
Isi Kandungan
ToggleSedapnya Kuih Lopes ni. Makan pula dengan air gula melaka yang pekat, memang sangat nikmat. Sekeping, dua keping, sekejap sahaja suap masuk ke mulut.
Kuih tradisional ini digemari ramai namun tidak semua sanggup untuk membuatnya dek kerana proses memasaknya yang agak renyah dimana dimana pulutnya perlu direndm dan dimasak terlebih dahulu. Agak mengambil masa.
Jangan risau, menerusi resipi perkongsian saudari Myra Chaqkey, beliau kongsikan cara-cara membuat Kuih Lopes Gula Melaka versi ekspress yang sangat cepat dan mudah. Rasanya tetap sedap! Jom cuba. Anda pasti suka.
RESIPI KUIH LOPES GULA MELAKA YANG SANGAT MUDAH & TAK GUNA BANYAK BAHAN
BAHAN-BAHAN:
Lemang Nona readymade – beli online disini
Daun pandan
Sedikit pewarna hijau – beli online disini
Sedikit santan kotak – beli online disini
Gula melaka – beli online disini
Air
Garam secukup rasa
Kelapa parut
CARA MEMASAK:
1.Untuk membuat air gula melaka, masukkan gula melaka, daun pandan dan air dengan secukupnya ke dalam periuk. Masak hingga gula larut serta mencapai kepekatan yang anda suka. Angkat dan ketepikan.
2.Dalam periuk berlainan, satukan air, pek beras pulut, serbuk santan (sedia ada dalam pek lemang), daun pandan, garam secukup rasa dan sedikit santan kotak.
3.Sebatikan semua bahan dan rebus selama 45 minit hingga air hampir kering.
4.Angkat dan letak dalam tapis untuk tiriskan airnya.
5.Lemang yang telah siap direbus. Sejukkan sebentar.
6.Potong pulut tadi dan salutkan dengan kelapa parut.
7.Hidangkan bersama air gula melaka.
Kredit resipi & foto: Myra Chaqkey
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Aiskrim Jeruk Mangga Macam Dulu-Dulu. Begini Cara Buatnya
Dijamin Bersih & Halal, Buat Sendiri Sawi Jeruk Hanya Guna 5 Bahan
Cara Mudah Buat Ikan Masin / Ikan Budu / Ikan Jeruk Secara Homemade
Tak Sakit Tekak, Buat Sendiri Jeruk Mangga Sedap Tanpa Guna Ibu Jeruk
Buat Sendiri Jeruk Limau Nipis Homemade. Mudah, Sedap, Pelbagai Guna
Cara Buat Cili Jeruk Homemade Yang Sedap, Rangup & Tak Lembik
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ayam Masak Kicap Pedas & Kuih Gulung @ Ketayap Menu Tradisi Keluarga Salina Untuk Berbuka

Episod kali ini, Salina Saibi sebagai artis jemputan untuk memasak lauk dan manisan menu tradisi keluarganya untuk berbuka. Kali ini Salina Saibi akan dibantu oleh adiknya Shafira Saibi. Menu pilihan mereka pada hari ini adalah Ayam Masak Kicap Pedas dan juga Kuih Gulung atau nama lainnya Ketayap. Wahhh menariknya gabungan menu ni, lepas makan lauk pedas, kita makan pula kuih ketayap yang intinya memang manis dengan aroma pandan.
Tak sangka Salina Saibi dah mula pandai masak sejak darjah enam lagi. Pelakon Gerak Khas ini memang kelihatan dah biasa memasak di dapur. Katanya, dia lah yang selalu memasak lauk untuk adik-adiknya selepas pulang dari sekolah dan diakui oleh adiknya, Shafira.
Menu masakannya kali ini menggunakan bahan dari jenama Aji. Gerenti jadilah kalau guna bahan masakan dari Aji ni. Paling best sekali, bila buat kuih ketayap ni bila guna Tepung Goreng Pisang SERI-AJI yang ada aroma vanilla pehhh memang lagi naik bau kuih ketayap ni dan lagi cantik tekstrur kulit kuih ketayap ni. Jom kita lihat bahan-bahan dan cara masakan menu untuk episod kali ini.
AYAM MASAK KICAP PEDAS
BAHAN-BAHAN:
1/2 ekor Ayam
1 sudu besar Serbuk kunyit
1 sudu kecil Garam
2 sudu besar Cili kering kisar
3 sudu besar Sos cili
3 sudu besar Sos tomato
3 sudu besar Sos tiram
1 sudu kecil AJI-SHIO Lada Hitam Berperisa
6-7 sudu besar Kicap lemak manis
½ sudu kecil AJI-NO-MOTO
1 biji Cili merah
1 biji Bawang besar, dibelah 6
2 tangkai Daun bawang, dihiris
Bahan-bahan (A): ditumbuk
5 ulas Bawang merah
3 ulas Bawang putih
½ inci Halia
CARA PENYEDIAAN:
Gaul ayam bersama ½ sudu kecil garam dan kunyit.
Panaskan minyak dan goreng ayam separuh masak. Angkat dan ketepikan.
Kurangkan sedikit minyak gorengan ayam tadi cukup sekadar untuk tumisan. Masukkan bahan-bahan (A) yang ditumbuk dan tumis sehingga kekuningan.
Masukkan cili kisar, sos cili, sos tomato, sos tiram, AJI-SHIO Lada Hitam Berperisa & AJI-NO-MOTO dan ayam tadi. Tumis sehingga naik minyak.
Masukkan kicap lemak manis, agak-agak sahaja supaya cukup kuahnya, kemudian masukkan cili merah dan sedikit air.
Tutup kuali dan biarkan ayam masak.
Masukkan bawang, gaul sehingga bawang sedikit layu dan padamkan api.
Tabur daun bawang dan sedia untuk dihidang.
KUIH GULUNG @ KETAYAP
BAHAN-BAHAN:
Inti
½ biji Kelapa parut
¼ cawan Gula melaka
¼ cawan Gula pasir
2-3 helai Daun pandan
½ sudu kecil Garam
Bahan-bahan (A): Kulit
2 cawan SERI-AJI Tepung Goreng Pisang
2 cawan Santan sederhana cair, anggaran dari 1/3 biji kelapa
1 biji Telur
4-5 helai Daun pandan
1 sudu kecil Garam
2-3 titik Pewarna hijau (optional)
CARA PENYEDIAAN INTI:
Masukkan kelapa parut, air, gula merah, gula pasir, garam dan daun pandan di dalam kuali.
Masak di atas api yg perlahan, kacau sehingga sebati dan sedikit kering. Sejukkan.
CARA PENYEDIAAN KULIT:
Kisar 1/3 biji kelapa parut bersama daun pandan, dengan anggaran air supaya menghasilkan 2 cawan santan. Perah dan tapis.
Bancuh santan bersama SERI-AJI Tepung Goreng Pisang, garam, telur dan beberapa titik perwarna jika mahu, supaya kulit menjadi lebih hijau. Kacau sebati menggunakan whisk dan kemudian tapis supaya tiada ketulan. Bancuhan tepung sepatutnya menjadi sedikit cair.
Panaskan kuali yg di griskan dengan sedikit minyak. Tuang satu senduk bancuhan tepung dan ratakan dengan memusingkan kuali ke kiri dan ke kanan supaya mendapat bentuk bulat. Ratakan bahagian atas menggunakan sudip jika perlu. Anggran 3-4 minit di atas kuali.
Angkat dan gulung bersama inti yg sudah disejukkan.
TONTON RASA NOSTALGIA RAMADAN BALIK KAMPUNG SEPANJANG BULAN RAMADAN INI
Rasa Nostalgia Ramadan Balik Kampung kembali memeriahkan suasana di sepanjang bulan Ramadan ini.
Menampilkan 22 orang selebriti dan juga 7 orang pengacara terkenal tanah air, mereka akan berkongsi pelbagai resipi yang menjadi nostalgia indah bila pulang ke kampung. Pastikan sangat mengujakan. Maklumlah jarang dapat tonton artis memasak di dapur. Biasa lihat aksi mereka menyanyi dan berlakon sahaja. Malah boleh cuba resipi yang artis kesayangan anda kongsikan juga.
Jadi jangan lupa tonton rancangan ini setiap Isnin hingga Jumaat bermula 1 April 2022 pada jam 7 malam di Astro Prima.
Resipi Karipap Carbonara Sedap. Nak Kulit Menggerutu, Begini Caranya

Isi Kandungan
ToggleJom cuba resipi Karipap Carbonara perkongsian dari saudari Fatimah Az Zahra. Biasanya kita makan karipap berinti daging, ayam ataupun sardin. Kali nib oleh buat kelainan sikit sebba intinya guna sos carbonara yang enak. Memang best. Orang dewasa suka, anak-anak lagilah akan makan tanpa henti sebab tak pedas. Jom lihat cara-caranya.
CARA BUAT KARIPAP CARBONARA YANG SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
2.2kg tepung gandum – beli online disini
Sedikit garam
200gm marjerin
150gm minyak masak
1liter air (lebih kurang)
BAHAN INTI:
5 pek sosej (340gm per pek)
3 tin cendawan butang – beli online disini
2 biji bawang holland
150gm mentega / buttercup
1 liter susu penuh krim
1 tin sos carbonara mushroom – beli online disini
1 tin sos cheese & herbs
1 1/2 kiub ayam
3 sudu makan tepung gandum
5 sudu makan tepung jagung
1 sudu makan lada hitam – tumbuk kasar
1 sudu makan oregano
Sedikit garam
CARA MEMASAK:
1.Untuk kulit, panas majerin dan minyak sampai mendidih.
2.Masukkan dalam tepung yang sudah dicampur sedikit garam. Gaul sebati.
3.Masukkan air. Uli sebati. Biarkan seketika dalam ½ jam.
4. Untuk inti, hiris nipis cendawan dan sosej & potong dadu bawang holland.
5. Panakan mentega. Tumis bawang holland hingga kekuningan.
6. Masukkan tepung gandum. Kacau dan bila tepung sebati, masukkan susu. Sebatikan.
7.Masukkan kesemua bahan-bahan lain. Masak sampai mendidih. Matikan api dan sejukan inti.
8. Ambil doh, leperkan dan masukkan inti dengan secukupnya. Kelim. Ulang Langkah sama hingga habis adunan.
9. Untuk goreng karipap, pastikan minyak betul-betul panas untuk dapatkan kulit karipap yang menggerutu.
10. Jika nak buat frozen, goreng separuh masak sahaja.
Kredit resipi & foto: Fatimah Az Zahra
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Kuah Mi Rebus Johor Jadi Lebih Sedap, Ikut Cara Ni Pasti Enak
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Koleksi Resipi Kuih Muih Pedas Yang Wajib Dicuba. Gerenti Sedap!

Isi Kandungan
ToggleBosan asyik makan kuih muih yang manis? Kali ini kami kongsikan resipi kuih muih yang pedas sebagai hidangan minum petang untuk seisi keluarga. Rasanya gerenti tidak menghampakan. Cubalah sendiri.
CARA BERLAUK
BAHAN-BAHAN:
- 75 gram tepung gandum – beli online DISINI
- 1 biji telur gred A
- 170 ml santan – beli online DISINI
- 2 sudu makan mentega | dicairkan
- Beberapa titik pewarna kuning makanan
- Secubit garam
Bahan Inti:
- 100gm daging cincang
- 1 biji bawang besar | dicincang
- 2 ulas bawang putih | dicincang
- 2 keping hirisan halia | dicincang
- 1 biji cili merah | dibuang biji dan dadu kecil
- 1 sudu makan rempah kari daging – beli online DISINI
- 1 sudu makan sos tomato – beli online DISINI
- 1 sudu teh cili kisar
- 1/2 sudu teh lada hitam kisar
- 1 pokok daun sup | dihiris halus
- Garam dan gula secukup rasa
- Sedikit air
- Sedikit minyak masak
CARA MEMASAK:
- Sediakana inti terlebih dahulu, panaskan minyak dalam kuali.
- Tumis bawang putih, halia dan bawang besar hingga layu, masukkan cili kisar dan sos tomato. Kacau rata.
- Tambah rempah kari, kacau dan tuang sedikit air.
- Sementara itu, masukkan daging cincang dalam kuali dan kacau rata.
- Masak dengan api kecil hingga daging berubah warna dan kering.
- Tambah lada hitam dan perasakan dengan garam dan secukupnya.
- Akhir sekali masukkan 1/2 bahagian cili merah dan 1/2 bahagian daun sup. Gaul rata dan matikan api, biar inti sejuk.
- Untuk adunan tepung, ayak tepung dalam satu bekas, masukkan telur dan santan sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati.
- Tambah garam, mentega yang dicairkan dan pewarna kuning. Kacau hingga rata dan tapis. Ketepikan.
- Panaskan acuan, guna api dapur paling kecil. Sapukan setiap lubang acuan dengan sedikit minyak masak.
- Tuang adunan kuih cara 3/4 penuh. Buat hingga siap, kemudian sudukan 1/2 camca teh inti pada setiap kuih cara tadi.
- Tabur atasnya baki cili merah dan daun sup. Tutup sekejap hingga kuih cara masak.
- Keluarkan dari acuan dan buat hingga siap.
CUCUR BADAK
BAHAN-BAHAN:
- 250 gram keledek | direbus dan lenyek
- 3 ½ sudu makan tepung gandum
- ½ sudu teh garam
- Minyak masak untuk menggoreng
Bahan Inti:
- ½ biji kelapa parut
- 100gm udang kering | direndam dan dikisar
- 1 ulas bawang putih | dikisar
- 3 biji bawang merah | dikisar
- 7 biji cili merah | dikisar
- 1cm halia | dikisar – beli online DISINI
- 1 batang serai | dikisar – beli online DISINI
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- 2 sudu makan gula
- ½ sudu teh garam
- 2 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
- Campurkan semua bahan inti, dan gaul rata. Kemudian goreng tanpa minyak dalam kuali sehingga kuning keemasan. Jangan terlalu garing.
- Untuk menyediakan doh, gaul rata semua bahan doh kecuali minyak masak
- Tambah tepung sedikit demi sedikit sekiranya doh lembik dan melekat.
- Ambil sedikit doh dan bentukkan bulat sebesar bola golf. Isikan inti di bahangian tengah.
- Tutup dengan doh dan bentuk bulat leper. Ketepikan.
- Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali.
- Goreng cucur badak sehingga kuning keemasan. Angkat dan tos.
KARIPAP SARDIN
BAHAN-BAHAN:
Doh:
- 500gm tepung gandum
- 2 senduk minyak masak dipanaskan terlebih dahulu
- Air secukupnya
- Secubit garam
Inti:
- 1 tin sardin saiz sederhana
- 1 labu bawang besar | dipotong dadu
- 3 ulas bawang putih | dicincang halus
- 3 biji ubi kentang | dipotong dadu
- 3 sudu makan cili kering kisar
- 2 sudu besar serbuk kari
- Minyak masak untuk menumis
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Asingkan tulang ikan sardin dan hancurkan isi ikan dan asingkan kuahnya.
- Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan separuh bawang besar yang sudah dipotong dadu.
- Bila naik bau, masukkan bahan kisar dan kacau perlahan sehingga naik bau.
- Masukkan cili kering kisar, kemudian perasakan dengan gara dan gula.
- Masukkan pula kentang yang sudah dipotong dadu.
- Masukkan satu cawan air supaya kentang cepat empuk.
- Apabila kentang empuk, masukkan isi sardin yang sudah dihancurkan diikuti separuh lagi bawang besar tadi.
- Setelah kering air dan cukup rasa, angkat dan sejukkan.
- Untuk membuat doh, masukkan tepung ke dalam bekas untuk menguli.
- Kemudian diikuti minyak masak yang sudah dipanaskan ke dalam tepung gandum.
- Kacau dengan senduk kayu semasa minyak masih panas.
- Masukkan sedikit demi sedikit air yang sudah dilarutkan dengan garam tadi sehingga tepung sudah tidak melekit di tangan.
- Bulat-bulatkan doh, kemudian canai dan masukkan inti dan klim tepinya.
- Panaskan minyak dan goreng karipap sehingga kekuningan.
KUIH BAKAR BERLAUK
BAHAN-BAHAN:
Bahan Inti:
- 200 gm daging kisar
- 2 sudu besar rempah kari daging
- 2 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 1 sudu makan udang kering
- Sedikit daun bawang | dihiris halus
- Sedikit daun sup | dihiris halus
- 2 biji cili merah | dihiris serong
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak masak untuk menumis
Bahan Bater:
- 2 cawan tepung gandum
- 3 1/2 cawan santan sederhana pekat
- 1 biji telur
- Pewarna kuning
- Sedikit garam
CARA MEMASAK:
- Kisar bawang putih dan bawang merah sehingga lumat.
- Udang kering dikisar kasar.
- Seterusnya, panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar hingga wangi.
- Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air dan tumis hingga pecah
- Masukkan daging kisar.
- Masukkan garam dan sedikit gula. Kacau hingga sebati dan kering.
- Setelah siap, angkat dan ketepikan dulu.
- Kemudian sediakan adunan tepung. Pukul telur bersama garam.
- Masukkan tepung dan santan berselang-seli. Kacau hingga rata.
- Kalau berketul-ketul, tapis dahulu adunan ini. Titikkan sedikit pewarna.
- Seterusnya panaskan acuan kuih bakar, kemudian sapukan sedikit minyak.
- Tuang adunan 3/4 penuh sahaja.
- Diikuti dengan masukkan inti daging dan letakkan cili potong dan taburkan daun sup, daun bawang.
- Bakar menggunakan ketuhar atau atas dapur biasa tetapi tutup atasnya dengan penutup periuk.
- Setelah masak, biarkan sejuk baru keluarkan dari acuan.
