
Kuih muih Melayu memang pelbagai dan enak-enak belaka. Salah satu yang mudah dibuat adalah Kuih Bom atau juga dikenali sebagai Onde-Onde Bijan.Resipi perkongsian saudari Surainah Hussin ni nampak sedap dan senang. Malah menurut empunya resipinya juga, kuih ini memang lembut, sedap malah tidak liat walaupun sejuk. Nak cuba? Berikut adalah resipinya.
RESIPI KUIH BOM BIJAN / ONDE-ONDE BIJAN
BAHAN DOH:
- 500gm tepung pulut
- 1 cawan tepung gandum
- 3 biji ubi kentang (sederhana besar) – rebus & lenyek
- 1/2 cawan gula pasir halus
- Air suam secukupnya
- Bijan secukupnya
INTI: Pes kacang merah – boleh dibeli di kedai menjualan bahan bakeri
CARA MEMASAK:
1. Untuk membuat doh, campurkan semua bahan kering dan campurkan air sedikit demi sedikit. Uli doh hingga tidak melekat di tangan.
2. Timbang doh seberat 30gm dan bulatkan inti seberat 10gm. Leperkan doh dan masukkan inti. Bulatkan. Buat hingga habis.
3. Golekkan doh ke dalam bekas berisi bijan dan susun dalam loyang yang disapu minyak. Rehatkan selama 15 minit.
4. Panaskan minyak dengan api perlahan dan masukkan kuih. Biar hingga kuih terapung barulah dikacau.
5. Besarkan sedikit api dan kacau sekali sekala supaya kuih dapat masak dengan sekata.
6. Setelah kuih garing dan kekuningan, angkat dan toskan minyak sebelum dinikmati.
Kredit resipi & foto: Surainah Hussin
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
5 Resipi Kuih Guna Sukatan Cawan Paling Mendapat Sambutan Hangat, Kena Cuba!

Isi Kandungan
ToggleKuih tradisional tetap menjadi hidangan popular untuk sajian minum petang atau pagi. Untuk kamu yang gemarkan kuih tempatan ini, RASA kongsikan resipi kuih yang menggunakan sukatan cawan yang lebih mudah dan gerenti jadi. Selamat mencuba.

RESIPI APAM PUTERI AYU
BAHAN-BAHAN:
- 3 biji telur
- 1 cawan gula pasir
- 1 sudu kecik ovelate
- 2 cawan tepung gqndum
- 1 sudu kecik baking powder
- 1 cawan santan kotak
- 1 penutup esen pandan
- 1 penutup pewarna hijau
- kelapa parut+sedikit garam+sedikit tepung gandum(Gaul sebati. kukus sekejap)
CARA MEMASAK:
- Ayakkan tepung bersama baking powder
- Mixer telur, gula, ovalate dan esen pandan hingga kembang putih.
- Masukkan santan selang seli dengan tepung.
- Mix sebati baru tuang pewarna hijau. Mix sebati lagi sekali.
- Sapu acuan dengan sedikit minyak. Tekan kelapa yang dah kukus tadi dekat dasar acuan.
- Tuang adunan tepung paras acuan.
- kukus 10-15 minit api besar
Kredit resipi: Nurul Amira
RESIPI KUIH KASWI GULA MERAH
BAHAN-BAHAN:
- 4 cawan tepung gandum
- 2 cawan tepung sagu ( tepung ubi)
- 3 cawan gula merah larutkan dalam air panas dan tapis
- 2 cawan gula pasir
- 4 cawan air masak
- Garam secukup rasa lemak
- 1/4 sudu kapur makan
Resepi ini boleh menghasilkan 40-50 kuih kaswi dengan menggunakan acuan kuih macam kat bawah.
Cara Menyediakan Kuih Kaswi Yang kenyal dan Sedap:
- Masukkan semua bahan di atas dalam bekas adunan.
- Kacau sampai sebati dan cair macam nak buat lempeng
- Sapu minyak pada acuan/ loyang yang kita nak gunakan untuk mengukus kuih kaswi
- Tuang bancuhan kuih kaswi dalam acuan
- kukus selama 20-25 minit jika menggunakan acuan kecil sprt dalam gambar dan kukus sehingga 40-45 minit jika menggunakan loyang.
- Untuk rasa yang lebih mantap dan sedap, boleh tabur kelapa parut yang sudah digaul dengan garam.
Tip:
- Mak mertua saya kongsikan supaya kuih kaswi menjadi lebih kenyal ialah penggunaan kapur makan yang sesuai.
- Adunan juga tidak boleh terlalu pekat sehingga menyebabkan kuih kaswi jadi liat dan tak sedap.
- Boleh juga dimasukkan satu atau dua helai daun pandan dalam bancuhan supaya kuih kaswi lebih wangi
- Kelapa parut juga boleh dikukus terlebih dahulu supaya tahan lebih lama.
Kredit Resepi: Mak Mertua Blogger Cik Matahariku
RESIPI KUIH SERI MUKA
BAHAN LAPISAN ATAS:
- 1 Cawan Beras Pulut
- 1 Cawan Santan
- Sedikit Garam
BAHAN LAPISAN BAWAH:
- 1 Cawan Santan
- 5 Helai Daun Pandan
- Setengah Cawan Gula
- 1 Biji Telur
- 2 Sudu Besar Tepung Gandum
- Sedikit Garam
CARA MEMASAK:
- Basuh beras pulut sehingga bersih.
- Campurkan beras pulut bersama santan dan sedikit garam.
- Masak guna rice cooker je, senang kan.
- Bila dah masak dan agak suam, masuk dan tekankan dalam loyang.
- Masukkan bahan-bahan lapisan atas ke dalam blender.
- Blend kesemuanya sehingga hancur dan sebati.
- Tapiskan bahan yang telah di blend kedalam loyang pulut tadi.
- Kukus selama 30 minit, dengan api sederhana kuat.
Kredit Resipi: Koleksi resepi emak
RESIPI APAM PISANG
BAHAN-BAHAN:
- 3/ 4 cawan gula pasir
- 1 cawan minyak masak
- 3 biji telur gred A
- 2 cawan tepung gandum
- 1 sdt baking soda
- 1 sdt baking powder
- 5 biji pisang berangan@ 10-11bj pisang emas
CARA MEMASAK:
- Masukkan semua bahan kecuali hirisan pisang ke dalam blender. Kisar hingga sebati dan peram adunan selama 30minit.
- Panaskan air kukusan hingga air mendidih dengan api sederhana. Sapu minyak pada acuan, masukkan adunan 3/4 acuan. Letak hirisan pisang,
- Kukus selama 15- 18minit
Kredit Resipi: Koleksi resepi emak
RESIPI KUIH LAPIS
BAHAN-BAHAN:
- 1 1/2 cawan tepung gandum
- 1 1/2 tepung beras
- 1/2 cawan tepung ubi
- 1 1/2 cawan gula pasir
- 8 cawan santan sederhana pekat( 1 1/2 biji kelapa parut)
- 1 sudu kecil garam
- pewarna merah, hijau, putih, kuning
CARA MEMASAK:
- Gaulkan semua bahan-bahan dan tapiskan.
- Bahagikan adunan kepada 4 bahagian.
- Masukkan pewarna ke dlm setiap bahagian.
- Panaskan kukusan dan sapukan sedikit minyak pada loyang yang akan digunakan dan kukus loyang sebentar….nak lagi selamat alas loyang dngn plastik.
- Masukkan 1 senduk adunan merah dan kukus selama 5 minit.
- Lapiskan pula 1 senduk adunan putih dan kukus lagi selama 5 minit.
- Lapiskan warna hijau dan kukus selama 5 minit dan di ikuti warna putih.
- Lapiskan adunan berselang-seli hingga habis. (*bagi adunan terakhir, saya balut tudung periuk dengan kitchen towel agar air tidak menitis ke atas
- permukaan kuih dan dikukus dalam 20 minit ).
- Setelah masak, angkat dan sejukkan selama 2 jam. Pastikan kuih betul2 sejuk barulah di potong dngn menggunakan pisau plastik/ pisau potong kek.
Kredit Resipi: yatiememories.blogspot
Kuih Berasaskan Pulut Yang Tetap Ramai Peminat Sampai Sekarang

Isi Kandungan
Toggle
Ada peminat pulut ke kat sini? Walaupun dunia semakin moden dan muncul kuih versi baru yang hipster, kuih berasaskan pulut ini tetap ada peminatnya yang tersendiri. Korang tengoklah tiga kuih ni pasti jadi buruan ketika sarapan atau minum petang. Kuih tradisi macam ni kita kena belajar buat sendiri. Bukan apa. Jangan sampai resipi ni hilang.
PULUT INTI
Bahan-bahan
Bahan pulut:
4 cawan pulut
100 ml santan pekat
Secubit garam
Bahan inti:
1/2 biji kelapa diparut
2 sudu besar gula Melaka
secubit garam
Cara memasak:
1) Penyediaannya Basuh beras pulut dan rendam semalaman.
2) Kukus pulut setengah masak, keluarkan pulut dan masukkan ke dalam bekas.
3) Masukkan santan dan garam, gaul rata.
4) Masukkan kembali ke dalam kukusan dan kukus lagi sehingga pulut masak sepenuhnya
5) Untuk menyediakan inti, masukkan semua bahan ke dalam kuali dan kacau sehingga sekata.
6) Setelah inti pekat dan melekat, tutup api.
7) Masukkan ke dalam bekas dan ketepikan sehingga mahu digunakan.
8) Bentangkan sehelai daun pisang yang telah dipotong dan dibersihkan terlebih dahulu.
8) Menggunakan scope aiskrim, letakkan pulut di atas daun pisang, diikuti sesudu kecil inti.
9) Bungkus pulut tersebut seperti membungkus nasi lemak. Ulang sehingga habis.
PULUT PANGGANG
Bahan-bahan
1 kg beras pulut (direndam semalaman)
1 liter santan cair
Secubit garam
Bahan inti
1/2 biji kelapa parut
50gm udang kering (direndam dan dikisar)
1 sudu makan serbuk jintan manis (disangai dan dikisar)
1 sudu makan serbuk jintan putih (disangai dan dikisar)
2 sudu makan bawang merah kisar
1 sudu makan bawang putih kisar
1 sudu makan bahan kisar halia, serai, lengkuas, kunyit
125 gm cili boh
125 ml air
Garam secukup rasa
Daun pisang
Cara memasak
1) Basuh beras pulut bersih dan tos airnya.
2) Kukus pulut setengah masak.
3) Kemudian curahkan campuran santan bersama garam di dalamnya dan gaul rata.
4) Kukus sekali lagi hingga masak. Angkat dan ketepikan.
5) Untuk intinya, panaskan minyak kemudian tumiskan bawang merah dan putih sehingga wangi.
6) Kemudian masukkan udang kering dan biarkan seketika, baru masukkan cili boh.
7) Seterusnya masukkan serai, halia, lengkuas, kunyit, serbuk jintan manis dan putih. Kacau rata.
8) Setelah betul-betul garing masukkan kelapa parut bersama sedikit air, garam, gula secukup rasa.
9) Gaul rata, biarkan sedikit lembap. Angkat dan ketepikan.
10) Ambil daun pisang, sapukan sedikit minyak.
11) Letakkan sesudu pulut panas. Kemudian letakkan inti dan balut kemas.
12) Kemaskan bahagian hujung dengan lidi.
13) Akhir sekali panggang sehingga masak dan garing.
PULUT SERONDENG KELAPA
Bahan pulut
250 gm
150 ml santan pekat
150 ml air
1 sudu teh garam
Bahan serondeng
200 gm kelapa parut (putih sahaja)
2 sudu makan pes cili kering
2 ulas bawang merah (dikisar)
1 ulas bawang putih (dikisar)
1-2 sudu makan udang kering (dikisar)
1 batang serai (dikisar)
Garam gula dan perasa secukupnya
Sedikit minyak masak
Cara memasak
1) Basuh pulut kemudian dan kukus sehingga masak.
2) Sementara itu, campurkan kelapa inti dengan semua bahan yang telah dikisar serta pes cili kering.
3) Seterusnya masukkan garam dan gula. Gaul rata sehingga secukup rasa.
4) Panaskan sedikit minyak, goreng bahan inti sehingga menjadi serondeng. Jangan terlalu garing.
5) Bila pulut sudah sejuk, kepal-kepalkan dan bentukkan ikut cita rasa.
6) Gaulkan pulut atas serondeng.
7) Sedia dihidangkan.
Selamat mencuba!
Cheesy Chicken & Mushroom Puff, Boleh Aje Guna Pastri Lapis Segera

Rangup dan sedap serta kelazatan inti ayam berkeju dan cendawan. Inilah keenakan pastri lapis Cheesy Chicken & Mushroom Puff padahal guna pastri lapis yang sudah siap dipek ( jenama Kawan pun okay). Namun pastri lapis ni memang rangup dan mudah berderai.
Yang penting isinya kena sedap, selain sosej dan isi ayam, bahan seperti susu segar, mentega, keju mozarella dan kepingan keju menjadikannya lebih sedap dimakan.
CHEESY CHICKEN AND MUSHROOM PUFF
.
BAHAN-BAHAN :
- 1 peket puff Pastry jenama Kawan
- 1/2 peket isi ayam
- 3 batang sosej
- 1 biji bwg holland (potong dadu)
- 3 ulas bwg putih (dicincang)
- Sedikit capsicum hijau & merah (potong dadu)
- 1/2 cawan susu segar
- 1 tin sup campbell (tin kecil)
- 1 sudu besar serbuk lada hitam
- Sedikit garam
- Sedikit mentega
- Sedikit keju mozarella/cheese slice
- Egg wash (kuning telur+ sedikit air/susu)
CARA MEMASAK :
Cara masak inti :
- Panaskan mentega tumiskan bawang, da layu msukkan isi ayam dn sosej
- Bila dah masak masukkan sup campbell, susu segar, garam sedikit
- Masukkan lada hitam, capsicum dan perasakan
- Masak hingga pekat dan tutup api
Penyediaan :
- Sediakan puff pastri (pastri lapis), letakkan inti atas puff dan sedikit cheese
- Kelar bahagian atasnya dgn pisau
- Tutup puff, guna garfu tekankan tepi puff hingga habis (rujuk gmbr)
.
- Letakkan dlm dulang pembakar dan sapukan egg wash
- Panaskan oven suhu 180 dan bakar selama 25- 30 minit
.
.
Rujukan :
FB: Resipi Mutiara HATI
Jika anda suka membeli belah secara online, jom layari DI SINI untuk mendapatkan tawaran dan pelbagai perkakas dan peralatan dapur untuk memudahkan kerja anda di dapur.
ANDA MUNGKIN JUGA SUKAKAN RESIPI INI :
DAN JUGA RESIPI INI :
Resipi Step By Step Buat Karipap Pusing Sedap Yang Gerenti Jadi.
DAN JUGA RESIPI-RESIPI BERIKUT ;
4 Cara Buat Pastri Puff Rangup Berlapis-Lapis &Gerenti Jadi.