Kuih tradisional tetap menjadi pilihan walaupun pelbagai makanan unik dan yang telah diolah muncul dari sehari ke sehari. Antara yang mendapat tempat di hati dan menjadi pembuka selera adalah kuih ketayap, kuih peria dan kuih bakar pandan.

Tiga jenis kuih tradisional hasil perkongsian resipi Rahmah Rosmin ini pastinya menggamit kenangan saat ibu atau nenek kita membuat kuih ini dahulu.

Jom kita cuba buat.

Hijau Penyegar Mata, 3 Kuih Tradisional Memikat Selera

KUIH KETAYAP

BAHAN-BAHAN:

2 cawan tepung gandum (saya guna cap Ros)

2 sudu besar minyak masak

Sedikit garam

2 ¼ – 2 ½  cawan air pandan / secukupnya

Sedikit pewarna hijau epal – jika perlu

CARA MEMASAK:

Bancuh semua bahan di atas, kemudian kisar hingga halus.

Panaskan kuali non stick. Pastikan pan telah panas, baru tuang adunan.

Tuang sedikit adunan, kemudian lenggangkan.

Bila dah masak, angkat kulit ketayap dan isikan inti kelapa. Kemudian, gulungkan  kemas-kemas.

(INTI KELAPA)

BAHAN-BAHAN:

1 biji kelapa parut

½ cawan gula merah

2 sudu besar gula pasir (ikut tahap manis yang dikehendaki)

½ cawan air

IKLAN

2 helai daun pandan

1 sudu besar tepung gandum (agar inti tak berderai)

Secubit garam

CARA MEMASAK:

Masak gula bersama air dan daun pandan hingga gula larut. Tapis air gula.

Masukkan kelapa. Kacau hingga air kering dan kelapa masak.

Akhir sekali, masukkan tepung gandum dan kacau sebati.

*Kalau suka inti warna hitam, masukkan sedikit kicap pekat.

Hijau Penyegar Mata, 3 Kuih Tradisional Memikat Selera

KUIH PERIA

BAHAN-BAHAN:

2 cawan tepung pulut

2 sudu besar tepung gandum

Sedikit garam

IKLAN

1 cawan @ secukupnya santan cair / air

Pewarna makanan hijau

Minyak masak

Inti kacang merah

Sarung buah – untuk membentuk jalur

CARA MEMASAK:

Masukan tepung pulut, tepung gandum, garam, santan cair dan pewarna makanan ke dalam sebuah bekas dan uli sehingga membentuk doh.

Kemudian, oles sedikit tangan dengan minyak. Ambil sedikit doh kecil dan bentukkan membulat. Kemudian, leperkan dan letak di atas sarung buah.

Isikan inti kacang merah di tengahnya dan tutup kemas. Setelah itu, gulung bersama sarung buah. Tekan sedikit untuk membentuk corak.

Apabila sudah siap semuanya, kukus selama 8 hingga 10 minit dengan api sederhana kuat.

Hijau Penyegar Mata, 3 Kuih Tradisional Memikat Selera

KUIH BAKAR PANDAN

BAHAN-BAHAN:

2 cawan tepung gandum

IKLAN

½ cwn gula pasir (manis ikut cita rasa)

½ sudu kecil garam

2 ¼ cwn santan

1 cawan jus pandan

3 biji telur

2 sudu besar marjerin

Sedikit pewarna hijau

1 sudu kecil esen vanila

Bijan secukupnya

CARA MEMASAK:

Bancuh semua bahan di atas kecuali bijan. Kemudian, Kisar hingga halus.

Sapu acuan dengan sedikit minyak. Panaskan sekejap atas dapur gas. Kemudian,  tuang adunan dan taburkan bijan.

Bakar hingga masak.

Kredit: Rahmah Rosmin

[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI