Tak tahu nak masak menu apa untuk keluarga? Boleh cuba resipi Telur & Tauhu Masak Kicap Cili Padiperkongsian saudari Nurul Ateekah yang sangat mudah ini. Hanya menggunakan bahan-bahan yang ringkas sahaja. Memang puas hati. Sesuai dinikmati bersama nasi putih hangat. Jomlah cuba. Anda pasti sukakan rasanya.
CARA MASAK TELUR DAN TAUHU MASAK KICAP CILI HIJAU
BAHAN-BAHAN: 8 biji telur – direbus & dibuang kulit 1 ketul tauhu – dipotong 6 1 biji tomato – dipotong 2 sudu besar ikan bilis – dibersihkan – beli online disini 7 biji cili padi merah 7 biji cili padi hijau 1 sudu kecil perencah sup – beli online disini 2 sudu besar Sos Tiram – beli online disini 5-6 sudu besar kicap manis – beli online disini 1 sudu besar gula 1 sudu kecil serbuk perasa ½ sudu kecil serbuk kunyit – beli online disini
BAHAN KISAR: 7 batang cili hijau 2 biji bawang besar 4 ulas bawang putih
Ads
CARA MEMASAK: 1.Panaskan minyak untuk menggoreng telur. Bila minyak betul-betul panas, masukkan telur. Masak selama 1-2 minit atau hingga permukaan telur diluar sedikit garing. Angkat dan ketepikan. 2. Gorengkan tauhu sehingga sedikit garing. Angkat dan ketepikan. 3. Seterusnya goreng ikan bilis sehingga rangup. Angkat dan ketepikan juga. 4. Dengan menggunakan minyak yang sama, tumiskan bahan yang dikisar sehingga kering.
5. Masukkan cili padi hijau, cili padi merah dan tomato.
6. Kemudian masukkan pula sos tiram, kicap manis, serbuk sup, serbuk perasa, serbuk kunyit dan gula. Gaul rata.
7. Akhir sekali, masukkan telur, tauhu dan ikan bilis yang telah digoreng tadi. Masak seketika dan padamkan api.
8. Angkat dan siap dihidang.
INFO: Tujuan telur perlu digoreng terlebih dahulu adalah untuk membuatkan sambal cantik bersalut pada permukaan telur dan sambal telur pun susah nak basi.
Menu pencuci mulut berasaskan santan kali ni memang gerenti sedap. Dahlah ringkas bahannya, mudah pula membuatnya.Esok hujung minggu beli santan lebih sedikit. Boleh buat 5 ‘dessert’ Melayu tradisional yang menceriakan hari minggu anda sekeluarga. Jom ‘try’ ya…
1. ASAM GUMPAL
BAHAN-BAHAN :
200 gm sagu biji
100 gm kacang hijau
Garam dan gula nisan secukupnya *Gula nisan dibuat dari mayang kelapa dan dijual dalam pembalut berwarna warni
Bahan kuah :
2 cawan santan
2.5 sm halia /dimayang halus
Satu sudu teh halba
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK : 1. Kacang hijau seeloknya direndam dahulu, baru direbus sampai empuk. 2. Masukkan garam dan gula nisan secukup rasa. 3. Masak sampai kering dan kemudian bulatkan kecil-kecil 4. Sagu biji yang ditoskan tadi, siramkan air panas. Jangan banyak sangat nanti lembik sagunya. 5. Gunakan plastik, ambil sagu itu kemudian kepalkan. 6. Selepas itu leperkan sedikan dan isi dengan inti kacang tadi. 7. Kepalkan dan bulatkan balik, jika tidak menggunakan plastik sagu akan melekat di tangan. 8. Susun dalam loyang dan kukus dalam 15 hingga 20 minit atau sehingga sagu masak.
Cara buah kuah : 1. Campurkan kesemua bahan ke dalam periuk,nyalakan api dan kacau jangan biar santan berketul. 2. Kemudian bila sudah mendidih masukkan sagu yang dikukus tadi 3. Boleh dimakan panas-panas atau sejuk
INFO CHEF : Inti asam gumpal biar dibuat manis sedikit baru lebih sedap.
Saiz hidangan : 20 biji Masa memasak : 30 minit Cara memasak : Kukus Jenis masakan : Kuih-muih Keistimewaan : Pencuci mulut lazat dimakan semasa kuih inisejuk atau panas.
2. BUBUR KACANG HIJAU DURIAN
BAHAN-BAHAN:
2 cawan kacang hijau/ rendam dahulu sejam
Air secukupnya untuk merebus kacang hijau
2 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
1 ketul gula Melaka
½ cawan gula pasir
1 sudu makan minyak masak
2 helai daun pandan /belah dan simpul
1 sudu teh garam
Isi durian secukupnya
CARA MEMASAK : 1. Rebus kacang hijau bersama air, garam dan masukkan 1 sudu makan minyak masak (untuk cepat empuk). 2. Bila kacang telah empuk dan kembang, masukkan gula pasir 3. Masukkan gula Melaka yang diracik, kacau hingga gula larut dan sebati. 4. Masukkan isi durian, masukkan pula santan cair ke dalam periuk bersama daun pandan. 5. Masukkan santan pekat dan gaul sebati. Biarkan mendidih sebentar dan tutup api. 6. Setelah siap bolehlah dihidangkan
Saiz hidangan : 10 orang Masa memasak : 15 minit Cara memasak : Didih Jenis masakan : Pencuci mulut Keistimewaan : Bubur kacang hijau jadi makanan lepas buka istimewa terutamanya waktu moreh
INFO CHEF : Tambahan durian mengenakkan bubur kacang hijau. Mudah dan ringkas disediakan.
3. AGAR-AGAR SANTAN
BAHAN-BAHAN ;
10-12 gram agar-agar
1 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
1 biji telur
3 1/2 cawan air
1 1/4 cawan gula (kurangkan sedikit jika tak suka manis)
1/2 sudu kecil garam
2-3 helai daun pandan
CARA MEMASAK: 1. Basuh agar-agar dan masukkan ke dalam periuk bersama air. Jika gunakan agar-agar serbuk, terus tuangkan sahaja. 2. Masak sehingga mendidih dan agar-agar larut. Masukkan gula, daun pandan, perasa pandan, garam dan santan cair. Masak sehingga sebati. 3. Pukul sedikit telur bersama santan. Tapiskan supaya tiada ketulan apabila masak nanti. 4. Tuang bancuhan santan dan telur ke dalam agar-agar dan kacau sehingga mendidih selama beberapa minit. 5. Tuang ke dalam acuan kecil dan sejukkan.
Saiz hidangan : 6 orang Masa memasak : 10 minit Cara memasak : Didih dan didinginkan dalam peti sejuk Jenis masakan : Pencuci mulut Keistimewaan : Rasa santan berlemak dan daun pandan beraroma wangi
INFO CHEF : Sedap dimakan sejuk. Jika mahukan warna, boleh sahaja meletakkkan pewarna hijau atau gunakan gula Melaka untuk warna perang untuk agar-agar santan gula Melaka
4. PENGAT DELIMA DENGAN BUAH-BUAHAN SUNNAH
BAHAN-BAHAN:
1 biji delima /diambil isinya
1 biji santan kelapa
15 biji kurma /dibuang biji
10 biji buah tin kering /dipotong
20 biji gajus goreng @ bakar
2 helai daun pandan/ disimpul dan diikat
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
1. Ambil periuk dan masak buah-buahan bersama santan, gula, daun pandan dan tambahkan garam dan gula secukup rasa. 2. Masak dengan api yang sederhana. 3. Apabila mendidih tutup api dan pengat sedia dihidangkan.
Saiz hidangan : 6 orang Masa memasak : 15 minit Cara memasak : Reneh. Jenis masakan : Pencuci mulut Keistimewaan : Ramuan makanan sunnah yang manis berlemak
INFO CHEF : Bahan ramuan buah delima, kurma, buah tin adalah amalan pemakanan sunnah yang lazat lagi menyihatkan. Inspirasi menu hebat yang direka chef hotel The Pearl.
5. PUDING SAGU GULA MELAKA
BAHAN-BAHAN :
1 cawan sagu /dibilas air dan tos
3 cawan air
Sedikit garam
Bahan gula Melaka:
250 gm gula Melaka/ketulan besar (diracik halus)
1 cawan air
1 helai daun pandan /disimpul
1 tin susu cair
Secubit garam (jika suka)
CARA MEMASAK : Cara masak sagu : 1. Masak dalam api perlahan dan sentiasa kacau hingga sagu kembang. 2. Toskan dan bilas untuk buang kanji dan kemudian sejukkan. Cara masak gula Melaka : 1. Masak semua bahan dalam api perlahan sehingga gula melaka cair . 2. Reneh hingga pekat, sejukkan. Cara penyediaan : 1. Sudukan sedikit sagu dalam mangkuk atau gelas. 2. Tuangkan susu perlahan-lahan 3. Tuangkan sedikit sirap gula Melaka sedikit atau ikut kemanisan yang anda suka.
Saiz hidangan : 4 mangkuk kecil Masa memasak : 15 minit Cara memasak : Reneh Jenis masakan : Pencuci mulut Keistimewaan : Sedap dimakan dingin, lemak manis.
INFO CHEF : Boleh gunakan santan gantikan susu. Masakkan santan sekejap dengan daun pandan dan sedikit garam.
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memberikan banyak ruang untuk bersama keluarga. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan yang tentunya saat ini sangat ‘perfect’ untuk melakar kenangan manis bersama.
Salah satu aktiviti menarik yang boleh dilakukan tentunya memasak sajian istimewa untuk keluarga. Macam-macam menu boleh cuba masa PKP ni. Masa ni juga lah nak tunjuk ‘skill’ masak.
Menerusi hantaran di laman Instagram, Puan Sri Nisa Bakri telah berkongsi telatah suaminya Tan Sri Bakri Zinin menyediakan sajian Ikan Liking.
Nampak bersahaja sahaja aksi Tan Sri bila di dapur. Tidak kekok langsung. Malah setiap pertanyaan dari sang isteri dan anak, dijawab dengan tenang. Wah…memang pandai masak juga ni. Ingatkan Puan Sri sahaja handal di dapur.
Menurut pasangan VVIP yang sangat ‘sporting’ ini, menu Ikan Liking ini sangat mudah, senang disediakan dan berasal dari Brunei. Hanya menggunakan Ikan Kembung segar dan beberapa ramuan ringkas yang lain, anda boleh hasilkan Ikan Liking di rumah. Namun resipi yang ditunjuk oleh Tan Sri ini adalah versi tidak jemur kerana tiada matahari.
Bagi anda yang tak tahu apa itu Ikan Liking, menerusi carian di laman sesawang, Ikan Liking merupakan ikan yang dimasinkan dengan bumbu asam pedas. Ia perlu diperap semalaman dan kemudian dijemur di bawah matahari seharian. Untuk menikmatinya pula, ikan ini perlu digoreng dan hidangkan panas-panas. Wah…sedapnya!
Nak terbang ke Brunei rasanya belum boleh kan? Jadi apa kata kita cuba resipi yang dikongsi oleh Tan Sri dan Puan Sri ni. Sesekali ubah menu masak, pasti lebih berselera. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI IKAN LIKING CARA BRUNEI
BAHAN-BAHAN:
Ikan kembung segar – dibersihkan dan dibelah dua
BAHAN TUMBUK @ KISAR:
Cili padi
Halia
Bawang putih
Asam jawa
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan ikan dan belah dua. Ketepikan.
2. Satukan bahan tumbuk dan tumbuk lumat. Boleh juga dikisar. Jumlahnya bergantung pada jumlah ikan yang anda guna.
3. Ambil ikan dan lumurkan bahan tumbuk tadi di bahagian perutnya. Lakukan hingga habis. Lumurkan juga pes di bahagian badan ikan.
4. Perap ikan di dalam peti sejukbeku beberapa ketika supaya isi ikan meresap rasa bahan perapan. Untuk menikmatinya, hanya perlu goreng seperti biasa.
Andai berkunjung ke restoran Thai, sajian Ayam Pandan ni memang antara menu popular yang biasa dipesan. Sebenarnya, menu ni sangat mudah disediakan secara homemade. Bahan-bahan tak banyak malah cara memasaknya pun sangatlah mudah. Bila goreng, harum wangi semerbak. Jom cuba resipi perkongsian saudari Rosni Musa ni. Selamat mencuba!
(jumlah bahan bergantung pada ayam yang digunakan. Agak-agak sahaja)
CARA MEMASAK:
1. Satukan bahan-bahan tumbuk dan lumatkan guna lesung batu.
2. Masukkan semua bahan tumbuk dan bahan-bahan lain (kecuali daun pandan, lidi & minyak masak) ke dalam bekas berisi ayam. Gaul rata dan perap selama 1/2 jam.
3. Ambil daun pandan dan balut perapan tadi. Cucuk dengan lidi untuk mengemaskan balutan.
4. Panaskan minyak masak dan goreng ayam menggunakan api sederhana perlahan hingga masak.
5. Angkat, toskan ayam dan sedia untuk dinikmati.
6. Menu enak ini sedia dimakan bersama sos cili atau mengikut cita rasa masing-masing.