POPIA BASAH
BAHAN-BAHAN:
Bahan Kulit:
- 2 cawan tepung gandum
- 1 biji putih telur
- 3/4 cawan air
- 2 sudu makan cuka
- secubit garam
Bahan Inti:
- 1/2 biji kobis | dihiris halus
- 2 batang lobak merah | diparut halus
- 1 biji bawang besar | dihiris halus
- 3 ulas bawang putih | dihiris halus
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 sudu makan udang kering
- Garam secukupnya
- Minyak masak untuk menumis
Sambal:
- 15 tangkai cili kering
- 1 biji bawang besar
- 5 ulas bawang putih
- 1 sudu makan gula perang
- 2 sudu makan kicap manis
- Minyak masak untuk menumis
- Ggaram, perasa dan bawang goreng secukupnya
- Kacang tanah | dikisar
CARA MEMASAK:
- Untuk membuat kulit popia, campurkan kesemua bahan dalam mangkuk adunan. kemudian tutup dan biarkan sebentar sekurang-kurangnya 1/2jam.
- Tuang sedikit adunan dan lenserkan ke atas kuali leper.
- Buat dari arah jam, mulakan dari tepi dulu kemudian sapukan bahagian tengah dengan sisa tepung yang masih ada di tangan.
- Setelah rata, biarkan sampai kulit masak sebentar. Angkat kulit yang telah masak dan letakkan dalam pinggan.
- Untuk membuat inti, kisar bawang besar, bawang putih dan udang kering.
- Panaskan sedikit minyak dan masukkan bahan yang dikisar tadi.
- Kemudian tambahkan sos tiram dan secubit garam. Masukkan pula sayuran dan masak hingga sedikit layu.
- Seterusnya untuk membuat sos,
- Kisar cili kering, bawang besar dan bawang putih. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar hingga garing.
- Masukkan kicap dan gula perang, garam dan perasa. Ambil sekeping kulit popia dan sapukan dengan sedikit sambal.
- Letak satu sudu makan inti dan taburan bawang goreng lipat macam biasa dan gulung sedia untuk dimakan.
POPIA GORENG BERSIRA PEDAS
BAHAN-BAHAN:
Kulit Popia:
- 2 sudu makan bijan | disangai
- ½ biji sengkuang | diparut halus
- 1 batang lobak merah | diparut halus
- Sedikit kobis | dihiris halus
- 2 sudu makan udang kering | dikisar kasar
- 2 sudu makan taucu | dikisar kasar
- Sedikit tauge | dibuang ekor
- 2 sudu makan udang kering
- 1 sudu makan sos tiram
- Garam dan gula secukup rasa
Bahan Sambal:
- 2 sudu makan cili kisar
- 1 sudu makan bawang merah kisar
- 1 sudu teh bawang putih kisar
- 2 sudu besar sos cili
- Sedikit air asam jawa
- Gula atau gula putih
CARA MEMASAK:
- Untuk menyediakan inti, tumis bawang besar, masukkan sos tiram. tumis hingga naik bau.
- Masukkan udang kering. kacau rata. masukkan bahan sayuran, kemudian perasakan dengan garam dan gula.
- Tutup api dan sejukkan.
- Isi ke dalam kulit popia, lipat tepi, kemudian gulung dengan kemas.
- Panaskan minyak, dan goreng hingga kekuningan.
- Untuk sambal sira, panaskan minyak, tumis bahan-bahan tadi hingga pekat.
- Akhir sekali masukkan popia sudah digoreng tadi. Kacau rata.
- Tutup api dan taburkan bijan.
- Siap untuk dihidangkan.
PULUT SERUNDING KELAPA
BAHAN PULUT:
- 250 gm
- 150ml santan pekat
- 150ml air
- 1 sudu teh garam
BAHAN SERUNDING:
- 200gm kelapa parut | putih sahaja
- 2 sudu makan pes cili kering
- 2 ulas bawang merah | dikisar
- 1 ulas bawang putih | dikisar
- 1-2 sudu makan udang kering | dikisar
- 1 batang serai | dikisar
- Garam gula dan perasa secukupnya
- Sedikit minyak masak
CARA MEMASAK:
- Basuh pulut, kemudian dan kukus hingga masak.
- Sementara itu, campurkan kelapa inti dengan semua bahan yang telah dikisar serta pes cili kering.
- Seterusnya masukkan garam dan gula. Gaul rata sehingga secukup rasa.
- Panaskan sedikit minyak, goreng bahan inti sehingga menjadi serunding. Jangan terlalu garing.
- Bila pulut sudah sejuk, kepal-kepalkan dan bentukkan ikut citarasa.
- Kemudian gaulkan dalam serunding.
- Sedia dihidangkan.
Jika anda mencari PENGUKUS, boleh klik DISINI.
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Rindunya Nak Makan Dodol, Jom Buat Sendiri Dodol Cair Untuk Pelepas Rindu
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official: