Tak kisah resipi diambil dari mana, asalkan sedap dan mudah, haruslah dicuba. Resipi dark chocolate cookies ini diambil dari aplikasi tiktok, memang menjadi.
Makan pula dengan susu segar, fuhh, memang layan tau. Jom kita cuba resipi yang dikongsi Hardina Sofia ini.
4. Akhir sekali, masukkan dark chocolate atau coklat chip. Masukkan lagi banyak lagi sedap. Gaul hingga semuanya sebati. 5. Bila adunan dah sebati, ambil secubit, gentel sikit dan letak dalam tray.
6. Letak dalam peti sejuk selama 30 minit atau satu jam. Lepas tu boleh bakar dengan suhu 170C selama 10 minit atau 15 minit. Ikut ketuhar masing-masing ye.
Suka makan Nasi Arab? Resipi terlajak mudah perkongsian saudari Nur Aisya ini sesuai anda cuba. Guna bahan-bahan yang ada di rumah dan masak pun guna periuk nasi elektrik je. Lengkap dengan resipi Salatoh dan Salsa. Lepas ni kalau tiba-tiba suami atau anak-anak ‘request’ nak makan Nasi Arab, bolehlah masak tanpa ada masalah. Rasanya pun sedap! Selamat mencuba.
CARA MASAK NASI ARAB SENANG JE
BAHAN REBUSAN AYAM: 3 kepingan paha ayam (whole leg) 1 biji bawang besar – jika bawang saiz besar, guna separuh – beli online disini 1 biji tomato 1 sudu teh jintan manis – beli online disini 1 sudu teh lada hitam – beli online disini 1 sudu teh biji ketumbar – beli online disini 3 biji buah pelaga 1 kiub pati ayam – beli online disini 1/2 sudu teh serbuk kunyit – beli online disini 1 sudu teh rempah kurma – beli online disini 2 sudu makan minyak masak Sedikit garam Air secukupnya (air rebusan ini akan guna untuk masak nasi (5 cawan) & sup (1 mangkuk)
1. Rebus ayam bersama bahan-bahan rebusan hingga masak. Air rebusan tadi akan digunakan untuk masak nasi dan selebihnya buat sup untuk makan bersama nasi.
2. Angkat ayam dari air rebusan. Kemudian perap menggunakan bahan-bahan perapan ayam. Perap sebentar.
3. Panggang ayam pada suhu 150C selama 15 minit menggunakan api atas sahaja. Keluarkan ayam sekejap dan sapu lebihan bahan perapan tadi. Bakar semula selama 15 minit lagi sehingga ayam masak sempurna. Hasilnya ayam akan menjadi berkilat dan cantik. 4. Ayam siap. Ayam ni boleh juga dimasak sekali dalam nasi (jika suka)
1.Panaskan majerin atau mentega dalam kuali. Tapi jika mahu nasi lebih sedap, guna minyak sapi. 2. Masukkan bahan-bahan hiris dan rempah 3 sekawan. Tumis sampai garing.
3. Masukkan beras yang telah direndam dan ditoskan airnya. Gaul bersama bahan tumis. Tumis sehingga garing supaya nasi jadi sedap. Alihkan beras ke dalam periuk nasi.
4. Kemudian masukkan air rebusan ayam tadi ke dalam periuk nasi. Sukatan airnya adalah 1 cawan beras = 2 cawan air. Jika guna 2 1/2 cawan beras, airnya 5 cawan.
5. Masak nasi seperti biasa hingga masak sempurna.
6. Bila nasi telah kering, tuang pewarna dengan secukupnya. Boleh juga guna minyak karotena. Tutup periuk dan biarkan 10 minit barulah dibuka kembali dan kacau rata.
7. Tabur daun ketumbar sebelum dihidangkan bersama ayam, salatoh, salsa dan sup.
BAHAN SALATOH: Tomato – potong kiub Timun Bawang besar Pudina @ Daun ketumbar Garam dan gula secukup rasa Sedikit jus lemon
CARA MEMASAK: 1.Potong kiub bahan-bahan diatas. Daun pudina atau daun ketumbar boleh dihiris. 2. Gaul semua bahan dalam satu bekas, Masukkan sedikit gula, garam dan perahan jus lemon. 3. Siap untuk dihidang.
BAHAN SALSA / SAMBAL ARAB: Cili api Cili besar Tomato Bawang putih Daun ketumbar Sedikit garam Jus lemon secukupnya (sukatan bahan agak-agak)
CARA MEMASAK:
1.Satukan kesemua bahan dan kisar halus. Perah sedikit jus lemon. Siap.
Sup ayam Thai ini rasanya sebiji macam yang kita makan kat kedai-kedai tomyam. Memang sedap. Tak percaya cubalah. Hidangan yang simple tapi sedap.
Ikut saja resipi yang dikongsikan oleh puan Hajal Aishah Zakirai ini. Selain ayam boleh juga guna daging. Caranya sama. Bahan pun tak rumit sangat. Makan panas-panas, memang sedap!
Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan ini hingga layu. Tumis hingga terbit wangi.
Dah wangi bahan tumis tadi, masukkan air, masak hingga mendidih.
Masukkan ayam. Masak sehingga ayam empuk.
Setelah itu bolehlah masukkan sayur pilihan. Terpulang pada selera tapi yang penting saderi wajib ada.
Masuk sayur keras dulu. Kemudian masukkan tomato. Tambah sedikit sos ikan dan jus limau nipis. Kacau. Kemudian perasakan dengan garam dan serbuk perasa.
Biarkan ia mereneh seketika, tutup api. Ketika nak menghidang, taburkan daun ketumbar. Siap!
Bolehlah gu dengan sambal belacan, timun jepun, telur dadar. Peh!
Cara membuat: 1.Setengah daripada jagung dihiris. Setengah lagi disagat atau dikisar dengan bahan lain.
2. Kisar,campurkan tepung beras, tepung gandum,tepung jagung, gula, santan dan garam. Nak tambah setengah dari jagung pun boleh. Kisar hingga sebati. 3.Tuangkan adunan ke dalam kuali/periuk. Masukkan juga jagung yang telah dihiris. Kacau dan masak dengan api perlahan sehingga pekat. Tutup api. Biarkan adunan sejuk sedikit. 4.Sudukan satu atau dua sudu besar adunan lepat ke atas sehelai kulit jagung/ daun pisang yang telah dilayur/kukus dan disapu sedikit minyak. Gulung dan lipat dengan kemas. Buat hingga adunan habis.
5.Panaskan pengukus. Bila air kukusan telah mendidih, kukus adunan lepat selama 20 minit. Kredit: #norfazidagda