Ads

Tip Masak Sotong Jadi Pejal & Tak Berair, Ramas Dengan Garam

tip masak sotong

Tip masak sotong dengan cara yang betul penting supaya sotong kekal pejal, tak berair dan saiznya tak terlalu mengecut selepas dimasak. Sotong antara makanan laut yang ramai orang suka. Namun nak masak sotong pun ada cara dan tipnya, barulah hasilnya tak rasa hanyir, elok pejal dan tak berair bila masak.

Rupanya selain rebus sotong, antara tip nak masak sotong supaya elok kejadiannya ialah kena ramas sekejap dengan garam sampai berbuih. Cara ini cukup mudah dan boleh dilakukan ketika proses mencuci sotong sebelum mula memasak.

Boleh cuba perkongsian tip oleh Puan Noris Nora ini sebagai panduan.

Tip Masak Sotong Supaya Pejal Dan Tak Berair

Sekadar perkongsian, cara saya cuci sotong. Dulu saya pernah tengok dokumentari nelayan Korea. Depa basuh sotong kurita cara ni, saya cuba dan hasilnya memang sotong jadi pejal dan tidak berair bila kita masak.

Tak perlu lagi rebus sebelum nak masak. Boleh cuba untuk memudahkan cara nak masak sotong. Cara ini juga cukup praktikal kerana hanya menggunakan garam yang memang biasanya tersedia di dapur.

Bahan Diperlukan

  • Garam kasar/halus

Jika ada pilihan, boleh gunakan garam kasar seperti yang dikongsikan dalam petua ini. Garam halus juga boleh digunakan, cuma pastikan sotong dibilas betul-betul bersih selepas diramas.

Cara Cuci Sotong Dengan Garam

  1. Potong sotong ikut saiz yang kita nak. Buang kulit sotong pilihan. Kadang-kadang ada sotong kulit dia kasar kesat-kesat, kalau gitu lebih baik buang kulitnya. Biasanya sotong saiz sederhana-besar ada. Kalau yang kecil cumi-cumi tu, kulit licin je.

Tip Masak Sotong Jadi Pejal & Tak Berair, Ramas Dengan Garam

2. Taburkan garam kasar dalam sesudu dua dalam bekas berisi sotong. Tak perlu tambah air. Garam halus pun boleh, tapi lagi baik garam kasar.

Tip Masak Sotong Jadi Pejal & Tak Berair, Ramas Dengan Garam
Tip Masak Sotong

 

3. Jika guna garam halus nanti bilas bersih-bersih sampai hilang buih-buih tu dan tak rasa licin di tangan ye. Risau jika garam masih lekat di sotong, takut masin bila dimasak.

Tip Masak Sotong Jadi Pejal & Tak Berair, Ramas Dengan Garam
Tip Masak Sotong

4. Gaul dan ramas-ramas sotong bersama garam tersebut. Pastikan garam terkena pada sotong semasa proses meramas dilakukan.

Ads
Tip Masak Sotong Jadi Pejal & Tak Berair, Ramas Dengan Garam
Tip Masak Sotong

5. Ramas-ramas sampai keluar buih macam sabun. Jangan tambah air ketika proses ini kerana sotong dan garam akan menghasilkan buih ketika diramas.

Tip Masak Sotong Jadi Pejal & Tak Berair, Ramas Dengan Garam
Tip Masak Sotong

6. Sotong akan keluarkan buih-buih seperti buih sabun. Ramas-ramas sotong dalam 5 minit atau sampai rasa sotong tu pejal.

Tip Masak Sotong Jadi Pejal & Tak Berair, Ramas Dengan Garam
Tip Masak Sotong

Bahagian ini penting dalam tip masak sotong yang dikongsikan kerana perubahan pada tekstur sotong boleh dirasai ketika diramas.

7. Setelah semua buih keluar dan sotong rasa pejal, basuh bersih-bersih. Bilas berkali-kali sehingga hilang air buih atau air garam tu. InsyaAllah sotong tak masin jika basuh bersih-bersih.Pastikan juga sotong sudah tidak terasa licin akibat sisa garam sebelum meneruskan ke langkah seterusnya.

Tip Masak Sotong Jadi Pejal & Tak Berair, Ramas Dengan Garam
Tip Masak Sotong

8. Kemudian tapis sotong untuk sejat airnya. Biarkan lebihan air turun terlebih dahulu sebelum sotong dimasukkan ke dalam masakan.

Tip Masak Sotong Jadi Pejal & Tak Berair, Ramas Dengan Garam
Tip Masak Sotong
Tip Masak Sotong Jadi Pejal & Tak Berair, Ramas Dengan Garam
Tip Masak Sotong

Tip Masak Sotong Jadi Pejal & Tak Berair, Ramas Dengan Garam

Kenapa Sotong Perlu Dibilas Bersih?

Selepas sotong diramas bersama garam sehingga berbuih dan terasa pejal, jangan terus masukkan ke dalam masakan. Proses membilas berkali-kali seperti yang dikongsikan sangat penting supaya sisa garam tidak tertinggal pada sotong.

Ads

Lebih-lebih lagi jika menggunakan garam halus kerana ia lebih mudah melekat pada permukaan sotong. Bilas sehingga buih hilang dan sotong tidak lagi terasa licin di tangan. Dengan cara ini, tak perlu terlalu risau sotong menjadi terlebih masin apabila dimasak nanti.

Tip Masak Sotong Tanpa Perlu Rebus Dahulu

Selepas siap dicuci dan ditapis, bolehlah masak seperti biasa. InsyaAllah sotong tak keluarkan banyak air lagi.

Menariknya, menerusi cara yang dikongsikan ini, sotong tak perlu direbus terlebih dahulu sebelum dimasak. Jadi proses penyediaannya lebih mudah terutama apabila kita mahu menyediakan lauk sotong untuk hidangan keluarga.

Petua ini boleh dicuba untuk pelbagai jenis masakan sotong. Apa yang penting, ikut proses mencuci, meramas bersama garam, membilas dan menapis sotong dengan betul sebelum mula memasak.

Perkara Penting Sebelum Masak Sotong

Selain meramas sotong dengan garam, jangan lupa untuk sejat air selepas sotong dibilas. Langkah ini nampak mudah tetapi membantu mengurangkan lebihan air yang dibawa bersama sotong ke dalam masakan.

Ads

Jadi kalau selama ini sotong yang dimasak mudah mengeluarkan banyak air atau teksturnya kurang pejal, bolehlah cuba tip masak sotong ini. Hanya perlukan garam kasar atau garam halus dan beberapa minit untuk meramas sotong sehingga berbuih.

Anda mungkin berminat dengan

Selamat mencuba!

RASA: Semoga perkongsian petua masakan ini bermanfaat. Jadi jika nak cuci sotong pastikan ramas dengan garam sekejap sampai berbuih. Barulah sotong elok pejal, saiznya tak mengecut bila masak nanti.

Sumber: Noris Nora

 

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA.

Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Menu Lain

Paris Oldies Cafe, Port Lepak Santai Buat Peminat Suasana Old-School

Paris Oldies Cafe di Ulu Tiram, Johor menawarkan suasana old-school penuh nostalgia untuk makan, bersantai dan meluangkan masa bersama keluarga atau rakan.