Satu lagi resipi orang Pantai Timur yang popular, iaitu kerutuk daging. Sangat sedap dimakan dengan nasi berperisa atau nasi putih.
Lagi sedap bila kuahnya agak pekat, penuh dengan aroma rempah ratus. Jom kita cuba resipi daripada Muliadi Ramli ini.
KERUTUK DAGING
BAHAN-BAHAN:
Ads
800gm daging lembu (dibersihkan dan dipotong melawan urat daging, tidak terlalu tebal atau nipis, potongan daging agak besar) 3 sudu besar rempah kerutuk (saya guna rempah warisan Hj Ismail) – beli online di sini 1 sudu besar rempah masak cap rose ½ kotak kecil santan – beli online di sini Gula melaka secukup rasa 1 biji bawang holland | dipotong 6 – beli online di sini 2 biji cili merah besar – beli online di sini 1 mangkuk kecil air asam jawa – beli online di sini
1. Daging yang dah siap dibersihkan, dicampurkan sekali dengan bahan kisar dan rempah. Perap 20 ke 30 minit. 2. Kemudian panaskan minyak, tumis bahan-bahan tumis dan cili giling hingga pecah minyak. 3. Kemudian masukkan daging yang diperap, biar keluar semua air daging. 4. Tutup periuk dalam 30 minit, masak hingga hampir kering airnya. Masukkan air, biar daging sampai lembut atau empuk.
5. Masukkan air asam jawa dan santan, kacau rata. 6. Masukkan kerisik, gula melaka dan garam. Biar pekat kuahnya. Rasa jika sudah cukup rasanya. 7. Masukkan bawang besar yang dipotong 6, cili besar merah dan hijau sebagai hiasan. Siap.
Daging masak hitam adalah lauk yang sesuai dimakan dengan nasi, bubur nasi ataupun nasi himpit. Daging yang dihiris nipis, kemudian dimasak sebegini memang sedap sekali. Tidak perlu banyak lauk lain, lauk ini sahaja pun sudah cukup untuk menambat selera.
Jom kita cuba lihat resipinya.
DAGING MASAK HITAM
BAHAN-BAHAN
1/2 kilo daging (direbus dan dihiris nipis)
1 labu bawang besar*
4 ulas bawang merah kecil*
3 ulas bawang putih*
10 tangkai cili kering*
3 biji buah keras*
1 inci halia*
3 batang serai*
Minyak masak untuk menumis
1/2 cawan kicap manis
1 cawan air rebusan daging
1 sudu besar air asam jawa
Sedikit gula melaka
Garam secukup rasa
2 tangkai cili hijau (hiris)
1 tangkai cili merah (hiris)
1 labu bawang besar (hiris bulat)
CARA MEMBUAT
1. Daging direbus dan dipotong nipis. Simpan air rebusannya.
2. Kisar bahan bertanda (*)
3. Panaskan minyak masak dan tumis bahan yang dikisar tadi. Apabila sudah agak garing, masukkan daging.
Tumis bahan kisar.Masukkan daging.
4. Masukkan kicap manis dan air rebusan daging. Kacau.
5. Masukkan air asam jawa dan gula melaka. Kacau lagi.
6. Masukkan garam. Taburkan cili hijau dan cili merah. Masukkn bawang besar yag dihiris bulat. Kacau lagi. Kemudian, biarkan seketika. Matikan api.
7. Hidang dan taburkan bawang goreng.
TIP: Buah keras wajib ada kerana itulah bahan yang menjadikan rasa daging ini lemak-lemak dan sedap.
Sesekali menjamu keluarga makan besar dengan hidangan BBQ tentunya menjadi ingatan yang sukar dilupakan oleh ahli keluarga. Sama-sama menyediakan hidangan, memangang dan diakhiri dengan menikmati hidangan sungguh menyelerakan. Terbukti makanan juga berjaya mengikat silaturahim kekeluargaan. Chef Roslan, Pemilik Ryndu Hot & Grill ni bermurah hati berkongsi resipi. Jika ingin mencuba air tangan Chef Roslan sendiri bolehlah berkunjung ke restorannya di Wangsa Maju.
1. BBQ HONEY CHICKEN WINGS
BAHAN-BAHAN:
8 ketul kepak ayam
3 ulas bawang putih | ditumbuk lumat
3 sudu makan kicap manis
5 sudu makan sos lada hitam
3 sudu makan sos tiram
4 sudu makan madu
2 sudu makan jus lemon
1 sudu makan minyak jagung
Garam secukup rasa
Bijan putih untuk ditaburkan atas ayam
CARA MEMASAK:
Kepak ayam dibersihkan dan ditoskan.
Gaul semua bahan bersama kepak ayam kecuali bijan dan perap selama 2-3 jam.
Bakar sehingga kepak ayam masak kekuningan .
INFO CHEF: Untuk perapan lebih baik simpan ayam yang telah diperap dalam peti sejuk.
2. BBQ LAMB RIBS
BAHAN-BAHAN:
6 keping tulang rusuk kambing | di cuci dan di toskan
2 ulas bawang putih | ditumbuk
3cm halia | ditumbuk
4 sudu makan Lee Kum Kee Marinade Sauce
4 sudu makan sos tiram
4 sudu makan sos barbecue
3 sudu makan madu
1 biji ketang | belah 4 dan panggang
1/2 biji cili Bangala | panggang
1/2 biji bawang Holland | panggang
CARA MEMASAK:
Gaulkan tulang rusuk bersama bahan tumbuk dan semua sos.
Masukkan dalam bekas bertutup dan perap sekurang-kurangnya dua jam.
Kemudian panggang hingga masak. Hidangkan bersama sos yang sesuai berserta dengan salad.
INFO CHEF: Semasa memanggang tuangkan lebihan bahan perapan ke atas tulang rusuk yang dibakar.
3. GRILLED LEMON & YOGURT CHICKEN
BAHAN-BAHAN:
8 keping bahagian paha ayam
1 cawan yogurt putih
4 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
3 cm halia | cincang
1 biji cili hijau
1/2 sudu teh kunyit
3/4 sudu teh serbuk cili
1/2 sudu teh serbuk ketumbar
3/4 sudu teh garam
CARA MEMASAK:
Kisar bawang putih, bawang merah, halia dan cili hijau.
Campurkan bahan kisar dengan yogurt, serbuk kunyit, cili, ketumbar serta garam.
Kemudian gaulkan dengan ayam dan perap sekurang-kurangnya dua jam.
Bakar hingga masak.
INFO CHEF: Hidangan ini sesuai dihidangkan dengan sos Lada Hitam atau sos BBQ.
4. BBQ DRUMSTIK
BAHAN-BAHAN:
ketul paha ayam
3 ulas bawang putih | ditumbuk lumat
3 sudu makan kicap manis
5 sudu makan sos lada hitam
3 sudu makan sos tiram
4 sudu makan sos BBQ
2 sudu makan jus lemon
CARA MEMASAK :
Bersihkan paha ayam dan toskan.
Gaul semua bahan bersama paha ayam.
Perap selama 2-3 jam dalam peti sejuk.
Bakar sehingga masak atau kekuningan.
Hidangkan bersama salad, lobak merah, cili Bangala pangang dan sos cili.
INFO CHEF: Jika ingin segera dipanggang atau bakar, boleh kelar-kelar paha ayam supaya bahan perapan cepat sebati dengan daging.
5. SAVOURY MARINATED STEAK
BAHAN-BAHAN PERAP :
180gm Striploin beef
1 sudu makan herba campur
½ sudu makan paprika
Garam secukup rasa
Lada sulah secukup rasa
Perapkan selama lima minit
BAHAN SOS SAVOURY
3 sudu makan sos BBQ
1 sudu makan serbuk lada hitam
*campur kedua-dua bahan, kacau hingga sebati
CARA MEMASAK :
Gaulkan kepingan daging dengan bahan perapan. Perap selama lima minit.
Kemudian, panggang daging lebih kurang 15 minit untuk kedua-dua belah daging.
Setelah masak, hidangkan dengan sos dan hiaskan dengan kentang panggang, cili Bangala panggang, hirisan lemon dan salad segar.
INFO CHEF:Jika suka boleh juga ditambahkan dengan jagung rebus dankentang putar. Ikut selera anda.
Menu Sambal Ikan Bilis tentunya ada pelbagai versi namun resipi yang dikongsi oleh saudari Tengku RosElyza Raja Muhammad ni memang mudah dan sedap. Sesuai dinikmati dengan nasi putih, pulut dan sebagainya. Kalau nak dimakan Bersama lontong atau nasi impit dan ketupat pun sedap. Rugi kalua tak cuba. Jom lihat bahan-bahan dan cara memasak menu ini.
SAMBAL TOMATO IKAN BILIS GORENG
BAHAN-BAHAN:
1/2 mangkuk ikan bilis (mangkuk gulai)
1 inci belacan
1 sudu teh garam
1 sudu makan gula – boleh ubahsuai ikut selera
1 inci gula melaka
Sedikit minyak masak
BAHAN TUMBUK KASAR:
4 biji cili merah – potong kasar
2 biji tomato – belah 8
5 ulas bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
1. Panaskan sedikit minyak dan goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan ketepikan. Kemudian goreng pula belacan. Angkat.
2. Seterusnya dengan guna minyak yang secukupnya, goreng bahan yang ditumbuk kasar hingga pecah minyak.
3. Seterusnya masukkan ikan bilis dan belacan goreng tadi. Gaul sekejap.
4. Masukkan pula gula melaka dan masak hingga hancur barulah dimasukkan garam serta gula.
5. Rasa sambal dan tambah perasa jika ada kekurangan.