Andai ke restoran Thailand, pasti terbaca di buku menu hidangan Shrimp Omelette @ Telur Goreng Udang. Menurut empunya resipi saudari Ana Farhana, disebabkan beliau teringin sangat nak cuba, beliau cuba masak sendiri. Hasilnya? Memang menjadi dan rasa sangat sedap. Teksturnya rangup diluar dan lembut di dalam menjadikan menu ini begitu digemari ramai. Ada isi udang! Memang enak. Jom cuba.
RESIPI SHRIMP OMELETTE @ TELUR GORENG UDANG SEDAP
BAHAN-BAHAN: 2 biji telur 1/2 sudu teh gula 1-2 sudu besar sos ikan – beli online disini Sedikit lada sulah – beli online disini 1 biji cili padi 4 ekor udang – potong kecil
1.Dalam mangkuk besar, campur gula, sos ikan, lada sulah, cili padi, udang dan telur. Jangan pelik kalau letak gula. Memang resipi asalnya sebegitu. Jika tidak suka, abaikan.
2. Pukul sebati campuran telur ini seperti dalam gambar.
3. Untuk memasak, kena guna kuali besar dan minyak yang banyak. Tekniknya ialah bila minyak sudah panas, tuang campuran telur tadi dari atas kuali, biar jauh sikit. Ia bertujuan untuk dapat efek telur yang rangup dan garing macam di restoran Thai.
4. Masak telur. Bila telah garing, terbalikkan lagi sebelah. Masak lagi hingga garing keduanya.
5. Shrimp Omelette siap disediakan. Enak dimakan dan nikmat bila tergigit hirisan cili.
Sos cili yang seimbang rasa masam, manis dan pedasnya memang ketagih nak menyicah. Jom kita buat sos cili homemade. Dapat sebekas boleh tahan dua minggu. Tak perlu simpan dalam peti sejuk. Sedap buat cicah tempe goreng, pisang goreng dan macam-macam lagi.Kalah sos cili buatan kilang jenama terkenal.
Daging adalah hidangan utama untuk dimakan selain ayam dan ikan. Daging bakar adalah salah satu hidangan daging yang sangat sedap. Apatah lagi bila dimakan dengan air asam. Daging bakar yang lembut dan cita rasa air asam yang mengasyikkan membuatkan hidangan ini digemari untuk dimakan dengan nasi ataupun diratah begitu sahaja. Jom kita cuba masak.
DAGING BAKAR AIR ASAM
.
BAHAN DAGING BAKAR
• Daging lembu
• Halia
• Bawang putih
• Kunyit
CARA MEMBUAT
1. Kisar halia, bawang putih dan kunyit.
2. Perap daging dengan bahan kisar selama sejam.
3. Bakar dengan api perlahan.
BAHAN AIR ASAM
• Air asam jawa
• Potong bawang merah
• Cili api
• Daun kesom
• Tomato
• Kasturi
• Belacan (dibakar)
• Budu
CARA MEMBUAT
1. Gaulkan semua bahan. Boleh tambah gula merah dengan budu kalau nak.
2. Jangan mahu, boleh tambah garam dan gula.
Masakan udang rata-rata disukai semua. Tidak kira sama ada dibuat gulai, masakan bersambal atau digoreng begitu sahaja. Masak dengan menggunakan sos ini juga tak kurang sedapnya. Bolehlah cuba buat nanti.
Ringkas dan sedap rasanya. Boleh gantikan udang dengan ayam yang dipotong kecil.
Nampak macam ayam sambal tapi bukan. Ayam sira pedas ini berbeza rasa dan masakannya. Menurut Fuza Abas yang berkongsi resipi ini rasanya pedas, manis dan lagi sedap jika dimakan dengan daun kari yang ditabur di atasnya.