Suka makan Golden Ball bila berkunjung ke restoran Sushi? Kini anda boleh hasilkan sendiri hidangan ini di rumah hanya menggunakan resipi perkongsian saudari Joanna Johan. Bahan-bahan yang cukup mudah. Rasa tak sabar nak cuba kan? Jomlah buat. Anda pasti puas hati dengan rasanya.
Masih tercari-cari menu yang boleh dihidangkan untuk minum petang nanti? Apakata buat menu yang diolah oleh Chef Abang Brian ni. Anak-anak kalau dengan keju pasti menyukainya. Anchor Cheese Slices ini boleh dijadikan sebagai satu bahan tambahan mudah dalam sesuatu masakan yang boleh digunakan pada bila-bila masa, yang akan menjadikan rasa masakan tu memang rasa sedap dan berkrim! Jomlah cuba buat.
BEBOLA SALMON KEJU ANCHOR
Bahan-bahan:
Bahan A :
2 cawan beras sushi
2 cawan air
1 sudu besar kecil gula kastor
1 sudu kecil cuka putih
Bahan B :
12 keping Anchor Cheese Slices
2 sudu besar Anchor Butter (Unsalted)
1/2 cawan bawang kuning, dicincang
1/2 cawan lada benggala, dicincang
2 helai daun bawang, dihiris nipis
150g salmon, dibakar dan dicarik-carik
6 kepingan seaweed
Untuk sos:
2 sudu besar mayo + 1 sudu besar wasabi
Untuk hiasan:
Daun bawang, bijan dan radish
Cara Memasak:
Tanak bahan A seperti nasi biasa dalam periuk nasi elektrik. Biarkan menyejuk sebelum digunakan.
Dalam kuali leper, tumiskan bahan B sehingga cukup lembut. Biarkan menyejuk.
Dalam mangkuk besar gaulkan nasi bersama bahan tumis B, salmon dan seaweed yang dihancurkan.
Gunakan 6 kepingan Anchor Cheese Slices untuk dijadikan bentuk bebola. Salutkan dengan campuran nasi dan ikan salmon. Padatkan dan bentukkan bebola besar.
Letakkan bebola nasi atas loyang pembakar dan letakkan sekeping Anchor CheeseSlices atas setiap satu bebola. Bakarkan dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 200C atau sehingga keju cair dan keperangan.
Hidangkan dengan sos mayo wasabi dan hiaskan dengan daun bawang, bijan dan radish.
MAC AND CHEESE SAMBAL TEMPE
BAHAN-BAHAN:
200gm Anchor Cheese Slices
200gm Anchor Cheese Slices | dihiris kasar
2 ½ cawan Anchor Cooking Cream
1 ½ cawan Anchor Susu UHT
½ cawan Anchor Butter (Unsalted)
450g pasta elbow, dimasak ikut arahan paket
½ cawan tepung gandum
Secubit garam
Lada hitam
Sambal Tempe
Bahan tumbuk:
1 biji tomato, dipotong dadu
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah kecil
2 biji cili api
1 paket tempeh, dipotong dadu dan digoreng garing
Gula dan garam secukup rasa
Untuk hiasan:
Cili merah, ketumbar
CARA MEMASAK:
Dalam kuali tumiskan bahan tumbuk dengan minyak secukupnya sehingga lembut. Kisarkan dan gaulkan bersama tempeh dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Dalam periuk, cairkan Anchor Unsalted Butter. Masukkan tepung gandum sekali gus dan masak sambil mengacau sehingga bau tepung menghilang. Masukkan Anchor Susu UHT sambil mengacau. Masukkan Anchor Cooking Cream dan reneh sehingga memekat. Tutupkan api. Gaulkan bersama sambal tempeh yang disediakan di langkah 1 dan Anchor CheeseSlices yang dihiris kasar.
Gaulkan bersama pasta yang telah dicelur. Tuangkan dalam loyang tahan haba. Susunkan Anchor Cheese Slices atas permukaan. Bakarkan dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 200C untuk 15 minit atau sehingga keju cair dan mula menjadi keperangan.
Jeruk buah-buahan terutamanya mangga, memang sedap. Jika dibeli kebanyakannya menggunakan bahan pengawet supaya jeruk yang dihasilkan tahan lama. Namun ia tidak bagus untuk kesihatan. Bagi anda yang terasa nak makan, boleh hasilkan sendiri dan cuba resipi perkongsian saudari Nor Shakinah Md Zainal ni. Mudah dan memang tak guna sebarang pengawet berbahaya. Selamat mencuba!
JERUK MANGGA EPAL
BAHAN-BAHAN:
1 plastik buah mangga epal ( RASA: Anggaran dalam 15-20 biji)
2 genggam garam kasar
1 sudu makan kapur makan – dibancuh dengan air
1 kg gula
3 cawan air
2 balang plastik besar
CARA PENYEDIAAN:
1. Basuh buah mempelam dan potong ikut kreativiti. Lebih sedap jika dikupas kulit. Basuh sekali lagi dan toskan airnya.
2. Isi hirisan mempelam dalam balang dan masukkan garam kasar anggaran 1 genggam untuk satu balang besar seperti dalam gambar. Peram semalaman dalam peti sejuk. Esoknya, sejatkan air.
3. Isikan kembali mempelam dalam balang. Buat air kapur. Ambil 1 sudu makan kapur dan bancuh dengan air. Jumlah air anggaran tenggelam buah. Tuang dalam balang. Peram selama 6- 12 jam.
4. Untuk kuantiti mempelam sebanyak 1 plastik tadi, guna 1 kg gula dan masak dengan 3 cawan air. Jika nak lebih air pun boleh. Setelah gula larut, sejukkan.
5. Ambil mempelam yang direndam air kapur, basuh bersih dan toskan airnya. Isikan ke dalam balang dan masukkan air gula. Tidak mengapa jika mempelam tidak tenggelam kerana nanti buah tadi akan berair sendiri.
6. Hasil mempelam yang direndam dengan air gula. Simpan dalam peti sejuk semalaman sebelum boleh dinikmati pada keesokan harinya.
Bebola Kentang Cheese, snek ringkas yang sangat mudah untuk disediakan untuk suami dan anak-anak. Boleh dinikmati bila-bila masa, hidangan ini ternyata tidak sukar disediakan. Hanya memerlukan beberapa bahan yang mudah didapati. Nak cuba? Saudari Fia Sofia ada kongsikan resipinya. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA MEMASAK: 1. Kupas ubi kentang kemudin rebus sehingga empuk. 2. Lenyek ubi kentang sehingga halus. Masukkan bahan perasa dan gula. Sebatikan. 3. Bulatkan ubi kentang ikut saiz kesukaan kemudian leperkan guna tangan. Isikan kepingan keju kemudian bulatkan jadi bentuk bebola. Lakukan hingga habis.
4. Masukkan bebola kentang ke dalam bancuhan telur kemudian salutkan dengan serbuk roti. 5. Ulang langkah 4 sekali lagi agar lapisan lebih tebal dan kentang tidak mudah pecah semasa digoreng. 6. Goreng bebola kentang di dalam minyak panas. Gunakan api yang sederhana sehingga bebola kentang menjadi kekuningan.
7. Angkat, toskan minyak dan sedia untuk dinikmati.