Nasi impit dan kuah kacang menjadi hidangan kemestian ketika hari raya. Biasanya nasi impit  dibuat sendiri atau membelinya yang segera. Balik rebus dan boleh makan. Kalau dah suka, tak usah tunggu hari raya, hari biasa pun boleh menikmatinya. Lebih puas bila dapat buat sendiri nasi impit. Cuba buat ikut resipi yang dikongsi oleh Rozel Kitchen.

Bahan-bahan
1 pot beras
3 pot air
Secubit garam

Cara memasak:
1.Basuh beras dan masukkan air,garam ke dalam periuk utk dimasak.
2.Setelah nasi mula kering,kacau sentiasa sambil dilenyek supaya hancur.
3.Gunakan api perlahan dan bila kering terus kacau lagi.
4.Setiap 10 minit mestilah dikacau sebati sehinggalah nasi kering.

Tip:
Masak nasi impit ni kena banyak kali dikacau supaya nasi cantik dan lembut.
5.Masak lebih kurang 1 1/2 jam dngn api sederhana. Setelah siap, matikan api dapur.
6.Lenyek-lenyekkan nasi dengan menggunakan anak lesung
batu atau belakang botol yg bersih sehingga nasi lembut.
7.Ulang gaul dan lenyek2 lagi.
8.Sapukan sedikit minyak di sekeliling tupperware atau mangkuk untuk nak diisi nasi tadi
9.Masukkan nasi tadi ke dalam mangkuk dan ratakan,
10.Ambil sehelai plastik bersih dan sapukan sedikit minyak.
11.Tekan-tekankan nasi supaya mampat dngn menggunakan plastik tadi (gunakan sudu yg dibasahi dgn sedikit air untuk sapu permukaan nasi agar lebih rata dan licin)
12.Biarkan nasi impit betul-betul sejuk lebih kurang 4-5 jam sebelum dipotong.

#Nasi impit yang telah siap boleh disimpan lama di dalam peti sejuk selama satu minggu.