Kek Buah Kukus memang sedap dan merupakan antara kek tradisional yang kekal popular hingga kini. Salah satu yang menarik perhatian ialah resipi kek buah perkongsian PuanHasniza Hassan ni.
Menurut beliau, kek buah kukus ini ada sejarahnya yang tersendiri buat keluarga dimana resipinya dipelajari oleh ibu Puan Hasniza sendiri daripada emak kawan baiknya. Hampir 50 tahun ibu beliau buat kek kukus buah ini untuk dihidangkan kepada tetamu dan sebagai buah tangan terutamanya di Hari Raya.
Kini diusia 76 tahun, kepakaran ibu telah diwariskan kepada Puan Hasniza dan beliau juga berhajat untuk berkongsi resepi ini dengan semua yang ingin mencuba.
KEK BUAH KUKUS KLASIK
BAHAN A:
600gm tepung gandum
4 sudu teh Cream of Tartars
2 sudu teh Bicarbonate of Soda
300gm Mixed Fruit (gaul semua dan ketepikan)
BAHAN B:
450gm marjerin planta
225gm gula halus (biasanya mak Kak Has akan kisar halus gula kasar)
5 biji telur ayam gred B/A
3 sudu teh esen vanila (pukul semua bahan sehingga ringan)
BAHAN C:
225gm gula kasar
CARA MEMASAK:
Ads
1. Campurkan semua bahan A. Gaul rata dan ketepikan.
2. Dalam bekas berlainan, masukkan planta dan gula kisar halus. Pukul hingga ringan.
3. Masukkan telur satu persatu. Kacau perlahan-lahan.
4. Masukkan juga esen vanilla. Kacau rata.
5. Tambahkan campuran bahan A ke dalam adunan B. Gaul hingga sebati menggunakan senduk kayu. Ketepikan seketika.
6. Untuk bahan C, goreng gula kasar dalam kuali hingga mendidih dan berbuih. Jangan masukkan air.
7. Sentiasa kacau gula semasa menggoreng supaya semua gula larut sekata.
8. Setelah gula berbuih, tutup api dan cepat-cepat masukkan ke dalam adunan kek. Gaul rata. Sekiranya lambat, gula akan mengeras.
11. Masukkan adunan yang dah siap ke dalam loyang kek.
12. Mak Kak Has suka guna bekas mangkuk tingkat bersaiz 8 inci ini. Guna sekali dengan penutupnya. Boleh juga guna periuk atau loyang kek.
13. Adunan ini perlu ditutup rapat. Walaupun dah ditutup dengan penutupnya, masih dibalut dengan aluminium foil dan ikat keliling dengan tali. Tujuannya supaya wap daripada kukusan tak masuk ke dalam kek.
Ads
14. Sementara nak buat kek tadi, siapkan kukusan untuk mengukus kek. Didihkan air dalam 2/3 bekas kukusan.
15. Masukkan kek dalam kukusan dan kukus selama lebih kurang 4 jam 15 minit.
16. Setiap 45 minit, periksa air kukusan. Tambahkan dengan air mendidih ke paras 2/3 bekas. Jangan tambah guna air biasa. Selalu yang kami buat ialah didihkan air tambahan di sebelah kukusan.
17. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi, video & foto sepenuhnya: FB Hasniza Hassan
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Kek PisangKukusni memang ramai peminat. Nak buatnya pun senang dan tak guna banyak bahan. Malah kalau tak ada ketuharpun tak mengapa sebab resipi perkongsian saudari Anis Kamal ni hanya perlu dikukus sahaja. Nampak gebu dan sedap kan? Jom cuba. Pasti anak-anak dan suami suka.
KEK PISANG KUKUS GEBU & SEDAP
BAHAN-BAHAN:
1 biji telur gred A
1/2 cawan gula pasir
1 cawan minyak masak
1 sudu teh esen vanilla
5 biji pisang berangan
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
1 1/2 cawan tepung gandum
CARA MEMASAK:
Masukkan telur dan gula ke dalam pengisar ( blender) dan kisar hingga kembang. Anggaran kisaran dalam 5 minit.
Kemudian masukkan minyak dan esen vanilla. Kisar sekejap.
Seterusnya masukkan pisang yang telah dilenyek. Kisar.
Dalam bekas yang lain, ayak tepung bersama soda bikarbonat dan baking powder.
Kemudian masukkan bahan-bahan kisar tadi. Kaup balikkan hingga sebati dan rata.
Tuang adunan ke dalam loyang atau acuan yang telah dioles minyak. Letak kepingan pisang hiris diatasnya.
Kukus selama 15-20 minit atau sehingga masak. Sedia untuk dinikmati.
TIP:
Jika nak hasilkan kek pisang yang berurat, kisar pisang selama 1 minit sahaja.
Jika nak pastikan kek sudah masak atau belum, cucuk menggunakan lidin. Jika licin dan tidak melekat, ia menandakan kek telah masak.
Untuk hiasan, potong pisang nipis-nipis. Jika tebal, pisang akan tenggelam.
Khasiat buah ini bukan calang-calang bahkan dianggap ‘buah syurga’ kerana turut disebut di dalam Al-Quran akan khasiatnya yang cukup besar untuk kesihatan manusia.
Malah ia ada disebut dalam Al Quran dan hadis.Firman Allah SWT dalam Al-Quran dan hadis berkaitan khasiat buah tin bagi manusia.” Demi buah tin dan buah zaitun, demi gunung thursina,” (at-Tin: 1-2)
Buah tin terkenal sebagai buah dengan kandungan nutrisi cukup lengkap, asama ada di dalam bentuk vitamin ataupun mineral. Kandungan-kandungan inilah yang membuatkan pakar pemakanan menggelar buah tin sebagai buah super nutrition.
Antara manfaat dari sudut kesihatan:
1. Membantu mengatasi hipertensi dan jantung koroner Buah tin mengandung senyawa mineral alami seperti magnesium, fosfor, omega 3, omega 6, dan fenol. Kandungan-kandungan mineral semula jadi inilah yang cukup berkhasiat untuk menurunkan tekanan darah tinggi dan mencegah munculnya penyakit jantung koroner.
2. Mengurangi kadar kolesterol dalam tubuh
Buah tin terkenal sebagai jenis buah yang mengandungi serat larut cukup baik. Menurut pakar, kandungan serat larut berupa pektin dalam buah tin sangatlah berkhasiat untuk menurunkan kadar kolesterol dalam tubuh. Apabila pektin masuk ke dalam tubuh, kandungan tersebut akan menyapu semua kolesterol dan membuangnya melalui sistem pembuangan sama ada berupa peluh mahu pun air besar.
3. Mencegah serangan jantung Menurut penelitian yang telah dilakukan di Arab Saudi, buah tin mengandungi senyawa kalium tinggi yang cukup baik untuk menurunkan kadar natrium dalam tubuh. Para pakar juga berpendapat, memakan buah tin minimum sekali sehari akan membantu mengurangkan risiko anda terkena serangan jantung mendadak. 4. Baik untuk penderita diabetes
Meskipun buah tin manis, kandungan glukosa dan fruktosa di dalam buah ini tidak akan membuat kadar gula dalam darah anda naik.
Ini kerana, selain mengandungi glukosa dan fruktosa, buah tin juga mengandungi serat larut dan karbohidrat. Kedua-dua kandungan inilah yang akan menghalang proses penyerapan gula berlebih pada sistem pencernaan. Bahkan, beberapa pakar menambahkan buah satu ini juga cukup efektif untuk mencegah diabetes, namun dengan syarat tidak diambil berlebihan.
5. Mencegah tulang reput Khasiat buah tin baik untuk tulang. Osteoporosis merupakan salah satu jenis penyakit tulang yang bisa dicegah dengan memakan buah tin secara rutin. Di dalam buah tin terkandung senyawa kalsium yang cukup tinggi, bahkan para pakar pemakanan mengatakan kandungan kalsium dan fosfor dalam buah tin lebih tinggi daripada susu.
6. Mengatasi susah tidur atau insomnia
Foto : magazine.vunela.com
Gejala susah tidur dapat muncul disebabkan karena berbagai macam faktor, bermula dengan minuman berkafein (kopi) sehinggalah akibat stres dan trauma. Selain mengatasi stres, anda juga boleh menghilangkan masalah tersebut dengan makan buah tin.
Menurut penelitian di Universiti Yale, buah tin mengandungi senyawa tryptophan yang cukup efektif untuk memberikan rasa tenang, dan rileks pada otak. Ia dapat membantu menghilangkan insomnia dan membuat tidur lebih nyenyak.
7. Sumber nutrisi yang cukup baik dan lengkap Buah tin tidak mengandungi lemak jahat, garam, dan kolesterol, akan tetapi mengandungi kalsium, serat, dan kalium yang cukup tinggi. Selain itu buah tin juga mengandungi sodium yang cukup rendah.
Buah tin juga mengandungi kaya akan senyawa benzaldehida (senyawa anti-kanker seperti beta-karoten). Menariknya lagi buah satu ini juga diperkaya dengan kandungan vitamin penting untuk tubuh, seperti vitamin A, B, dan C.
Nah ni Min kongsikan 2 resipi menggunakan buah tin.
JEM BUAH TIN
BAHAN-BAHAN:
1kg buah tin (seeloknya tin segar) | cincang
500gm gula kastor
1 batang vanila | ambil biji
1 batang kayu manis
1 biji lemon | ambil jus dan parut kulitnya
CARA MEMASAK: 1. Masukkan kesemua bahan di atas di dalam satu mangkuk, tutup dan biarkan semalaman dalam suhu bilik. 2. Keesokan harinya, masukkan campuran tadi ke dalam kuali leper dan masak menggunakan api yang perlahan. Kacau sehingga gula hancur sepenuhnya. 3. Biar ia mendidih dan teruskan memasak menggunakan api perlahan dan kacau perlahan-lahan sehingga ia memekat atau kira-kira 45 minit. Sambil itu, tekan-tekan buah tin untuk hancurkan ia. 4. Keluarkan kulit kayu manis dan sejukkan. 5. Tuang ke dalam jar dan sedia untuk disimpan.
Info chef: Boleh disimpan sehingga tiga bulan.
Saiz hidangan: 1-2 jar Keistimewaan : Penuh rasa buah tin yang lazat Jenis masakan : Jem Cara memasak : Didih dan reneh Anggaran kos: RM25
KEK KEJU BERSAMA BUAH TIN SEGAR
BAHAN-BAHAN:
5-7 biji fig | potong
100gm wholegrain digestive biscuits
3 sudu makan kacang walnut
5 sudu makan minyak bunga matahari
110gm air tebu | tapis
600gm cottage cheese
250gm yogurt
1 biji oren | ambil jus, parut kulit
1 biji lemon | ambil jus
1 sudu teh esen vanila
5 biji telur
1 biji buah pelaga
20gm kepingan badam
Garam secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Panaskan ketuhar 180C. 2. Di dalam pengisar makanan, campurkan biskut, walnut dan minyak bunga matahari, kisar hingga menjadi crumble. 3. Ambil dulang dan alas dengan baking paper. Tabur crumble tadi di atas dulang tadi, tekan perlahan-lahan. Masukkan ke dalam peti sejuk. Ketepikan. 4. Menggunakan pengisar tangan, campurkan cottage cheese, yogurt, telur, buah pelaga, garam, air tebu, jus dan kulit oren dan jus lemon. Kacau sebati. 5. Tuang adunan ke atas lapisan crumble tadi dan bakar kira-kira satu jam. 6. Basuh buah tin dan potong. Hiaskan di atas kek tadi. Panggang sedikit kepingan badam tanpa minyak dan tabur di atas kek. Sedia dinikmati.
Info chef: Untuk kek keju yang sempurna, simpan di dalam peti sejuk semalam sebelum dihidangkan.
Saiz hidangan: 1 biji kek Keistimewaan : Rasa lemak keju dan buah tin yang sedap Jenis masakan : Pemanis mulut Cara memasak : Bakar Anggaran kos: RM25 .
Tengok rupa muffin coklat ni yang merekah dan naik gebu pun dah tahu rasanya sure sedap. Tenggelam gigi bila mengiggitnya. Aroma coklatnya semerbak satu dapur.
.
Jom kita ‘membaking’ gaya Azlina Ina yang dikongsikan dalam laman FB nya Azlina Ina Fans. Walaupun wanita ini sendiri adalah usahawan bakeri dan pastri tapi wanita Muslimah ini sudi berkongsi ilmu masak dan resipinya.
Boleh cuba untuk minum petang nanti,dan kalau dibuat ‘door gift’ sure laku keras. Tak kisah majlis perkahwinan, hari jadi atau apa pun. Cubalah…
MUFFIN COKLAT CHIP BAHAN-BAHAN :
2 biji telur gred B
1/2 cawan mentega | dicairkan
Sedikit emulco coklat
1 cawan susu segar
Sedikit esen vanila
1 cawan gula halus
Secubit garam halus
1/2 cawan serbuk koko
1 3/4 cawan tepung naik sendiri
1 sudu kecil soda bicarbonat
1/2 sachet serbuk kopi nescafe
CARA MEMASAK :
1. Mula-mula satukan gula,telur dan esen serta emulco
.
2. Kocak sedikit pakai whisk, kalau tak ada senduk pun boleh juga.
.
3. Masukkan mentega yang dicairkan tadi,whisk lagi.
.
4. Kemudian tambahkan susu segar dan kacau sebati.
5. Masukkan pula tepung,serbuk koko,garam,nescafe sachet yang sudah diayak terlebih dahulu, masuk perlahan-lahan ke dalam adunan bahan-bahan yang dikacau tadi.
.
6. Adunan dan siap. Isikan dalam 1/2 cawan dalam cawan kertas. Tabur la coklat chips pilihan korang kekacang pun boleh.
7. Bakar suhu 170 masa 25-30 minit, panaskan oven terlebih dahulu.
.
8. Ini foto yang dah separuh bakar.
9. Siap bakar
Dah sejuk bolehlah dibungkuskan jadikan cenderahati untuk sebarang majlis.