Ayam boleh dipelbagaikan cara masakan. Ikutlah citarasa masing-masing. Ada seiapa yang pernah makan Ayam Betutu Bali yang terkenal di Bali. Ramai yang sukakan masakan ini kerana rasanya yang pedas dan diakui sedap.
Ayam Betutu Bali
Bahan-bahan
1 ekor ayam – dipotong-potong
Bahan kering
1.5 sudu makan serbuk ketumbar
2 sudu teh serbuk lada
Gula
Garam
Penyedap rasa
Bahan kisar
25 ulas bawang merah
12 ulas bawang putih
40 biji cili merah-mummy guna 20 biji cili padi merah dicampur 20 biji cili padi hijau-kalau suka pedas bole guna cili padi merah saja
Cara memasak: 1.Tumis dulu bahan kisar sampai hancur. 2.Masukkan air 1 liter 3.Bila air mendidih, masukkan ayam 4.Masukkan bahan kering ,Gula -mummy guna 4 sudu makan. Penyedap rasa -3 sudu besar secukup rasa Maggi. Tutup kuali 5.Kaup balik ayam sesekali. 6.Jika ayam belum masak air dah mengering tambah lagi air secukupnya. 7.Masak sehingga ayam empuk dan agak kering. Biasanya orang sana masak ayam kampung atau itik seekor.
Ads
Resipi asal @banususanto dan dimasak oleh @makcikratu
INGIN DAPATKAN KUALI NON STICK? BOLEH BELI DI SINI.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Ikan Cencaru ni selalunya orang buat bakar sahaja. Goreng sambal dan masak asam pedas. Apa kata kita buat kukus pula. Kerana isinya agak keras dan rasanya kadang-kadang agak kuat, cuba kita buat kukus dengan pes istimewa pun. Kukus cara moden je, lebih senang. Selamat mencuba.
BAHAN-BAHAN
BAHAN-BAHAN PES:
CARA-MEMASAK PES:
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Coklat merupakan salah satu simbol kasih sayang. Tidak hairan ramai yang memberi coklat pada yang mereka cintai. Selain itu coklat juga memberi manfaat untuk kesihatan
Biji koko kaya dengan nutrisi tanaman yang disebut flavanoid. Coklat hitam adalah yang paling banyak mengandungi nutrisi tersebut. Apa manfaat dari flavanoid? Zat tersebut memiliki sifat antioksidan yang dapat mengurangkan risiko penyakit jantung. Selain itu, menurut pakar kesihatan dari Universitas Harvard, makan coklat dalam jumlah sederhana juga mengurangkan risiko atrial fibrillation-keadaan detak jantung yang tidak teratur yang dapat meningkatkan risiko stroke, gagal jantung, dan komplikasi jantung lainnya.
Selain itu memperbaiki otot lebih cepat Setelah berolahraga, jangan lupa minum atau makan coklat kerana dipercayai dapat memulihkan tubuh lebih cepat, terutama pada bahagian otot. Kurang percaya? Sebuah kajian dari University of Texas di Austin menemui bahawa atlet yang minum coklat rendah lemak setelah latihan–bukan minuman olahraga berasaskan karbohidrat atau minuman bebas kalori–mengalami pemulihan lebih cepat.
Minum dan makan coklat juga dapat meningkatkan kemampuan otak Kalau anda mulai sering lupa, cuba ambil coklat. Mungkin dahulu orang tua pernah melarang kita makan coklat kerana akan merosakkan kulit. Ternyata, makan coklat dapat memperbaiki kulit. Beberapa penelitian mengungkapkan coklat dapat membantu melindungi dari sinar UV yang berbahaya. Tapi sebaiknya memilih coklat yang rendah gula kerana kebanyakan gula akan meningkatkan risiko munculnya jerawat.
Jika merasa terlalu banyak makan, coklat hitam boleh jadi penyelesaian untuk menurunkan nafsu mengunyah lebih banyak lagi. Makan coklat hitam dapat membantu mengatur nafsu makan, menurut sebuah penelitian kecil oleh para peneliti Universiti Kopenhagen. Hal itu berlaku kalau anda menyukai makanan manis, masin atau berlemak.
Coklat mengandungi anti-pembekuan darah yang membantu meningkatkan aliran peredaran darah dan juga bertindak sebagai aspirin yang membantu untuk mengurangkan sakit kepala. Selain itu, coklat juga membantu meningkatkan aliran darah ke retina sekali gus memberi ransangan yang baik untuk mata anda.
Peningkatan aliran darah ke otak mampu membuatkan anda lebih berjaga-jaga dan sentiasa dalam keadaan sedar. Kajian yang diadakan di Britian menunjukkan coklat boleh meningkatkan prestasi otak anda terutama sekali dalam bidang pengiraan.
BISKUT CIP COKLAT NEOPOLITAN BAHAN-BAHAN:
125gm mentega
65gm gula kastor
85gm gula perang
1 biji telur ayam gred A
1 sudu teh esen vanila
20gm oat |kisar halus
20gm badam cincang
50gm cip coklat
50gm cip coklat ‘butterscoth’
50gm cip coklat strawberi BAHAN DIAYAK BERSAMA:
190gm tepung gandum
½ sudu teh serbuk penaik
½ sudu teh soda bikarbonat
1 sudu makan serbuk koko CARA MEMASAK:
1.Panaskan ketuhar pada suhu 150C.
2.Pukul mentega, gula kastor dan gula perang hingga kembang.
3.Masukkan telur dan esen vanila.
4.Masukkan campuran tepung yang telah diayak tadi dan gaul sebati.
5.Masukkan oat, badam dan ketiga-tiga cip coklat dan gaul rata.
6.Rehatkan doh selama ½ jam di dalam peti sejuk.
7.Keluarkan adunan dari peti sejuk dan sudukan sedikit demi sedikit adunan menggunakan sudu teh ke atas loyang pembakar yang telah dialas dengan kertas pembakar (baking paper).
8.Bakar biskut selama 15 hingga 20 minit.
9.Setelah siap dibakar, sejukkan biskut di atas redai.
10.Simpan biskut di dalam bekas kedap udara.
Saiz hidangan 90 keping
Waktu memasak: 1 jam
Jenis hidangan : Biskut
Keistimewaan : Terdapat badam da oat di dalamnya
Jenis masakan : Pencuci mulut
Cara memasak : Bakar
Anggaran kos : RM 20
RESIPI: TERIMA KASIH NOOR HASLINDA ABDULLAH, TAMAN PUCHONG PRIMA, PUCHONG SELANGOR.
KEK COKLAT BUCKEYE BAHAN-BAHAN: UNTUK MEMBUAT INTI MENTEGA KACANG:
180gm mentega kacang
125gm krim keju
30gm gula ising
1 biji telur | dipukul
3 sudu makan susu segar
UNTUK MEMBUAT KEK COKLAT
230gm air
170gm mentega
1 sudu makan serbuk kopi segera
250gm tepung
75gm koko
1 sudu teh baking soda
½ sudu teh garam
350gm gula kastor
2 biji telur
1 sudu teh esen vanila
110gm yogurt
UNTUK MEMBUAT SALUTAN COKLAT :
115gm krim tenusu
1 sudu makan gula
2 sudu makan sirap jagung
60gm mentega kacang
120gm coklat hitam
CARA MEMASAK:
1.Untuk membuat isian mentega kacang, putar semua bahan sehingga licin. Ketepikan.
2.Untuk membuat kek coklat, panaskan ketuhar 180°C. Griskan loyang acuan bulat berbentuk cincin yang mempunyai lubang di tengahnya.
3.Air, mentega dan serbuk kopi dimasak bersama sehingga menggelegak.
4.Tepung, koko, baking soda dan garam ditapis bersama. Masukkan campuran air panas tadi dan diikuti dengan telur, esen vanila dan yogurt. Gaul sebati.
5.Tuangkan ¾ adunan ke dalam loyang. Sudukan isian mentega kacang di tengah-tengah loyang. Tuangkan adunan selebihnya dan bakar selama 60 minit atau sehingga masak.
6.Untuk membuat salutan coklat, panaskan bahan-bahan menggunakan kaedah double-boil sehingga coklat licin dan berkilat. Tuangkan pada kek untuk hiasan.
7.Sedia dinikmati.
Saiz Hidangan : 15 orang
Waktu memasak: 1 jam 30 minit
Jenis Hidangan : Kek
Keistimewaan : Mempunyai elemen kejutan, ada mentega kacang di tengah-tengah kek coklat
Jenis Masakan : Pencuci mulut
Cara Memasak : Bakar
Anggaran Kos : RM 35-RM40 TERIMA KASIH ILYANA ABDULLAH
KEK COKLAT PUTIH BAHAN-BAHAN :
110gm coklat putih | cairkan
90gm coklat putih | cincang halus
227gm mentega
350gm gula kastor
5 biji telur
2 sudu teh esen vanila
350gm tepung
1 sudu teh serbuk penaik
½ sudu teh garam
¼ sudu teh baking soda
225gm yogurt
CARA MEMASAK :
1.Panaskan ketuhar 180°C. Griskan loyang dan alaskan dengan baking paper. Ketepikan.
