Ads

Resipi Sambal Tahun Kerang. Sajian Asli Warisan Jawa Terlajak Sedap. Rugi Tak Cuba Weh.

Resipi tradisional Jawa yang jarang dimasak oleh orang-orang moden dek kerana cara pembuatannya yang sedikit rumit. Untuk buat Sambal Tahun ni, selain kerang, boleh juga guna kulit lembu. Ha…Eksotik kan? Bagi yang tak pernah cuba, memang kena try buat. Layan sungguh! Jom lihat bahana-bahan serta cara penyediaannya.

SAMBAL TAHUN KERANG

BAHAN-BAHAN:

Ads
  • 500ml santan pekat
  • 500gm isi kerang
  • 300gm lengkuas muda | hiris nipis
  • 100gm ikan bilis
  • 20 tangkai cili padi
  • 10 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 sudu makan air asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Air secukupnya
  • Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:

Ads
  1. Bawang merah, bawang putih dan ikan bilis ditumbuk lumat.
  2. Di dalam kuali, panaskan sesudu makan minyak lalu tumis bahan-bahan tumbuk hingga wangi.
  3. Masukkan hirisan lengkuas, cili padi dan sedikit air.  Didihkan hingga lengkuas empuk.
  4. Masukkan santan, isi kerang, air asam jawa dan cili padi.  Didihkan beberapa minit hingga semua bahan masak sebati. Gunakan api kecil.
  5. Tambah garam dan gula secukup rasa.
  6. Angkat dan sedia dihidangkan.

 

Ads

 

Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menu Lain

Resipi Buko Pandan Filipina Sedap, Alang-Alang Buat Biar Puas Hati Banyak...

Buko Pandan merupakan antara pencuci mulut yang cukup popular berasal dari Filipina. Alang-alang nak buat Buko Pandan ni biar puas hati, boleh letak macam-macam bahan ikut citarasa sendiri. Memang lebih jimat dan berbaloi berbanding beli. Nak buat pun mudah je.