Kek Fruits Pastry menjadi trending di media sosial sekarang. Pernah viral suatu masa dahulu ketika tahun 2010 kini resipi ini seperti membuat ‘comeback’ mengejutkan semua yang gemar mem’baking’. Rugi jika kamu tidak mencuba resipi ini memang mudah dibuat dan sedap! Selamat mencuba.
Resepi adalah dari gabungan dari Glazed, Kak Rima dan juga Kak Azlita Aziz. Sebenarnya bila tengok balik resepi ketiga tiga ni lebih kurang sama. Beza 10 – 20 gram saja.
RESIPI KEK FRUITS PASTRY
BAHAN-BAHAN:
Butter 100 gram. Boleh pakai apa saja brand butter / spread. Tolong jangan bergaduh isu Buttercup kat sini. Haha.
3 biji Telur Ayam saiz A atau B saja. Saiz Z kecil sangat.
Tepung Gandum 210 gram + baking powder 1tsp. Diayak bersama. Kalau rajin ayak 3 kali. Kalau malas tak payah ayak langsung.
Vanilla Flavor 1tsp. Tapi sebab saya guna Premium Silky Vanilla by Chef Amer, guna half saja. Sebab bau dia mengaum. Nak beli roger tepi. ( taktik iklan secara halus).
Lemon Zest / kulit orange 1tsp.
Sourcream / Greek Yogurt 100 gram
Buah buahan yang masam. Kalau rasa diri tu masam pun boleh letak juga. Saya guna Strawberry, Blueberry, dan Peach dalam tin. Kalau nak beli Peach yang segar, harga nya mahal nak arwah.
Daun Keladi sekadar hiasan. RM 4 sehelai tu.
CARA MEMASAK:
LANGKAH 1 : Pastikan butter berada dalam suhu bilik. Tapi bukan lembik. Dan bukan juga keras kejong. Yang sedang sedang saja . Pukul bersama dengan gula caster sehingga menjadi creamy.
LANGKAH 2: Okay, cun dah. Adunan menjadi creamy, dan bertukar warna menjadi sedikit putih.
Ads
LANGKAH 3: Masukkan telur satu persatu. Sambung pukul perlahan lahan. Sampai telur hilang dari pandangan saja. Jangan over beat masa ni.
LANGKAH 4: Masukkan campuran bahan kering yang sudah diayak tadi. ( ayat buku resepi)
LANGKAH 5: Kau orang pun mesti hampir hampir terlupa pasal dua benda alah ni kan. Haha. Sepatutnya kena masuk masa selepas masuk telur tadi. Layan Tik Tok la ni sampai lupa.
LANGKAH 6: Terakhir sekali, masukkan Greek Yogurt atau Sourcream. Beli dah lama dah Yogurt ni tapi baru kesempatan nak buat. Expired date pun di saat hari kek ini dibuat. Haha.
LANGKAH 7: Ini adunan yang dah sebati serasi bersama. Wangi sungguh. Bau Vanilla, bau masam lemon zest, bau butter lagi.
LANGKAH 8: Masukkan ke dalam loyang bersaiz 8inc yang telah diglis dan dilapik dengan parchment paper. Pastikan oven dah dipanaskan terlebih dahulu. Basic baking tu kan.
LANGKAH 9: Maka susun lah buah buahan mengikut kreativiti masing masing ya. Seeloknya cari buah yang masam masam dan tidak ‘watery’. Tapi kalau nak rare, letak buah tembikai pun boleh.
LANGKAH 10: Sedia untuk diseksa didalam oven selama 45 minit. Suhu 160c atas bawah.
TIP:
Ads
Cucuk dengan lidi / cake tester untuk pastikan kek dah betul masak. Nak cucuk dengan jari pun boleh kalau kebal. Sejukkan kejap baru diletakkan diatas papan.
Untuk dekorasi, boleh dust dengan snow powder atau icing sugar. Kalau nak buat jual, seeloknya guna snow powder, ianya tahan lama berbanding icing sugar. Tak larut dalam kek.
Potong siap siap. Buat minum petang ibu ibu di taman petang ini sambil membawang.
Jika diikutkan resepi nya seakan Sourcream Buttercake saja, kemudian diletakkan buah buahan diatas adunan sebelum dibakar. Maka terhasil lah satu gabungan rasa masam manis kehidupan.
NOTA: Ini adalah Vanilla Flavour jenis oil based. Banyak brand dijual. Antara nya brand Chef Amer. Beza antara Vanilla Essence kebanyakkan ialah jenis water based. Bau nya akan hilang akibat dari sejatan semasa proses pembakaran kek. Jadi bertukar lah pada Vanilla jenis oil based, bau tetap kekal dalam produk sekalipun diseksa berjam jam di dalam oven.
Sedapnya dapat menikmati nasi kerabu. Memang kenyang dapat sepinggan.Siapa yang tiada bunga telang,boleh buat nasi kerabu kuning ni.Kalau ada yang teringin, bolehlah cuba resipi ini.
NASI KERABU KUNING
Bahan untuk nasi:
Beras
Air
Kunyit hidup atau serbuk
Serai sebatang diketuk
Daun limau yang dibuang tulang tengahnya
Ade 3 teknik boleh buat untuk warnakan nasi:
1. Rendam beras dalam air kunyit
2. Rebus air, kunyit, serai sampai mendidih kemudian masukkan beras dan daun limau.
3. Pakai pewarna saja
Tanak nasi sampai masak.
Sambal kelapa:
Ikan selayang / kembung sesuai selera. Kalau ikan besar 2 ekor dah cukup.
Kalau kecil ambil 5-6 ekor
1 biji kelapa parut putih
4-5 biji bawang merah kecil
3-4 ulas bawang putih
Garam dan gula
Cara memasak:
1.Rebus ikan dengan sedikit garam.
2.Dah masak, perisi buang tulang.
3.Sangai kelapa sehingga hampir kekuningan, agak-agak 10min lebih kurang.Jangan lama sangat kita tak nak dia kering. Ketepikan.
4.Tumbuk isi ikan, kelapa parut, bawang. Agak-agak pecah je kecuali bawang ditumbuk biar lumat.
5.Masuk balik semua bahan yang kita tumbuk dalam kuali, perasakan garam dan gula secukupnya. Buka api sederhana, kacau semua sebati agak-agak dalam 5 minit. Tutup api. Siap.
Kuah tumis:
4 biji bawang merah besar
3-4 ulas bawang putih
1 biji bawang Holland
Cili kering sesuai kepedasan masing-masing
Cara memasak:
1.Kisar semua bahan sehingga lumat
2. Angkat sikit bahan kisar untuk perap ayam.
3.Tumis bahan kisar sampai pecah minyak macam nak buat sambal.
4.Masukkan sebatang serai yang diketuk, 200ml santan dan air secukupnya.Biar mendidih sambil dikacau sampai santan masak cantik.Agak-agak tambah air jangan banyak sangat, kuah tumis ni nak kena sedikit pekat.
5.Perasakan garam dan gula.
6.Ada orang titiskan sedikit budu. Sesuai selera
7.Siap untuk dihidang.
Ayam percik
1.Perap ayam dengan garam dan bahan kisar yang kita asingkan sikit tadi.
2.Bakar ayam. Ayam dah hampir masak, ambil sikit kuah tumis dan lumurkan pada ayam.
Kemudian sambung bakar smpai masak.
*Tapi cara saya buat ayam tu, sediakan kuali, letak minyak sikit,
letak ayam yang diperap. Terbalikkan supaya tak melekat.
*Agak dah separuh masak,masukkan kuah tumis tadi sikit, masukkan air
biar mendidih kedua sisi ayam sehingga masak. Biar sampai kuah tadi jadi pekat. Siap.
Hiris ulam sesuai selera.
Pelbagai jenis hidangan boleh dihasilkan dengan menggunakan kuey teow.. Siapa penggemar kuey teow bolehlah cuba resipi-resipi ni! Selamat mencuba!
KUEY TEOW GORENG CHINESE STYLE
BAHAN(A)
1/2 kg kuey teow
3 biji telur – pukul hancur sahaja
BAHAN (B)
5-7 ulas bawang putih – cincang halus
Udang dan sotong jika suka
Minyak secukupnya untuk menumis
BAHAN (C)
1/2 sdm sos tiram
1/2 sdt kicap cair
1sdt kicap pekat manis
1/2 sdt kicap pekat – untuk warna sahaja
1/2 sdt pitis otak udang
1 sdm sos cili *Satukan sebati*
Tauge secukupnya
Daun kucai jika suka
CARA PENYEDIAAN
Tumis bahan (B), bawang dahulu sehinnga kuning dan masukkan udang. Biarkan sekejap sehinnga udang bertukar warna.
Kemudian masukan bahan (A) kuey teow terlebih dahulu. Goreng sekejap sehingga minyak serap pada mee dan baru masukkan telur. Biarkan sekejap sehingga telur kering.
Kemudian masukkan bahan (C) dan goreng lagi sehingga sebati pada mee dan akhir sekali masukan tauge dan daun kucai. Goreng seminit dan tutup api.
*Penggunaan api mesti sedang besar supaya kuey teow tidak hancur*
Kicap pekat secukupnya (untuk digaul bersama kuew teow)
1 bungkus kuey teow
2 ulas bawang putih | ketuk
4 biji cili padi | ketuk
1 biji kiub ayam
Sotong/ udang/ayam secukupnya
Sawi, lobak merah, putik jagung, bunga kobis (sawi asingkan batang)
1 sudu besar sos tiram
2 sudu kecil tepung jagung (tambahkan air untuk pekatkan kuah)
Air secukupnya
CARA PENYEDIAAN
Gaul kuey teow dengan sedikit kicap. Panaskan minyak sedikit dalam kuali, masukkan kuey teow gorengkan sekejap anggaran 2 minit. Angkat dan masukkan dalam pinggan.
Tumis bawang putih dan cili api sampai naik bau.
Kemudian masukkan kiub ayam, sos tiram, lobak merah, putik jagung, bunga kobis, ayam, batang sawi dan sotong. Kemudian masukkan air secukupnya. Biarkan mendidih.
Masukkan garam, sawi dan udang. Kemudian masukkan bancuhan tepung jagung, biarkan sedikit pekat.
2 cawan stok ayam (resipi ni guna 2 cawan air + 1 kiub ayam)
BANCUHAN TEPUNG JAGUNG
1 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar air
CARA PENYEDIAAN
Perap ayam yang telah dipotong kecil dengan kicap soya dan sedikit lada sulah. Biarkan sekejap.
Panaskan kuali dan letak 1 sudu besar minyak. Masukkan satu sudu besar kicap soya dan kemudian masukkan kuey teow. Balik-balikkan sehingga keperangan. Angkat.
Panaskan kuali dan letakkan 1 sudu besar minyak. Tumis bawang putih sehingga keperangan dan naik bau. Masukkan ayam yang telah diperap dan kacau rata. Masukkan udang. Biarkan seminit dan kemudian masukkan bahan B.
Tunggu sehingga mendidih. Masukkan sayur paksoy dan bancuhan tepung. Kacau dan rasa kuah secukup rasa. Padamkan api. Masukkan telur yang telah dipukul.
Kacau kuah dengan laju dan curahkan kuah di atas kuey teow. Sedia untuk dimakan.
Tak tahu nak masak apa dengan daging kambing yang sudah lama dalam peti sejuk. Ini Rasa kongsikan tiga menu berasaskan daging kambing yang sedap dan boleh anda cuba sendiri. Sesuai sangat untuk dijadikan lauk berbuka petang nanti.
KAMBING MASAK BERIANI
BAHAN-BAHAN:
½ kg kambing | potong dan direbus sekejap di dalam air yang sedang mendidih. Angkat dan toskan.
5 sudu makan rempah beriani
2 sudu makan tomato puri
4 sudu makan susu cair
2 sudu makan madu
1 sudu makan gajus yang sudah ditumbuk
4 sudu makan minyak sapi | untuk menumis
Setengah cawan tairu | susu cair yang dibancuh dengan air perahan limau nipis
Sedikit daun pudina
Sedikit daun bawang
Sedikit daun sup
BAHAN KISAR UNTUK PERAPAN
4 biji bawang merah
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
3 batang serai | dihiris nipis
½ inci lengkuas
1inci halia
BAHAN DIGORENG
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
1 biji bawang besar
Sedikit gajus
CARA MEMASAK:
Perapkan daging dengan bahan yang sudah dikisar. Biarkan dalam sejam.
Panaskan minyak sapi di dalam periuk sederhana besar. Masukkan rempah beriani. Kacau jangan sampai hangus.
Masukkan daging kambing yang sudah diperap tadi.
Masukkan susu cair, tomato puri, madu dan tairu dan gajus yang sudah ditumbuk.
Biarkan daging masak dengan api sederhana. Masukkan air sedikit jika rempah terlalu kering.
Apabila daging sudah empuk, masukkan bawang –bawang yang sudah digoreng dan daun pudina, daun bawang dan daun sup.
Kacau rata.
Masukkan garam secukup rasa. Siap untuk dihidangkan.
KUZI KAMBING
BAHAN- BAHAN:
½ kg daging kambing
2 sudu makan rempah kuzi
3 biji bawang besar | dihiris nipis dan digoreng hingga kekuningan
3 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
2 sudu makan tomato puri
1 sudu makan tomato sos
½ tin susu cair
1 sudu makan susu pekat manis
2 inci gula Melaka | potong kiub
1/2 cawan kismis | digoreng
1/2 cawan badam/gajus | digoreng
Garam secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Kisar bawang besar, bawang putih dan halia. Campurkan dengan rempah kuzi. Ketepikan.
Panaskan minyak dan masukkan pes rempah yang dikisar tadi. Masak hingga pecah minyak. Masukkan tomato puri. Kemudian masukkan daging kambing.
Masukkan bawang goreng, susu cair, susu pekat manis, garam dan gula Melaka secukup rasa. Masak sampai daging empuk. Tambahkan sos tomato. Apabila semua sudah sebati, masukkan kismis dan badam.
Boleh dihidangkan.
DAGING KAMBING BAKAR KUNYIT CICAH SAMBAL KICAP
BAHAN-BAHAN:
400gm daging kambing | potong nipis bersama tulang
Sedikit garam dan kunyit
SAMBAL KICAP:
20 tangkai cili padi
50gm gula pasir
50ml kicap manis
5gm belacan
10gm bawang merah
CARA MEMASAK:
Perap daging kambing dengan garam dan kunyit sekitar 10 minit. Panggang daging sehingga ¾ masak. Angkat dan ketepikan.
Untuk membuat air asam; kisar kesemua bahan tersebut kecuali yang dimayang dan dipotong dadu.
Tuang bahan yang telah dikisar ke dalam mangkuk dan masukkan tomato dan bawang yang dimayang. Gaul sebati. Ketepikan.
Untuk membuat kuah kicap; Kisar kesemua bahan tadi dan masukkan ke dalam mangkuk.