
Kalau sebut sahaja nasi kandar, memang susah nak tolak. Bayangkan nasi putih panas yang dihidangkan bersama kuah campuran kari yang pekat serta deretan lauk yang boleh dipilih mengikut selera. Memang boleh buat perut terus berbunyi walaupun baru lepas makan.
Bagi anda yang berada di sekitar Petaling Jaya, Restoran Nasi Kandar AFC One Bistro di Sri Manja Square boleh dimasukkan dalam senarai port makan untuk diterjah. Menariknya, restoran ini bukan sekadar menawarkan nasi kandar, malah mempunyai pilihan menu yang cukup luas untuk dinikmati dari pagi sehingga lewat malam.
Restoran Nasi Kandar AFC One Bistro Dengan Pelbagai Pilihan Lauk Nasi Kandar
Sudah tentu antara tarikan utama di sini ialah nasi kandarnya. Pengunjung boleh memilih hidangan nasi bersama ayam, daging, kambing atau ikan, selain pelbagai lauk secara ala carte.
Kalau suka nasi kandar dengan kuah yang lebih meriah, boleh cuba Nasi Kandar Ayam Kuah Campor. Turut tersedia pilihan Nasi Kandar Ayam Sayur, Nasi Kandar Kambing Sayur, Nasi Kandar Daging Sayur dan Nasi Kandar Ikan Sayur.
Pilihan lauk ayam pun boleh tahan banyak. Antaranya Ayam 65, Ayam Goreng Berempah, Ayam Madu, Ayam Bawang, Ayam Kicap dan Ayam Kurma. Jadi bolehlah pilih lauk mengikut mood pada hari tersebut.


Nak Makan Simple? Roti Pun Ada
Kalau datang waktu pagi atau sekadar mahu makan sesuatu yang lebih ringan, bahagian roti di Restoran Nasi Kandar AFC One Bistro ni memang buat anda rambang mata.
Selain Roti Canai biasa, ada Roti Telur, Roti Bawang, Roti Boom, Roti Cheese, Roti Pisang, Roti Sardin sehinggalah Roti Cheese Mozzarella. Penggemar Tosai, Capati dan Naan juga ada banyak pilihan untuk anda termasuklah Naan Cheese, Naan Garlic, Naan Butter serta Naan Cheese Garlic.

Sebab itu restoran sebegini sesuai kalau datang ramai-ramai. Tak semestinya semua orang kena makan menu yang sama. Seorang boleh makan Nasi Kandar, seorang lagi Roti Canai, yang lain pula boleh pilih Naan atau Tosai.
Bukan Nasi Kandar Sahaja
Nama memang nasi kandar, tetapi pilihan makanan restoran ini jauh lebih luas.
Antara menu lain yang tersedia termasuklah Nasi Goreng, Mi Goreng, Bihun, Maggi, Tomyam, Briyani, Nasi Lemak, Burger serta aneka hidangan ayam, daging dan makanan laut. Untuk penggemar briyani pula, terdapat pilihan seperti Briyani Ayam Rempah, Briyani Ayam Madu, Briyani Kambing, Briyani Daging dan Briyani Ikan Tenggiri.

Memang sesuai dijadikan lokasi makan bersama keluarga atau kawan-kawan yang mempunyai selera yang berbeza.
AFC One Bistro Sebagai Port Makan 24 Jam
Satu lagi kelebihan restoran ini ialah waktu operasinya yang 24 jam. Jadi tidak kira sama ada mahu sarapan awal pagi, makan tengah hari, minum petang, makan malam atau tiba-tiba lapar selepas tengah malam, ada pelbagai pilihan makanan yang boleh dinikmati.
Malah, bagi yang lebih selesa makan di rumah, restoran ini turut mempunyai pilihan menu menerusi platform penghantaran makanan. Memang memudahkan para pelanggan.
Makan Sambil Layan Sukan, Astro BizOne Lengkapkan Pengalaman F&B
Dalam dunia F&B hari ini, pelanggan bukan sahaja mencari makanan yang sedap. Suasana dan pengalaman ketika berada di restoran juga memainkan peranan penting untuk memastikan pelanggan mahu duduk lebih lama dan datang semula.
Di sinilah penyelesaian seperti Astro BizOne menjadi relevan untuk premis makanan dan minuman. BizOne merupakan pakej komersial Astro yang direka untuk F&B, dengan pilihan kandungan sukan secara langsung serta hiburan lain untuk tontonan pelanggan. Astro turut menawarkan struktur harga yang disesuaikan mengikut jenis dan saiz perniagaan, manakala tempoh kontraknya kini 12 bulan.
Anda mungkin berminat dengan
Bayangkan anda sedang menikmati nasi kandar panas-panas bersama teh tarik sambil menyaksikan perlawanan bola sepak atau kejohanan sukan bersama kawan-kawan. Suasana makan yang biasa boleh bertukar menjadi pengalaman sosial yang lebih happening, terutama ketika berlangsungnya acara sukan utama.

Menerusi Astro BizOne Rewards Campaign 2026, Astro turut menyediakan sehingga RM17.5 juta sokongan pemasaran terjamin kepada premis F&B yang layak. Sokongan tersebut melibatkan platform televisyen, radio dan digital Astro, sekali gus membuka peluang kepada perniagaan tempatan untuk mendapatkan pendedahan jenama yang lebih luas.
Jadi kalau anda berada di sekitar Petaling Jaya dan sedang mencari tempat yang menawarkan pilihan makanan dari pagi sampai tengah malam, bolehlah masukkan Restoran Nasi Kandar AFC One Bistro dalam senarai.
Kembangkan bisnes anda dan nikmati sokongan pemasaran bernilai RM17.5 juta. Daftar dengan Astro BizOne di BizOne Rewards Campaign | AstroBiz.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!

