Lepat Pisang Inti Kelapa. Kombinasi Rasa Manis Dan Lemak Yang Sedap

Lepat pisang inti kelapa ini menggabungkan rasa manis dan  lemak yang sedap. Tak cukup makan satu. Boleh masak malam untuk sarapan esok pagi. Mudah kan? Boleh bawa bekal ke tempat kerja juga.

Ini satu lagi kuih-muih tradisi orang dulu-dulu. Tapi ia masih lagi popular zaman sekarang. Nak cuba buat sendiri? Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh puan Eniza M. Salim ini.

Orang selalu beranggapan kuih tradisional ini susah dan renyah nak buat. Tapi sebenarnya nampak je susah tapi taklah susah sangat nak membuatnya.

Selain itu, bila masak sendiri, lagi puas hati. Boleh tambah lebih inti kelapanya baig yang suka inti. Kadang yang beli intinya sikit je. Tak puas makan. Betul tak?

Lepat Pisang Inti Kelapa
Bahan-Bahan:

3 cawan pisang emas/ berangan
1 cawan tepung gandum – boleh beli online di sini
3 sudu besar gula – boleh beli online di sini
Daun pisang secukupnya (dilayur dulu)

Untuk Inti:

Kelapa putih parut

Garam secukup nya(untuk inti) – boleh beli online di sini

Cara Memasak Lepat Pisang Inti Kelapa:
Lenyekkan pisang dan masukkan gula serta tepung gandum. Gaulkan adunan hingga sebati.

Lepat Pisang Inti Kelapa. Kombinasi Rasa Manis Dan Lemak Yang Sedap

IKLAN

Dalam masa yang sama, sediakan periuk pengukus ye. Kemudian sudukan di atas daun pisang yang telah dilayur terlebih dahulu. Ratakan sedikit. Letakkan inti kelapa yang telah digaul dengan secubit garam dan lipat bungkusan lepat kemas-kemas.

Lepat Pisang Inti Kelapa. Kombinasi Rasa Manis Dan Lemak Yang Sedap

Ulangi langkah hingga habis. Kukus selama 25 minit hingga masak. Siap.

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

IKLAN

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Bingka Pandan Ini Sedap, Lembut Dan Semerbak Aroma Pandan

Kuih Talam Keledek, Sesedap Rasanya Secantik Kejadiannya

IKLAN

Resipi Cekodok Pisang Rangup Luar, Lembut Dalam. Rahsianya Tambah Marjerin

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI