20 Seleksi Kuih-Muih Sempena Ulang Tahun RASA Ke-20

Buat mak-mak di rumah, pastinya kadang-kadang buntu untuk hidangkan kuih apa untuk suami dan anak-anak.

Sempena ulang tahun RASA ke-20 tahun, kami kumpulkan 20 seleksi menu kuih-muih sama ada bakar, goreng ataupun kukus. Selamat mencuba!

POPIA VIETNAM

20 Seleksi Kuih-Muih Sempena Ulang Tahun RASA Ke-20

BAHAN-BAHAN:

1 paket kulit popia Vietnam
200gm isi udang yang dibuang kepala dan kulit | dicelur
100 hirisan isi dada ayam | rebus dan tos
100gm bihun | celur
Daun pudina secukupnya
Daun salad secukupnya | potong kecil
Garam secukupnya
Daun selasih secukupnya
Tauge secukupnya
Air secukupnya

BAHAN SOS:

2 ulas bawang putih | cincang halus
3 sudu makan jus lemon
3 sudu makan air panas
5 biji cili padi merah & hijau | hiris halus
1 sudu makan gula
2 sudu makan sos ikan

CARA-CARA:

1. Siapkan semua bahan isian dulang kemudian ketepikan.
2. Sementara itu rendam kulit popia dalam air panas seketika,angkat dan toskan airnya.
3. Kemudian letakkan kulit popia yang telah direndam di atas pinggan leper. Segera isikan isiannya ikut kreativiti.
4. Kemudian lipatkan kiri dan kanan kulit popia.
5. Seterusnya gulung hingga ke hujung seperti buat popia biasa.
6. Masukkan dalam bekas dan ketepikan.
7. Untuk menyediakan sos, campurkan semua bahan kacau rata. Setelah siap hidangkan bersama popia yang telah siap tadi.

APAM BERAS COKLAT

20 Seleksi Kuih-Muih Sempena Ulang Tahun RASA Ke-20

BAHAN-BAHAN:

1 cawan nasi sejuk
1 1/4 cawan air
1 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula pasir
1 cawan tepung beras
1 sudu teh yis segera
Kelapa parut putih + secubit garam – gaul rata

CARA-CARA:

1.Satukan tepung gandum, tepung beras dan instant yeast. Kacau rata dan ketepikan.
2.Kisar nasi sejuk bersama air dan gula pasir hingga halus. Kemudian tuang dalam bekas berisi tepung tadi. Kacau rata dengan whisk hingga rata dan licin. Perap 3 jam.
3.Panaskan kukusan, lapik acuan apam dengan parchment paper bercorak. Kacau bancuhan apam dan kacau rata.
4.Masukkan ke dalam acuan hingga hampir penuh dan tabur chocolate rice.
5.Kukus dengan api kuat selama 15 minit, balut tutup kukus anda dengan tuala dapur yang bersih. Bila masak, keluarkan apam dari acuan dan boleh hidangkan bersama kelapa parut.

TALAM PULUT SEKAYA

20 Seleksi Kuih-Muih Sempena Ulang Tahun RASA Ke-20

BAHAN LAPISAN BAWAH:

500gm beras pulut
300ml santan pekat
300ml air
Sedikit minyak masak

BAHAN LAPISAN ATAS:

5 biji telur ayam
4 biji telur itik
4 keping gula melaka (saiz sederhana)
1 helai daun pandan
3 kuntum bunga cengkih (jika suka)
Secubit garam halus

CARA-CARA:

1.Rendam pulut sekurang kurangnya empat jam. Basuh bersih dan toskan.
2.Campurkan pulut bersama santan air dan garam, kemudian kukus hingga masak.
3.Lapikkan loyang dengan plastik yang disapu dengan sedikit minyak.
4.Tuangkan pulut ke dalamnya. *Tekan-tekan supaya pulut mampat dan kemas.
5.Taburkan sedikit tepung gandung di atasnya. Ketepikan.
6.Satukan telur dan bunga cengkih, lalu dipukul sedikit.
7.Masak gula melaka dengan sedikit air dan daun pandan sehingga gula larut.
8.Tuangkan ke dalam adunan telur, gaul rata dan masukkan sedikit garam.
9.Seterusnya, tuangkan bancuhan ini di dalam loyang berisi pulut sebagai lapisan atas.
10.Kemudian kukus semula lebih kurang 30 minit dengan api sederhana.
11.Angkat dari pengukus dan sejukkan sebelum dipotong.

PUTU PERAK

20 Seleksi Kuih-Muih Sempena Ulang Tahun RASA Ke-20

BAHAN-BAHAN:

4 cawan tepung beras
1 cawan tepung pulut
1 cawan air
1 cawan gula halus atau gula kastor
Kain kasa atau kain kapas lembap sebagai alas acuan masa mengukus

BAHAN INTI:

Gula melaka atau gula kabung secukupnya | diracik

CARA-CARA:

1.Campurkan tepung beras dan tepung pulut.
2.Gaul rata. Tuang air dan ramas hingga nampak berketul.
3.Kisar kering hingga halus dan ayak.
4.Campurkan gula kedalam tepung yang diayak tadi.
5.Gaul hingga sebati, sementara itu panas air kukusan hingga mendidih
6.Masukkan sedikit adunan ke dalam acuan biar separuh sahaja.
7.Masukkan inti gula kabung/Melaka, kemudian tambah adunan di atasnya.
8.Alas kain lembap pada acuan dan kukus hingga masak.

KUIH BOM INTI KELAPA

20 Seleksi Kuih-Muih Sempena Ulang Tahun RASA Ke-20

BAHAN:

2 cawan tepung pulut
2 sudu makan tepung gandum
1 cawan air
Garam secukupnya
Bijan secukupnya untuk salut

BAHAN INTI KELAPA:

1 cawan gula merah @ gula melaka
2 helai daun pandan | disimpul
1 biji kelapa parut (putih sahaja)
2 sudu makan gula pasir
Sedikit air untuk melarutkan gula

CARA-CARA:

1.Untuk membuat inti, gaulkan kesemua bahan inti dalam kuali dan jerangkan di atas api yang sederhana.
2.Kacau inti hingga melekit dan separa kering. Angkat dan ketepikan
3.Bila sudah sejuk kepal inti bulat-bulat. Ketepikan.
4.Untuk membuat doh, satukan tepung pulut, tepung gandum dan garam.
5.Bancuh dengan air sedikit sedikit hingga menjadi doh yang tidak melekat di tangan.
6.Jika terlembik, tambahkan sedikit lagi tepung beras pulut.
7.Sapukan sedikit minyak pada tapak tangan. Ambil adunan leperkan dan masukkan inti kelapa yang telah dikepal bulat-bulat tadi.
8.Golekkan di atas bijan. Kemudian goreng dalam minyak panas hingga kekuningan.
9.Angkat dan toskan.

 

KETAYAP FLAWLESS

20 Seleksi Kuih-Muih Sempena Ulang Tahun RASA Ke-20

BAHAN INTI:

1 biji kelapa parut
2 helai daun pandan [simpul]
1 kiub gula kabung
1/2 cawan gula merah
Gula pasir (agak-agak manis kita nak)
1/2 cawan air (anggaran je, kurangkan sikit pun boleh)

CARA-CARA:

1.Dalam kuali, letak air. Masukkan gula kabung dan daun pandan. Masak hingga gula kabung tadi cair.
2.Masukkan pula gula merah dan gula pasir. Sudah sebati dan mendidih, terus masukkan kelapa parut.
3. Kacau hingga kelapa tadi semua sekata, biarkan masak sebentar dan tak kelihatan air lagi tutup api, siap.

*gula kabung tu optional jer. Kalau tak ada, boleh saja guna gula merah sepenuhnya.

BAHAN BATTER (adunan ketayap):

5 helai daun pandan
2 cawan air (saya lebihkan dalam suku cawan lagi. Tak nak lebih pun takpe, guna je sukatan 2 cawan tu)
*kisar kemudian tapis ambil air pandan
2 cawan tepung gandum
1 biji telur
2 sudu makan minyak masak
Secubit garam halus

CARA-CARA:
1. Dalam bekas, ayak tepung + garam halus + telur, kacau. Masukkan air pandan sedikit demi sedikit hingga habis.
2. Masukkan minyak masak, kacau.
3. Ambil pengisar. Tuang semua adunan dan kisar hingga halus, tapiskan.
4. Panaskan kuali non-stick. Ambil batter lerengkan. Dadarkan hingga masak, angkat dan letak inti kelapa. Gulung kemas.

Kredit resipi: ALeen Aireish

 

BURGER MALAYSIA

20 Seleksi Kuih-Muih Sempena Ulang Tahun RASA Ke-20

(resipi ini menghasilkan 50 biji burger Malaysia)

BAHAN DOH :

1kg tepung roti / high protein flour
150gm gula pasir halus
40gm susu tepung
1 paket mauripan (11gm)
5gm bread improver
1/2 sudu kecil garam halus
1 biji telur
550gm air sejuk dari peti ais
100gm marjerin

BAHAN SAMBAL :
2 labu bawang besar **
10 ulas bawang merah **
4 ulas bawang putih **
20-30 tangkai cili kering (rendam dengan air panas)
1/2 genggam ikan bilis halus **
1 ketul gula melaka (200gm)
1 sudu besar air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menumis

IKLAN

BAHAN SAMPINGAN :
Salad
Timun – jika suka (optional)

CARA-CARA :

Sediakan sambal bilis
1. Kisar bahan bertanda (**) dahulu, kemudian kisar cili kering asing. Semasa mengisar cili kering letak sedikit air dan minyak masak supaya biji cili hancur.
2. Panaskan minyak secukupnya, lebih pun boleh tumis bahan kisar yang bertanda (**) sedikit garing. Kemudian masukkan cili kisar kacau sekata terus masukkan gula merah, gula pasir ikut kemanisan yang diingini masak api perlahan. Apabila cili garing masukkan air sedikit-sedikit hingga sambal kelihatan warna merah gelap dan terbit minyak.
3. Akhir sekali masukkan air asam jawa, garam secukup rasa. Sambal bilis lagi lama dimasak lagi sedap.
*Saya guna BM (Bread Maker)
4. Dahulukan bahan basah, kemudian diikuti bahan kering gaul sekata. Setting doh biarkan BM buat kerja menguli tepung hingga jadi doh elastik.
5. Kemudian terus timbang doh 35gm, bulatkan kemas dan licin. Tutup doh dengan plastik wrap di atasnya, biarkan rehat 30 minit.
6. Panaskan minyak yang banyak, semasa panaskan minyak masukkan 3 sudu besar shorterning biarkan sebentar hingga larut. Tujuannya untuk dapatkan warna burger yang cantik.
7. Semasa menggoreng, balikkan sebelah-sebelah, angkat dan toskan minyak.
8. Apabila sejuk, belah burger jangan putus masukkan sambal bilis dan salad. Sedia dinikmati.

Nota:
*Boleh guna mesin/mixer – Letak bahan kering dahulu mixer kelajuan 1, kemudian masukkan air sejuk dan telur perlahan-lahan guna kelajuan 2, apabila semua sebati masukkan marjerin. Atau nak uli tangan silakan.
*Jika berniaga boleh elak letak timun, timun cepat berair nanti burger tak sedap.
*Jangan khuatir jika sambal banyak minyak, sendukkan aje minyak lebih tu alih ke bekas lain.
*Sudukan sambal sahaja jika nak isi dalam beger, elakkan burger dari berminyak.

Kredit resipi & foto: Julia Aleen Aireish

 

KUIH LAPIS COMEL

20 Seleksi Kuih-Muih Sempena Ulang Tahun RASA Ke-20

BAHAN-BAHAN:

2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula ( ikut tahap manisan yang kita suka )
3 sudu besar tepung ubi
4 cawan santan cair
Secubit garam

CARA-CARA:

1.Campur semua bahan-bahan di atas dan kacau hingga sekata. Selepas itu tapis (ini untuk medapat tekstur yang halus dan tidak berketul)
2.Kemudian bahagi kepada beberapa warna dan perasa yang kita suka
3.Kukus setiap lapisan lebih kurang 5 minit dan lapisan yang terakhir kukus selama 10 minit. Biarkan sejuk baru keluarkan dari acuan. Siap dihidangkan.

*Jangan lupa sapu acuan dengan minyak supaya ia tidak melekat.

Kredit resipi: Zuanizah Ishak

 

CUCUR KEMBUNG VIRAL

20 Seleksi Kuih-Muih Sempena Ulang Tahun RASA Ke-20

BAHAN-BAHAN:

2 cawan tepung gandum
2 cawan air panas mendidih ( masukkan sedikit demi sedikit)
3 sudu makan gula
1/2 sudu teh garam halus

CARA-CARA:

1. Campurkan tepung gandum, gula dan garam dalam mangkuk. Gaul rata.
2. Masukkan air panas dan kacau menggunakan senduk sehingga sebati. Biarkan sejuk.
3. Bila adunan sudah sejuk, cubit adunan dan dan bulatkan. Ulang langkah hingga habis.
4. Panaskan minyak dan goreng cucur sehingga garing. Angkat dan toskan minyak.
5. Sedia untuk dinikmati.

 

PULUT INTI KELAPA MANIS

20 Seleksi Kuih-Muih Sempena Ulang Tahun RASA Ke-20

BAHAN INTI

50gm gula merah
2 sudu makan gula pasir
1 cawan air
Garam secukup rasa
300gm kelapa parut

CARA-CARA:

1.Masukkan gula merah, gula pasir dan air dalam kuali. Masak hingga gula larut.
2. Masukkan garam dan kelapa parut. Gaul sebati, Biarkan agak kering. Tutup api dan ketepikan.

BAHAN PULUT:

100gm beras pulut
100gm air
50gm santan
Garam secukup rasa

CARA-CARA:
Kukus beras pulut dengan air, garam dan santan sehingga masak. Angkat dan ketepikan.

CARA PENYEDIAAN:

1.Ambil sedikit beras pulut. Letak dia atas daun pisang yang telah dilayurkan.
2.Letakkan inti di atas beras pulut. Bungkus elok-elok. Sedia dimakan.

 

KUIH KERIA

20 Seleksi Kuih-Muih Sempena Ulang Tahun RASA Ke-20

BAHAN-BAHAN:

700 gm ubi keledek
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
1/2 cawan air
Sedikit garam

CARA-CARA:

1.Kupas kulit dan potong keledek kecil-kecil. Kemudian rebus hingga empuk, masukkan sedikit garam.
2.Lenyek ubi keledek semasa masih panas dan sejukkan. Masukkan tepung dalam keledek lecek dan uli rata hingga menjadi doh.
3.Taburkan tepung atas papan pencanai dan tapak tangan. Ambil doh sebanyak 30gm dan bentukkan doh menjadi gelang mengikut saiz kegemaran anda. Buat hingga habis.
4.Panaskan minyak dan goreng kuih hingga kuning keemasan. Sejukkan sebentar.
5. Sementara itu, masukkan gula dan air ke dalam kuali. Didihkan menggunakan api yang sederhana.
6.Apabila air gula berbuih pekat, perlahankan api dan masukkan kuih tadi. Gaul rata.
7.Bila gula mula melekat pada kuih, padamkan api dan terus menggaul hingga gula menjadi sira. Hidangkan.

IKLAN

*Tips: Kalau boleh dapatkan keledek yang kuning isinya, kerana ia lebih lembut dan manis.

 

 CEK MEK MOLEK

20 Seleksi Kuih-Muih Sempena Ulang Tahun RASA Ke-20

BAHAN-BAHAN:

1 kg ubi keledek
Tepung gandum
Sedikit gula
Sedikit garam

CARA-CARA:

1.Rebus ubi keledek bersama sedikit garam hingga empuk. Angkat dan toskan, buang kulit dan lenyekkannya panas-panas.
2.Gaulkan ubi yang telah dilenyek bersama tepung gandum. Agak-agak kelembutannya, jangan terlalu banyak tepung.
3.Bentukkan doh bulat seperti bebola. Leperkan dan masukkan gula di tengahnya.
4.Kemudian bentukkan doh dengan bentuk Cek Mek Molek. Panaskan minyak dan goreng kuih dengan api sederhana.

*Tips:Gunakan api sederhana semasa menggoreng untuk mengelakkan kuih pecah.

 

CUCUR BADAK

20 Seleksi Kuih-Muih Sempena Ulang Tahun RASA Ke-20

BAHAN-BAHAN:

250 gram keledek | direbus dan lenyek
3 1/2 sudu makan tepung gandum
1/2 sudu teh garam
Minyak masak untuk menggoreng

BAHAN INTI:

1/2 biji kelapa parut
100gm udang kering | direndam dan dikisar
1 ulas bawang putih | dikisar
3 biji bawang merah | dikisar
7 biji cili merah | dikisar
1cm halia | dikisar
1 batang serai | dikisar
1 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu makan gula
1/2 sudu teh garam
2 sudu makan minyak masak

CARA-CARA:

1. Campurkan semua bahan inti, dan gaul rata. Kemudian goreng tanpa minyak dalam kuali sehingga kuning keemasan. Jangan terlalu garing.
2. Untuk menyediakan doh, gaul rata semua bahan doh kecuali minyak masak
3. Tambah tepung sedikit demi sedikit sekiranya doh lembik dan melekat.
4. Ambil sedikit doh dan bentukkan bulat sebesar bola golf. Isikan inti di tengah tengahnya.
5. Tutup dengan doh dan bentuk bulat leper. Ketepikan.
6. Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali.
7. Goreng cucur badak sehingga kuning keemasan. Angkat dan tos.

*Tips: Jika keledek agak lembik semasa direbus, sejukkan dahulu sebelum dilenyek.

 

KUIH KASWI

20 Seleksi Kuih-Muih Sempena Ulang Tahun RASA Ke-20

BAHAN-BAHAN:

2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
1 cawan gula
1 cawan gula merah
5 cawan air
3/4 sudu teh kapur makan
Kelapa parut putih

 

CARA-CARA:

1.Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk besar kecuali kapur makan. Gaul sampai sebati dan gula larut.
2. Tapiskan adunan ke dalam mangkuk lain.
3.Campurkan kapur makan dengan 3 sudu makan air. Masukkan ke dalam adunan yang telah ditapis tadi. Aduk hingga kapur sebati.
4. Oles acuan dengan minyak masak dan tuangkn adunan ke dalam loyang tadi.

20 Seleksi Kuih-Muih Sempena Ulang Tahun RASA Ke-20
5. Kukus selama 30 minit. Sila pastikan air kukusan mendidih dulu baru dikukus. Balut penutup kukus dengan kain mengelakkn air menitik ke atas kuih.

*Tips: Biar kuis kaswi sejuk baru boleh dipotong dan makan bersama kelapa parut yang sudah digaulkan sedikit garam.

Kredit resipi: Ija Honey

 

POPIA GORENG BERSIRA PEDAS

20 Seleksi Kuih-Muih Sempena Ulang Tahun RASA Ke-20

BAHAN-BAHAN:

50 keping kulit popia
1 sudu besar tepung gandum (bancuh guna air 4-5 sudu besar untuk jadikan pelekat)

BAHAN INTI:

1/2 biji kobis | hiris nipis
3 batang lobak merah | disagat
4 biji tauhu | goreng dan potong dadu
1 biji bawang besar | potong dadu
Segenggam udang geragau | basuh dan toskan
Sedikit isi ayam ( jika suka )
Sedikit garam

CARA-CARA:

1.Panaskan 1/2 senduk minyak. Tumiskan bawang dan udang geragau.
2.Masukkan isi ayam dan bila isi ayam sudah empuk masukkan pula semua sayuran. Selepas itu masukkan tauhu dan sedikit garam. Kacau hingga agak layu.

20 Seleksi Kuih-Muih Sempena Ulang Tahun RASA Ke-20
3.Tutup api dan toskan untuk buang air dalam sayuran. Biarkan sejuk seketika.
4.Ambil sekeping kulit popia dan masukkan inti. Gulung dan sapu bancuhan tepung gandum pada hujung gulungan. Buat hingga siap.

IKLAN

20 Seleksi Kuih-Muih Sempena Ulang Tahun RASA Ke-20
5. Goreng gunakan api sederhana hingga betul-betul garing. Toskan dan angkat.

BAHAN SIRA:

25 tangkai cili kering
3 ulas bawang putih
1 cawan air
*Kisar bahan di atas hingga betul-betul halus
2-3 sudu besar sos cili
2 senduk gula pasir
1 1/2 senduk minyak masak

CARA MENYEDIAKAN

1.Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga betul-betul masak.
2.Masukkan gula dan sos cili. Masak guna api sederhana perlahan hingga likat dan agak pekat
3.Bila sudah nampak berbuih-buih. Masukkan popia dan kacau hingga rata.
4.Pastikan sambal menyaluti semua popia. Terus tutup api dan letak dalam talam.
5.Pastikan popia tidak bertindih atau bertindan supaya popia tetap ranggup. Sejukkan di bawah atau di depan kipas.

*Untuk kekalkan keranggupan, boleh juga tabur sedikit bawang goreng pada popia yang sudah siap disira. Ataupun letakkan bijan yang sudah disangai.
*Sos popia juga boleh disimpan dalam bekas bertutup jika tidak disira. Goreng popia hingga garing, toskan dan sapukan sahaja sos pada popia dan taburkan bawang goreng.

Kredit resipi: Mariana Zainal

 

APAM AISKRIM CORNETTO

20 Seleksi Kuih-Muih Sempena Ulang Tahun RASA Ke-20

BAHAN-BAHAN:

190gm tepung gandum | diayak
2 biji telur
60gm gula
90ml aiskrim soda
1/2 sudu teh ovalette
1 sudu teh esen vanila
Pewarna kegemaran
Kon kertas secukupnya
100gm coklat masakan | dicairkan
Badam panggang cincang | hiasan

CARA-CARA:

1.Pukul gula dan telur sehingga gebu dan ringan. Masukkan tepung dan kaup balikkan sehingga sebati.
2. Kemudian masukkan aiskrim soda dan gaul rata. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan mengikut warna kesukaan anda.
3. Susun kon di dalam periuk kukusan dengan meletakkan hujung kon pada lubang kukusan. Paipkan adunan selapis demi selapis mengikut warna pilihan anda.
4. Kukus selama 15-20 minit dengan api sederhana sehingga apam masak. Biarkan seketika sehingga apam sejuk.
5. Cairkan coklat masakan, tuang di atas apam dan taburkan badam dengan secukupnya.
6. Masukkan ke dalam peti sejuk seketika untuk mengeraskan coklat. Tanggalkan kertas kon dan sedia untuk dinikmati.

*tips: Ketika mengukus, pastikan kon diisi dalam bekas kukusan paling atas manakala bekas kukusan lapisan kedua dibiarkan kosong bagi mengelakkan acuan basah.

 

KUIH AKOK

20 Seleksi Kuih-Muih Sempena Ulang Tahun RASA Ke-20

BAHAN-BAHAN

6 biji telur
1 cawan santan
1 cawan gula merah (gula ni masak dulu bagi cair)
1 sudu tepung gandum
2 sudu tepung beras

CARA-CARA:

1.Pukul telur sampai kembang. Bila sudah kembang masukkan santan dan kacau sehingga sebati. Selepas itu masukkan gula merah dan kacau sebati.

20 Seleksi Kuih-Muih Sempena Ulang Tahun RASA Ke-20
2. Bila sudah sebati, masukkan tepung gandum dan tepung beras. Kacau laju-laju supaya jangan bagi berketul-ketul. (kalau berketul boleh tapis untuk dapat bancuhan yang halus)
3.Panaskan dapur dan letakkan sedikit minyak. Selepas itu tuangkan bancuhan ke dalam acuan. Biarkan sampai masak.

