Bagaikan tidak lengkap menu harian tanpa sambal. Ia menjadi penyedap atau pembuka selera dalam hidangan. Banyak jenis sambal boleh diolah umpamanya dari mangga, terung pipit, belimbing dan sebagainya. Antara ialah sambal goreng, nampak mudah untuk dibuat tetapi sejauh mana kesedapannya. Ini cara membuat sambal goreng warisan oleh Lyana Hisham.
Lauk yang ringkas pun boleh jadi berselera dengan adanya sambal tumbuk. Nak buat bukan susah mana pun. Hanya beberapa bahan ringkas yang dicampur dan ditumbuk sekata. Paling penting, kena guna lesung batu. Barulah power!
SAMBAL BILIS TUMBUK
BAHAN-BAHAN:
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Cili padi – ikut kepedasan yang dikehendaki
2-3 tangkai cili merah
Sedikit belacan
1 biji tomato
Limau nipis
Ikan bilis goreng secukupnya
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Potong kasar bahan-bahan diatas (kecuali limau nipis) dan goreng hingga layu.
2. Kemudian tumbuk kesemuanya hingga lumat. Perah jus limau nipis.
Nasi Kak Wok, menu berasal dari Kelantan yang popular di kawasan Lembah Klang. Pergilah kemana sahaja pasti mudah nak jumpa restoran yang jual nasi ni. Lauk pauknya mudah sahaja, nasi putih yang dimakan bersama ayam goreng garing, gulai ayam serta sambal cili. Makan panas-panas memang sedap! Keenakan hidangan ni terletak pada gulai serta sambal cilinya kerana ia ada rasa asli masakan gulai dan sambal Kelantan. Ramai yang cuba buat tapi tak dapat ‘rasa’ yang sebenar. Anda nak rasa? Resipi perkongsian saudari Rusmida Rusli ni boleh dicuba.
RESIPI NASI ALA KAK WOK
BAHAN-BAHAN:
Nasi putih – masak seperti biasa dan letak daun pandan simpul. Wangi!
1. GULAI AYAM
BAHAN-BAHAN:
4 biji bawang bombay
5 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
3 sudu makan rempah kari daging
1 sudu makan rempah kerutub
Kacang panjang secukupnya – potong
Terung – potong kecil
Leher, kaki, kepak dan paha yam – potong kecil
Santan ( jangan pekat sangat)- ikut jumlah ayam yang diguna.
Garam dan kiub pati ayam secukup rasa
1 kerek manisan / gula melaka
2-3 keping asam gelugur (RASA TAMBAH)
CARA MEMASAK:
Kisar bawang merah, bawang putih dan halia hingga lumat dan tumis hingga wangi.
Satukan rempah kari dan kerutub. Bancuh dengan sedikit air hingga jadi pes. Kemudian gaul pada ayam dan perap seketika.
Seterusnya masukkan ayam ke dalam periuk berisi bahan tumis tadi. Masak hingga empuk.
Masukkan santan dan masak hingga mendidih serta kuah menjadi sedikit pekat.
Tambahkan terung, kacang panjang dan asam gelugur ( jika suka).
Perasakan dengan garam, manisan serta kiub pati ayam dengan secukupnya. Kacau hingga sebati rasa. Angkat.
2. AYAM GORENG HARUM
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam – potong kecil
2 sudu teh garam
2 inci kunyit hidup – tumbuk lumat
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk cili
3 tangkai daun kari
CARA MEMASAK:
Basuh bersih ayam dan lumurkan dengan bahan-bahan lain. Perap seketika.
Panaskan minyak masak dan goreng sampai sederhana garing.
Angkat dan toskan minyaknya.
3. SAMBAL BELACAN ALA KAK WOK
BAHAN-BAHAN:
4 biji cili kering – direbus
Cili padi – jumlah ikut pedas yang dikehendaki
2 inci belacan
1 biji bawang besar – dibakar
1 labu bawang putih – dibakar
Gula, garam dan perasa secukupnya
Air asam jawa- anggaran 1/2 mangkuk
Limau kasturi secukupnya
CARA PENYEDIAAN:
Satukan semua bahan dalam pengisar dan kisar hingga hancur. Jangan terlalu halus nanti tidak sedap.
Tuang kisaran cili ke dalam bekas dan masukkan perahan limau kasturi hingga capai tahap masam yang sedap dengan citarasa.
Kulit limau kasturi yang dibuang. Hiris halus dan masukkan ke dalam sambal. Gaul rata.
Sedia untuk dinikmati bersama nasi, ayam dan gulai.
Jom cuba buat Sambal Tomato Bilis Goreng ni. Menu Sambal Ikan Bilis tentunya ada pelbagai versi namun resipi yang dikongsi oleh saudari Tengku RosElyza Raja Muhammad ni memang mudah dan sedap. Sesuai dinikmati dengan nasi putih, pulut dan sebagainya. Kalau nak dimakan bersama lontong atau nasi impit dan ketupat pun sedap. Rugi kalua tak cuba. Jom lihat bahan-bahan dan cara memasak menu ini.