Jom buat Pengat Pisang & Sagu yang sangat enak ini untuk sajian keluarga. Manis pisang dimakan pula dengan kuh santn yang berlemak, bila kunyah ada teras kenyal-kenyal sagu. Nikmatnya! Jom cuba resipi perkongsian saudari Marina Ismail ni. Pasti berselera makan. Nak masak pun mudah.
1. Rendam biji sagu hingga kembang. Lebih kurang dalam 15 minit.
2. Buang kulit pisang tanduk dan hiris setebal 1-2 cm.
Ads
3. Basuh dan masukkan ke dalam periuk. Masak pisang dengan air, santan, gula melaka, daun pandan dan garam secukup rasa atas api yang perlahan.
4. Sentiasa kacau dengan perlahan supaya santan tak berketul.
5. Bila dah mendidih, masukkan biji sagu yang kita dah rendam tadi dan garam. Kacau lagi.
6. Masak lagi hingga biji sagu menjadi jernih dan pisang lembut elok.
7. Kalau kuah terlebih pekat, boleh tambah air panas ya sebab bila dah sejuk kuah akan jadi lebih pekat.
8. Sesuaikan rasa dan bolehlah tutup api.
TIP: Sagu boleh jugak masukkan dengan masak dia dulu. Dengan cara ni, kita boleh agak kepekatan kuah pengat.
Caranya ialah sagu dimasak sehingga menjadi jernih. Angkat dan tuang ke dalam bekas penapis. Lalukan bawah air paip dan kacau rata untuk buang kanjinya. Tinggal biji sagu sahaja.
Kek coklat caramel ni memang ada banyak versi. Tetapi jika anda penggemar coklat dan sukakan pencuci mulut yang lembut berkrim, resipi ini pastinya menepati citarasa anda.
Anak-anak pasti suka dengan rasa coklatnya.
KEK COKLAT KARAMEL
BAHAN-BAHAN :
Karamel : 2 sudu besar gula | dicairkn dalam loyang atas api yang perlahan…ratakan dipermukaan loyang, sejukkan..
Lapisan atas (karamel) : 1 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
3 biji kuning telur
Sedikit esen vanila
*putar sampai sebati, selepas itu tuang dalam loyang tadi,kukus dalam 20-25 minit,sejukkan
Bahan lapisan kek coklat: 1 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1 cawan gula
1 cawan serbuk koko..
*masukkan dalam periuk,.kacau hingga sebati di atas api yang perlahan selama 3-4 minit 4 biji telur | dikisar
Bahan diayak : 1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
CARA MEMASAK :
Masukkan bahan yang diayak ke dalam adunan coklat, selang seli dengan. Kacau hingga sebati.
Tuang atas karamel (guna senduk) dan kukus 45minit-60 minit.
Nak tau dah masak cucuk dengan lidi. Kalau tidak melekat maknanya dah masak.
Biasa kan kita tengok bila orang buat brownies, mesti muncul masalah itu ini. Sama ada tak jadi kedut-kedut ataupun brownies menjadi bantat.
Nah, untuk makan petang yang istimewa pada hari yang syahdu ini, kita persembahkan resipi brownies daripada Noratiqah Nordin! Tapi yang paling best, kita gabungkan resipi brownies ini bersama biskut biscoff yang popular tu. Insya-Allah, resipi ini boleh dijadikan jualan kerana ia sangat sedap, chewy dan anti gagal!
1. Masak marjerin secara double boiler hingga marjerin cair.
2. Masukkan dark coklat pada marjerin hingga coklat cair. Kemudian, angkat dan ketepikan.
3. Di dalam mangkuk lain, masukkan telur. Kacau. Masukkan gula castor dan gula perang. Gaul hingga sebati sahaja.
4. Masukkan tepung naik sendiri dan serbuk koko. Gaul hingga sekata. Masukkan bahan coklat yang kita masak tadi. Gaul hingga sekata. Kemudian, masukkan biskut biscoff. Kacau.
5. Masukkan dalam loyang. Jika tiada baking paper, boleh guna kertas burger saja.
6. Letak hiasan biscoff spread dan biskut biscoff d atas permukaan brownies. Masukkan dalam ketuhar dengan suhu 160 darjah Celcius selama 45min atau sehingga masak. Lain ketuhar lain aturan masanya.
Biskut chocolate almond cluster ini penuh dengan rasa premium. Dimasukkan juga kepingan biskut oat dark coklat. Hasilnya coklat akan kurang muak dan bila gigit rasa rangup oat, biskut, coklat chip, dan kacang badam. Ha..dapat bayangkan kesedapannya tak?
Penggemar coklat wajib cuba buat sendiri. Anak-anak pun mesti suka. Jarang kanak-anak tak suka coklat kan?
Boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh puan Aisyah Humaira ini ye. Gerenti jadi dan super sedap! Selamat mencuba!
Biskut Chocolate Almond Cluster
Bahan-bahan:
1 bungkus besar Munchy Oat Crunch (dipatah kecil-kecil)
500gm almond strips
1 bungkus besar dark chocolate coin
Cara Memasak:
Sangai almond selama 15 minit atau sehingga keperangan dengan api perlahan kemudian sejukkan.
Sementara tunggu kacang sejuk, cairkan dark chocolate coin dengan menggunakan teknik double boil atau menggunakan Macrowave selama beberapa saat.
Bila coklat dah cair, kacau sebati biarkan ia sedikit sejuk atau sedikit suam. Setelah itu masukkan kacang badam, biskut Munchy Oat Crunch ke dalam coklat dan Gaul rata.
Sudukan adunan atas dulang dan sejukkan di dalam peti selama 10 minit dan simpan dalam bekas kedap udara. Mudah je kan?
Resipi udang butter garlic ini hidangan paling sesuai kalau mencari lauk yang mudah dan cepat siap.Walaupun ringkas saja resipinya tapi rasa dan aromanya mewah...