2.Tapiskan tepung, serbuk penaik, garam dan baking soda bersama.
3.Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Masukkan telur satu persatu. Tambahkan esen vanila.
4.Masukkan coklat putih yang telah dicairkan.
5.Masukkan adunan tepung dan yogurt berselang-seli. Pukul perlahan sekadar sebati.
6.Tuangkan pada loyang separa penuh. Taburkan coklat putih yang dicincang. Penuhkan loyang dengan adunan selebihnya.
7.Bakar selama 60 minit ataupun sehingga masak.
8.Hiaskan dengan buah strawberi untuk lebih menarik.
Saiz hidangan : 8 hingga 10 orang
Waktu memasak: 1 jam 30 minit
Jenis hidangan : Kek
Keistimewaan : Kaya dengan rasa mewah coklat putih
Jenis masakan : Pencuci mulut
Cara memasak : Bakar
Anggaran kos : RM 35-RM40
INFO CHEF : Hiaskan dengan coklat hitam dan putih yang dicairkan bersama buah-buahan masam seperti strawberi. TERIMA KASIH ILYANA ABDULLAH
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Bila tiba bab dessert ni, tiada siapa yang dapat menolak. Tidak kiralah pudding, tat atau manisan, memang boleh membahagiakan jiwa dan perasaan.
Sempena ulang tahun RASA ke-20, kami bawakan 20 resipi dessert dari pelbagai negara termasuklah Thailand, Turki dan Indonesia.
TAT BUAH PIC
BAHAN PASTRI
85gm mentega 24gm gula aising 120gm tepung gandum 1 tin buah pic (setengah buah pic dipotong dadu. Selebihnya digunakan untuk hiasan) BAHAN KRIM KEJU 130gm krim keju 2 sudu makan gula kastor 130gm fresh cream
CARA-CARA:
1.Masukkan mentega, tepung gandum dan gula ising ke dalam bekas. Gaul hingga menjadi doh. 2.Masukkan adunan ke dalam acuan tat bersaiz 9 inci. Tekan doh sekeliling acuan dengan ketebalan anggaran 2mm. 3. Bakar pada suhu 180C selama 25 minit. Bila masak, keluarkan dari acuan dan sejukkan. Untuk inti, pukul krim keju dan gula hingga sebati. Kemudian masukkan fresh cream dan pukul lagi hingga krim keju menjadi kental. Campurkan buah pic yang dipotong dadu. Gaul rata. Tuang krim keju ke dalam pastri yang telah disejukkan tadi. Hias dengan lebihan hirisan buah pic dan sejukkan dalam peti sejuk terlebih dahulu sebelum dinikmati.
1.Satukan mentega, tepung gandum dan gula ising. Gaul hingga jadi doh. 2.Tekan doh ke dalam acuan tat dan bakar pada suhu 180C selama 25 minit. Sejukkan. 3.Untuk coklat ganache, masak fresh cream hingga suam dan masukkan coklat gelap. Kacau hingga sebati. Ketepikan. 4.Bagi menyediakan karamel masin, masak gula hingga cair dan masukkan krim putar. Kacau hingga sebati. 5.Masukkan mentega dan garam. Kacau hingga larut. 6.Untuk menyediakan tat, masukkan separuh adunan coklat ganache ke dalam pastri tat diikuti karamel masin dan akhir sekali taung lebihan coklat ganache. 7.Simpan dalam peti sejuk hingga coklat menjadi kental sebelum dinikmati.
KASTARD LABU
Kastard lembut dan rasa lemak santan dalam labu yang dikukus. Jika tiada santan segar, ia boleh digantikan dengan susu cair.
BAHAN-BAHAN:
1 biji labu bersaiz sederhana 4 biji telur 350ml santan 250gm gula 1 sudu teh esen vanila
CARA-CARA:
1.Potong bahagian tangkai labu dan buang bijinya dengan menggunakan sudu. Ketepikan seketika. 2.Dalam mangkuk adunan, pecahkan telur dan kacau sebati. 3.Masukkan santan dan kacau bersama gula sehingga gula larut. Kemudian masukkan esen vanila. Kacau rata. 4.Masukkan adunan telur tadi ke dalam labu dan kukus lebih kurang 1 jam 20 minit sehingga puding menjadi kental. Sedia untuk dihidangkan.
TART WALNUT
BAHAN DOH:
25gm mentega 500gm tepung gandum 20gm kuning telur 60gm air sejuk ½ sudu teh garam
BAHAN INTI:
3 biji telur 1 sudu besar susu UHT 50gm gula perang 175gm golden syrup 50gm mentega | lembutkan ½ sudu teh serbuk kayu manis ½ sudu teh esen vanilla 1 biji buah oren | parut kulit 175gm kacang walnut
CARA-CARA:
1.Untuk menyediakan doh, putar mentega dan masukkan telur. 2. Masukkan tepung dan putar hingga menjadi seperti serbuk roti. 3. Garam dicampurkan dengan air dan tuangkan dalam adunan tepung tadi. Gaul sebati dengan tangan atau mesin. 4. Seterusnya, pukul telur dan susu, ketepikan. 5. Dalam bekas lain, satukan gula perang dan golden syrup dan panaskan hingga sebati. 6. Masukkan mentega, serbuk kayu manis, esen vanilla dan kulit oren. Kacau sebati dan sejukkan. 7. Tuangkan adunan (3) dalam adunan (1). Kacau sebati. 8. Taburkan walnut dalam tart dan tuangkan sirap tadi. Bakar hingga perang selama 30 minit.
UBI KAYU KARAMEL GULA MELAKA (CASSAVA THAI)
Ubi rebus yang dinikmati bersama dengan sos karamel manis yang diperbuat dari gula melaka. Untuk rasa lebih enak, boleh juga dihidangkan bersama santan.
BAHAN-BAHAN:
2 batang ubi kayu bersaiz sederhana 250gm gula perang 100gm gula Melaka 1 helai daun pandan 400ml air
CARA-CARA:
1.Ubi kayu dibersihkan dan dibuang kulit. Potong sepanjang 10cm. 2.Masukkan kesemua bahan-bahan di atas ke dalam periuk yang bersesuaian. 3.Rebus sehingga ubi empuk dan gula menjadi pekat. Kacau bahagian bawah bagi mengelakkan gula menjadi hangus. Setelah ubi empuk, angkat dan sedia dihidangkan.
PUREE DURIAN
BAHAN-BAHAN:
1kg isi durian 800ml air 400gm gula pasir** 50gm tepung jagung 250ml air Sedikit pewarna lemon yellow Sedikit perisa durian (jika perlu)
CARA-CARA:
1.Kisar isi durian dan air hingga halus. 2.Tuangkan dalam kuali/non stick pan atas api sederhana dan kacau. 3.Letakkan gula dan terus kacau hingga sebati. 4.Bila agak likat, campurkan bancuhan air dan tepung jagung kacau lagi lebih kurang 10 minit atau hingga pekat.
5. Masa proses ni, puree akan meletup letup kecil. (Perlu berhati-hati takut melecur) 6. Tutup api dan tuangkan dalam bekas kedap udara. 7. Sudah sejuk boleh simpan dalam peti ais.
**gula boleh dikurangkan jika isi durian yang digunakan jenis bagus dan manis.
1.Masukkan santan dalam periuk bersama pisang dan daun pandan. 2.Masak atas api sederhana, Sentiasa kacau supaya santan tidak pecah. 3.Setelah pisang empuk, masukkan gula dan secubit garam sebagai penambah rasa. Apabila secukup rasa. Matikan api. 4.Untuk menghidangkannya, skopkan pulut tawar ke dalam mangkuk. Kemudian tuangkan santan pisang tadi. Pulut pisang sedia dihidangkan.
*Hidangan ini enak dihidangkan panas atau sejuk, terpulang pada cita rasa anda.
PUDING ROTI MARSHMALLOW
BAHAN-BAHAN:
1/2 buku roti sandwic 1/2 cawan kismis 1/2 cawan Mega Marshmallow 4 biji telur | dipukul sedikit 1 tin susu cair 1/2 cawan gula pasir 1 sudu teh serbuk kulit kayu manis 1 sudu teh esen vanilla 2 sudu makan mentega
CARA-CARA:
1.Sapukan mentega pada roti. Kemudian potong dadu. Susun roti dalam loyang yang telah dioles dengan mentega dan tabur kismis. 2. Kemudian susun lagi roti, tabur kismis dan Mega Marshmallow sehingga habis. 3. Di dalam bekas berlainan, satukan telur yang telah dipukul dengan susu, gula, serbuk kulit kayu manis dan esen vanilla. Pukul sebati dan tuang ke dalam loyang. 4. Masukkan ke dalam ketuhar dan bakar pada suhu 170C selama 40 minit.
PANNA COTTA
(untuk hidangan 6 gelas)
Sumber: @natashaskitchen
BAHAN-BAHAN:
1 cawan susu 2 ½ sudu teh gelatin (saya guna 1 paket gelatin halal gel) 2 cawan whipping cream ½ cawan + 1 sudu besar gula (saya guna ½ cawan) 1 sudu teh esen vanila Secubit garam 1 cawan krim masam (saya guna yogurt asli)
BAHAN SOS BERRY:
2 cawan berries (saya guna strawberry & blueberry) 3 sudu besar gula (ejas ikut selera) ½ sudu besar jus lemon
CARA-CARA:
1. Masukkn susu ke dalam periuk dan taburkan gelatin. Biarkan gelatin lembut selama 3-5 minit. Kemudian hidupkan api sederhana kecil dan panaskan susu supaya gelatin cair. Kacau campuran susu dan gelatin sekadar muncul wap sahaja. Jangan biarkan hingga mendidih. 2. Masukkan whipping cream, gula, esen vanila dan garam. Kacau lagi 5 minit hingga gula cair dan campuran krim berwap (jangan bagi hingga mendidih). Alihkan periuk dari dapur dan sejukkan selama 5 minit. 3. Masukkan krim masam/yogurt asli ke dalam jug kecil. Kemudian masukkan krim suam tadi sedikit demi sedikit dan whisk sentiasa ke dalam jug berisi krim masam/yogurt. Bila adunan menjadi sebati, bahagikan ke dalam 6 gelas atau 8 ramekins. Sejukkan ke dalam chiller selama 4-6 jam.
CARA MEMBUAT SOS BERRY:
1. Di dalam periuk yang sesuai, satukan 1 cawan buah-buahan berries, jus lemon dan gula. Didihkan dengan api perlahan selama 4-5 minit sehingga buah-buahan berries menjadi seperti sirap (syrupy). 2. Masukkan baki 1 cawan berries dan alihkan dari dapur. Sejukkan sehingga suhu bilik dan sudukan ke atas panna cotta.
Jika anda gemar berkunjung ke restoran yang menyajikan makanan Arab, tentu anda tidak akan terkecuali untuk mencuba pelbagai jenis manisan Arab yang sedap. Salah satu yang boleh dicuba di rumah ialah Mshabak. Rupanya seakan churros namun lebih manis. Memang sedap!
BAHAN-BAHAN:
5 sudu makan tepung jagung 5 sudu makan tepung gandum 2 sudu makan minyak bunga matahari/jagung 1 sudu teh yis / ragi Air suam secukupnya Minyak masak untuk menggoreng secukupnya
UNTUK SIRAP:
2 cawan gula 1 cawan air 2 sudu makan air mawar ½ biji lemon untuk perahan jus Pewarna kuning / oren
CARA BUAT SIRAP:
Cairkan gula kemudian tambahkan air mawar dan jus. Akhir sekali masukkan pewarna mengikut cita rasa. Ketepikan.
CARA BUAT DOH:
1.Gaul minyak bunga matahari/jagung, tepung gandum, yis dan tepung jagung, campurkan air sedikit demi sedikit dan gaul sehingga sebati. Ketepikan. 2.Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng doh di dalam minyak panas, pelbagai cara boleh digunakan untuk membentuk doh sama ada menggunakan acuan atau piping bag (seperti membuat churos). 3. Goreng doh sehingga perang keemasan dan kemudian angkat, tos dan rendamkan di dalam air gula yang telah dibuat sebelumnya. Angkat dan sedia dinikmati.
BAKLAVA
Manisan Arab yang penuh rasa kekacang dan disiram dengan sirap manis. Bagi yang mempunyai masalah diabetes, boleh cuba kurangkan jumlah gulanya.
BAHAN-BAHAN:
100gm kacang walnut | cincang/kisar 200gm kacang pistachio | cincang/kisar 100gm kacang tanah | cincang/kisar 100gm kacang hazelnut | cincang/kisar 1 sudu teh serbuk kayu manis 1 sudu teh air mawar 1 roll (500gm) filo pastri 250gm mentega | cairkan 250gm gula 1 cawan air ½ cawan madu 1 sudu teh ekstrak vanila 1 sudu teh kulit lemon yang diparut
CARA-CARA:
1.Panaskan ketuhar pada suhu 175C. Ketepikan. 2. Gaulkan serbuk kayu manis dan semua jenis kacang bersama. Sementara itu tutup filo pastri dengan kain yang lembap untuk mengelakkan daripada ia kering. 3. Letakkan 2 -3 helai filo pastri di atas dulang pembakar, sapu dan ratakan dengan mentega yang telah cair. Ratakan campuran kacang di atasnya sebanyak 2 – 3 sudu makan dan renjiskan air mawar. Ulang proses ini mengikut ketebalan yang dikehendaki. 4. Potong bentuk berlian atau apa saja bentuk yang dingini sebelum bakar. 5. Bakar selama 50 minit sehingga warna keemasan dan kelihatan garing. 6. Sementara menanti baklava masak, masak air gula (sirap). Campurkan madu, ekstrak vanila dan parutan lemon. Perlahankan api dan reneh selama 20 minit. 7. Keluarkan baklava dari ketuhar dan sira di atas baklava dengan sirap yang telah dimasak tadi. Biarkan sejuk sebelum dihidangkan.
*Info chef: Diingatkan untuk ratakan setiap lapis filo pastri tersebut dengan mentega yang telah dicairkan.
MACARON
BAHAN-BAHAN:
2 biji telur putih | saiz L 60gm gula kastor 80gm serbuk badam 120gm gula aising Sedikit esen vanila Pewarna yang diingini Inti jem dan coklat secukupnya
CARA-CARA:
1.Ayak serbuk badam dengan gula aising. Ketepikan. 2.Pukul putih telur dengan gula kastor sehingga berbuih. Masukkan esen vanila dan pukul lagi sehingga kembang/ bertanduk. 3. Masukkan sikit demi sedikit bahan yang diayak tadi ke dalam telur putih. Kacau perlahan-lahan seperti buat kek. Masukkan pewarna yang diingini dan gaul sebati. Bahagikan kepada beberapa bahagian jika ingin membuat warna yang berbeza-beza. 4. Masukkan adunan yang sudah siap ke dalam piping bag. Satu piping bag untuk satu warna. Picit ke atas dulang ketuhar yang sudah dialas dengan baking paper. Jarakkan setiap satu lebih kurang 3 cm. Ulangi setiap warna hingga selesai. 5. Ambil toothpick, pecahkan mana-mana gelembung udara yang terbentuk di permukaan makaron. Ini untuk mengelakkan permukaan makaron jadi berlubang bila dibakar. 6. Biarkan permukaan macaron kering atau tidak melekat di tangan sebelum dibakar. Anggaran lebih kurang 30-40 minit sebelum dibakar. 7. Bakar di dalam ketuhar pada suhu 150C selama 20 minit. Setelah masak, keluarkan dan sejukkan. 8. Paipkan inti jem atau coklat yang anda sukai di atas sekeping macaron dan lapiskan dengan sekeping macaron lagi. Ulangi langkah hingga selesai.
*INFO CHEF : Sebelum makaron dibakar, uji dahulu dengan menyentuh dengan jari. Jika adunan tidak melekat, bolehlah dibakar.
JELLY TEMBIKAI
Jika dulu, sebut sahaja agar-agar, pasti terbayang manisan berperisa sirap, jagung, pandan dan sebagainya yang dipotong dadu. Memang enak dimakan sejuk-sejuk. Malah nak buatnya juga senang dan murah. Kini dengan inovasi serta kreativiti, bermacam-macam resipi agar-agar telah dihasilkan. Bahkan hasilnya sangat menarik dan kelihatan mewah.
BAHAN-BAHAN:
20gm agar-agar serbuk 1 liter air 200gm gula 1 biji buah tembikai merah Buah naga | potong dadu Buah kiwi | potong dadu Buah nanas | potong dadu Buah betik | potong dadu Strawberi | potong dadu Blueberi
*Selain buah-buahan di atas, boleh juga menggunakan buah-buahan lain mengikut cita rasa masing-masing.
CARA-CARA:
1.Tembikai dibelah dua dan dikeluarkan isinya. Isi tembikai dipotong dadu. 2. Masukkan kesemua buah-buahan yang dipotong dadu ke dalam kulit tembikai. 3. Masak agar-agar bersama air dan gula hingga larut. 4. Tuang agar-agar ke dalam kulit tembikai berisi buah-buahan tadi. Biarkan sejuk dan mengeras. Boleh disimpan di dalam peti sejuk. 5. Potong dan sedia untuk dinikmati.
1 tin susu pekat 1 tin susu sejat@cair 5 tin air (guna bekas tin susu tadi untuk sukat air) 11 sudu makan tepung kastad (sukatan membukit) Biskut marie (perisa kopi) secukupnya Milo secukupnya
CARA-CARA:
1.Masukkan susu sejat, susu pekat , air dan tepung kastad ke dalam periuk. 2.Kacau semua bahan tadi hingga sebati kemudian barulah buka api sederhana. 3.Kacau sampai pekat dan berkilat kemudian tutup api. 4. Sendukkan sedikit kastad tadi ke dalam loyang atau bekas. Kemudian masukkan biskut dan taburkan milo. 5. Ulang langkah sehingga bahan habis. Pastikan lapisan terakhir adalah kastad. 6. Kisar biskut dan milo. Kemudian tabur di lapisan paling atas tadi. ‘ 7. Masukkan ke dalam peti sejuk dan sedia untuk dinikmati.
BUBUR ANAK LEBAH MAKANAN ORANG RAWA & TERKENAL DI PERAK
Jangan terkeliru dengan cendol, ini sebenarnya adalah bubur anak lebah makanan orang Rawa yang cukup terkenal di Perak. Kebiasaannya bubur anak lebah akan dihidangkan di kenduri kahwin atau majlis keramaian yang lain.
BUBUR ANAK LEBAH
BAHAN-BAHAN ANAK LEBAH:
Sekampit tepung beras Segenggam tepung gamdum Sedikit kapur Sedikit pencelup hijau 10 helai daun pandan dikisar ambil airnya Sedikit air
CARA-CARA:
1.Campur kesemua bahan-bahan sekali. Gaul sampai lembik dan tidak cair sesuai untuk ditenyeh di acuan.
2.Adunan ini akan ditenyeh sampai biar jatuh sendiri dalam air panas (macam dalam gambar)
3.Kemudian sudah masak baru keluarkan dan basuh dengan air biasa baru dibubuh dalam kuah bubur untuk dimasak bersama-sama.
BAHAN KUAH:
3kg santan 1/2kg gula merah (dicairkan dan ditapis) Gula biasa secukup rasa Sedikit garam Air biasa secukupnya. Beberapa helai daun pandan (disimpul untuk masuk dalam bubur)
CARA-CARA:
1.Masukkan santan dan gula merah yang sudah dicairkan.
2.Tambahkan air biasa mengikut kepekatan bubur yang kita mahu.
3. Perasakan dengan sedikit garam dan gula mengikut citarasa sendiri.
150g tepung pulut 50g tepung ubi 150ml air suam 1/4 sudu teh garam
AIR GULA 100g gula Melaka 800ml air 1/4 sudu teh garam 1 helai daun pandan disimpul
SANTAN PEKAT
200ml santan kotak 1/2 sudu teh garam 1 helai daun pandan disimpul
CARA-CARA:
1. BUBUR CANDIL : campurkan tepung pulut, tepung ubi dan garam dalam satu bekas. 2. Buat satu lubang di tengahnya lalu tuangkan air suam sedikit demi sedikit sambil uli dengan tangan hingga doh tak melekat di tangan dan bekas adunan 3. Ambil adunan sebesar 1 sudu teh. Bentukkan bulat, tekan sedikit dengan ibu jari hingga terbentuk kawah kecil. Buat hingga habis. Boleh dapat lebih kurang 50 biji. Susun dalam dulang supaya bubur candil tidak melekat 4. AIR GULA: Masukkan bahan-bahan air gula di dalam periuk. Panaskan hingga gula Melaka larut. 5. Masukkan bubur candil dalam air gula. Rebus hingga ia masak dan terapung di permukaan. Tutup api. Biarkan bubur di dalam air gula. 6. SANTAN PEKAT: Masukkan bahan santan pekat ke dalam periuk. Didihkan hingga mendidih kecil. Kacau sentiasa supaya santan tak pecah minyak. Tutup api dan alihkan dari dapur 7. Cara menghidang: ceduk bubur candil bersama air gula ke dalam satu mangkuk. Siramkan dengan santan pekat. Saya ada tambah sagu sebagai penyeri. Hidangkan suam atau sejuk
*sebenarnya bubur ni bentuk bulat. Saja saya bentukkan macam wadai kepeng supaya dapat lebih.
200ml minuman laici 1000ml susu segar penuh krim 200ml whipping cream/heavy cream 250gm gula 1 tin buah laici 1 paket serbuk agar-agar
BAHAN B
1 kotak besar minuman laici 2 biji buah delima 1 paket serbuk agar-agar 2 sudu makan gula
CARA-CARA:
1.Kisar buah laici dengan minuman laici dan tapis. 2. Campurkan air tapisan laici tadi dengan susu segar penuh krim, whipping cream, gula dan serbuk agar-agar ke dalam kuali. 3. Kacau dan masak sehingga mendidih. 4. Biarkan suam sedikit dan tuangkan ke dalam bekas sehingga penuh. Ketepikan. 5. Campurkan semua bahan B dalam periuk dan masak sehingga mendidih. 6. Biarkan suam sedikit dan tapis untuk asingkan biji delima. 7. Tuang sehingga separuh bekas yang anda gunakan. Biarkan sejuk. 8. Masukkan kembali panna cotta ke dalam peti ais dan biarkan sejuk. Hias dengan buah delima.
*Info chef: Jika tidak ada air kotak laici, anda boleh kisar laici dalam tin bersama airnya dan tapis.
BANOFEE PIE
Manisan Banofee Pie ini, rasanya manis, berkrim dan penuh sensasi rasa pisang serta karamel. Ia kemudian dihiasi dengan krim putar dan hirisan coklat.
BAHAN-BAHAN:
1 tin susu pekat manis | direbus selama 3 jam di dalam air mendidih 2 biji pisang ranum | dihiris Hirisan coklat secukupnya 200gm krim putar
1.Bagi menghasilkan kerak: campurkan biskut, serbuk badam dan gula. Kisar halus. 2. Kemudian cairkan mentega dan gaul bersama bahan kisar tadi. Masukkan ke dalam loyang dan bakar selama 10 minit suhu 170⁰C. Sejukkan dalam peti sejuk. 3.Untuk krim pula: campurkan semua bahan dan masak di atas air kukusan sehingga kental dan sejukkan. 4. Pukul krim putar sehingga separa kental, masukkan krim yang dimasak tadi dan teruskan pukul sehingga kental. 5. Tuang susu pekat manis yang direbus ke atas kerak dan taburkan hirisan pisang. Paip krim di atasnya dan taburkan hirisan coklat.
PUDING LUMUT
BAHAN-BAHAN LAPISAN BAWAH:
5 g serbuk agar-agar 1 biji telur 125 ml santan kotak ½ sudu teh pes pandan 50 g gula perang 300 ml air Garam
BAHAN-BAHAN LAPISAN ATAS:
2 kuning telur ½ sudu teh esen vanila 40 g mentega 100 g susu pekat 2 sudu besar gula perang 5 g serbuk agar-agar 350 ml air
CARA-CARA:
1.Untuk bahagian bawah: Panaskan air, masukkan gula perang. Boleh juga guna gula pasir. 2. Dah mendidih, masukkan serbuk agar-agar. Separuh lagi simpan untuk adunan agar agar mentega pula. 3. Santan, telur dan pes pandan disatukan. Pukul rata. Pes pandan boleh beli di kedai bahan bakeri. 4. Bila serbuk agar-agar dah hancur, masukkan bancuhan santan tadi. Biarkan api kecil, kacau manja-manja saja. Kita nak lumut dia tak terlalu kasar dalam puding nanti. 5. Tuangkan dalam bekas atau acuan yang sesuai. Boleh dapat 15 ketul. Masukkan separuh adunan ya. Ketepikan, 6. Untuk bahagian atas: Mentega dicairkan campur dengan kuning telur, esen vanila dan kuning telur. Kacau rata. 7. Panaskan air, masukkan gula perang. Kalau tiada, boleh guna gula pasir. Cuma kalau guna gula perang lagi sedap sebab dia ada rasa karamel beza dengan gula pasir. 8. Masukkan serbuk agar-agar. Biarkan hancur. Kemudian, masukkan bancuhan mentega tadi. Kacau rata ya. Matikan api. 9. Masukkan dalam bekas tadi. Isi sampai penuh. Simpan dalam peti sejuk. Makan sejuk-sejuk memang sedap.
6 cawan air 1 cawan sagu | dibilas sekejap ¾ cawan gula merah
CARA-CARA:
1.Masak air sampai mendidih. Dah mendidih, baru masukkan sagu yang dah dibilas sekejap. Bilas terus masuk dalam periuk. Jangan bilas awal sangat. 2. Biarkan sagu membuak-buak. Kacau selalu ya. 3. Bila nampak sagu dah jernih. masukkan gula merah. Kacau-kacaukan biar sebati. 4. Apabila Nampak elok jernih sekata, toskan. Bubuh dalam bekas kegemaran, tuangkan susu segar. Sejukkan dalam peti sejuk. Sedia dihidangkan.
*Kalau nak makan dengan santan pun boleh, dengan whipping cream pun boleh.
Nasi Goreng Tomyam yang sedap, pedas, masam dan menyelerakan. Ikuti resipi lengkap bersama petua memasak untuk menghasilkan hidangan yang padu dan memikat selera seisi keluarga.