Rupanya tidak susah untuk hasilkan pes inti kacang merahsecara homemade. Hanya dengan kombinasi beberapa bahan, anda boleh hasilkan inti kacang merah yang sedap. Bolehlah gunakan untuk buat Pau, Roti Goreng, Roti Bun, Kuih Bom dan bermacam-macam lagi. Tak perlu dah beli inti kacang merah segera. Buat sendiri tentunya lebih sedap, jimat dan boleh kawal kemanisannya. Jadi bagi anda yang nak buat sendiri, resipi perkongsian saudari Marlia Lia ni boleh dicuba.
RESIPI PES INTI KACANG MERAH YANG MUDAH, SEDAP & TAHAN LAMA
1.Basuh dan bilas kacang merah yang sudah direndam semalaman. Guna kacang merah yang bulat kecil begini. Bukan kidney beans @ kacang merah yang kita buat ABC.
Guna kacang merah biji kecik ni bukan yang besar & lonjong yang biasa letak dalam ABC.
2.Rebus kacang merah hingga betul-betul empuk dan lembut bersama daun pandan.
3.Tambah air panas beberapa cawan lagi jika kacang masih belum empuk.
Ads
4.Apabila kacang sudah empuk, sejukkan seketika sebelum dikisar halus di dalam mesin pengisar.
5.Masak semula kacang yang dikisar tadi bersama gula, marjerin, shortening dan garam. Guna api sederhana dan kerapkan kacau supaya tidak hangus. Masak sehingga likat.
Gula nisang. Sesetengah orang panggil gula kerek. Sedap sebab kurang manis berbanding gula kabung berbentuk buluh tu dan gula ni rapuh je, Lebih senang larut dari gula pasir.
6.Sejukkan inti kacang merah sebelum disimpan dalam bekas bersesuaian.
Simpan dalam peti ais. Nak guna baru keluarkan.Dapat 3 bekas dan ceconet dalam mangkuk plastik tu sebab dah tak muat bekas.bila dalam suhu bilik, inti kacang merah akan jadi berkilat macam ni
INFO: Marjerin @ mentega digunakan untuk bagi rasa lemak. Boleh gantikan dengan minyak jagung atau minyak masak. Shortening pula fungsinya untuk jadikan inti kelihatan cantik berkilat.
Kuih muih melayu sering jadi pilihan untuk minum petang. Antaranya karipap. Tak kira apa jua inti di dalamnya yang penting doh yang elok bakal menghasilkan karipap yang rangup dan gebu. Buat banyak doh karipap ni dan boleh simpan untuk disejuk beku. Bila ada tetamu, hidangkan dengan karipap pusing pasti semua suka.
Karipap Pusing Rangup
Doh A (Minyak)
1 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar shortening
2 sudu besar marjerin/butter
1 sudu besar minyak masak
Uli sebati dan perap dalam peti ais 15 minit
Doh B (tepung)
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung beras
2 sudu besar tepung jagung
1/4 cawan minyak masak yang dipanaskan
1 cawan air sejuk dari peti ais atau air biasa tambah ais
1 sudu kecil garam
dan sedikit gula
Uli sebati dan perap dalam peti ais selama 15 minit
Cara membuat:
Bahagikan Doh A kepada 6 bahagian dan Doh B pada 6 bahagian juga (nak buat 4 set pun boleh)
Bulat bulatkan doh seperti dalam gambar.
1.Ambil doh minyak (A) letak di atas doh Tepung (B) yang telah dileperkan seperti gambar .Tutup adunan dan bulatkan doh tersebut.
2.Bulatkan kesemua doh. Dan biarkan selama 10 minit.
3.Leperkan/Gelekkan adunan memanjang dan renjis atau sapu dengan sedikit air tujuan untuk gam. Gulung kembali doh tadi.
4.Setelah digulung, leperkan / gelek kembali adunan dan sapu dengan sedikit air pada permukaan adunan dan gulung kembali.
5.Potong adunan kepada 6 atau 7 bahagian.
6.Ambil 1 keping adunan dan leperkan. Letak inti dan kelim tepi karipap.
Memang enak rasanya dapat nikmati kuih lapis penuh dengan rasa lemak. Makan pun puas, memang kalah yang dibeli. Kuih lapis sukatan cawan ini memang disukai tambah pula bertemankan air kopi. Ralit makan weyy. Ikut cara membuatnya daripada Puan Ranisah Sazali.
Cara memasak: 1.Masukkan semua bahan bertanda (•) ke dalam pengisar, Kisar hingga sebati.
2.Bahagikan adunan kepada 3/2 bahagian.
3.Setiap adunan letak pewarna kecuali adunan warna putih letak secubit garam
4.Kukus selapis-selapis selama lima minit, bila dah masak lorekkan guna garfu pada bahagian yang sudah masak dan lapis lagi adunan berwarna lain.
5.Lapisan terakhir masak dalam 10 minit tambah tiga minit buka penutup periuk untuk hilangkan wap pada atas bahagian kuih , kuih akan jadi licin 6.Acuan atau loyang dioles dengan sedikit minyak untuk memudahkan kuih keluar.
7.Tunggu kuih hingga sejuk baru boleh keluarkan dari acuan.
Sedapnya Burger Malaysia @Pau Sambal ni. Kalau makan masa minum petang, aduhhh…alangkah nikmatnya. Malah ia juga sesuai dijadikan menu sarapan. Bagi anda yang nak cuba buat kuih ni, resipi perkongsian saudari Mariana Zainal ini antara yang berbaloi untuk dicuba. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI BURGER MALAYSIA @ PAU MALAYSIA
BAHAN A:
1 1/2 cawan air suam kuku
1 paket yis kering
2 sudu makan gula pasir
(Satukan semua bahan dalam satu bekas. Kacau dan biarkan anggaran 5 – 6 minit)
BAHAN B:
4 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu makan mentega
2 sudu makan susu pekat manis
1 sudu teh double action baking powder (guna baking powder biasa pun boleh)
1/2 sudu teh baking soda (untuk effect rangup pada kulit pau)
(Satukan semua bahan B. Gaul hingga jadi seakan serbuk)
CARA MEMASAK: 1. Masukkan larutan yis (bahan A) ke dalam bahan B. Gaul rata dan uli sebati selama 8–10 minit. Peram dalam bekas bertutup selama 10 minit. 2. Tabur tepung dalam talam. Bulat-bulatkan doh ikut saiz yang dikehendaki. 3. Tekan sikit atas doh tu. Susun dalam talam dan buat hingga siap dan habis adunan tepung. Peram lagi doh selama 18-20 minit.
4. Panaskan minyak dengan banyak dan goreng doh hingga garing dan keperangan menggunakan api sederhana. Sentiasa balik-balikkan supaya doh masak sekata.
RESIPI SAMBAL BILIS (khas untuk burger Malaysia sahaja)
BAHAN-BAHAN:
2 genggam ikan bilis – digoreng & toskan
1 biji bawang besar – hiris
2 sudu makan sos cili
1 1/2 sudu makan gula
Sedikit garam
Bahan perasa jika perlu
1/2 cawan air
1 1/2 senduk minyak masak untuk menumis
BAHAN KISAR:
10-12 tangkai cili kering
1 biji bawang besar
3- 4 ulas bawang putih
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar hingga garing. 2. Masukkan gula. Tumis lagi hingga pecah minyak dan cili berubah warna. 3. Masukkan sos cili. Kacau seketika. Masukkan bawang hiris, ikan bilis serta air. 4. Bila sambal sudah agak pekat, masukkan garam dan bahan perasa dengan secukupnya. 5. Angkat dan sejukkan. Hidangkan bersama pau yang dimasak tadi.
Cara petik cili yang betul ini perlu dipraktikkan jika menanam pokok cili di sekitar rumah. Sebab kebiasaannya cili dituai dengan kaedah yang salah hingga menjejaskan hasil pokok yang seterusnya.