Sebut sahaja mengenai restoran Nasi Kandar, pasti terbayang-bayang keenakan Kari Mamak dan aneka lauk pauknya yang lain. Sangat padu. Masakan seperti telur ikan dan sotong semestinya buat kita kecur liur. Hidangan Kari Ayam Mamak pun jangan dilupa. Padu… Namun, di musim pandemik ini, ada kalanya buat kita terkenang-kenang sahaja. Nak keluar, aduh gerunnya. Tapi jangan risau sebab anda pun boleh hasilkan menu istimewa ini secara homemade. Tak susah mana pun. Jom lihat resipi perkongsian saudari Nadiah Hashim & bahan-bahan yang diperlukan.
CARA MASAK KARI AYAM MAMAK YANG SEDAP
BAHAN-BAHAN: 6 ketul ayam 1 biji tomato – hiris 4 sudu makan serbuk kari ikan – beli online disini 1 sudu makan serbuk cili – beli online disini 1 sudu makan garam masala – jika ada. Jika tiada, abaikan – beli online disini Air secukupnya Garam, gula dan perasa secukupnya Kicap manis secukupnya – beli online disini
BAHAN TUMIS: 8 biji bawang merah – hiris 2 ulas bawang putih – tumbuk halus 2 inci halia – tumbuk halus 1 batang serai – tumbuk hancur hingga nampak empulur Cili api jika suka Rempah 4 sekawan Daun kari Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK: 1.Panaskan minyak masak. Nak tambah minyak sapi pun boleh. Tumis bawang merah hingga layu. Kemudian masukkan bahan-bahan tumis yang lain.
Ads
2. Masukkan hirisan tomato. Tumis lagi hingga tomato lembik.
3. Seterusnya masukkan rempah kari ikan, serbuk cili dan juga garam masala. Jika tiada garam masala, abaikan. Tumis sampai sebati sambal lenyek-lenyekkan tomato.
4. Masukkan sedikit air. Kacau lagi.
5. Seterusnya masukkan ayam. Boleh juga guna ikan, daging, sotong, ketam atau udang. Kacau sampai sebati.
6. Masukkan 1 cawan air. Perasakan dengan garam, aji dan gula ikut cita rasa masing-masing. Tambahkan juga kicap manis secukupnya. Jika mahukan tekstur lebih berkrim, boleh tambah 2-4 sudu makan yogurt.
7. Masak ayam guna api sederhana dan pastikan selalu dikacau. Jangan guna api terlalu besar. 8. Kari Ayam Mamak siap untuk dihidang. Kepekatan kuah bergantung selera masing-masing. Boleh pekat dan boleh juga cair.
9. Untuk rasa lebih enak, tambahkan cili besar, bendi, telur rebus atau rebung ikut selera. Kuah bila lagi perangat, lagi sedap!
INFO: resipi ini sesuai untuk 6 ketul ayam / 6 potong ikan/1/2 kg daging @sotong @ketam @udang.
Jika mahu rasa lebih sedap, Kari Ayam boleh dimasak sehari sebelum. Lagi diperangat, lagi padu rasanya.
Ramai mengeluh masak bihun selalu terlebih atau keras, jangan risau. Paling penting adalah pastikan bihun yang nak digoreng itu dalam keadaan lembut dahulu, boleh rendam atau celur. Paling selamat adalah rendam hingga lembut. Kalau celur, bimbang terlembik. Semasa menggoreng tambah sedikit air. Tambahan sayur dan lauk pauk terpulang kepada anda. Ingin cuba ini disertakan resipi Bihun Goreng Seafood yang mudah dicuba.
BIHUN GORENG SEAFOOD BAHAN-BAHAN: 1 paket bihun (400 gm) | rendam sehingga lembut dan toskan 200 gm udang | buang kepala & kulit 200 gm sotong | dihiris 1 mangkuk hirisan kubis 1 mangkuk potongan kubis bunga (cauliflower) ¼ biji cili capsicum merah | didadu ¼ biji cili capsicum hijau | didadu 1 cawan air minyak secukupnya 3 sudu besar cili kisar 4 ulas bawang merah |tumbuk 3 ulas bawang putih | tumbuk 2 sudu besar sos tiram 2 sudu besar sos cili Garam secukup rasa
CARA MENYEDIAKAN:
Panaskan minyak dan tumiskan cili kisar & bahan tumbuk sehingga wangi.
Masukkan udang & sotong. Masukkan air, sos tiram, sos cili dan garam secukup rasa. (boleh rasa sikit samada dah cukup garam) kacau rata.
Masukkan sayuran (kecuali cili capsicum) kacau & biar sayur layu.
Masukkan bihun dan kacau rata. Akhir sekali masukkan cili capsicum & kacau sebentar.
Bila bihun dah lembut bolehlah diangkat dan taburkan dengan daun sup, daun bawang, hirisan cili & juga tauhu goreng.
Kerabu pucuk paku salad ala kampung yang punya banyak khasiat. Salah satu resipi kerabu yang sangat popular dan mudah disediakan. ia juga mempunyai nutrisi seperti zat besi dan juga vitamin A.
Nak makan dengan nasi atau ratah macam tu sahaja pun dah cukup sedap. Letak kelapa, perah limau buatkan kerabu ini lebih istimewa kaya dengan pelbagai rasa.
Yang sukakan sayur tu memang wajib cuba buat kerabu pucuk paku ini. Cukup rasa dan punya khasiat yang tinggi.
KERABU PUCUK PAKU
BAHAN-BAHAN ASAS:
2 – 3 ikat pucuk paku (disiang tapi ambil bahagian yang muda sahaja kemudian basuh bersih dan celur seketika dalam air yang di didihkan)- bubuh sikit garam dalm air.
Sebiji kecil kelapa (parut – sangai macam hendak buat kerisik tapi jangan sampai warna coklat gelap sangat)
BAHAN TUMBUK:
5 biji cili merah
1 biji bawang besar
1 sudu makan belacan yang digoreng terlebih dahulu
1 sudu makan udang kering- di cuci bersih & rendam air panas 10minit…toskan
1 sudu kecil serbuk lada hitam (kasar)
BAHAN PERASA:
garam
gula
6-7 biji perahan limau kasturi
serbuk perasa (pilihan)
CARA MENYEDIAKANNYA:
Bahan yang sudah ditumbuk campurkan dengan bahan asas
Perasakan bahan yang sudah dicampur. Gaul rata.
Akhir sekali masukkan pucuk paku yang sudah dicelur. Gaul lagi hingga rata.
INFO:
Boleh tambahkan kerang yang sudah direbus.
Jika mahu rasa lagi pedas boleh tambahkan cili padi.
Ada saja resipi pelik setiap hari di Malaysia ni, mula viral maggi lilit atau sate maggi. Sangat kreatif selain resipinya sangat mudah dan senang untuk disediakan. Selamat mencuba!
RESIPI MAGGI LILIT/SATE MAGGI
BAHAN-BAHAN:
Maggie perisa kari(Saya buat 2 bungkus.Nak guna jenama dan perisa lain pun boleh)
2 atau 3 biji telur
Sedikit tepung jagung
Lidi sate
CARA MEMASAK:
Rebus maggie dan toskan
Bubuh perencah kari dan gaul sebati
Lilitkan maggie pada lidi sate.Kepal-kepal supaya kemas dan tak terburai