Sedapnya Kuih Kaswi / Kosui Gula Merah ni. Lembut, lemak manis dan makan pula dengan kelapa parut, memang buka selera. Bagi anda yang nak cuba belajar buat kuih ni, resipi Kuih Kaswi Gula Merah perkongsian saudari NorDiana Mat Desa ni antara yang terbaik yang boleh dicuba. Resipi ni memang lembut dan bergoyang. Bila dah sejuk pun masih lembut. Pasti puas hati. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

 

RESIPI KUIH KASWI / KOSUI GULA MERAH

Resipi Kuih Kaswi Gula Merah, Mudah Buat Untuk Minum Petang

BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung gandum beli online disini
1/2 cawan tepung ubi beli online disini
1 sudu air kapur (secubit kapur + sesudu air kapur yang siap dibancuh) beli online disini
1 cawan gula merah beli online disini
1 helai daun pandan
3/4 cawan gula pasir beli online disini
5 cawan air
Kelapa parut – ambil bahagian putih sahaja
Sedikit garam garam 

CARA MEMASAK:
1. Larutkan gula pasir dan gula merah dengan 2 cawan air. Masak atas api sekejap untuk hancurkan gula. Letak daun pandan untuk aroma. Bila gula telah larut, biarkan sejuk.
2. Dalam bekas berasingan, campurkan tepung gandum, tepung ubi dan air kapur bersama 3 cawan air. Sebatikan.
3. Kemudian masukkan air gula yang dimasak tadi. Kacau sebati dan tapis.
4. Guna adunan ke dalam loyang bersaiz 8×8.
5. Kukus adunan kuih selama 30 – 40 minit.
6. Bila Kuih Kaswi telah masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong.

Resipi Kuih Kaswi Gula Merah, Mudah Buat Untuk Minum Petang
7. Gaul kelapa parut bersama sedikit garam. Kemudian kukus sekejap supaya kelapa tahan lama dan lambat basi.

IKLAN

Resipi Kuih Kaswi Gula Merah, Mudah Buat Untuk Minum Petang
8. Gaulkan potong Kuih Kaswi bersama kelapa parut. Sedia untuk dinikmati.

Resipi Kuih Kaswi Gula Merah, Mudah Buat Untuk Minum Petang

 

TIP UNTUK POTONGAN KUIH KASWI YANG CANTIK

  • Tunggu kuih betul-betul sejuk sebelum dipotong.
  • Potong guna pisau plastik yang telah disapu dengan sedikit minyak.

Resipi Kuih Kaswi Gula Merah, Mudah Buat Untuk Minum Petang

IKLAN

Kredit resipi & foto: NorDiana Mat Desa

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Mudah Bebenor! Resipi Tumis Ayam Serai Paling Sedap

IKLAN

Resipi Udang Masak Berempah Tersedap. ‘Confirm’ Tak Menyesal Cuba

Petua Adun Tepung Untuk Masak Cendawan Goreng Yang Sedap

Buat Kek Guna Resipi Dari Buku BM Darjah 2. Sedap & Memang Menjadi

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

https://www.youtube.com/watch?v=qnu3h8RKTBs

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI