Golden Fries Ball ni kelihatan enak dan mudah disediakan. Sesuai dijadikan kudapan buat anak-anak. Menurut empunya resipi saudari Nor Hafizah Yazid, kudapan ini rangup di luar, ‘melting’ bila dimakan. Wow… Pasti ramai yang gemarkannya. Bagi anda yang nak mencuba, resipi mudah lengkap dengan bahan serta cara pembuatannya ada disertakan di bawah ini. Selamat mencuba!
CARA BUAT GOLDEN FRIES BALL (Anggaran 30 biji / ikut saiz)
1.Didihkan air dan rebus kentang yang telah dikupas kulitnya bersama sedikit garam. Kalau boleh, jangan rebus terlampau masak. Nanti bila digigit, tiada rasa ketulan kentang.
2. Bila kentang sudah siap direbus, toskan airnya. Masukkan ke dalam bekas bersama telur, mix herbs, marjerin, kiub pati ayam dan tepung gandum.
Ads
3. Lenyekkan semua bahan hingga sebati.
4. Cubit doh dan bulatkan. Kalau melekat di tangan, guna tepung. (empunya resipi guna tepung jagung)
5. Bila sudah siap dibulatkan, celup ke dalam bancuhan telur.
6. Seterusnya golekkan dalam pinggan berisi kepingan cornflakes yang siap diramas.
7. Rehatkan Golden Fries Ball sekejap dalam 5 – 10minit.
8. Golden Fries Ball yang sedia untuk digoreng.
Ads
9. Panaskan minyak dan goreng guna minyak sederhana panas. 10. Balik-balikkan bebola perlahan-lahan supaya masak sekata. 11. Angkat dan toskan minyaknya. Sedia untuk dinikmati.
INFO: Untuk membuat Golden Fries Ball , boleh juga tambah keju @ sayuran kalau anak-anak suka. Cornflakes juga boleh boleh digantikan dengan breadcrumbs atau apa-apa bahan yang boleh buat salutan rangup.
Bagi anda yang ada anak kecil, pasti akan menggemari sajian Oyster Sauce Chicken @ Ayam Masak Sos Tiram cara cina ini. Menu ini bersifat savori tapi manis. Ayamnya dimasak lembut dan berjus. Rasa sos yang pekat tapi tidak terlalu masin. Berbeza dengan ayam masak sos tiram versi Melayu. Ayam sos tiram versi Melayu digoreng garing dahulu kemudian baru dicampur ke dalam kuah sos tiram. Ha…Bolehlah cuba resipi perkongsian saudari Zurina Zulkefli ni. Anak-anak pasti suka.
RESIPI AYAM MASAK SOS TIRAM STAIL CHINESE
BAHAN-BAHAN:
Potongan ayam secukupnya Secubit serbuk kunyit – beli online disini
Sedikit garam (tak perlu terlalu masin)
2-3 tiga titis cuka makan – beli online disini
2 sudu minyak masak
1 ulas bawang putih – ketuk 1 pokok daun bawang – potong panjang 1/2 biji bawang merah – hiris 1/2 batang lobak merah – potong mancis Sedikit air 1 sudu besar kicap pekat – beli online disini 1 sudu besar kicap cair – beli online disini 1 sudu besar sos tiram – beli online disini 2 sudu air bancuhan tepung jagung – beli online disini
CARA MEMASAK:
1.Sediakan ayam. Satukan dengan serbuk kunyit, sedikit garam dan cuka makan. Gaul sebati dan perap selama 10 minit.
2. Panaskan minyak masak ke dalam pan. Masukkan ayam. Tutup pan.
3. Biarkan ayam keluarkan jus dan masak dalam proses pengewapan. 4. Bila buka penutup pan, ayam akan jadi warna keemasan seperti ini. Balik-balikkan dan tutup semula pan. 5. Biarkan ayam sehingga jus kering.
6. Potong lobak merah, daun bawang, bawang merah dan bawang putih.
7. Masukkan bawang putih, bawang merah dan hirisan lobak merah ke dalam pan. Masukkan sedikit air. Biarkan air mendidih.
8. Tutup lagi. Biarkan ayam masak sehingga air kering.
9. Bila air sudah kering. Masukkankicap pekat, kicap cair dan sos tiram. Tidak perlu lagi tambahan perasa lain.
10. Masukkan air bancuhan tepung jagung. Kacau sebati sehingga kuah menjadi pekat dan likat.
Menu rebus dan kukus semestinya sangat bagus untuk dijadikan sajian terutamanya jika anda sedang dalam proses menurunkan berat badan. Malah, makanan segera dan sedia proses pun lebih bagus jika dielakkan. Namun hidangan sihat ni rasanya agak hambar. Oleh itu anda boleh cuba buat bebola ikan homemade ni untuk dimasukkan ke dalam menu sihat anda. Letak dalam sup sayur atau apa-apa hidangan, memang boleh menaikkan selera. Nak buat pun sangat mudah dan tanpa guna tepung. 100% isi ikan. Jom cuba resipi perkongsian saudari Bahiah Saripuddin ni. Pasti puas hati.
CARA BUAT BEBOLA IKAN HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
2 keping ikan tongkol – dibuang tulang dan ambil isi sahaja
1 sudu teh lada hitam kasar
1 biji bawang merah saiz sederhana
1/2 sudu teh gula
Sedikit garam
CARA MEMASAK:
1. Tumbuk lada hitam hingga halus.
2. Masukkan bawang merah. Tumbuk lumat.
3. Seterusnya tambahkan isi ikan yang telah dibuang tulang dan tumbuk lagi hingga lumat.
4. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
5. Gaul isi ikan tadi sehingga adunan boleh digentel.
6. Cubit adunan dan bulat-bulatkan mengikut saiz yang digemari.
7. Panaskan air dan rebus bebola hingga mendidih.
8. Toskan bebola tadi dan sedia untuk dimasukkan ke dalam sup atau apa-apa sajian kegemaran.
Selalu masak asam pedas ikan, daging tapi asam pedas ayam jarang orang buat. Malah ada yang kata pelik. Cuma bagi orang Johor ini menu biasa.
Bagi yang nak cuba asam pedas ayam ini boleh ikut perkongsian Amoy Sally. Resipi dari orang Johor sendiri.
Bahan-bahan:
1 ekor ayam
4 biji bawang merah -kisar
5 ulas bawang putih -kisar
2 inci kunyit hidup -kisar
1 inci halia -kisar
Lada hitam -kisar
Cili kisar -kuantiti ikut tahap kepedasan yang dikehendaki
2 batang serai -diketuk
Daun kesum -letak banyak lagi sedap
Daun limau
Bendi
Tomato
Cara membuat:
1. Panaskan minyak (kena guna minyak yang banyak) masukkan serai yang diketuk. Tumis sampai naik bau.
2. Kemudian masukkan bahan kisar kecuali cili kisar. Tumis sampai naik bau baru masukkan cili kisar.
3. Tumis lagi sampai cili betul-betul masak dan garing (Pastikan tutup kuali supaya dapur tak kecah).
4. Bila cili dah garing bolelah masuk ayam. Bila ayam dah agak kecut baru masukkan air agak-agak paras ayam.
Kemudian bolehlah masukkan perasa masukkan daun kesum, daun limau, bendi, tomato.
Akhir sekali masukkan air asam jawa.
-Air boleh tambah, banyak mana nak.
-Minyak lebih yang terapung boleh senduk keluar.
Cuba resipi Cha Bang Ang viral dari Thailand yang sedap, segar dan sangat mudah disediakan. Dessert ais popular ini hanya perlukan bahan ringkas. Memang puas hati!