
Jika anda mencari resipi kuih yang sedap dan mudah dibuat, cubalah buat Kuih Mentega Goreng ni. Antara kuih tradisional Melayu kegemaran ramai. Rasanya yang berlemak serta rangup di luar dan lembut di dalam pasti buat anda makan tak berhenti.
Kuih Mentega Goreng ni lebih enak apabila menggunakan Mentega Anchor. Ia merupakan mentega tulen yang diperbuat daripada 100% susu segar lembu dari New Zealand ini adalah pilihan terbaik kerana baunya saja sudah mampu menangkap selera. Jom cuba.
KUIH MENTEGA GORENG
Bahan-bahan A:
- 80gram Anchor Unsalted Butter
- 360gram tepung gandum
- 60gram gula
- 170ml santan pekat
- 1 sudu teh garam
Cara Memasak:
- Campurkan semua bahan-bahan A ke dalam mangkuk lalu adun hingga jadi seperti breadcrumbs. Perlahan-lahan, tuang santan secukupnya. Adun sampai jadi doh yang lembut.
- Canaikan doh dan potong memanjang. Kemudian potong kecil mengikut cita rasa.
- Goreng doh di dalam minyak yang panas hingga keperang-perangan. Hidangkan panas.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Jom Cuba! 24 Resipi Sambal Pelbagai Jenis Citarasa Orang Malaysia
Asam Pedas Daging Tetel Sedap, Resipi Mudah Boleh Masak Hari-Hari
Resipi Bingka Kelapa Muda, Kuih Tradisi Banjar Paling Sedap!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Kole Kacang, Mencabar Nak Buat Tapi Berbaloi, Sedap Sungguh! Ini Resipi Guna Sukatan Cawan

Melihat pada cara membuat kuih kole kacang, memang agak mencabar untuk membuat kuih tradisional ini. Silap buat, tahi minyak jadi pahit. Tapi, dengan teknik dan resipi yang betul, memang boleh dibuat. Lama-lama cuba buat, mesti makin lama makin sedap kuih kole kacang kita.
Hanya menggunakan sukatan cawan, mudah untuk diikut resipi ini. Jom kita lihat resipinya!
KOLE KACANG LEMAK MANIS (SUKATAN CAWAN)
BAHAN TAHI MINYAK
3 cawan santan pekat
Secubit garam

CARA MEMBUAT TAHI MINYAK
1. Dalam kuali, masukkan santan dan garam.
2. Masak sehingga bertukar menjadi warna coklat keperangan.
3. Kena selalu kacau supaya tidak hangit. Api perlahan sahaja.
BAHAN KUIH
2 cawan gula merah
1 cawan air
1/2 cawan gula pasir
3 helai daun pandan
2 cawan tepung kacang hijau goreng (rujuk video)
2 cawan santan pekat
1 sudu kecil garam
5 cawan air panas (1 liter)
CARA MEMBUAT
1. Dalam kuali, masukkan gula merah, air, gula pasir dan daun pandan. Masak sehingga gula larut. Tidak perlu lama sangat bimbang air gula jadi pekat. Siap masak, tapiskan air gula. Ketepikan.
2. Dalam kuali lain, sangai tepung kacang hijau goreng tadi selama 5 minit.
3. Masukkan santan dan air panas sedikit demi sedikit. Sambil masukkan, kacau adunan supaya sebati. Adunan memang akan jadi berketul-ketul. Kena selalu kacau supaya tidak berketul.

4. Selepas tiada lagi tepung yang berketul, masukkan air gula yang telah dibuat awal tadi. Masak sehingga pekat dan likat sedikit. Keluarkan daun pandan.

5. Kacau lagi adunan supaya lebih cantik teksturnya.
6. Masukkan pula minyak yang terhasil daripada tahi minyak yang kita buat awal-awal tadi. Hasilnya tepung akan berkilat.
7. Tuangkan adunan dalam loyang. Ratakan adunan supaya kuih padat dan licin permukaan atasnya.
8. Taburkan tahi minyak. Tutup dengan aluminium foil dan biarkan sejuk pada suhu bilik sahaja. Lebih kurang 3 hingga 4 jam. Kemudian, bolehlah potong kuih kole kacang anda.
Siap!
Selamat mencuba!
Untuk lebih detail, boleh rujuk video di bawah.
Sumber: Nurul Jannah
Terima kasih kerana berkongsi resipi dengan majalah RASA.
Kuih Seri Muka Tekstur Ala Cream Caramel, Memang Terbaik!

Macam-macam resipi kuih seri muka ada di internet. Tapi resipi yang satu ni agak berbeza sebab kelainan pada tekstur bahagian atasnya. Menurut individu yang berkongsi resipi ini, dia mahukan bahagian atasnya jadi seperti cream caramel iaitu lembut dan kurang tepung.
Meor Abd Marliza melalui facebook berkongsi resipi ini di group Rasa Share Resepi. Jom cuba buat!
SERI MUKA ALA CREAM CARAMEL
BAHAN LAPISAN BAWAH
600 gram beras pulut (rendam 3 jam sehingga beras pulut kembang dan toskan)
100 ml santan
500 ml air
1 sudu teh garam
3 sudu makan minyak masak
CARA MEMBUAT LAPISAN BAWAH
1. Didihkan air kukusan.
2.Satukan semua bahan. Tanak pulut sehingga hampir kering.
3. Masukkan dalam loyang 10 x 10. Boleh juga guna acuan dan tekan sehingga padat.
4. Kukus semula selama 15 minit.
BAHAN LAPISAN ATAS
4 biji telur ayam gred A
3 cawan santan pekat
350 gram gula kastor
4 sudu besar tepung beras
4 sudu besar tepung gandum
1/2 sudu kecil pewarna hijau epal
1 sudu teh garam
7 helai daun pandan mesin bersama sebahagian santan dan tapis
CARA MEMBUAT LAPISAN ATAS
1. Pukul telur ayam kemudian satukan dengan santan, gula kastor, tepung beras dan tepung gandum. Kacau rata.
2. Bubuh pewarna dan garam. Gaul sebati dan tapis. Jerang di atas api sederhana dan kacau sehingga naik wap.
3. Tuangkan ke atas Lapisan Bawah. Kukus lagi selama 30 minit.
4. Sejukkan sebelum dipotong.
Kredit Resipi: Meor Abd Marliza
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini.
11 Menu Viral 2022, Buat Anda Terliur Nak Cuba

Sepanjang tahun 2022, pelbagai resepi menarik muncul dan buat anda terliur ingin mencuba. Ini antara senarai menu makanan buat anda ketagih nak makan dan boleh juga masak untuk hidangan sekeluarga dan tetamu yang bakal datang tahun baru nanti.
1.KARI AYAM BANGLADESH
Bahan-bahan:
4 kg ekor ayam
1 1/2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 biji bawang merah kecil
4-5 tangkai cili padi
3 tangkai cili merah
1 inci halia
1 sudu besar jintan putih
2 batang kayu manis
7 biji pelaga
1 1/2 sudu besar serbuk kari daging
1/2 sudu besar serbuk kunyit
1/4 cawan minyak masak
1/2 sudu besar garam
1 1/2 cawan air
2 biji kentang
Penyediaan bahan:
1.Hiris nipis bawang besar. Potong kasar bawang putih, bawang merah kecil, halia, cili padi dan cili merah besar.
2.Potong kentang kepada 4 bahagian.
3.Tumbuk halus bawang putih, bawang merah, cili padi, cili merah, halia, jintan putih dan buah pelaga.
Cara memasak:
1.Dalam kuali, masukkan ayam, bahan tumbuk halus, bawang besar, kulit kayu manis, serbuk kari daging, serbuk kunyit, garam dan minyak masak.
2.Gaul sebati kesemua bahan.
3.Tambah air, tutup kuali dan masak dengan api perlahan.
4.Masukkan kentang, sedikit air dan sambung masak sampai kentang empuk dan minyak terapung.
5.Boleh tambah air untuk lebih berkuah.
6.Hidang bersama nasi panas.
Kredit: Che Nom
2.DONUT RED VELVET
Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
1 sudu besar yis instant
1 sudu besar gula
1 sudu kecil baking powder
1 sudu besar emulco Red Velvet
¾ cawan air suam
Secubit garam
1 sudu besar marjerin
Cara membuat:
1.Satukan semua bahan dalam bekas kecuali marjerin. Gaul dan uli sampai sebati
- Masukkan marjerin dan terus uli sampai licin. Perap 30 minit – 1 jam.
3.Bentukkan jadi donat guna acuan/tangan. Perap lagi 20-30 minit.
4. Goreng dalam minyak panas, api perlahan. Siap untuk dihidang.
Kredit: Khairunnisa Mohammad
3.CRAB RANGOON
Bahan-bahan kulit: ( jika guna kulit wantan segera, abaikan bahan ini)
2 cawan tepung gandum
4 sudu makan marjerin
Air secukup untuk jadikan doh
Cara membuat:
1.Ramas marjerin dengan tepung sampai jadi peroi.
2. Tambah air sedikit demi sedikit sampai jadi doh.
3. Ketepikan doh. Nak bagi rehat dalam peti sejuk pun boleh.
Bahan-bahan inti:
1 cawan isi ketam (boleh guna isi ketam tiruan @ crabstick)
1 cawan krim keju / cream cheese
¼ cawan daun sup + daun bawang (ikut selera)
Garam secukup rasa
Lada hitam secukupnya
1 biji telur – jika suka
Cara membuat:
1. Satukan semua bahan dan gaul sehingga sekata.
2. Jika nak jadikan lebihan inti ini sebagai salad untuk dimakan terus atau diletakkan pada sandwich / croissant, tidak perlu letak telur.
Cara memasak:
1. Ambil doh yang telah direhatkan tadi. Canai doh dengan ketebalan yang tidak terlalu tebal dan nipis. Sedang-sedang sahaja.
- Ukur atau potong doh menjadi empat segi sama 2 x 2 inci.
- Ambil inti dan letak 1 sudu teh di atas kepingan doh tadi.
- Balut dan kelim. Caranya ialah mula-mula, temukan bucu bertentangan.
- Kemudian temukan bucu kedua yang bertentangan.
- Kelim bahagian tepi-tepi supaya kemas dan tidak terbuka.
- Ulang langkah yang sama hingga habis adunan doh dan inti.
- Panaskan minyak dalam kuali dan goreng sehingga garing.
- Angkat, toskan minyak dan hidang dengan sos cili atau sos Thai. Satu adunan ini akan dapat 45 biji Crab Rangoon.
- Rangup di luar, lembut dan berkrim di dalam. Memang sedap!
Kredit: Hazneza binti Abdul Hamid
4.RAINDROP CAKE @ JAPANESE WATER CAKE
Bahan-bahan:
1 paket Konyaku Jelly Powder / serbuk agar agar
950ml air
250gm gula halus
Pewarna – jika suka
Gula merah
Serbuk kacang tanah
Cara memasak:
1. Satukan serbuk konyaku, air dan gula halus. masak hingga hancur.
- Jika suka, boleh letak pewarna pilihan atau jika mahu warna jernih, kekalkan sahaja pada warna asal.
- Bila campuran sudah larut, tuang adunan dalam bekas acuan lompang. Biarkan sejuk.
- Masak gula merah bersama sedikit air hingga larut. Kemudian biarkan sejuk.
- Bila agar-agar sudah mengeras, keluarkan dari acuan dan siram dengan gula merah serta serbuk kacang.
- Raindrop Cake versi mini sedia untuk dihidang dan dinikmati.
Kredit resipi & foto: Norma Shahrin
5.KOKTEL BUAH NAGA
BAHAN-BAHAN:
1 tin susu sejat
1/2 tin susu pekat manis
2 cawan air panas
1 tin buah laici
1 biji buah naga
2 biji buah mangga
Cincau
Ais
Cara memasak:
1.Susu pekat dibancuh bersama 2 cawan air panas. Tambah lagi dua cawan air.
2.Campur semua bahan-bahan lain. Sebatikan.
3.Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Zaky Mat Ali
6.KERABU MAGGI ALA THAILAND
Bahan-bahan:
3 bungkus Maggie Thai/Siam
1 biji buah tomato | dihiris
1/2 labu bawang besar Holland Sejengkal batang saleri
Segenggam daun ketumbar
1 biji cili merah besar
1 sudu sos ikan (jika suka)
1 sudu air asam limau (jika suka)
2 paket rempah maggie siam (yang ada dalam paket maggie tu, 1 lagi tak dipakai).
Bahan lauk:
Sotong
Udang
Fish cake
Crab stick
Fish ball
Cara membuat:
- Panaskan air untuk merebus bahan lauk dan maggi segera.
- Masukkan 1 paket rempah maggi segera. Tunggu hingga mendidih.
- Masukkan udang, sotong, kemudian diikuti dengan fish cake (hanya sekejap sahaja, rebus secara berasingan).
- Keluarkan udang, sotong.
- Dalam periuk rebusan yang sama, masukkan maggi segera.
- Apabila sudah lembut, keluarkan. Air rebusan jangan dibuang kerana digunakan untuk dicampurkan dengan kerabu.
- Masukkan kesemua bahan dan juga air rebusan di dalam mangkuk besar. Gaulkan hingga semuanya sekata. Siap untuk dihidang!
Kredit resipi: Cik Wan Kitchen
7.DONUT SUSU
BAHAN-BAHAN:
250g tepung high protein
1 biji kuning telur
120ml-150ml susu full cream (letak sikit-sikit sebab jenis tepung kadang tak sama)
1 sudu besar susu tepung fernleaf full cream
40g gula
30g mentega
2-3g yis
*doh tak boleh terlalu lembik sebab akan menyerap minyak, kalau terlalu keras, donut akan keras. Cukup sekadar tak melekat di tangan dan mudah untuk dirounding* (untuk 500gm boleh gandakan adunan)
Cara membuat:
- Masukkan susu full cream dan telur dalam bread maker.
2. Masukkan tepung, susu tepung dan gula. Set masa uli lebih kurang 45 minit. - 10 minit pertama masukkan mentega dan 10 minit terakhir baru masukkan yis dan uli sampai yis sebati dengan doh.
4. Dah uli, boleh rounding dan bentukkan doh ikut berat yang diingini. - Tip goreng donut ialah bila angkat doh, doh tak melekat di tangan dan rasa ringan.
6. Bila ditekan guna jari, doh akan lambat memantul ke bentuk asal dan kesan jari tu masih ada sikit saja. Kalau tak ada kesan jari, masih belum boleh goreng sebab masih underproof, kalau overproof doh tak kan memantul ke bentuk asal. Api kena perlahan dan minyak kena panas, goreng donut dengan cara satu kali balik.n bentukkan doh ikut berat yang diingini. - Untuk salutan, guna sukatan 2:1, 2 sudu besar susu tepung dan 1 sudu besar gula kastor, kisar dan salutkan donut bila dah suam sejuk.
Kredit resipi: Nurul Ijlah
8.ASAM PEDAS MUO
Bahan-bahan:
1 genggam cili kering (direbus terlebih dahulu) – boleh kurangkan jika tak nak terlalu pedas
1 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
Kunyit hidup sebesar 1 ibu jari
(kisar semua bahan di atas)
4-5 ekor ikan kembung (ikut citarasa. Johor menggunakan ikan kembung, ikan pari atau ayam)
Daun kesum
Sayur bendi
1 biji tomato
Bunga kantan
Lobak masin
Halba
Cara memasak:
- Panaskan minyak dan letak halba terlebih dahulu, digoreng sekejap bagi naik bau.
- Masukkan bahan kisaran tadi ke dalam minyak panas, masakkan sehingga pecah minyak.
- Masukkan air asam jawa apabila sudah pecah minyak (sedikit demi sedikit)
- Gaulkan dan kemudian masukkan air dalam 2 mug (boleh tambah air kalau rasa nak kuah banyak)
- Renehkan dan kemudian masukkan lobak masin, jangan terlalu banyak.
- Masukkan daun kesum, tomato serta bendi.
Kredit: @squigglymack
9.BUKO PANDAN FILIPINA
Bahan-bahan:
1 peket agar-agar serbuk perisa pandan( masak dan bekukan ikut arahan dari belakang bungkusan)
1 cawan teh biji sagu
1 sudu kecil coconut Pandan Emulco
1 tin krimer sejat cair Saji,jika kurang kuah boleh lebihkan
1 cawan teh whipping cream non diary-pukul tak perlu sampai kembang
1 cawan air gula-ikut manis yang disukai
1 mangkuk isi kelapa
1 mangkuk kecil Nata De Coco perisa kelapa ambil isinya sahaja
Ais secukupnya
*buah logan jika suka. Sebenarnya letak buah laici dalam tin lagi sedap dari mata kucing dan pastikan jangan masuk air laici.
*setengah cawan biji selasih yang telah kembang (rendam dalam air panas)
Cara membuat:
1.Satukan semua bahan isi dan kuah dalam bekas besar.
2.Masuk ais dan seimbangkan rasa manis lemak krim ikut selera.
3.Siap untuk dinikmati.
Kredit: Aisyah Humaira
10.BEBOLA UBI KOPONG
Bahan-bahan:
2 cawan ubi keledek oren (direbus & dilenyek)
1/2 cawan tepung ubi
1/2 cawan tepung pulut
2 sudu besar tepung jagung
5 sudu besar gula
1 sudu besar serbuk penaik
Minyak masak untuk menggoreng
Cara membuat:
1. Dalam bekas, satukan semua bahan.
2. Gaul sebati sehingga menjadi doh.
3. Bulat-bulatkan doh sehingga habis.
- Panaskan minyak masak dengan api yang sederhana. Masukkan bebola ubi apabila minyak telah benar-benar panas.
5. Apabila bebola ubi sudah kekuningan, layang-layangkan dan tekan-tekankan bebola tersebut dengan menggunakan belakang sudip. Tidak perlu risau bebola akan penyek kerana bebola akan kembali kepada bentuk asal. - Goreng sehingga bebola berwarna kuning keemasan. Angkat dan toskan. Siap.
Kredit: Farisha Sofea
11.SANG KAYA PANDAN
Bahan-bahan:
1 cawan air pandan (cukuplah 5 helai daun pandan dikisar)
1 cawan susu cair
1 cawan gula (cikgu fazz buat 3/4 je)
1 kotak santan 200g
2 sudu susu pekat manis
3 sudu tepung jagung
1 biji telur
Sedikit garam
Titiskan sikit pewarna hijau kalau nak
Cara membuat:
1.Masukkan semua dalam periuk kecil. Tenggekkan atas api dan kacau sampai berkilat. Ingat tau sampai berkilat.
* Jangan lupa simpan dalam peti sejuk boleh makan lama.
Kredit: Fazelina Isa
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
https://www.rasa.my/resipi-nasi-kerabu-kuning-sedap-masak-sendiri-baru-puas-makan/
https://www.rasa.my/resipi-rojak-ayam-sedap-masak-sendiri-puas-hati-lebih-jimat/
https://www.rasa.my/cara-masak-oden-homemade-ala-family-mart-sedap-puas-makan/
https://www.rasa.my/jom-cuba-resipi-kuih-kole-kacang-sedap-mudah-kurang-manis/
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official