Ingat lagi tak tragedi roti gardenia masa PKP 1? Roti gardenia jadi rebutan hingga kehabisan stok di pasaran. Rak-rak roti di kebanyakan kedai dan pasaraya kosong.
Resipi roti sisir atau roti balok daripada Neny Lai Han, boleh digunakan untuk membuat roti homemade di rumah.
ROTI SISIR @ ROTI BALOK
BAHAN – BAHAN :
1 paket yis kering – beli online di sini
2 sudu susu pekat – beli online di sini
1 cawan air suam
2 sudu gula – beli online di sini
*campurkan semua bahan ni dan biarkan kembang
4 cawan tepung gandum – beli online di sini
2 sudu marjerin – beli online di sini
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam
1 sudu teh dough softener
*1 biji telur dari peti
CARA-CARA:
1.Ramaskan bahan-bahan ini hingga jadi macam serbuk roti.
2.Kemudian campurkan yis tadi dan pecahkan sebiji telur dan gaul rata.
3.Rehatkan doh hingga kembang. Kemudian tumbuk-tumbuk bagi keluarkan angin. Biarkan kejap untuk kembang kali kedua dan tumbuk-tumbuk lagi keluarkan angin.
4.Kemudian, uli sekadar tak melekat pada jari.
5.Bulat-bulatkan doh besar ikut suka atau boleh timbang. Kemudian, gelek ketebalan ikut suka, lipat dua dan susun rapat-rapat dalam loyang roti. Ulang buat hingga loyang penuh.
6.Rehatkan doh hingga kembang. Kemudian, panaskan terlebih dahulu ketuhar guna suhu 170C selama 10 minit atau ikut ketuhar masing-masing.
7.Sementara itu, sapukan permukaan doh roti dengan campuran sebiji kuning telur dan 2 sudu besar susu segar.
8. Bakar menggunakan api atas bawah guna suhu 170C selama 25 minit atau sehingga masak.
9. Rehatkan kejap roti dalam ketuhar, baru keluarkan. Terbalikkan kejap. Kemudian, griskan dengan marjerin bagi roti cantik glowing gitu.
Kredit resipi & foto: Neny Lai Han
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Menu Cheesekut Coklat Nestum Yang Mudah, Hanya Masuk Peti Sejuk Saja
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official: