkan tomato dan tabur daun kunyit. Jika pekat sangat, tambah air ikut selera masing masing.

Kredit resipi & foto: Mastura Mukhtar

 

2. KETAM MASAK LEMAK CILI API

BAHAN-BAHAN:

  • Ketam – dibersihkan
  • 1 batang serai
  • Asam keping
  • 1/2 biji santan
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Perencah hilal
  • Air secukupnya

BAHAN KISAR:

  • 1 biji bawang besar
  • 1 ulas bawang putih
  • Kunyit hidup / serbuk kunyit
  • Cili merah / cili padi

CARA MEMASAK:

1. Tumis bahan kisar hingga wangi dan masukkan serai serta asam keping.
2. Masukkan sedikit air dan ketam.
3. Akhir sekali masukkan garam, gula, perencah hilal dan santan. Kacau rata.
4. Jika suka, boleh masukkan daun kunyit. Boleh juga guna udang atau lala.

Kredit Resepi & foto: Hasnorfadila Kadir

 

3. MASAK LEMAK CILI API PERUT

BAHAN-BAHAN:

  • Perut lembu / kambing – dicuci, dipotong kecil dan direbus hingga lembut.
  • Segenggam cabai Melaka (25-30 biji) – kisar
  • 2 inci kunyit hidup – kisar
  • 2 biji bawang merah (tak boleh banyak @boleh pilih untuk tidak masukkan langsung- kisar
  • 2 batang serai – diketuk
  • 2 bungkus sayur jeruk maman – dibasuh
  • Santan pekat segar
  • Santan kotak KARA
  • Serbuk krimer santan (setengah pek)
  • Sedikit air
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

1. Panaskan periuk. Masukkan bahan kisar (tanpa minyak) ke dalam periuk.
2. Masukkan perut yang telah direbus. Kecutkan dalam bahan yang dikisar kira-kira 3 minit. Masukkan juga serai yang diketuk.
3. Masukkan santan segar (tinggalkan sedikit untuk dimasukkan ketika hampir masak).
4. Masukkan santan kotak dan krimer santan yang dibancuh bersama air suam. Kacau sentiasa dengan api perlahan agar tidak berketul.
5. Masukkan sedikit air untuk seimbangkan kepekatan. Masukkan juga garam dan secubit gula.
6. Masukkan sayur maman ketika kuah telah mendidih. Tunggu kira-kira 5-10 minit (sayur maman takkan hancur).
7. Masukkan baki santan segar. Kacau. Biarkan mendidih seketika. Tutup api dan sedia dinikmati.

Kredit resipi & foto: Faisal Mustafa

 

4. KELI MASAK LEMAK CILI API

BAHAN-BAHAN:

  • Ikan keli – bersihkan dan goreng terlebih dahulu
  • Cili padi – kisar
  • Kunyit hidup – kisar
  • Santan
  • Asam keping
  • Garam, gula dan perasa secukupnya
  • Hirisan timun
  • Daun kunyit

CARA MEMASAK:

IKLAN

1. Kisar cili api, kunyit hidup dan santan hingga halus. Tuang ke dalam kuali.

2. Masukkan asam keeping, garam, gula dan perasa dengan secukupnya.

3. Masukkan hirisan timun dan daun kunyit. Masak seketika kemudian tambahkan ikan yang telah digoreng.

4. Masak sebentar dan angkat. Sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Farah Emylia

 

5. SOTONG MASAK LEMAK CILI PADI

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kilo sotong segar
  • 2 cawan santan pekat – boleh tambah
  • 1 keping asam gelugur
  • 2 batang serai – dititik
  • Garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

  • 3 biji cili merah
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 1 inci halia *

Kalau kuah kurang tambah santan dan jika suka pedas tambah lagi cili .
Tambah atau kurang bahan-bahan ikut selera sendiri

CARA MEMASAK :

1. Bersihkan sotong dan di potong kecil serta ketepikan semua dulu .
2. Tumbuk semua bahan sampai lumat .
3. Panaskan minyak secukupnya dalam periuk kemudian tumis semua bahan tumbuk sampai wangi.
4. Masukkan santan, serai dan asam keping.
5. Biarkan kuah mendidih dan masukkan semua sotong , sekali-sekala kacau supaya kuah santan tak pecah minyak .
6. Masukkan garam secukup rasa dan biarkan sampai sotong masak dan boleh la ditutup api dapur .

Kredit Resipi & Foto: Nanie Khuzaifah

 

6. LOKAN MASAK LEMAK CILI PADI DAUN PEGAGA

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg lokan | cuci bersih dan toskan
  • Secekak daun pegaga | ambil daun sahaja
  • 1 batang serai | titik
  • 500 ml santan
  • 1 keping asam gelugor
  • Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR:

  • 15 biji cili padi
  • 3cm kunyit hidup
  • 3 ulas bawang merah
  • 1 hirisan halia

CARA MEMASAK:

1. Masukkan santan dalam periuk bersama bahan kisar, asam gelugor dan serai titik.
2. Renehkan di atas dapur menggunakan api sederhana.
3. Setelah mendidih, masukkan lokan dan daun pegaga.
4. Kacau rata, kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
5. Setelah masak, tutup api dan hidangkan

 

7. IKAN SARDIN GORENG MASAK LEMAK CILI API

BAHAN-BAHAN:

  • 2 tin sardin
  • 1 labu bawang merah – tumbuk
  • 4 ulas bawang putih – tumbuk
  • 1 batang serai – ketuk
  • 1 helai daun kunyit
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya
  • Santan fresh (1 biji kelapa) @ 1/2 kotak santan
  • Cili padi secukupnya – tumbuk
  • 1 ulas asam keping
  • Isi kunyit @ serbuk kunyit

CARA MEMASAK:

1. Asingkan ikan sardin dengan sos. Ambil ikan sahaja. Sos sardin diketepikan dan tak perlu guna. 2. Goreng ikan separuh masak terlebih dahulu. Dah siap, ketepikan.
3. Masukkan bahan tumbuk, serai, daun kunyit, santan dan air. Masak sehingga mendidih. Kacau selalu supaya santan tak pecah.

4. Masukkan ikan yang di goreng tadi dan letak garam secukup rasa. Kacau sekejap dan tutup api.

Kredit resepi & foto: Tengku Roselyza Raja Muhammad

 

8. LEMAK KENCUR / IKAN KELI MASAK LEMAK CEKUR

BAHAN-BAHAN:

  • 5 ekor ikan keli – dicuci bersih

BAHAN TUMBUK:

  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci belacan
  • Ubi cekur dalam sebesar ibu jari tangan – kalau ubinya kecil, guna dalam 2,3,4 ketul. lebih pun tak apa, lagi sedap.
  • 5-10 biji cili api – ikut kepedasan
  • Asam keping
  • 1 kotak kecil santan
  • Sedikit lada hitam
  • Garam, gula dan perasa secukupnya
  • Aji

BAHAN HIRIS:

  • Daun cekur
  • Daun limau purut
  • Daun kunyit – disimpul

CARA MEMASAK:

1. Gaul ikan bersama garam dan kunyit kemudian dibakar 3/4 masak atau digoreng separuh masak. Ketepikan.

2. Dalam kuali, masukkan sedikit minyak dan masukkan bahan-bahan tumbuk.. Tumis sehingga naik bau.

3. Masukkan asam keping dan santan. Tambahkan sedikit air.

4. Perasakan dengan garam, gula, perasa dan sedikit lada hitam.

5. Masukkan ikan keli yang dibakar tadi.. tambahkan air jika perlu.

6. Kemudian masukkan daun-daun yang dihiris. Masak seketika dah boleh tutup api. Siap.

Kredit resipi & foto: Nurhasanah Ismail

 

9. MASAK LEMAK CILI API UBI KELADI

BAHAN-BAHAN:

  • Ubi keladi – buang kulit & potong
  • Sedikit ikan bilis – ditumbuk kasar
  • Santan secukupnya
  • 1 keping asam gelugur
  • Garam secukup rasa

BAHAN KISAR:

  • Cili api secukupnya
  • Bawang merah
  • Kunyit hidup

CARA MEMASAK:

1. Masukkan bahan kisar, ikan bilis dan ubi keladi ke dalam periuk. Masak hingga ubi empuk.

2. Masukkan santan, asam keping dan garam secukup rasa. Masak hingga santan masak dan siap sedia untuk dimakan. Lagi pekat kuah lagi sedap.

Kredit resipi & foto: Norlaily Lily

 

Link asal resipi: MAHN

 

Nak cari RICE COOKER baru? Pilih je DISINI. Banyak pilihan & harga pun murah.

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak, boleh cuba resipi di bawah ni:

Resipi Sos Pencicah Serbaguna Homemade. Mudah, Cepat & Sedap.

Petua Mudah Untuk Hilangkan Sakit Lutut Secara Semulajadi

Resipi Dadih Homemade Pelbagai Perisa. Tak Guna Serbuk Segera Pun.

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official