Kek Chiffon Oren ni memang sedap dan gebu. Sama seperti Kek Chiffon pandan, ia merupakan antara kek popular yang diminati dari dulu hingga kini. Teksturnya yang ringan dan gebu serta lembut dimakan membuatnya amat digemari ramai. Bagi yang nak cuba buat Kek Chiffon Oren ni, Opah Mas Cotek ada kongsikan resipinya. Jom cuba.
Menerusi perkongsian Puan Nor Azimah Udin, resipi telur itik masin ini diperolehi dari kakak ipar beliau iaitu Puan Wan Teh Salmah. Sejak itu, beliau memang jarang sekali beli telur masin di kedai. Selain puas hati, kebersihan juga terjaga. Malah, rasa telur masin homemade ini juga lebih sedap. Bagi yang nak cuba buat telur masin homemade ni, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
TELUR ITIK MASIN HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
30 biji telur itik
1 cawan garam
4-5 cawan air
CARA MEMASAK: 1. Telur itik dibasuh bersih dan dikeringkan.
2. Satukan garam dan air. Masak hingga mendidih dan garam larut. Sejukkan.
3. Susun telur didalam bekas yang bersesuaian. Tuang air garam yang telah sejuk ( pastikan benar-benar sejuk). 4. Biarkan pada suhu bilik selama 2-3 minggu. ( empunya resipi simpan botol berisi telur ni di dalam kabinet).
NOTA:
Air garam tidak perlu ditukar sepanjang proses pengasinan tersebut.
Setelah cukup tempoh pengasinan tu, telur boleh ditos airnya dan disimpan dalam peti sejuk. Jika biar dalam air garam terlalu lama, dibimbangi telur akan terlebih masin.
Varuval tu maksudnya garing..haa terjadilah ayam masak garing yang sungguh lazat ini. Masakan India ini antara sajian popular di kalangan masyarakat India. Orang Melayu pun gerenti suka lah.
Jom ikut langkah memasaknya seperti yang dikongsikan oleh Kalaivani a/p Krishnasamy ini.
AYAM VARUVAL
BAHAN PERAP:
1/2 ekor Ayam
Halia
Bawang putih
Serbuk kunyit
Serbuk kari
Garam
CARA MEMASAK:
1. Perap ayam dengan semua bahan perapan
2. Perap ayam dalam satu jam. Kemudian boleh goreng macam biasa dalam minyak yang banyak (deep fry)
BAHAN VARUVAL:
4 sudu besar jintan manis
15 ulas bawang putih
Daun kari
Cili kering
3 biji bawang besar
Halia-ditumbuk halus
1 biji tomato
3 sudu besar serbuk cili/ cili kering kisar
CARA MEMASAK:
Goreng jintan manis dalam minyak. Ketepikan.
2 Goreng cili kering, bawang putih dan daun kari. Ketepikan juga. Bahan-bahan ini nak letak banyak pun boleh sebab tidak akan pedas dan tidak akan ade bau bawang putih. Lagi tambah lagi sedap.
3. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang besar, halia, bawang putih dan tomato. Tumis sampai bawang tukar warna.
4. Sudah bertukar wana boleh masukkan serbuk cili kering atau cili kering kisar. Tambah ikut selera masing-masing sebab varuval tidak boleh pedas sangat sebab nanti tidak sedap. Masak atas minyak jangan letak air sebab air dari bawang itu pun dah cukup. Kalau mahu lebih sedap tambah lagi bawang.
5. Perasakan dengan garam dan gula. Tunggu sampai garing dan pecah minyak sebab varuval kena garing dan rasa manis sedikit
6. Kemudian masukkan bahan-bahan yang sudah digoreng tadi jintan manis, cili kering, bawang putih dan daun kari. Gaul hingga sebati.
7. Selepas itu masukkan ayam yang digoreng tadi. Gaul sebati dan rasakkan lagi jika perlu tambah bahan perasa.
8. Sudah siap boleh tutup api. Boleh taburkan daun pudina atau daun ketumbar.
Wow…Sedapnya Sambal Goreng Jawa ni. Dimasak dengan campuran pelbagai bahan menjadikan hidangan ini jadi kegemaran ramai. Lengkap dengan sayur, protein dan karbohidrat, kalau dimakan begitu sahaja tanpa nasi pun sudah mengenyangkan. Nak cuba masak hidangan ini hari ni? Jom cuba resipi perkongsian saudari Mariana Zainal ni. Pasti puas hati.