Dalam satu hari kita memerlukan 25gram serat, bersama dengan satu mangkuk oat. Malah makanan kaya serat ini juga mudah diperolehi dan murah harganya. Oleh itu jangan abaikan info tentang kebaikan oat yang RASA kongsikan ini.

 

Ini 4  Fakta Tentang Oat Perlu Korang Tahu, Nak Cantik & Sihat Kena Baca!

HIDUP SIHAT

Kajian juga mendapati seseorang yang mempunyai kolestrol tinggi jika mengambil tiga gram serat setiap hari mampu mengurangkan kadar kolestrol sehingga 8-23 peratus. Sebagai info satu cawan oat bersamaan  empat gram serat. Amalan pengambilan oat secara berterusan sangat berkesan mengurangkan tekanan darah tinggi dan membantu menstabilkan kandungan gula dalam badan.

Penghidap Diabetes II, berpunca dari kandungan gula dalam darah yang tinggi yang disebabkan oleh penurun sensitiviti terhadap insulin hormon. Langkah mudah dan murah untuk mengurangkan paras gula, terutama kepada anda yang menghidap diabetes jenis ini adalah dengan cara pengambilan oat secara rutin dan meningkatkan semula sensitiviti pada insulin.

IKLAN

Oat kaya serat larut dan tidak larut, serat larut boleh membantu menurunkan kadar kolestrol dan menstabilkan  tahap glukosa darah. Sementara kandungan serat tidak larut membantu mengurangkan sembelit, meningkatkan kesihatan usus dan melancarkan proses pencernaan.

 

Ini 4  Fakta Tentang Oat Perlu Korang Tahu, Nak Cantik & Sihat Kena Baca!

 DIET  MURAH

IKLAN

Kajian di Australia mendapati kandungan  beta-glucan  dalam oat mampu mengawal hormon rasa lapar, ini menjadikan anda kenyang lebih lama. Kepada anda yang ingin berdiet, info ini perlu diberi perhatian. Satu perkara lagi, jangan elak karbohidrat bila ingin menurunkan berat badan, kerana bijirin tinggi serat ini sangat membantu kerana pengambilan oat membantu anda berasa kenyang lebih lama. Semangkuk oat yang dimasak sangat baik dijadikan menu makan  malam yang sihat.

TIDUR  BERKUALITI

Oat sebenarnya bukan hanya sesuai diambil sebagai sarapan, malah oat juga baik sebagai hidangan makan malam. Ini kerana oat mengangdunin melatonin dan complex carbohydrates termasuk kaya  dengan pelbagai vitamin seperti B6 yang menggalakkan tidur lebih nyenyak dan  berkualiti.

Ini 4  Fakta Tentang Oat Perlu Korang Tahu, Nak Cantik & Sihat Kena Baca!

IKLAN

 CANTIK SEMULAJADI

Kajian dari FDA Amarika Syarikat ada menyebut Oat berkesan menghilangkan kekeringan dan peradangan, termasuk sengatan serangga, ruam, dan eksim. Pakar dermatologinya Dr. Army Erchsler mengatakan empat fakta tentang kecantikan  kulit.  Pertama  oat boleh mengatasi masalah kulit kering kerana kandungan polisakrida mampu menjadi pelindung terbaik pada kulit, mencegah kulit kusam, kering, serta bersisik. Secara tidak langsung ia juga melembabkan kulit.

Kandungan proteinnya pula membanatu melewatkan proses penuaaan dan pembersih secara semulajadi semulajadi serta menghilangkan kotoran dan minyak dari pori-pori  hanya dengan menggunakan masker  oat yang anda sediakan sendiri. Hasilnya kulit menjadi bersih dan cerah.

Mulai hari ini bila sebut oat jangan pulak korang kembang tekak ye, kerana bijirin gandum yang murah ini adalah sahabat baik untuk anda kekal sihat dan cergas sepanjang hari.  Apa kata kita mulakan dengan sarapan pagi dengan memasukkan oat dalam secawan susu panas.

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI