
Resipi yang satu ni dah terasa meleleh air liur. Inilah dia menu pembuka selera. Paduan ayam goreng dan cili api yang pedas menyengat memang buat bertambah korang makan. Buatnya pun mudah dengan bahan-bahan seperti di bawah ini
Ayam Goreng Cili Api
Bahan-bahan:
cili padi merah dan hijau ( kisar kasar)
Bawang besar
Bawang putih
Serai titik
1.Ayam goreng dulu dengan garam dan kunyit.
2.Tumiskan bahan blend….sampai garing
3.Dah garing..buh gula @perasa..garam sikit je….Masukkan ayam tadi
4.Masukkan air asam jawa..sikit.Gaul rata.
5.Ni pun da sdap mkn dgn nasi…tp sabo…sikit lagi
6.Letak kicap sikit.
7.Siap!
Kredit Resepi: Asmida Asman
ADA YANG NAK MEMBELI HAND BLENDER @ FOOD PROCESSOR, BOLEH LIHAT DI SINI.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lebihan Ayam Boleh Cuba Buat Satay, Resipi Warisan Yang Mantap!

Isi Kandungan
ToggleIdea bijak! Kadangkala buntu nak masak apa dengan ayam yang dah beku lama, apa kata kamu cuba buat resipi yang sedap ni! Boleh berjimat, sedap pun sedap, jarang kita cuba buatkan. Apa lagi jom cuba!
RESIPI SATAY WARISAN AMAN
BAHAN-BAHAN:
Bahan A
- 700gram Isi ayam
- 9 Sudu Besar gula pasir
- 1 Sudu kecik garam
Bahan B
- 4 batang serai
- 1 inch halia
- 1 inch lengkuas
- 10 ulas bawang merah
kecil - 6 ulas bawang putih
- 2 Sudu kunyit serbuk
Bahan C
- 3 Sudu besar ketumbar
- 3 Sudu besar jintan
- (Jintan manis 1.5sudu+jintan putih1.5 sudu)
CARA MEMASAK:
- Blender Bahan B, selepas blender, tapis air , jgn buang ye (air Ni Leh letak dlm kuah kacang)
- Blender kasar bahan C (tanpa air ye)
- Campurkan semua Bahan A,B,C
- Gaul smpai hancur gula,, sampi sebati .
- Perap selama 2jam
Lagi lama lagi sedap tau.. bahan2 meresap sampai ke dalam isi ayam. Sementara tunggu tu boleh lah rebus nasi impit@buat kuah kacang, resipi kuah kacang dibawah ye - Agak2 korang rasa dah tak sabar nak makan tu, cucuk lah satay tu..cucuk biar beselang dengan kulit ayam.. Sape tak suka kulit ayam tu,, tak perlu letak ye… Ikut citarasa.
- Last sekali boleh lah bakar satay tu.. sis pakai magic pan jer.. tapi kalau kamu suka bakar pakai pembakar.
Sebelum bakar ketuk serai dan seulas bawang putih.. Letak dalam minyak ye.. So korang jadikan serai tu macam alat tok letak minyak kt satay .. Wat naik bau.
RESIPI KUAH KACANG
Bahan A
- 500g kacang tanah
Bahan B
- 3 ulas bawang besar
- 2 ulas bawang putih
- Cili kering agak2 Nk pedas letak lebih
- Secubit belacan
CARA MEMASAK:
- Blender bahan B
- Sangai bahan A
- Blender kacang Yg Dh disangai
- Tumis Bahan B
- Dalam periuk rebus kacang Yg Dh di blend td, selama 10minit@ smpi mendidih.
Kacau sentiasa. - Campurkan Bahan B Yg ditumis dlm periuk yg rebus kacang td.. Ha td masa blender tok Wat satay Ada air blender tu kan? So masuk lah dlm Ni. Kacau lah.. Sampi pecah minyak..
- Letak gula dan garam..
Kongsi resipi: Minie Aidil
Agar-Agar Lumut Butter. Ikut Cara Ni Hasilnya Pasti Menjadi Elok

Bagi penggemar manisan, resipi Agar-Agar Lumut Butter perkongsian saudara Fendy Ismail ni harus anda cuba. Sedap dan mudah disediakan. Kombinasi Puding Lumut dan Puding Butter, memang sepadan. Lapisan butter tu terasa seakan Puding Karamel. Nikmat dimakan sejuk-sejuk. Jom cuba! Anda dan keluarga pasti sukakannya.
RESIPI AGAR-AGAR LUMUT BUTTER SEDAP & MUDAH
BAHAN PUDING LUMUT:
2 biji telur
150gm gula pasir – beli online disini
125ml santan segera – beli online disini
550ml air
1/2 sudu garam
1 sudu teh esen vanilla – beli online disini
1 sudu esen pandan @ 100ml jus pandan – beli online disini
1 bungkus serbuk agar-agar – beli online disini
CARA MEMASAK:
1.Satukan semua bahan diatas ke dalam bekas dan kacau rata.
2. Tapis campuran tadi dan masukkan ke dalam periuk.
3. Masak guna api sederhana panas sambil dikacau. Masak hingga mendidih.
4. Jika nak hasil Agar-Agar yang penuh lumut tanpa mendapan air, biarkan campuran di dalam periuk terlebih dahulu.
5. Bila sudah kurang panasnya, barulah dimasukkan ke dalam acuan pilihan.
6. Ketepikan seketika dan boleh masak lapisan Puding Butter.
BAHAN PUDING BUTTER:
4 biji kuning telur
100gm mentega – dicairkan
4 sudu makan gula pasir – beli online disini
1/2 tin susu pekat manis – beli online disini
550ml air
1 bungkus serbuk agar-agar – beli online disini
CARA MEMASAK:
1.Satukan semua bahan Puding Butter dan kacau sebati.
2. Masak sampai mendidih mengguakan api kecil sahaja.
3. Bila sudah masak, padamkan api dan tuang campuran ke atas Puding Lumut yang telah dimasukkan ke dalam acuan tadi.
4. Biarkan agar-agar sejuk terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.
5. Agar-Agar Lumut Butter sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Fendy Ismail
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Biskut Tat Teratai Sedap Boleh Buat Untuk Aidilfitri Nanti.
Resipi Sambal Padang Sedap, Masak Macam Ni Tahan Berbulan-Bulan
Resipi Kek Pisang Coklat Kukus Lembut, Gebu Macam Span, Sukat Guna Cawan Je
Dumpling Soup Homemade Halal, Modal Bawah RM10 Boleh Dapat 40 Biji
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Sedap Dimakan Dengan Ulam, Ini Cara Buat Sambal Bawang Homemade Yang Tahan Lama

Sedapnya Sambal Bawang homemade ni. Ada juga yang panggil sambal bojak ( jika tambah tomato), sambal jawa atau sambal Nasi Ayam Penyet. Apa-apa pun, sambal resipi perkongsian Cik Pooja ni memang sedap dan membuka selera. Buat banyak-banyak, boleh buat stok. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI SAMBAL BAWANG HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
- 3 biji bawang besar | jika kecil, guna 5 biji. Potong kasar. (beli online DISINI)
- Segenggam cili kampung hijau (beli online DISINI)
- 1/2 genggam cili padi Vietnam (merah) (beli online DISINI)
- 1 ketul belacan bakar | sebesar duit 50 sen (beli online DISINI)
- 1 sudu makan garam (beli online DISINI)
- 1 sudu teh ajinomoto | boleh ganti dengan gula
- 1 cawan minyak masak
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan bawang dan cili. Keringkan airnya.
2. Panaskan minyak dan goreng bawang besar, cili, belacan & tomato ( jika ada) hingga lembik dan lebam.
3. Kemudian masukkan bahan-bahan digoreng tadi bersama dengan minyaknya sekali ke dalam blender.
4. Tambahkan garam, ajinomoto atau gula. Kisar sekejap-sekejap (3 kali) supaya sambal tidak terlalu hancur.
5. Siap untuk dinikmati. Jika banyak, boleh letak dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk supaya tahan lama.
Kredit resipi & foto: Cik Pooja
Anda sedang mencari BLENDER baru? Boleh cari DISINI.
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official: