Puding merupakan antara pencuci mulut kegemaran ramai. Enak dinikmati sejuk-sejuk. Puding Red Velvet Oreo ini antara yang menjadi perhatian dan mengundang selera.
Untuk menghasilkan puding yang menarik dan sedap ini, boleh ikuti perkongsian resipi daripada Niza Zaini. Pasti ramai yang memuji dan menyukainya. Selepas ini, bolehlah buat menu wajib jika membuat majlis keraian dan sebagainya. Mana tahu, boleh jadi ada pula yang ingin menempah. Jom kita cuba buat.
Teringin nak makan Cheesy Meatball malam ni? Ni ada resipi paling mudah perkongsian saudari Ain Aziz. Istimewa resipi ni tak payah masak guna ketuhar pun. Guna kuali je puan-puan. Anak-anak pasti suka sebab tak pedas. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA MASA CHEESY MEATBALL HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
Bebola daging sejukbeku – sebarang jenama
1 biji bawang besar – cincang
6 ulas bawang putih – cincang
1/2 botol sos pasta
Cendawan butang – hiris
3 keping keju cheddar
Parutan keju Mozarella secukupnya
Parsley kering secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang besar serta bawang putih hingga kekuningan. 2. Masukkan bebiola daging. Kacau lagi hingga sebati. 3. Tuangkan sos pasta dan hirisan cendawan butang. Gaul rata. 4. Tambahkan keju cheddar dan mozarella. Biar hingga keju cair. 5. Tabur parsley. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Nak makan pisang goreng homemade? Ini cara bancuh tepung beras yang mudah dan dijamin menjadi. Petang-petang begini, memang sedap kalau makan pisang goreng atau cempedak goreng. Tepung salut rangup ditambah pula dengan pisang dan cempedak yang manis. Hmm…memang terbaik! Nak try? Guna tepung beras dan beberapa bahan mudah je. Boleh cuba resipi perkongsian saudari Suriati Abd Aziz ni. Memang terbaik!
CARA BANCUH TEPUNG UNTUK MASAK PISANG, CEMPEDAK GORENG & IKAN CELUP TEPUNG
BAHAN-BAHAN:
1 bungkus tepung beras cap gajah
5 sudu makan tepung ubi
2 biji telur – dipukul
2 sudu teh serbuk kunyit
3 sudu teh garam
2 sudu makan gula
Sedikit air kapur
Air secukupnya
CARA PENYEDIAAN:
1. Satukan semua bahan diatas dan tuang air sedikit demi sedikit sambal dibancuh.
2. Pastikan adunan tidak terlalu cair. Adunan terbaik adalah yang mempunyai tekstur sedikit pekat supaya pisang / cempedak mudah disalut tepung.
3. Panaskan minyak dengan banyak dan goreng hingga garing dan kekuningan.
Cucur atau juga dipanggil jemput-jemput adalah antara hidangan paling best untuk sarapan atau minum petang. Apatah lagi kalau dimakan dengan sambal kicap yang menjadi kelaziman orang sebelah selatan. Cucur turut dimakan dengan sos cili atau sos tomato. Ikut selera masing-masing.
RASA kongsikan resipi cucur ikan bilis yang senang nak dibuat. Rasanya juga sedap dan menyelerakan. Jom cuba.
CUCUR IKAN BILIS
.
BAHAN-BAHAN
• 3 cawan tepung gandum
• 1 labu bawang besar (dadu)
• Segenggam ikan bilis (boleh kisar atau tumbuk halus jika suka)
• 1 batang lobak merah (saiz sederhana)
• Kucai atau daun sup
• Garam secukup rasa
• 3 cawan air panas mendidih secukupnya (bukan suam-suam kuku tetapi yang baru mendidih)
• Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMBUAT
1. Gunakan sudu, gaulkan tepung gandum bersama bawang besar, ikan bilis, lobak merah serta daun kucai atau sup dan garam.
2. Apabila tepung dan bahan-bahan lain sudah digaul rata, tolakkan sedikit tepung ke tepi bekas. Buatkan sedikit ruang kosong untuk menggaul tepung. Lebih elok kalau bancuh gunakan bekas atau besen besar.
3. Tuangkan air panas sedikit demi sedikit. Apabila tepung masak dan pekat tolak ketepi dan gaul lagi bahagian tepung yang belum digaulkan. Buat bahagian demi bahagian, sedikit demi sedikit.
4. Apabila semua tepung sudah digaulkan dengan air panas, keadaan tepung akan menjadi seperti doh.
5. Setelah doh agak sejuk sedikit, basahkan tapak tangan dengan air bersih dan boleh bulat-bulatkan doh.
6. Tunggu tepung sejuk sikit baru goreng dalam minyak masak yang panas.
TIP
– Boleh tambah udang atau apa-apa yang korang suka.
– Basahkan tapak tangan untuk bulat-bulatkan doh tu, tujuannya nak memudahkan korang. Kalau tangan basah, bentuk doh tu lebih cantik.
– 3 cawan tepung gandum boleh makan seisi keluarga.
Kadang-kadang bila badan penat, mood nak masak tu ada, tapi malas sangat nak keluar beli barang. Jangan risau, dapur kita sebenarnya penuh dengan bahan ‘tersembunyi’ yang boleh jadi menu sedap.