Jom cuba buat Terung Goreng Rangupperkongsian saudari Umi Watie ni. Nampak sangat sedap dan membuka selera. Biasanya kalau nak makan sayur celup tepung begini, kena bercuti ke Cameron Highlands. Disana banyak sayur yang digoreng sebegini. Kali ini bolehlah cuba masak sendiri di rumah. Sedap! Bak kata empunya resipi, rasanya seakan ayam. Bagi yang tak makan sayur pun, tak akan perasan. Ralit je mengunyah. Ha… Best kan? Jom lah cuba. Anda pasti suka.
Lauk kari di negeri belah Utara, dikenali juga sebagai gulai. Tak kisahlah kari ikan , ayam daging, kari memang berpisah tiada. Bagi siapa nak buat kenduri kecil Ahad ni boleh lah try resipi dari Che Nuri ni.
Che Nuri Azmi, pemilik Restoran Sajian Utara, Petaling Jaya
Menu ‘hangat’ seperti gulai kawah daging dengan batang pisang pastinya menjadi sajian hebat di majlis penuh makna ini. Che Nuri Azmi dari Restoran Sajian Utara, Petaling Jaya mempamerkan kehebatannya dalam resipi kenduri dari negeri-negeri belah utara .
1.KARI IKAN UTARA
BAHAN-BAHAN:
6 kilo ikan Senangin
3 liter santan
18 sudu makan rempah kari ikan
3 sudu makan serbuk cili
3 sudu makan halba campur
5 tangkai daun kari | lurutkan dari tangkai
15 batang kacang bendi
4 biji tomato | belah empat
1 cawan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air jika perlu
1 cawan minyak masak
BAHAN KISAR:
20 ulas bawang merah | hiris halus
2 biji bawang putih | hiris halus
10 cm halia mudah | hiris halus memanjang
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak dalam periuk,tumiskan halba campur bersama daun kari hingga wangi. 2. Masukkan rempah kari yang dicampur dengan serbuk cili dengan air. Tumis hingga pecah minyak. 3. Masukkan aira asam jawa, diikuti santan, kemudian biarkan hingga kuah mereneh. 4. Masukkan ikan, setelah ikan masak, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. 5. Sebelum angkat, masukkan kacang bendi dan tomato. 6. Tutup api, kari sedia dihidankan.
INFO CHEF: Selain kacang bendi boleh juga masukkan terung bulat dan hirisan cili hijau. Saiz hidangan: 45 orang. Masa memasak:45minit. Cara memasak : Tumis dan reneh. Jenis masakan : Sayur. Keistimewaan: Kari yang enak dan tidak begitu pedas.
2. KARI AYAM
BAHAN-BAHAN:
5 kg ayam | potong sederhana
10 biji kentang | kupas dan belah empat
2 liter santan
15 sudu makan rempah kari daging
4 sudu makan serbuk cili
5 tangkai daun kari | lurut dari tangkai
1 cawan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
1 cawan minyak untuk menumis
REMPAH PENUMIS:
3 batang kulit kayu manis
5 kuntum bunga lawang
10 kuntum bunga cengkih
10 biji buah pelaga
BAHAN KISAR:
3 biji bawang besar
10 ulas bawang merah
20 ulas bawang putih
8cm halia
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak dalam periuk, kemudian tumiskan rempah penumis bersama daun kari hingga wangi. 2, Masukkan rempah kari yang telah dibancuh dengan sedikit air bersama serbuk cili. 3. Kacau rata hingga pecah minyak, masukkan air asam, kemudian diikuti ayam. Kacau lagi, kemudian biarkan seketika hingga isi ayam kecut. 4. Tambahkan santan, Setelah mereneh masukkan kentang. 5. Biarkan mereneh atas api sederhana sehingga kentang dan ayam empuk. 6. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. 7. Tutup api dan kari ayam sedia dihidangkan.
INFO CHEF:Jika kuah kari agak pekat boleh tambahkan sedikit air panas sebelum diperasakan dengan garam dan gula. Saiz hidangan: 40 orang. Masa memasak:45 minit . Cara memasak : Tumis dan reneh. Jenis masakan : Lauk pauk. Keistimewaan: Kari yang sedap dan tidak terlalu pedas.
3. GULAI TULANG IKAN MASIN TUMIS DARAT
BAHAN-BAHAN:
5 kg tulang ikan masin | potong sederhana
4 batang lobak merah | potong serong
5 biji terung bulat | belah enam
1 biji nanas | buang kulit dan potong sederhana
10 batang kacang panjang | potong 3-4cm panjang
5 biji kentang | belah empat
3 liter santan
1.5 liter air
15 sudu makan rempah kari ikan
BAHAN TUMIS DARAT:
5 sudu makan halba campr
5 biji bawang besar | hiris halus
20 ulas bawang putih | hiris halus
9cm halia muda | hiris halus
5 tangkai daun kari | lurut dari tangkai
1 cawan minyak masak
CARA MEMASAK: 1. Bancuh rempah kari dengan air kemudian masukan tulang ikan masin dan renehkan. 2. Setelah mendidih masukkan kentang, lobak merah dan terung, biarkan hingga kentang empuk. 3. Seterusnya masukkan kacang panjang, hirisan nanas dan santan. 4. Setelah mendidih, perasakan dengan garam dan gula jika perlu (ini kerana ikan masin sudah masin). 5. Setelah cukup rasa. Tutup api. 6. Sementara itu, panaskan minyak dalam kuali, tumiskan halba campur dengan api kecil kemudin masukkan hirisan bawang besar, bawang putih dan halia. 7. Apabila bawang sudah kekuningan, masukkan daun kari dan tutup api. 8. Akhir sehali tuang bahan tumisan ini dalam periuk kari tulang ikan masin tadi. Kemudian segera tutup periuk bagi mengekalkan keharuman bahan tumisan,
INFO CHEF: Antara tulang ikan masin yang sesuai digunakan adalah tulang ikan merah, tulang ikan talang dan boleh juga guna ikan duri. Terserah pada cita rasa.
Saiz hidangan: 50 orang. Masa memasak:40 minit . Cara memasak : Reneh dan tumis. Jenis masakan : Lauk pauk. Keistimewaan: Kari yang sedap dan tidak terlalu pedas.lembut.
4. GULAI KAWAH DAGING DENGAN BATANG PISANG
BAHAN-BAHAN:
5 kg daging | hiris nipis dan lebar
5 batang umbut kelapa Potong memanjang
1 paket rempah kari daging saiz sederhana
5 sudu makan serbuk cili
1 cawan kerisik
10 tangkai daun kari | lurut dari tangkai
1 cawan air asam jawa
2.5 liter santan
Garam dan gula secukup rasa
1 1/2 cawan minyak masak
REMPAH PENUMIS:
4 batang kulit kayu manis
8 kuntum bunga lawang
15 biji buah pelaga
15 biji bunga cengkih
BAHAN KISAR:
3 biji bawang besar
20 ulas bawang merah
20 ulas bawang putih
8cm halia muda
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan rempah penumis bersama dengan bahan kisar serta daun kari. 2. Kacau rata hingga wangi baru masukkan campuran rempah kari dengan serbuk cili yang dibancuh dengan sedikit sehingga menjadi pes. 3. Terus kacau hingga rempah masak dan timbul minyak. 4. Masukkan daging yang telah dicuci bersih, gaul rata dan biarkan sehingga daging kecut. 5. Masukkan air dan biarkan mereneh hingga daging empuk. 6. Apabila daging empuk, masukkan umbut pisang, santan dan air asam jawa. 7. Biarkan mereneh hingga umbut pisang empuk. 8. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. 9. Selepas beberapa minit, tutup api. Gulai sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Selain umbut pisang boleh juga guna umbut kelapa. Daging juga boleh tukar dengan ayam. Terpulang pada cita rasa. …………. Saiz hidangan: 50 orang. Masa memasak:1 jam. Cara memasak : Tumis dan reneh. Jenis masakan : Lauk pauk. Keistimewaan: Enak rasa lemak dan tidak pedas.
Terima kasih :RESTORAN SAJIAN UTARA ,18, Jalan SS 5b/4, Ss 5, 47301 Petaling Jaya, Selangor
Sesetengah dari kita ada yang alah terhadap cuka buatan / tiruan. Asal makan je, pasti perut rasa sakit. Jadi, cuba resipi Cili Jeruk homemade perkongsian saudari Norashikin Bt Hasan ni. Menurut beliau, resipi cili jeruk ni menggunakan bahan organik seperti cuka epaldan madu sahaja. Malah boleh juga ganti dengan cuka delima. Hasilnya, cili jeruk yang dihasilkan mempunya rasa lebih sedap, rangup dan peram dalam 5 jam sahaja dah boleh makan. Malah jika simpan selama beberapa hari pun, tekstur cili jeruk masih rangup dan sedap. Bestkan? Jom cuba!
CILI JERUK HOMEMADE TANPA GUNA CUKA TIRUAN
BAHAN-BAHAN:
Cili hijau secukupnya – dipotong bulat atau serong ikut citarasa
3 sudu makan madu asli
1 cawan cuka epal
Air suam secukupnya
Garam asli
CARA MEMASAK:
1. Masak air dalam cerek hingga mendidih. Pada masa yang sama, potong cili ikut bentuk yang dikehendaki.
2. Letak cili dalam bakul berlubang dan basuh. Alirkan air supaya biji cili boleh keluar.
3. Masukkan potongan cili ke dalam mangkuk atau bekas dan tuang air panas. Biar terendam dalam 10-15 minit. Toskan.
4. Dalam botol kaca atau bekas bersesuaian, bancuh madu bersama cuka epal. Kacau hingga sebati.
5. Masukkan hirisan cili hijau yang telah direndam air panas tadi. Mampatkan.
6. Tambah air suam anggaran 1/4 dari kandungan botol. Tambahkan juga secubit garam asli/Himalaya/pink. Tabur dalam botol atau bekas berisi cili tadi.
7. Tutup botol dan goncang untuk melarutkan garam.
Nanas Goreng Viral ni mula disebut-sebut bila ada peniaga dari Kelantan yang menjualnya. Unik dan tersendiri. Biasanya kalau petang-petang begini, ramai yang menjual pisang goreng, cempedak atau keropok goreng. Nak cuba? Saudari Hanita Muhamad ada kongsikan resipinya. Jom cuba.
CARA MASAK NANAS GORENG CRISPY
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung beras (sukat guna cawan teh)
2 sudu makan tepung jagung
1 sudu teh air bancuhan air kapur
1 biji telur
Sedikit gula
Sedikit garam
Air – jangan terlalu banyak
Sedikit pewarna kuning telur
Hirisan nanas secukupnya (INFO RASA: Sebaiknya guna nanas madu yang mengkal supaya gorengan tidak terlalu berair)
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan ( kecuali nanas) dan adun sebati.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit. Kacau sebati dan pastikan adunan tidak terlalu cair.
3. Panaskan minyak masak dengan banyak.
4. Celup hirisan nanas yang dipotong kecil ke dalam bancuhan tepung tadi.
5. Goreng dalam minyak panas selama 2-3 minit atau sehingga tepung garing. (INFO RASA: Jangan goreng terlalu lama kerana gorengan nanas akan jadi berminyak dan kecut.)