Nak menang hadiah sambil shopping dan makan-makan? Ini masa terbaik untuk singgah ke outlet pilihan anda sebab tepung gandum serbaguna MFM Cap Ros akan mengadakan aktiviti hebat khas untuk anda!
Belanja & Menang!
Bermula 1 Ogos hingga 30 September, tepung gandum serbaguna MFM Cap Ros akan berada di lokasi-lokasi terpilih dengan gerai makanan bergerak. Anda boleh nikmati sampel makanan PERCUMA, dan kalau beli produk tepung gandum serbaguna MFM Cap Ros, anda berpeluang sertai Cash Dash dan bawa pulang hadiah menarik!
Tarikh Aktiviti:
2, 3, 30, 31 Ogos
1, 6, 7, 27, 28 September
Jangan lupa scan QR kod khas di outlet untuk turut serta dan rebut ganjaran eksklusif!
Ads
Bukan itu sahaja, dapatkan rebat e-duit sehingga RM10 melalui TnG /Boost (EM) hanya dengan pembelian 2 pek tepung Cap Ros!
Lokasi dan butiran penuh akan diumumkan di laman sosial FB MFM Cap Ros & IG @mfmcaprosflour – follow sekarang supaya tak terlepas!
Ads
Sambutan Merdeka Meriah dengan MFP Cap Ros!
Pada 31 Ogos yang lepas, MFM Cap Ros juga tidak ketinggalan memeriahkan Perarakan Hari Kebangsaan di Putrajaya! Pengunjung yang hadir tak lepaskan peluang menjawab soalan mudah dan mendapatkan ganjaran eksklusif dan sampel makanan percuma daripada MFM Cap Ros. Memang Meriah!
Ads
Kenapa Cap Ros?
MFM Cap Ros adalah tepung gandum serbaguna berkualiti tinggi yang terkenal – pilihan suri rumah, baker dan pengusaha makanan di Malaysia. Ia merupakan tepung gandum serbaguna yang sesuai untuk pelbagai resipi, Cap Ros dari MFM sememangnya wajib di dapur anda.
✅ Beli produk MFM Cap Ros di outlet terlibat
✅ Scan QR code & rebut ganjaran
✅ Follow laman sosial untuk lokasi & info terkini
✅ Sertai kemeriahan Merdeka di Putrajaya
Tepung Gandum Serbaguna Cap Ros – Resipi Dari Hati!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
GreenPan, peneraju global dalam peralatan memasak seramik tidak melekat bebas PFAS, dengan bangganya memperkenalkan Thermolon 9G, salutan seramik tidak melekat paling canggih yang pernah dihasilkan jenama ini.
Majlis pelancarannya diraikan bersama peminat kulinari, wakil media dan rakan industri di Kuala Lumpur. Thermolon 9G menandakan lonjakan besar dalam aspek ketahanan, prestasi dan keselamatan, sekaligus mengukuhkan reputasi GreenPan sebagai peneraju inovasi dalam industri peralatan memasak.
Sejak dilancarkan pada tahun 2007, GreenPan telah merevolusikan cara memasak di rumah dengan memperkenalkan salutan seramik Thermolon, alternatif selamat kepada salutan tidak melekat tradisional yang sering mengandungi bahan kimia berbahaya seperti PFAS, PFOA, plumbum dan kadmium. Dengan komitmen terhadap keselamatan pengguna sejak hari pertama, GreenPan terus menghasilkan peralatan memasak inovatif yang menggabungkan prestasi, kemudahan dan estetika tanpa menjejaskan kesihatan.
PFAS (bahan per- dan polifluoroalkil) ialah kumpulan lebih 10,000 bahan kimia buatan manusia yang terkenal dengan sifat kalis air, kotoran dan minyak serta sering digunakan dalam kuali tidak melekat dan pelbagai produk pengguna lain.
Namun, bahan ini menimbulkan kebimbangan serius kerana kesannya terhadap kesihatan manusia dan alam sekitar. Inilah sebab utama mengapa GreenPan memperkenalkan Thermolon 9G sebagai penyelesaian bebas PFAS yang lebih selamat dan mampan.
Menyedari keperluan untuk pilihan lebih selamat, GreenPan memperkenalkan Thermolon yang diperbuat daripada derivatif pasir dan diperkaya dengan lapisan zarah berlian untuk meningkatkan kekonduksian haba serta ketahanan. Salutan inovatif ini memastikan ibu-ibu di Malaysia boleh memasak pelbagai jenis hidangan tanpa perlu risau kerana tiada asap toksik dilepaskan walaupun peralatan yang digunakan terlalu panas secara tidak sengaja. Hasil penyelidikan dalaman yang berterusan membawa kepada penciptaan generasi baharu, Thermolon 9G.
Thermolon 9G direka khas untuk memenuhi gaya hidup moden yang memerlukan peralatan memasak tahan lasak dan selamat. Salutan seramik ini menawarkan ketahanan tinggi terhadap haus dan calar, menjadikannya sepuluh kali lebih tahan lama berbanding versi asal Thermolon. Ia bukan sekadar peningkatan, tetapi satu inovasi revolusioner dalam dunia memasak bebas PFAS.
Salutan Thermolon 9G oleh GreenPan menetapkan piawaian keselamatan baharu dalam industri. Ia bebas PFAS dan mematuhi standard antarabangsa untuk produk bersentuhan dengan makanan, termasuk FDA 21 CFR 175.300, Peraturan EU 1935/2004/EC serta Seksyen 30 & 31 LFGB. Malah, Thermolon kekal sebagai satu-satunya salutan seramik tidak melekat yang menerima pensijilan NSF/ANSI 51, membuktikan tahap keselamatan dan kualiti tertingginya.
Thermolon 9G bukan sekadar penambahbaikan, ia merupakan lonjakan besar dalam teknologi seramik tidak melekat bebas PFAS. The Cookware Company menggabungkan beberapa lapisan tambahan dalam salutan untuk menghasilkan prestasi tidak melekat maksimum dan ketahanan luar biasa. Proses penghasilannya diperhalusi dengan teliti bagi memastikan kawalan penuh terhadap setiap peringkat pembuatan, menjadikan kualiti Thermolon 9G tiada tandingan.
Dengan kehadiran Thermolon 9G GreenPan, dunia peralatan memasak kini menyaksikan perubahan besar dalam teknologi bebas PFAS. Salutan seramik canggih ini menawarkan ketahanan, jangka hayat dan keselamatan yang luar biasa, sambil menepati piawaian antarabangsa tertinggi. Thermolon 9G bukan sahaja menetapkan penanda aras baharu, malah membentuk masa depan industri peralatan memasak yang lebih sihat dan selamat untuk semua.
Berminat? Andabolehdapatkan di Aeon, House of Presentation, Isetan, Kitchen Shop, Parkson, Seibu & SOGO atausecara online di www.cookerlicious.com dan www.kitchenwareking.com. Dapatkansekarang!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Nak tahu cara mudah cuci ketuhar berminyak? Maklumlah, ketuhar jika selalu guna untuk masak macam-macam makanan, pasti akan kotor. Jika dibiarkan, memang susah nak tanggal kesan makanan yang terpercik tu. Namun ada cara mudah sebenarnya untuk anda bersihkan ketuhar tanpa guna banyak tenaga.
Petua yang dikongsi oleh Chef Asma ni memang mudah. Hanya menggunakan bahan-bahan yang memang ada di dapur sahaja. Jom cuba. Pasti ketuhar anda kelihatan lebih bersih dan seakan baru. Selain itu, penjagaan ketuhar juga penting supaya peralatan ini tahan lebih lama dan sentiasa selamat digunakan. Bila ketuhar bersih, makanan pun masak lebih sekata dan wangi tanpa bau hangit.
2 cawan air – lebih pun boleh
2 cawan cuka
1 cawan baking soda @ soda bikarbonat
Kain buruk
Botol spray
Mangkuk
Berus dawai periuk kasar
Keluarkan semua perkakasan dalam ketuhar anda (redai, tray dan sebagainya).
Campurkan baking soda, air dan cuka ke dalam mangkuk. Tujuannya untuk jadikan campuran tu kepada cecair atau pes supaya mudah sapukan pada permukaan kotor. (Masa tuang cuka, bancuhan akan nampak berbuih.)
Sapukan cecair atau pes tadi pada permukaan kotor dalam ketuhar. Baking soda akan bertukar jadi warna perang.
Biarkan selama 12 jam. Kena ikut supaya hasilnya menjadi seperti yang diingini. Kalau tidak, mungkin tahap kebersihan ketuhar anda tidak seperti yang diharapkan.
Cukup 12 jam atau semalaman, ambil kain buruk atau berus dawai kasar dan gosok hingga hilang kesan minyak pada ketuhar.
Lap permukaan ketuhar hingga bersih. Kemudian bilas dengan sabun pencuci pinggan dan spray dengan air bersih.
Kemudian lap dengan kain hingga betul-betul bersih. Hasilnya, ketuhar anda pasti berkilat. Tak perlu beli pencuci yang mahal atau beli ketuhar baru. Cuci ikut cara ni memang sangat berkesan dan memuaskan hati.
Ulang langkah pertama tadi dengan menyediakan pes baking soda.
Sapu pes pada kaca ketuhar dan biar selama 30 minit.
Guna kain buruk untuk lap dan bilas dengan air bersih. Pastikan anda lap hingga kering.
Selain petua di atas, anda juga boleh lakukan beberapa langkah tambahan untuk memastikan proses cuci ketuhar lebih mudah dan hasil lebih memuaskan. Antaranya:
– Elakkan menggunakan bahan yang terlalu kasar pada permukaan kaca supaya tidak meninggalkan calar.
– Gunakan kain microfiber jika mahu hasil lebih kilat ketika mengelap bahagian luar ketuhar.
– Jika ketuhar mempunyai fungsi steam, hidupkan sebentar selepas dibersihkan supaya wap membantu melembutkan sisa kotoran.
Langkah-langkah tambahan ini bukan sahaja membantu menanggalkan minyak degil, malah menjadikan proses cuci ketuhar lebih cepat tanpa perlu ulang banyak kali.
JANGAN switch on ketuhar jika cermin oven masih basah. Pastikan betul-betul kering baru boleh on.
Pastikan bahagian dalam ketuhar juga benar-benar kering sebelum digunakan. Jika tidak ia boleh menyebabkan ketuhar berasap dan jika nasib tidak baik, cermin juga akan pecah.
Jangan simbah air pada kipas ketuhar. Cukuplah sekadar lap hingga bersih sahaja.
Kredit petua cuci ketuhar: Chef Asma Nordin
Dengan langkah-langkah ini, proses cuci ketuhar bukan sahaja menjadi lebih mudah tetapi hasilnya lebih bersih, selamat dan tahan lama. Bila diamalkan secara berkala, ketuhar anda sentiasa kelihatan seperti baru dan tidak lagi berbau makanan lama. Ketuhar bersih, penyediaan makanan pun jadi lebih terjamin. Tak perlu beli ketuhar baru pun. Jaga dengan baik, ketuhar boleh guna lebih lama. Anda pun boleh hidangkan makanan yang terbaik buat keluarga tercinta. Tak perlu lagi makan dekat kedai. Masak sendiri di rumah, lebih sedap dan berkhasiat.
Baca pelbagai artikel best di website RASA serta tonton lebih banyak video tip & trik yang mudah dan berkesan di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official .
RASA Bubur Lambuk Rewang Abang Bomba 2026 bakal menjadi antara acara Ramadan paling besar tahun ini apabila sebanyak 16,000 pek bubur lambuk akan disediakan dan diagihkan kepada orang ramai di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Ramadan tahun ini bakal menyaksikan satu acara komuniti berskala besar apabila portal masakan nombor satu negara, RASA, menganjurkan program ini pada 14 Mac 2026.
Acara yang bermula seawal jam 8 pagi hingga 12 malam ini akan menjadi antara program Ramadan paling meriah di ibu kota, bersempena Program Iftar Ramadan anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Program RASA Bubur Lambuk Rewang Abang Bomba 2026 ditaja oleh Kenanga Investors dan AJI-SHIO® bersama-sama dengan rakan kolaborasi, FGV, Able Farm, Luckin Coffee dan inDrive.
Lebih menarik, penganjuran tahun ini membawa misi besar iaitu menghasilkan dan mengagihkan 16,000 pek bubur lambuk dalam satu hari sebagai percubaan rasmi Malaysia Book of Records (MBOR).
Mengangkat tema “Bila Bersama, Lagi Jadi”, edisi tahun ini menyaksikan RASA berganding bahu dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta beberapa rakan strategik lain.
Antara agensi yang turut terlibat ialah:
Program ini turut mendapat sokongan media dan komuniti termasuk Astro, Borak Seeni dan Sinar Harian.
Pada hari acara, lebih 200 anggota bomba, sukarelawan, pegawai agensi dan team RASA akan bergotong-royong menyediakan bubur lambuk dalam skala besar.
Dataran Merdeka dijangka bertukar menjadi dapur komuniti terbesar di tengah kota, menyatukan wira negara dan masyarakat dalam semangat Ramadan melalui RASA Bubur Lambuk Rewang Abang Bomba 2026.
Daripada jumlah keseluruhan 16,000 pek bubur lambuk yang disediakan dalam RASA Bubur Lambuk Rewang Abang Bomba 2026, agihan akan dilakukan kepada orang ramai di sekitar Kuala Lumpur melalui beberapa kategori edaran.
Majlis simbolik penyerahan kepada wakil masjid serta flag-off kenderaan agihan bubur lambuk dijangka disempurnakan oleh beberapa tetamu kehormat termasuk wakil agensi kerajaan dan rakan strategik program.
Selain aktiviti memasak bubur lambuk secara gotong-royong, pengunjung yang hadir ke RASA Bubur Lambuk Rewang Abang Bomba 2026 juga boleh menikmati pelbagai aktiviti komuniti sepanjang hari.
Acara ini turut dimeriahkan dengan kehadiran beberapa personaliti terkenal tanah air termasuk Alpha dan Shiera sebagai duta kempen “Bila Bersama, Lagi Jadi”.
Turut hadir hos Borak Seeni seperti Nazrief Nazri, Haziq Hussni dan Muhsin Nadzli yang akan berinteraksi bersama pengunjung sepanjang program berlangsung.
Menjelang malam, kemeriahan RASA Bubur Lambuk Rewang Abang Bomba 2026 akan diteruskan dengan rakaman khas Bombastika Raya 2026 di Dataran Merdeka.
Program ini akan dikendalikan oleh trio hos popular Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Sherry Al-Hadad.
Barisan artis terkenal yang bakal membuat persembahan termasuk:
Turut membuat penampilan istimewa ialah Shiera bersama Auddra dan Airra.
Untuk menjayakan RASA Bubur Lambuk Rewang Abang Bomba 2026, jumlah bahan yang digunakan juga amat besar bagi memastikan penghasilan 16,000 pek bubur lambuk dalam satu hari.
Antara bahan utama yang digunakan termasuk:
Skala penyediaan ini menjadikan program ini bukan sekadar acara komuniti biasa, tetapi simbol kerjasama besar antara masyarakat, agensi kerajaan, media dan sektor korporat.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv, Syamil Fahim Mohamed Fahim, penganjuran RASA Bubur Lambuk Rewang Abang Bomba 2026 mencerminkan evolusi jenama RASA yang berkembang bersama rakyat Malaysia.
Daripada sebuah majalah masakan, RASA kini menjadi komuniti digital yang menghimpunkan jutaan pencinta makanan yang berkongsi inspirasi, tradisi dan resipi setiap hari.
Melalui program seperti ini, RASA berharap dapat terus menghubungkan masyarakat melalui satu elemen yang paling dekat dengan rakyat Malaysia, makanan dan kebersamaan.
RASA Bubur Lambuk Rewang Abang Bomba 2026 bukan sekadar acara memasak bubur lambuk.
Ia adalah perayaan Ramadan, penghargaan kepada wira negara, dan simbol bahawa apabila komuniti bersatu, hasilnya mampu melangkaui angka.
Pada 14 Mac ini, Dataran Merdeka akan menjadi tempat di mana semangat rewang, tradisi dan kebersamaan diraikan bersama.
Kerana seperti tema kempen tahun ini — bila bersama, memang lagi jadi.
Taburan bawang goreng rangup buat hidangan lebih wangi dan sedap.
Kentang bukan sekadar makanan biasa — ia pernah menyelamatkan dunia daripada kebuluran. Ketahui sejarah, peranan dan kepentingan kentang dalam kehidupan manusia.