*Dengan adunan ini, anda boleh dapat dalam 21 ketul jika mengikut acuan seperti di atas.

Kredit resipi: Wan Amira Wan Hanapi

 

APAM TEMBIKAI

20 Seleksi Kuih-Muih Sempena Ulang Tahun RASA Ke-20

BAHAN-BAHAN:

300gm tepung gandum
180gm gula
2 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
200ml susu segar
1 sudu teh ovalette
Pewarna makanan merah, kuning dan hijau
Cawan kertas secukupnya

CARA-CARA:

1.Pukul telur, ovalette dan gula sehingga gebu. Masukkan esen vanilla dan pukul lagi sehingga sebati.
2.Tambahkan tepung gandum secara berselang seli dengan susu segar. Kaup balikkan sehingga semua bahan sekata.
3.Ambil 5 sudu makan adunan dan bahagikan adunan selebihnya kepada tiga bahagian. Warnakan dengan warna kuning, merah dan hijau.
4.Paipkan adunan merah sehingga memenuhi 3/4 acuan cawan kertas. Paipkan juga sedikit adunan berwarna putih di tengahnya.
5.Akhir sekali, paipkan adunan hijau hingga penuh acuan. Lorekkan dengan pewarna hijau di permukaannya. Ulang langkah yang sama untuk adunan berwarna kuning.
6. Masukkan ke dalam periuk kukusan dan kukus selama 15 minit. Angkat dan sedia untuk dinikmati.

*Tambahkan bijan hitam bagi mendapatkan rupa seakan biji tembikai.

 

 KUIH LABU BAKAR GULA MERAH

20 Seleksi Kuih-Muih Sempena Ulang Tahun RASA Ke-20

BAHAN-BAHAN :

1 cawan labu lenyek (stim atau rebus)
½ cawan gula merah (kalau nak manis lagi boleh tambah 1-2 cawan gula merah)
1 kotak kecil santan kelapa
½ cawan air masak / air mineral.
1 sudu besar minyak sapi
2 biji telur ayam
1 sudu kecil esen vanilla
1 cawan tepung gandum

20 Seleksi Kuih-Muih Sempena Ulang Tahun RASA Ke-20

CARA-CARA:

1. Campur semua bahan kecuali labu lenyek. Kacau sehingga sebati. Tapis untuk dapat adunan yang halus.
2. Selepas tapis baru masukkan labu lenyek. Kacau lagi hingga sebati.
3. Masukkan dalam pembakar dan biarkan sehingga masak.

20 Seleksi Kuih-Muih Sempena Ulang Tahun RASA Ke-20

*Jika suka boleh taburkan bijan di atas adunan.

Kredit resipi: Sha Ramson Abdullah

 

LEPAT JAGUNG MANIS

20 Seleksi Kuih-Muih Sempena Ulang Tahun RASA Ke-20

BAHAN-BAHAN:

4 tongkol jagung | disagat halus
1 tongkol jagung | hiris
1 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan gula
2 cawan santan pekat

CARA-CARA:

20 Seleksi Kuih-Muih Sempena Ulang Tahun RASA Ke-20

1. Satukan kesemua bahan-bahan dan kacau sehingga sebati.
2. Masak adunan hingga pekat dengan menggunakan api sederhana (kacau selalu supaya tidak hangit)

20 Seleksi Kuih-Muih Sempena Ulang Tahun RASA Ke-20
3. Sediakan kulit jagung dan masukkan 1 sudu besar adunan.
4. Bungkus dengan kemas dan kukus selama 20 minit.

Kredit resipi: Zubidah Osman

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

20 Menu Thailand Popular Dan Menjadi Kesukaan Ramai

https://www.rasa.my/20-resipi-kukus-rebus-istimewa-sempena-ulang-tahun-rasa-ke-20/

Sedapnya Nasi Mentega Ala KFC! Ayam Pula Cruncy Dan Sangat Menyelerakan

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI