Home Makan Cara-Cara Buat Tat Telur Sedap Guna Roti Sandwic.

Cara-Cara Buat Tat Telur Sedap Guna Roti Sandwic.

Tat Telur sememangnya sedap. Namun ramai yang kurang rajin nak cuba dek kerana kena buat kulit tat. Bagi anda yang nak sangat makan Tat Telur panas-panas tapi versi cepat, ni ha..resipi paling mudah perkongsian saudara Adri Oppa. Guna roti sandwic je dan tak perlu uli doh. Selamat mencuba!

 

RESIPI TAT TELUR ROTI SANDWIC

BAHAN-BAHAN:

  • Roti sandwich

BAHAN ADUNAN TELUR:

  • 4 biji telur gred A
  • 300gm susu segar
  • 50gm susu pekat
  • 140gm gula icing
  • 1 sudu makan tepung jagung
  • Sedikit esen vanilla
  • Sedikit pewarna kuning

 

CARA MEMASAK:

1. Ambil roti sandwic dan gelek hingga leper.

Cara-Cara Buat Tat Telur Sedap Guna Roti Sandwic.

 

IKLAN

2. Potong roti kepada 4. Jika guna acuan besar, tidak perlu potong roti tetapi jika guna acuan kecil, sebaiknya potong.

Cara-Cara Buat Tat Telur Sedap Guna Roti Sandwic.

3. Tekan kepingan roti ke dalam acuan. Bakar selama 20 minit menggunakan suhu 200C. Ia bertujuan menggaringkan roti sebelum dimasukkan adunan telur.

Cara-Cara Buat Tat Telur Sedap Guna Roti Sandwic.

4. Untuk menyediakan adunan telur, satukan semua bahan dan pukul menggunakan garpu sahaja hingga sebati.

5. Tuang adunan telur ke dalam acuan roti yang telah garing tadi.

IKLAN

Cara-Cara Buat Tat Telur Sedap Guna Roti Sandwic.

6. Bakar kembali selama 20 minit menggunakan suhu 200c.

Cara-Cara Buat Tat Telur Sedap Guna Roti Sandwic.

7. Keluarkan dan sedia untuk dinikmati.

 

Kredit resipi & foto: Adri Oppa

IKLAN

 

Dekat rumah belum ada KETUHAR? Pilih je DISINI. Ada banyak pilihan & pastinya pada harga mampu milik. 

 

Nak lebih banyak RESIPI HARIAN yang mudah dan sedap? Boleh cuba resipi di bawah ni:

Daging Bakar Cicah Sos Ala Thai Terlajak Sedap

3 Variasi Kari Yang Mudah & Sedap. Cukup Rempah Ratusnya.

Sambal Bilis Petai Campur Tempoyak, Memang Sedap Mantap!

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI