Bingka Pandan Sedap, Lembut Dan Wangi

Bingka pandan ini sedap, lembut dan semerbak aroma pandannya.  Bingka atau juga dipanggil bengkang ini salah satu kuih-muih orang lama yang masih disukai ramai,

Rasanya yang lemak manis sesuai dijadikan hidangan pemanis mulut. Lagi mudah, bila bakar ia menggunakan air fryer. Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh puan Eniza M. Salim ini. Dijamin sedap.

Bingka Pandan

Bahan-bahan:

1 1/2 cawan tepung gandum – boleh beli online di sini

Secawan pati santan

1 cawan air pandan

3/4 cawan gula (kalau suka lebih manis, jadikan secawan gula) – boleh beli online di sini

1 sudu teh garam – boleh beli online di sini

2 biji telur

Sedikit bijan

2 sudu makan mentega – boleh beli online di sini

IKLAN

Sedikit pewarna hijau

Cara Memasak:

Kisar semua bahan di atas kecuali bijan. Masak sekejap atas dapur dengan menggunakan api perlahan.

Bingka Pandan Ini Sedap, Lembut Dan Semerbak Aroma Pandan

Bila agak likat sikit ( jangan sampai berketul-ketul), angkat dan tuangkan ke dalam loyang saiz 6’ yang telah dioleskan dengan mentega. Tuang adunan ke dalam bekas dan kemudian tabur bijan.

Bakar suhu 160C selama 20 minit. Apabila dah masak (cucuk dengan lidi sate. Kalau tak ada kesan pada lidi itu maknanya dah masak).

Bingka Pandan Ini Sedap, Lembut Dan Semerbak Aroma Pandan

IKLAN

Tambah lagi 15 minit dengan suhu 180C untuk garingkan bahagian atasnya.

Suhu bergantung pada air fryer masing-masing juga ye, Kalau kurang masak boleh tambah lagi masa.

Bingka Pandan Ini Sedap, Lembut Dan Semerbak Aroma Pandan

Bila dah sejuk, bolehlah potong ye.

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

IKLAN

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Lebihan Secawan Nasi Jadikan Kuih, Terhasillah Apam Nasi Lembut Gebu

Kuih Talam Keledek, Sesedap Rasanya Secantik Kejadiannya

Kuih Cempiang Sedap Sajian Popular Dari Sabah, Kena Cuba!

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI