Sedapnya Popcorn Karamel perkongsian Chef Garang ni. Bahan-bahan yang digunakan sangatlah ringkas dan anda sendiri boleh cuba buatnya di rumah. Jangan risau, alatan memasaknya juga mudah. Cukup sekadar ada periuk dan ketuhar. Dah boleh buat snek ni untuk kudapan suami dan anak-anak. Jom lihat cara-caranya!

 

RESIPI POPCORN KARAMEL HOMEMADE ALA GARRETT

Chef Kongsi Cara Buat Popcorn Karamel Homemade. Masak Guna Periuk Je

BAHAN-BAHAN:

  • 2/3 cawan minyak jagung (beli online disini)
  • 1/3 cawan salted butter / mentega bergaram
  • 3 cawan mushroom popcorn kernel (beli online disini)
    (Nisbahnya 1:3 = 1 bahagian minyak : 3 bahagian kernel jagung)

Chef Kongsi Cara Buat Popcorn Karamel Homemade. Masak Guna Periuk Je

CARA MEMASAK:

1. Panaskan minyak jagung dan mentega.

2. Masukan 2 -3 biji kernel jagung. Biarkan dalam 10 saat. Bila dah keluar bertih bermaksud minyak sudah cukup panas.

3. Masukan semua kernel jagung. Tutup periuk dan biarkan 30 saat. Kemudian alihkan periuk dari api seketika. Biarkan dalam 30 saat lagi.

4. Letak periuk kembali di atas api. Pegang periuk dan goncangkan sedikit supaya minyak dan bertih jagung rata.

IKLAN

5. Biarkan dalam 30 saat hingga kesemua kernel jagung bertukar menjadi popcorn.

Chef Kongsi Cara Buat Popcorn Karamel Homemade. Masak Guna Periuk Je

BAHAN-BAHAN KARAMEL:

CARA MEMASAK:

1. Masukkan mentega, susu pekat manis dan baking soda. Kacau rata.

2. Gaulkan bersama popcorn dan juga kekacang yang telah dibakar hingga rata.

3. Ambil parchment paper dan lapik di atas dulang pembakar. Tuang popcorn yang digaul caramel tadi. Ratakan.

IKLAN

Chef Kongsi Cara Buat Popcorn Karamel Homemade. Masak Guna Periuk Je

4. Bakar dalam ketuhar pada suhu 150C selama 15 minit.

5. Sejukkan popcorn sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

6. Sedia untuk dinikmati.

Chef Kongsi Cara Buat Popcorn Karamel Homemade. Masak Guna Periuk Je

Kredit resipi & foto: Chef Garang

IKLAN

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah & sedap di laman web RASA:

Cara Buat Sos Siakap Mangga Paling Sedap & Mudah Secara Homemade

Tambah Cili Solok. Ini Rahsia Masak Sayur Lemak Ikan Rebus Jadi Lebih Sedap

Cara Buat Kuih Lopes Sagu Yang Sedap & Lembut Untuk Minum Petang

Petua Masak Sup Daging Siam Yang Sedap, Cepat Empuk & Tak Guna Banyak Minyak

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

https://www.youtube.com/watch?v=z-Xw5O3DPUA

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI