Kuih kaswi sememangnya diminati ramai. Kuih ini ada yang berbentuk empat segi dan boleh juga menggunakan acuan lompang jika mahukan saiz yang lebih kecil dan mudah dimakan. Lebih enak bila dinikmati dengan kelapa muda menambah perisa kuih kaswi yang dimasak. Barulah lemak manis rasanya. Dikongsikan resipi untuk membuatnya.
1. Masak bahan yang bertanda (*) hingga larut bersama daun pandan. Biarkan sejuk dan tapis.
Ads
2. Masukkan tepung gandum, tepung ubi dan kapur makan. Kacau menggunakan ‘whisk’ hingga sebati. Tapis adunan menggunakan penapis santan.
3. Tapis sekali lagi menggunakan penapis teh supaya adunan lebih halus.
4. Panaskan air kukusan, sapukan sedikit minyak masak pada acuan. Apabila air kukusan mendidih, kukus acuan seketika dan barulah dituangkan adunan kaswi yang telah ditapis tadi.
5. Kukus kuih kaswi menggunakan api sederhana. Setelah masak, golekkan ke dalam mangkuk berisi kelapa parut yang telah dicampur dengan sedikit garam halus.
Kuih Seri Muka Pandan memanglah sedap dengan lemak santan dan lapisan atas berkrim dan rasa pandan yang enak. Tpi resipi ni ditambah gula merah dan sedikit kicap untuk memekatkan warna.
Resipi perkongsian dari Kak Ida ini boleh dicuba untuk minum petang atau masa sarapan pagi. Seri Muka yang terbaik lapisan atasnya lembut dan cair di mulut, sementara pulut dibawahnya padat dan kaya dengan rasa lemak santan.
SERI MUKA PANDAN GULA MERAH
BAHAN-BAHAN :
Bahan Lapisan Atas (loyang 12×12) :
2 cawan tepung gandum
1 1/4 cawan santan
3 cawan air
1 cawan air pandan
1 cawan gula merah
1/2 cawan gula puteh
1 sudu besar tepung jagung
1sudu besar tepung beras
Kicap pekat hitam secukupnya untuk gelapkan kueh
Secubit garam
CARA MEMASAK :
1. Gaul semua bahan-,tapiskan kemudian curah atas pulut kukus sampai masak..
Bahan Lapisan Bawah:
3 cawan beras pulut
2 cawan santan
Sedikit pewarna hijau
Garam secukup rasa
Sedikit jus pandan
CARA MEMASAK :
1. Pulut 3 cawan rendam dulu dlm 2 jam bersama pewarna hijau sikit kemudian tos kan pulut masukkan dlm loyang.
2. Kukus dlm loyang bersama santan ..air pandan sikit dan garam ,hingga masak.
3. Bila sudah masak pulut,tekat padat-padat padat2.
4. Kukus semula baru letak bahagian atas..
Kredit : Kak Ida
Via FB : 1001 Resepi Kuih Muih Tradisional Umie Saffiya
Apam yang dimasak gebu memang selalunya mencuit selera. Lagi-lagi kalau dimakan dengan kelapa parut. Lemak manis jadinya. Ini apam yang sangat basic. Nama pun kampung. Tapi kalau dah makan, memang teringat-ingat. Apam yang manis dimakan dengan kelapa parut masin, memang amat mengasyikkan.
APAM KAMPUNG
Ermmmm sedapnya
BAHAN-BAHAN
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
Sehelai daun pandan
1 1/2 cawan air
3 cawan tepung gandum
1/2 peket mauripan (mauripan + air setengah cawan kembangkan)
Kelapa parut putih + garam
CARA MEMBUAT
1. Masak gula merah, gula pasir, daun pandan bersama air 1 1/2 cawan tadi. Sejukkan.
2. Sediakan loyang, masukkan tepung, mauripan yg direndam tadi dan air gula yang disejukkan.
3. Kemudian bancuh rata. Perap 1 jam.
4. Panaskan pengukus sehingga air mendidih. Kukus adunan selama setengah jam. Siap.
5. Hidangkan dengan kelapa parut.
Apam bakar resepi tradisi yang mudah untuk disediakan. Makan kosong tanpa tapai, ragi atau pisang pun sedap tapi kalau nak lebih flavor boleh juga tambah bahan-bahan seperti yang disebutkan tadi. Syahida Mohd Azmi berkongsi resepi turun-temurun keluarganya untuk sarapan pagi. Tak cukup satu kalau makan ramai-ramai!
Resepi Apam Bakar
BAHAN-BAHAN:
2 Cawan Tepung beras
1 Cawan Tepung gandum
Yis – 1 ½ sudu besar / nak guna setengah paket pun boleh (paket yang 11g)
Air suam – 1½ cawan
2 sudu besar gula
Sedikit garam
CARA MEMASAK:
Campur semua bahan kecuali air.
Masukkan air sedikit demi sedikit. Pastikan adunan tak terlalu cair tak terlalu pekat.
Perap selama 30 minit.
Goreng guna kuali ‘non stick’, api kecil dan tutup penutup dia macam dalam gambar.
Boleh dimakan bersama nyiur. (Kelapa parut tu gaul-gaul dengan sedikit garam)
Tips:
Nak bagi lebih lembut dan sedap, kena tambah pisang lecek 2,3 biji.