
Puff pastry memang antara bahan yang paling mudah digunakan untuk menghasilkan kudapan yang nampak menarik tanpa perlu buat doh dari awal. Teksturnya yang ringan, rangup dan berlapis membuatkan ia sesuai dipadankan dengan pelbagai jenis inti, sama ada manis mahupun savoury.
Kalau ada sekeping dua puff pastry dalam freezer, jangan hanya fikir nak buat dessert. Dengan inti yang betul, anda boleh hasilkan sarapan, minum petang, bekal anak malah hidangan untuk potluck.
Ini lima jenis inti puff pastry savoury yang sedap dan sesuai dicuba di rumah.
1. Ayam Cendawan Berkrim

Gabungan ayam dan cendawan memang antara inti klasik yang cukup sesuai dengan puff pastry.
Isi ayam boleh dipotong kecil atau dicincang, kemudian ditumis bersama bawang Holland, bawang putih dan cendawan. Tambahkan sedikit susu, krim masakan atau sos putih untuk menghasilkan inti yang creamy.
Pastikan inti tidak terlalu cair kerana lebihan kuah boleh menyebabkan bahagian dalam puff pastry menjadi lembik. Inti ini sesuai dibuat sebagai chicken mushroom puff, mini pie atau pastry berbentuk segi tiga.
Tip: Sejukkan inti sepenuhnya sebelum diletakkan atas puff pastry.
2. Daging Cincang Berkeju

Kalau sukakan rasa lebih rich, cuba inti daging cincang bersama keju.
Tumis daging cincang bersama bawang besar dan bawang putih. Boleh tambahkan sedikit sos tomato, lada hitam, paprika atau sos Worcestershire untuk menaikkan rasa.
Kemudian masukkan keju cheddar atau mozzarella sebelum pastry ditutup. Apabila dibakar, keju akan cair dan sebati dengan daging, manakala puff pastry pula kekal rangup di bahagian luar. Inti ini sesuai dibuat sebagai beef cheese pocket atau mini beef pie.
3. Tuna Mayo Pedas

Ini antara inti paling mudah kalau mahu sesuatu yang cepat.
Campurkan tuna dalam tin yang telah ditos bersama mayonis, bawang Holland cincang dan sedikit lada hitam. Kalau sukakan rasa pedas, boleh tambah cili padi cincang, serbuk cili atau sedikit sos cili.
Inti tuna sesuai untuk sarapan atau bekal kerana tidak memerlukan banyak bahan. Untuk rasa lebih menarik, tambahkan sedikit jagung manis atau keju parut.
Tip: Jangan gunakan terlalu banyak mayonis supaya inti tidak terlalu basah.
BACA JUGA: Guna Puff Pastry Segera, Cara Buat Hot Dog Cheese Puff Ini Memang Senang Sangat
4. Bayam & Keju

Bagi yang mahu pilihan tanpa daging, kombinasi bayam dan keju memang sedap.
Bayam boleh ditumis sekejap bersama bawang putih kemudian disejukkan. Campurkan dengan keju seperti mozzarella, cheddar atau cream cheese.
Tekstur bayam yang lembut dan rasa keju yang berkrim sangat sesuai dengan lapisan pastry yang rangup. Kalau mahu rasa lebih lengkap, boleh tambah cendawan cincang atau sedikit lada hitam. Inti ini sesuai dibuat sebagai spinach cheese puff atau pastry berbentuk spiral.
5. Ayam Kari

Kalau mahu rasa lebih dekat dengan selera tempatan, inti ayam kari memang pilihan yang menarik.
Ayam dipotong kecil kemudian dimasak bersama bawang, serbuk kari dan sedikit kentang. Pastikan kuah dimasak hingga agak kering sebelum digunakan sebagai inti.
Hasilnya seakan gabungan antara chicken pie dan karipap, tetapi dengan kulit puff pastry yang lebih ringan dan berlapis. Boleh juga tambahkan sedikit daun kari untuk aroma lebih wangi.
Tip: Elakkan inti kari yang terlalu berminyak atau berkuah kerana ia boleh membuatkan pastry menjadi soggy.
Tip Supaya Puff Pastry Kekal Rangup
Selain memilih inti puff pastry yang sedap, cara penyediaan juga memainkan peranan penting.
Pastikan inti berada pada suhu bilik atau telah disejukkan sebelum digunakan. Inti yang masih panas boleh melembutkan mentega dalam puff pastry dan menyebabkan lapisannya kurang mengembang ketika dibakar.
Jangan letakkan terlalu banyak inti kerana pastry boleh pecah atau bocor semasa dibakar.
Anda mungkin berminat dengan
Bahagian tepi pastry pula boleh disapu sedikit telur sebelum ditutup dan ditekan menggunakan garpu. Sapu egg wash pada permukaan pastry untuk mendapatkan warna keemasan yang lebih menarik.
Bakar mengikut suhu yang disarankan pada pembungkusan puff pastry yang digunakan dan elakkan membuka pintu oven terlalu kerap ketika pastry sedang mengembang.
Banyak Lagi Inti Puff Pastry Boleh Dicuba
Selain lima pilihan ini, puff pastry juga sedap digandingkan dengan inti sardin, ayam lada hitam, smoked chicken, kentang berkeju atau sayur campur.
Kuncinya ialah memastikan inti tidak terlalu basah dan tidak terlalu panas ketika dimasukkan ke dalam pastry.
Jadi kalau ada puff pastry dalam freezer, memang banyak menu boleh dibuat. Tukar sahaja inti ikut bahan yang ada di rumah, kemudian bakar hingga keemasan dan rangup. Sesuai dinikmati panas-panas bersama kopi atau teh.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Scoopable Cookies Yang Mudah, Gooey & Memang Menggoda!
Kek Span Pandan Paling Gebu & Sedap. Rahsia Mudah Confirm Jadi!
Resipi Pastry Fruit Cake Yang Nampak Mewah, Confirm Enak Tapi Senang Nak Buat
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official:

sekarang!
