Pulut Pagi atau juga dikenali dengan nama Pulut Manis adalah salah satu menu tradisional orang dulu-dulu. Di sesetengah tempat seperti di negeri-negeri Pantai Timur, sajian ini mudah didapati dan dimakan sewaktu sarapan.
Beras pulut bila dimasak, biasanya akan melekat di periuk dan meninggalkan kerak. Memang rugi. Bagi anda yang nak masak Pulut Pagi ni, tipnya adalah dengan mengukus pulut. Memang lembut, sedap malah tak membazir. Ha…Dah tahu petua, pasti rasa nak cuba masak Pulut Pagi resipi Opah Mas Cotek ni kan? Begini cara-caranya.
CARA MASAK PULUT PAGI / PULUT MANIS YANG LEMBUT & SEDAP
CARA MEMASAK: 1. Satukan air, gula kerek, gula pasir dan daun pandan. Masak hingga gula larut. 2. Sejukkan air gula kemudian tapis. Ketepikan seketika. 3. Kukus beras pulut hingga masak. Anggaran masa lebih kurang 25 minit.(beli PERIUK KUKUSAN MURAH disini) 4. Angkat pulut dan arun dengan air gula tadi hingga rata. Kukus lagi selama 10 minit. 5. Angkat pulut dan hidangkan bersama kelapa parut.
Menu kuih talam dan seri muka, antara yang popular dihidangkan dalam majlis dan juga ramai yang buat tempahan. Senang untuk dihidangkan kerana boleh dibuat dalam saiz yang diinginkan.
Dua resipi yang dikongsi Niessa Chang ini, iaitu kuih talam cendol dan kuih seri muka, memang sedap dan sesuai sebagai menu minum petang.
TALAM CENDOL
LAPISAN BAWAH: BAHAN A
230g gula merah – beli online di sini 500ml air *Masak hingga gula hancur dan tapis
1. Campurkan semua bahan kecuali cendol dan gaul hingga sebati. Masak hingga naik wap. 2. Masukkan separuh cendol ke dalam adunan dan tuang ke atas adunan lapisan bawah.
3. Tabur lebihan cendol di permukaan lapisan atas. Kukus selama 30 minit atau hingga masak. Saya guna loyang 10x10x3.
TALAM SERI MUKA
LAPISAN BAWAH:
2 cawan pulut 2 cawan santan cair 1 sudu kecil minyak masak – beli online di sini Sedikit garam
CARA MENYEDIAKAN:
1. Cuci pulut dan rendamkan selama 2 jam. 2. Masukkan pulut yang telah direndam ke dalam loyang 10x10x3 yang sudah digris minyak atau alas plastik. 3. Tuangkan santan cair yang dicampur sedikit garam. Tambahkan minyak, ratakan dan kukus selama 25 minit atau sehingga pulut masak. 4. Sementara tunggu lapisan bawah masak, sediakan bahan untuk lapisan bawah. 5. Setelah pulut masak, tekan-tekankan pulut sehingga padat. Masukkan semula ke dalam kukusan, dan tuangkan adunan bahagian atas.
1. Satukan santan, gula, dan telur ke dalam pengisar dan kisarkan. 2. Masukkan tepung gandum, tepung kastard, tepung beras, garam dan pasta pandan. Kisar lagi sampai sebati.
3. Kemudian masukkan adunan yang telah dikisar ke dalam periuk. Masakkan sebentar adunan tadi dengan api yang sangat perlahan. Kacau guna whisk sehingga naik wap (jangan sampai mendidih ya) selama 10 minit. 4. Tuangkan adunan pandan ke atas pulut tadi dan kukus lagi selama 25 minit dengan api yang sederhana sehingga masak.
TIP UNTUK LAPISAN ATAS SERI MUKA CANTIK RATA:
1. Pulut yang dah masak tekan-tekan bagi padat. Jangan ada ruang sikit pun supaya adunan tepung tak menggelembung masa mengukus. 2. Masak adunan tepung sampai naik wap dengan api paling kecil, jangan terlalu likat dan tuang ke atas lapisan pulut perlahan-lahan. 3. Selepas tamat waktu mengukus lebih kurang 25 minit, buka tudung periuk kukus dengan suhu api yang sama semasa mengukus selama 5 minit. Tujuannya, supya air lebihan di atas adunan tepung tadi jadi kering dan berkilat. Selepas 5 minit, bolehlah keluarkan loyang dan letak pada suhu bilik.
Daging masak kicap antara menu yang sering menjadi hidangan mudah untuk disediakan kepada keluarga. Ia sedap dan dapat membangkitkan selera.
Makan dengan nasi panas tambah satu lagi hidangan sayur atau juga telur dadar pun dah cukup.
Resipi yang dikongsikan oleh Ben Safwan ini ada kelainannya. Menurut lelaki ini resipi dari ibu mentuanya itu cukup tersendiri dan sedap. Bolehlah cuba nanti.
Daging Masak Kicap Sedap
Bahan-bahan:
Bahan-bahan Perap:
500gm Daging lembu – hiris nipis melintang
½ sudu makan serbuk kunyit
1 sudu makan cili kisar
1 sudu kecil jintan manis – ditumbuk
1 sudu kecil jintan putih – ditumbuk
1 sudu makan bawang kisar
2 sudu makan kicap pekat
2 sudu makan kicap manis
½ sudu makan gula
1 ½ sudu kecil garam
Bahan Tumis:
1 batang kecil kulit kayu manis
3-4 biji buah pelaga
2 ½ sudu makan bawang merah yang telah dikisar
2 ½ sudu makan bawang putih yang telah dikisar
2 ½ sudu makan halia yang telah dikisar
1 ½ sudu makan cili kisar
Bahan lain:
½ sudu makan asam jawa – campur air dan masukkan air dalam masakan
Cara Penyediaan:
Perap daging dengan bahan-bahan perapan.
Dalam kuali tumiskan kulit kayu manis dan buah pelaga sehingga naik bau.
Masukkan bawang merah, bawang putih dan halia kisar bersama cili kisar. Tumis sampai pecah minyak.
Kemudian masukkan daging dan kacau sesekali pada api sederhana. Biarkan daging lembut dengan air daripada daging yang diperap.
Tunggu sehingga air daging kering, masukkan air asa jawa.
Sesuaikan rasa dan jika perlu boleh tambahkan kicap pekat untuk nampak hitam.
Ayam masak kicap memang ada banyak versi, ada yang berkuah dan ada yang kering. Tapi jika juga ayam masak kicap versi pekat dan pedas boleh guna resipi perkongsian Almie Amira
Resipi ayam masak kicap pekat pedas melekat
Bahan-bahan
1 ekor ayam -dipotong
4 biji kentang -dipotong wedges
Sebiji bawang besar -dihiris
4 ulas bawang putih -dihiris halus
1 inci halia -dihiris memanjang
2-4 sudu besar cili kisar
Rempah 4 sekawan -kayu manis 1, biji pelaga 3, bunga lawang 1, cengkih 3
1 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
3 sudu besar kicap manis
3 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar sos tiram
Gula
Garam
Bawang (potong bulat)- hiasan
Cili merah (potong serong) -hiasan
Bahan kisar
4 ulas bawang putih
1 bawang besar
5-7 biji cili padi
1 inci halia
Cara memasak
1. Goreng ayam separuh masak. Angkat dan tos. Kemudian goreng kentang hingga hamper garing.
2. Menggunakan sedikit minyak goreng ayam, tumis rempat 4 sekawan Bersama bawang merah dan bawang putih yang dihiris.
3. Masukkan pula hirisan halia dan biarkan hingga naik bau.
4. Masukkan bahan yang kisar. Gaul sehingga masak kemudian masukkan cili giling. Biarkan sehingga naik bau.
5. Masukkan semua sos, kicap dan sedikit air. Letak sedikit gula serta garam secukup rasa.
5. Masukkan ayam dan kentang yang digoreng. Gaulkan sehingga sebati.
6. Masukkan bawang potong bulat dan cili merah. Gaul dan siap untuk dihidangkan.
Rendang daging hitam atau daging masak hitam selalunya akan menggunakan kicap. Malah rasa kicap ini juga menjadi penyedapnya.Tapi resipi rendang yang dikongsi oleh Khairul...