Jom buat Granola Barhomemade! Terdapat pelbagai jenis snek dan makanan ringan yang dijual di pasaran. Namun semuanya bergantung pada kita untuk membuat pilihan yang bijak. Jika anda dan anak-anak sukakan snek, boleh cuba resipi Granola Bar perkongsian saudari Sumaiyah Abdullahni. Mudah, sedap dan boleh kawal kandungan gula, pewarna dan tanpa pengawet. Malah ia juga lebih sihat kerana menggunakan oat dan bahan-bahan sunah seperti kismis, kekacangdan banyak lagi. Anda juga boleh oleh bahan-bahannya ikut citarasa masing-masing. Jom cuba!
1. Bila oat dan kekacang siap dibakar, masukkan kesemua bahan ke dalam kuali dan gaul sebati menggunakan api perlahan. Gaul seperti membuat biskut cornflakes madu untuk raya.
Ads
2. Apabila semua bahan dah sebati, masukkan campuran bahan-bahan tadi ke dalam bekas segi empat yang bersesuaian dengan ketebalan Granola Bar yang anda kehendaki.
3. Tekan-tekan menggunakan sudu supaya campuran oat tadi menjadi padat. Kemudian masukkan ke dalam peti sejuk selama 20-30 minit.
4. Bila Granola Bar sudah sejuk, keluarkan dan potong empat segi atau apa-apa bentuk yang dikehendaki.
Mayones biasanya dihasilkan dengan cara mengisar telur bersama minyak. Namun jika anda kurang gemar mayones yang sebegitu kerana berbau hanyir, boleh cuba hasilkan maoyones yang dimasak ini. Memang tidak hanyir.
BAHAN-BAHAN:
5 biji telur putih
1/3 sudu kecil jus lemon | boleh ganti dengan 1/3 sudu kecil cuka
Garam dan gula secukup rasa | yang ni kena pandai ubah suai mengikut citarasa sendiri
CARA MEMASAK:
Masukkan semua bahan ke dalam pengisar dan kisar sampai halus.
Panaskan kuali dan masukkan bahan-bahan kisar tadi. Masak hingga likat, pekat berkilat. Guna api yang sangat kecil bagi memastikan mayones anda menjadi.
Setelah mayones pekat, padamkan api dan sejukkan. Simpan di dalam bekas yang bersesuaian.
Donut peha ayam, jangan terkejut pulak. Rupanya aje yang macam peha ayam, tepi ia masih lagi kuih donut sebenarnya. Siap ada pemegang, memudahkan untuk dimakan.
Paling best resipi ini disalut pula coklat rice memang sedaplah. Kegebuan dan kelembutannya tetap ‘terpelihara’ walaupun rupanya nampak lain.
BAHAN-BAHAN :
BAHAN A:
1/2 cawan air suam
1 sudu makan gula
6gm yis
( Biarkan selama 1 jam sampai yis mengembang)
BAHAN B:
500gm tepung gandum
2 biji kuning telur
30gm margerin
30gm shortening
5gm ovalette
1 biji ubi kentang kecil | rebus & lecek
1/2 sudu teh garam
BAHAN C ( KRIM):
250gm shortening
50gm margerin
1 sudu makan gula
Sedikit garam
( satukan semua bahan dan pukul)
Coklat rice secukupnya
CARA MEMASAK:
Campur bahan A bersama tepung. Uli seketika.
Kemudian masukkan ubi kentang, marjerin, shortening dan ovalette. Uli lagi.
Masukkan kuning telur serta garam. Uli hingga sebati dan sempurna. Biarkan doh naik 2 kali ganda dalam 1 jam.
Bahagiakan doh kepada 10-14 bahagian dan bulatkan. Cucuk doh pada lidi dan bentukkan menjadi seakan bentuk paha ayam. Tabur tepung supaya doh tidak melekat.
Biarkan donut selama 30 minit sebelum digoreng menggunakan api perlahan sehingga masak.
Sejukkan donut dan sapukan krim serta coklat rice dengan secukupnya. Sedia untuk dinikmati.
Sedap Murtabak Daging ni. Makan panas-panas dicicah pula dengan kuah kari atau cuka bawang, memang berselera. Maklumlah, sekaranmg ni harga barang semua mahal. Andai beli, sekeping dalam RM4.00. Kalau anak ramai, memang tak cukup dan tak puas makan. Jadi jom cuba buat sendiri guna resipi mudah perkongsian saudari Yanie Mansor. Sangat mudah dan enak!