Terfikir nak buat bubur jagung tapi macam tak jalan jer. Anak-anak tak berapa suka. Mereka lebih suka kudapan yang simple. Jadi sis rajinkan diri buatkan mereka muffin jagung yang gerenti anak-anak suka.
Muffin Jagung
BAHAN A
- 1 cawan tepung gandum
- 1 sudu teh soda bikarbonat
- 1 sudu teh baking powder
( Semua bahan di atas diayak bersama)
BAHAN B
- 1 biji telur ( dipukul sedikit)
- 1 cawan jagung berkrim
- 3/4 cawan gula
- 1 cawan minyak jagung
- 1 sudu teh perisa jagung
- Sikit garam & pewarna kuning
( Semua bahan ini digaul bersama)
CARA MEMASAK :
1.Gaul bahan A dengan bahan B
2.Setelah rata masukkan ke dalam paper cup .
3.Bakar 20 – 25 minit,kepanasan 180 ( ikut kepanasan oven masing-masing).
4.Sejukkan muffin baru dihidangkan.
Kredit : Khomisah Komtom
ADA YANG NAK MEMBELI ACUAN KEK, BOLEH LIHAT DI SINI.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Daging Masak Merah, Ini Rahsia Masak Sedap Macam Dekat Kedai
Resipi Cucur Bilis Tambah Kucai & Cili Kering Tumbuk, Sangat Sedap!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Taco Berkeju Daging Dendeng & Cheesy Mini Prata Sambal Udang Yang Wajib Dicuba
Jika anda suka makan Daging Dendeng dan Sambal Udang, anda wajib cuba resipi ini. Mungkin nampak pelik tetapi rasanya memang sedap. Resipi dari Mexico dan Itali ini memang tidak mengecewakan apabila dioleh mengikut tekak orang Malaysia. Masak pula menggunakan Keju Perfect Italiano Mexican Style dan Keju Perfect Italiano Perfect Bakes, memang terliur dibuatnya.
TACO BERKEJU DAGING DENDENG
Bahan-bahan A:
- Kepingan taco secukupnya
- 150gm Perfect Italiano Mexican Style
- Cincangan daun bawang dan cili merah – untuk hiasan
Bahan-bahan B (Daging Dendeng):
- 800gram daging
- 5 batang serai – hiris
- 8 helai daun limau purut
- 1 cawan stok/air rebusan daging
- 1 cawan bawang goreng
- 4 sudu makan kicap manis
- 4 sudu makan kicap masin
- 3 sudu makan air asam jawa (cair sedikit)
- 2 sudu makan gula
Bahan-bahan C (Untuk dikisar):
- 1 cawan minyak
- 20 tangkai cili kering
- 10 biji bawang merah
- 6 ulas bawang putih
- 4 batang serai
Cara-cara:
- Rebus daging hingga empuk (jangan buang air rebusan). Hiris daging nipis (ikut size yang disukai) lalu gaul dengan separuh kicap manis.
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Goreng daging tadi hingga agak perang. Angkat dan tumbuk daging hingga agak nipis. Ketepikan.
- Menggunakan kuali yang sama, tambah sedikit lagi minyak lalu goreng hirisan serai hingga layu dan wangi. Ketepikan.
- Kisar bahan C hingga lumat lalu tuang di dalam kuali besar. Tumis hingga bahan masak dan wangi.
- Masukkan daun limau purut, serai yang digoreng lalu renehkan hingga semua bahan kisar masak sempurna.
- Masukkan gula, air asam jawa, air rebusan daging, garam masin dan lebihan kicap manis. Jika perlu boleh tambah garam. Masak hingga kuah pekat dan hampir kering.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
CHEESY MINI PIZZA PRATA SAMBAL UDANG
Bahan-bahan:
- 4 keping prata segera
- 250gm Keju Perfect Italiano Perfect Pizza
- Daun basil – cincang kasar
- Mentega Anchor (Unsalted)
Bahan-bahan B (Sambal Udang):
- 10-15 ekor udang sederhana – bersihkan
- 1 biji bawang holland – potong bulat
- 6 biji tomato ceri – belah dua
- 10 tangkai cili kering – rebus dan toskan
- 6 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1 sudu makan air asam jawa
- 1 sudu makan gula perang
- Garam secukupnya
Cara-cara:
- Kisar cili kering bersama bawang merah dan bawang putih hingga lumat.
- Panaskan 2 sudu makan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar hingga naik bau dan pecah minyak.
- Masukkan air asam jawa, gula perang, udang dan garam secukupnya. Gaul sebati dan sejukkan sebentar.
- Sapu sedikit mentega Anchor (Unsalted) di dalam dulang pembakar, letak sekeping prata.
- Sendukkan sambal udang secukupnya lalu ratakan diatas prata. Susun hirisan bawang holland dan tomato ceri. Renjiskan sambal sedikit lagi.
- Tabur keju Perfect Italiano Perfect Pizza secukupnya.
- Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 15-20 minit atau hingga masak.
- Tabur cincangan daun basil dan hidangkan segera.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Dada Ayam Tak Laku? Jom Buat PopCorn Ayam Paling Mudah, Sekejap Habis Sepinggan
Resipi Apam Lenggang, Berbaloi Lama Proses Nak Buat Sebab Memang Sedap
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official:
Sedap Rupanya Buat Sandwich Guna Cream Cheese
Biasanya, bila buat sandwich, mesti kita gunakan sos untuk menambahkan lagi kesedapan roti sandwich.
Tapi menerusi resipi yang dikongsi Zurina Zulkefli ini, dia tidak menggunakan sebarang sos, sebaliknya menggantikan dengan cream cheese.
SANDWICH TANPA SOS
BAHAN-BAHAN:
Roti sandwich – beli online di sini
Cream cheese
Daun salad
Tomato | hiris nipis-nipis – beli online di sini
Lof yam
Lobak merah | dihiris & disangai – beli online di sini
Beef salami
Bawang holland | hiris & digoreng – beli online di sini
TONTON Macaron Teh Tarik
TONTON Wantan Goreng Mudah dan Ringkas
CARA-CARA:
1. Sapukan cream cheese pada roti. Selesai sapukan cream cheese, letakkan helaian daun salad diikuti dengan potongan tomato.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
2. Letakkan lof ayam.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
3. Kemudian letak hirisan lobak merah yang disangai.
4. Letakkan pula kepingan beef salami.
5. Tambah hirisan bawang holland yang digoreng layu.
6. Kemudian, saya tutup dengan kepingan roti dan potong.
7. Siap. Rasa lengkap walaupun tak menggunakan sebarang sos atau mayonis.
Kredit resipi: Zurina Zulkefli
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Guna Resipi Sama 30 Tahun, Memang Menjadi Buat Biskut Almond Chocolate Chip
Masukkan Bahan Rahsia Ini, Bagi Kuah Mee Bandung Sedap & Lemak
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
Sushi & Wanpaku Sandwic Yang Sedap Dan Padat Isi. Kenyang Sampai Ke Tengah Hari
Nak menu yang ringkas dan mengenyangkan? Boleh buat menu untuk sarapan Sushi Sandwich dan Wanpaku Sandwich. Bahan-bahan nak buat juga mudah dicari. Sushi sandwich Nampak comel jer tapi bila dah makan memang cukup kenyang.Mana taknya dalamnya penuh dengan lobak merah,timun, tuna dan lain-lain bahan.
Sushi Sandwic
Bahan-bahan:
Roti gardenia (roll/ lenyek nipis dan buang tepi)
Lobak merah
Timun Jepun
Tuna dalam tin-BELI ONLINE DI SINI
Telur hancur
Jejari ketam(digoreng sekejap)
Mayonis-BELI ONLINE DI SINI
Sos cili-BELI ONLINE DI SINI
TONTON GERENTI JADI : Resipi Sosej Gulung Rangup Goreng
Cara buat:
1.Sediakan sekeping roti, gelek nipis dan potong tepinya.
2.Letak inti tuna, telur hancur, jejari ketam
3.Letak timun dan lobak merah(dipotong memanjang)
4.Gulungkan roti hingga habis.
5.Potong kepada 2 bahagian
6.Letakkan sos dan mayo.
7.Tabur parsli flakes jika suka.
Wanpaku Sandwic
Roti wholemeal/ roti biasa gardenia
Isi ayam /nuggets
Sosej
Kubis ungu-hiris halus
Lobak merah -potong panjang
Timun Jepun – potong panjang
Telur hancur
Salad hijau – hiris halus
Mayonis
Sos cili
Cara buat:
1.Letakkan roti, susun semua bahan atas roti berlapis-lapis
2.Tutup roti dan balut dengan aluminium foil.
3.Belah tengah roti tadi.
Dah siap untuk dinikmati.
Kredit: Hidayati Hana
INGIN MENUKAR BLENDER BARU, BOLEH LIHAT DI SINI
Scone Homemade Sedap Macam Di Cameron Highland. Ini Cara Buat Guna 3 Bahan Je
Resipi Shepard Pie Terlajak Sedap.Cara Masak Step By Step Gerenti Jadi
Jimat Tapi Kenyang, RASA Kongsi Resipi Roti Bajet Sesuai Waktu PKPB