Selain dimakan begitu saja, Rendang Ayam sebenarnya boleh diolah menjadi satu resipi mudah iaitu Quiche Rendang Ayam. Confirm laku hidangan ni. Mana tidaknya, rasa rendang yang enak dan wangi ditambah dengan taburan keju buat anda tak jemu menikmatinya.

Lebih-lebih lagi apabila menggunakan Keju Perfect Italiano Perfect Bakes. Keju gabungan mozzarella, cheddar dan parmesan ini memberi hasil kerak perang keemasan yang cukup sempurna dan lazat. Memang kena cuba resipi ni tau!

Resipi Quiche Rendang Ayam Yang Lazat & Menyelerakan

QUICHE RENDANG AYAM BERKEJU

Resipi Quiche Rendang Ayam Yang Lazat & Menyelerakan

BAHAN-BAHAN A:

  • 2 ½ cawan tepung gandum
  • 225gram Anchor Butter Unsalted – sejuk 
  • 7 sudu makan air sejuk + ais
  • ½ sudu teh garam

BAHAN-BAHAN B:

  • 150gram Keju Perfect Italiano Perfect Bakes
  • BAHAN-BAHAN RENDANG:
  • 800gram ayam – potong kecil
  • 1 cawan santan
  • 10 tangkai cili kering – cuci dan rebus & kisar
  • 8 biji bawang merah – kisar
  • 4 ulas bawang putih – kisar
  • 2 biji buah keras – kisar
  • 1 inci halia – kisar
  • 1 inci lengkuas – kisar
  • 2 batang serai – kisar
  • 2 sudu makan kerisik
  • 3 helai daun limau purut – siat-siat
  • Garam dan gula perang secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Untuk membuat pastry; satukan semua bahan A di dalam food processor lalu uli sebati (jangan terlebih uli). Uli sekejap hingga jadi doh yang tak melekat di tangan. Tutup guna cling wrap dan sejukkan sebentar di dalam peti sejuk selama 30 minit.
  2. Sementara itu untuk membuat rendang; panaskan 2 sudu makan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga wangi. Masukkan ayam dan santan.  Masak hingga agak empuk.  Masukkan kerisek, daun limau purut, garam dan gula perang secukupnya.  Masak lagi hingga semua bahan masak sempurna. Sejukkan.
  3. Sediakan muffin tray lalu disapu dengan Anchor Butter Unsalted
  4. Keluarkan doh dari peti sejuk, canaikan dengan ketebalan yang diingini. Potong pastry yang telah dicanai mengikut size muffin tray. Letakkan doh yang telah dicanai tadi ke dalam muffin tray lalu kemaskan kelilingnya.
  5. Masukkan rendang ayam secukupnya ke dalam muffin tray lalu ambil sekeping pastry dan tutup atas setiap quiche.
  6. Sapu permukaan quiche dengan kuning telur. Taburkan Keju Perfect Italiano Perfect Bakes secukupnya lalu bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 40-50 minit atau hingga quiche masak keperang-perangan.

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

IKLAN

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

Resipi Tat Nanas Homemade Sedap & Cair Di Mulut

Resipi Biskut Tat Teratai Sedap Boleh Buat Untuk Aidilfitri Nanti.

Resipi Sambal Padang Sedap, Masak Macam Ni Tahan Berbulan-Bulan

Nampak Sedap! Resipi Kerang Masak Cili Ala Sheila Rusly

IKLAN

Resipi Kek Pisang Coklat Kukus Lembut, Gebu Macam Span, Sukat Guna Cawan Je

https://www.rasa.my/dumpling-soup-homemade-halal-modal-bawah-rm10-boleh-dapat-40-biji/

Sangat Sedap, Resipi Sambal Lada Bilis Extra Pedas

 

IKLAN

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI