Citarasa dan selera setiap orang berbeza-beza. Ada yang suka karipap goreng yang licin dan ada juga yang sukakan karipap menggerutu. Atau orang panggil karipap berjerawat.
Menerusi perkongsian resipi karipap jerawat daripada Arm Ika, walaupun rupa kuih ini tak flawless namun bila makan memang tak cukup satu.
1. Masukkan minyak panas ke dalam tepung. Gaul guna senduk dulu hingga jadi macam serbuk roti. 2. Lepas tu, boleh masukkan air sejuk. Uli-uli hingga sebati. 3. Siap doh untuk kulit karipap. Boleh canai dan bentukkan.
1. Tumis bawang merah, bawang putih dan daun kari hingga jadi kekuningan. 2. Masukkan serbuk kari yang dibancuh dengan sedikit air. Masak hingga garing. 3. Kemudian, masukkan ayam/daging. Gaul sekata. 4. Selepas ayam/daging kelihatan masak, masukkan kentang. Gaul sehingga semuanya sekata.
5. Tambah air mengikut kesesuaian untuk kentang empuk. Masukkan sekali bawang besar. Jangan lupa untuk perasakan dengan garam dan gula. 6. Masak sehingga air kering dan kentang empuk. Apabila rasa semuanya sudah serasi, lengkap rasa masin, manis dan pedas, akhir sekali masukkan daun sup.
*kalau nak simpan untuk frozen, boleh bakar dulu sebelum difrozenkan *hasil dia kalau lepas buat terus goreng, akan dapat kulit yang berjerawat macam dalam gambar. Kalau nak frozenkan tapi nak kulit jerawat, kena GORENG separuh masak.
*Kalau nak kulit licin, kena BAKAR baru dapat kulit karipap pelolesss
Siapa di sini rindu sangat nak makan makanan yang ada di kampung? Rasa rindu yang dah tertanggung sangat. Nak rentas negeri memang tak boleh, jadi jom kita buat sendiri ikut resipi WanShila Wan Hasan.
Menurut WanShila, setiap kali dia balik kampung di Besut, dua makanan popular yang sering masuk dalam wishlist ialah mee celup dan nasi air. Resipi mee celup dah selalu buat, tapi nasi air belum pernah buat sendiri. Ini kali, kita cuba buat sendiri.
BAHAN-BAHAN NASI AIR:
(Bubur nasi)
2 cawan beras | basuh bersih dan tos
1 ketul halia (saiz 2 jari diketuk)
Sedikit garam
CARA MEMASAK:
Goreng beras sampai kering. Kemudian kisar sampai hancur. Kisar dan tambah air pun boleh, guna frying pan pun boleh.
Masukkan beras dalam periuk, tambah air, masukkan halia yang diketuk dan sedikit garam. Sekali sekala kacau, api sederhana besar. Masak sampai jadi bubur.
BAHAN-BAHAN SUP:
1 ketul dada ayam
1 kiub ayam
2 ulas bawang merah | dihiris
5 ulas bawang putih | dicincang
Rempah kasar 4 beradik (bunga lawang, kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga)
2 inci halia | diketuk
Akar ketumbar/akar daun sup
Garam
Secukup rasa
Lada sulah
Kicap cair (optional)
Sos ikan (optional)
CARA MEMASAK:
Untuk sup, mula-mula panaskan minyak dalam kuali/periuk. Kemudian goreng ikan bilis sehingga garing, angkat.
Menggunakan minyak yang sama, tumis bawang merah, bawang putih dan 4 rempah kasar. Bila dah wangi masukkan air. (Masa ni pindahkan bahan tumisan ke dalam periuk yang sesuai untuk sup).
Tambahkan air untuk sup, tunggu air mendidih baru masukkan ayam, kiub ayam, halia dan akar ketumbar.
Akhir sekali perasakan garam.
Angkat ayam dan toskan. Bila dah sejuk, carik-carik halus isi ayam tu.
BAHAN-BAHAN AIR LADA HIJAU:
10 biji cili api hijau*
1 ulas bawang merah*
1 ulas kecil bawang putih*
Cuka*
Gula*
secukupnya*(kisar semua bahan* di atas)
Cili potong
Cili api hijau dipotong + sos ikan
Minyak & bawang putih goreng
CARA MASAK:
Satu labu bawang putih dicincang atau tumbuk kasar. Goreng sehingga garing.
Boleh tambah sedikit minyak bijan jika suka
BAHAN HIASAN LAIN:
Daun sup/bawang, cili jeruk, taugeh (buang ekor), kangkung celur, telur masin/ikan masin, limau nipis,lobak masin
1. Kisar halus bawang putih dan bawang merah. Kemudian, tumiskan bahan kisar hingga naik bau. 2. Masukkan cili boh, tumis lagi hingga pecah minyak. 3. Masukkan rempah kari. Tumis lagi sampai pecah minyak. Masukkan lada hitam, gaul sebati dengan kentang. Masak hingga hampir kering. 4. Masukkan bawang besar, garam, gula dan perasa. Bila dah masak, tutup api. Ketepikan.
Sebut sahaja ayam panggang, terus rasa berselera nak makan. Apatah lagi, jika ayam tersebut rasa seperti ayam panggang peri peri ala Nando’s. Aromanya saja dah tambat selera.
Dicicah pula dengan sos peri peri pedas ataupun bawang putih. Memang buat terliur!
Kali ini, Roslan Rusly sudi berkongsi resipi mudah dan cepat untuk membuat ayam panggang peri peri ala Nando’s. Jom kita buat.
Kuih cara jagung ini adalah olahan dari kuih cara berlauk yang asalnya pedas.Menggunakan jagung manis berkrim, kuih ini bukan saja lembut dan gebu, tapi...