Selepas meneliti resipi dan video yang disediakan oleh Nurul Jannah di facebook Rasa Share Resipi, memang agak lama proses membuat apam lenggang.

Rendam beras 10 jam. Selepas itu, proses penapaian pula ambil masa semalaman. Boleh tahan lama.

Namun, sangat berbaloi kerana sangat sedap rasa apam lenggang ini. Lemak manis dan rangup di tepi apam memang sedap!

Jom cuba!

IKLAN

APAM LENGGANG (THENGAI PAAL APPAM)

Resipi Apam Lenggang, Berbaloi Lama Proses Nak Buat Sebab Memang Sedap

BAHAN APAM
3 pot beras
1sb urad dhal
1/2sk halba
air suam secukupnya
air kelapa secukupnya
1 mangkuk kelapa parut muda
1 mangkuk nasi sejuk
2 sudu besar gula pasir
Garam secukupnya

IKLAN

BAHAN KUAH SANTAN
1 biji kelapa parut putih
3 sudu besar gula
Garam secukup rasa

IKLAN
Resipi Apam Lenggang, Berbaloi Lama Proses Nak Buat Sebab Memang Sedap
Kuah santan

CARA MEMBUAT
1. Elak guna beras basmathi. Guna beras biasa saja. Basuh beras dan toskan airnya. Masukkan dalam bekas besar.
2. Masukkan kacang urad dhal, halba dan air. Rendam selama 10 jam.
3. Selepas 10 jam, toskan air rendaman tadi.
4. Masukkan air kelapa, kelapa parut, nasi sejuk dan gula. Gaul rata.
5. Masukkan adunan tadi dalam pengisar. Kisarkan sehingga betul-betul halus. Masukkan dalam bekas besar yang lain.
6. Taburkan sedikit garam dalam adunan yang telah dikisar halus tadi.
7. Gaul rata adunan menggunakan tangan supaya proses penapaian lebih mudah berlaku.
8. Tutup adunan ini dan simpan semalaman.
9. Adunan akan jadi pekat. Gunakan senduk, gaul sebati adunan tadi.
10. Untuk kuah santan, kisar kelapa parut sehingga halus. Perah dan tapiskan santannya.
11. Masukkan gula dan garam dalam santan. Gaul rata. Masak santan dengan api perlahan. Tak perlu sampai mendidih. Cukup setakat panas sahaja.
12. Panaskan kuali. Letakkan sesenduk bancuhan beras. Lenggangkan menjadi bentuk bulat. Tutup kuali. Apabila sudah masak, angkat.
13. Ulangi sehingga bancuhan habis.
14. Siap!

Resipi Apam Lenggang, Berbaloi Lama Proses Nak Buat Sebab Memang Sedap
Apam lenggang
Resipi Apam Lenggang, Berbaloi Lama Proses Nak Buat Sebab Memang Sedap
Apam lenggang dimakan bersama kuah santan.

Untuk info lebih lanjut, boleh tonton video youtube di bawah.
https://youtu.be/B0EoHtFR8f0

Sumber: Nurul Jannah melalui Rasa Share Resipi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI