4. Apabila sudah siap, tuang adunan kentang ke dalam loyang. Rata-ratakan supaya sekata semuanya. Ketepikan.
Ads
5. Panaskan minyak. Masukkan daging cincang ke dalam kuali dan goreng sehingga masak.
6. Apabila sudah goreng, angkat dan toskan. Kemudian, taburkan daging ke atas kentang di dalam loyang tadi dengan sekata ye. Biar daging menutupi kentang. Ketepikan.
7. Sementara itu, panaskan air di dalam kuali. Masukkan serbuk cheese. Kuantiti serbuk cheese bergantung kepada kepekatan macam mana yang anda inginkan. Terpulang atas selera masing-masing.
8. Gaul-gaulkan sehingga ia menjadi pekat. Apabila sudah masak semuanya, tutup api. Tuang cheese ke atas daging cincang. Biar semuanya sekata.
9. Kalau suka, boleh taburkan mozzarella cheese.Bakar di dalam ketuhar dengan suhu 150C selama 30 minit atau hingga masak. Ikut kepada keadaan ketuhar masing-masing. Siap untuk dihidang.
Hidangan Thai sememangnya menjadi kegemaran ramai. Biarpun hanya hidangan ringkas, namun aroma dan rasa memang menyelerakan. Phad Kra Pao ini dihidangkan bersama nasi serta telur mata. Hidangan ini jadi tambah sedap dengan adanya daun selasih. Penggunaan bahan masakan seperti lada Thai, sos ikan dan sos soya menambahkan rasa pedas serta pekat daging digoreng.
Phad Kra Pao Daging
Bahan-bahan:
150gm daging cincang
6 tangkai lada Thai
10 hingga 20 helai daun selasih Thai
50gm bawang putih
2 sudu teh sos tiram
1 sudu besar sos ikan
2 sudu besar sos soya
2 sudu teh gula
Sedikit serbuk perasa
1 biji telur – digoreng
Cara memasak:
1. Panaskan kuali dengan 2 sudu minyak masak.
2. Tumis bawang putih dan cili api selama 20 saat sehingga naik bau.
3. Masukkan daging cincang dan kacau hingga masak selama dua hingga tiga minit.
4. Masukkan sos tiram, sos ikan, soya sos, gula dan perasa. Kacau sehingga sebati.
4. Akhir sekali masukkan daun selasih Thai. Kacau rata.
5. Daging kra pao sudah boleh dihidangkan dengan telur mata goreng dan nasi putih.
ANDA SEDANG MENCARI PERALATAN DAPUR YANG MEMUDAHKAN KERJA RUMAH, JOM LAYARINYA DI SINI.
Resipi sotong sumbat kuah percik ini bukan saja sedap tapi kaya rasa. Hidangan sotong memang kita tahu enak disumbat pula dengan isi ayam dan rencah kemudian disiram dengan kuah percik. Memang bertambah-tambah lazatnya.
Lauk ini sesuai sangat dijadi hidangan istimewa di hari gaji atau ketika meraikan sesuatu.
Resipi sotong sumbat kuah percik
Bahan-bahan sotong sumbat
2 ekor sotong saiz besar (basuh dan toskan)
3 biji telur
Isi dada ayam dicincang (lebih banyak, lebih sedap!)
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 biji bawang merah, dimayang
Sedikit lobak merah, cincang halus
Serbuk perasa secukupnya
Sedikit garam
Bahan-bahan kuah percik
5 ulas bawang putih
10 biji bawang merah
1/2 inci halia
3 batang serai
Cili kisar secukupnya
Sedikit serbuk kunyit
1 ketul gula kabung
Sedikit garam
Santan kotak secukupnya
Jintan manis secukupnya
Cara membuat
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga harum.
2. Masukkan isi ayam cincang, lobak merah, bahan perasa, dan garam. Gaul hingga rata dan biarkan isi ayam masak sempurna.
3.Pukul telur dan tuangkan ke dalam bahan tumisan tadi. Masak hingga menjadi telur dadar dan kemudian hancurkan telur tersebut.
4. Biarkan bahan sumbat ini sejuk, kemudian sumbatkan campuran tadi ke dalam sotong. Pastikan kepala sotong turut dimasukkan, dan cucuk sotong dengan lidi untuk menahan isinya.
Cara membuat kuah percik
Kisar bawang merah, bawang putih, halia, jintan manis, dan serai hingga halus.
Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan yang diblend tadi sehingga naik bau. Masukkan cili kisar dan kacau.
Tambahkan serbuk kunyit, gula kabung, dan garam. Kacau rata dan biarkan bahan-bahan ini masak hingga naik minyak.
Masukkan santan dan kacau hingga santan pecah minyak. Sesuaikan rasa dengan menambah gula jika perlu.
Cara penyediaan potong
Bakar sotong yang sudah disumbat dalam frying pan atau pemanggang ajaib. Air sotong akan keluar Waktu ini, terbalikkan sotong beberapa kali sehingga air sotong hampir kering.
Kelar sotong dan sapukan kuah percik di atasnya. Masak hingga kuah pecah minyak dan sotong masak sepenuhnya.
Tip: Hidangkan sotong sumbat percik dengan nasi panas atau sayur-sayuran segar untuk hidangan yang lebih lengkap.
Kek Milo Kukus 3 Bahan ni antara kek viral yang menjadi kegilaan ramai. Namun ada kisah disebalik popularitinya. Bila dicuba, ada yang menjadi, ada yang tidak. Ada yang kata hasilnya gebu dan lembut, namun ada yang kata, kek yang dimasak menjadi bantat! Kenapa ya?
Menerusi perkongsian saudari Noriza Awang Hamat, beliau telah berkongsi resipi Kek Milo 3 Bahan yang dicuba dan juga petua untuk mendapatkan hasil kek yang lembut dan gebu tanpa menggunakan tepung kek. Jom tengok cara-cara penghasilannya.