Kuih muih tradisi memang disukai ramai. Lemak, lembut, manis yang sedang elok, memang tak jemu. Bagi penggemar sajian kuih tradisional, kuih talam terdiri daripada pelbagai jenis. Semuanya enak-enak belaka. Dikongsikan resipinya. Bolehlah cuba nanti.

Kuih Talam Pelbagai Jenis Yang Disukai Ramai

TALAM GULA MERAH

BAHAN-BAHAN:

(LAPISAN BAWAH)

CARA MEMASAK:

1.Sapukan loyang dengan minyak masak dan lapikkan dengan plastik. Ketepikan.

2.Secawan gula merah masak bersama secawan air. Ketepikan.  Jika suka manis, boleh tambah sedikit gula putih.

3.Air gula merah satukan dengan air biasa jadikan 3 cawan air. Jangan lebih.

4.Satukan kesemua tepung, air kapur, kicap dan gula pasir jika nak tambah. (Saya memang pakai gula merah je.)

5.Tapiskan. Masukkan dalam kuali. Kacau sehingga naik wap. Jangan sampai pekat.

6.Masukkan ke dalam loyang dan kukus 15 – 20 minit dengan api agak besar.

(LAPISAN ATAS)

  • 2 ½ cawan santan pekat (Jangan pekat sangat. Tambah air kalau santan pekat sangat)
  • 1 ½ cawan tepung – Boleh beli online di sini
  • 1 sudu kecil garam (atau secukupnya)

CARA MEMASAK:

1.Satukan semua bahan dan kacau sebati. Tapiskan.

2.Kemudian, masukkan dalam kuali dan kacau sehingga naik wap.

3.Tuang di atas lapisan gula merah tadi.

4.Kukus lagi selama 25 minit atau sehingga masak.

5.Sejukkan dan boleh potong dengan pisau plastik.

Kredit: Shakinah Zainal

Kuih Talam Pelbagai Jenis Yang Disukai Ramai

 

TALAM KELEDEK

BAHAN-BAHAN:

(LAPISAN BAWAH)

(LAPISAN ATAS)

IKLAN

**Kisarkan kesemua bahan di atas.

CARA MEMASAK:

1.Kisarkan semua bahan lapisan bawah.

2.Kukus keledek yang dipotong dadu hingga lembut.

3.Kemudian, campurkan keledek dengan adunan tepung siap kisar tadi.

4.Lapik loyang 7 inci dengan plastik dan digris dengan minyak. Boleh mula dikukus selama 25 minit.

5.Kemudian, kisarkan semua bahan lapisan atas.

6.Selepas 25 minit, keluarkan loyang. Carik-carik dengan garpu permukaan kuih.

7.Terus masukkan adunan lapisan atas tadi. Kukus lagi 25 minit hingga masak.

8.Tutup api dan sejukkan.

9.Selepas sejuk, bolehlah dipotong. Guna pisau plastik yang disapu minyak.

10.Siap. Sedia untuk dihidangkan.

Kredit: Mizah Ngatiman

Kuih Talam Pelbagai Jenis Yang Disukai Ramai

TALAM PANDAN

BAHAN-BAHAN:

IKLAN

(Lapisan Bawah)

CARA MEMASAK:

1.Kisar daun pandan dengan air. 

2.Kemudian, tapis dan ambil airnya sahaja. Secawan air pandan bikin aroma menawan.

3.Isi tepung penuh secawan. Cawan inilah guna sukatan untuk semua bahan.

4.Masukkan semua bahan dalam mangkuk besar dan kacau.

5.Godak semua bahan sehingga semuanya sebati. Sehingga tiada tepung yang berketul-ketul.

6.Selepas kesemua bahan tersebut larut, tapiskan ke dalam bekas lain untuk buang saki baki tepung yang berketul atau jika ada bendasing dalam adunan.

7.Sediakan loyang 10×10 inci. Lapikkan dengan plastik. Sekiranya tak mahu lapik dengan plastik, bolehlah sapu permukaan loyang dengan minyak dahulu.

8.Panaskan pengukus yang telah berisi air.  

9.Tuang adunan pandan ke dalam loyang. Kukus di dalam pengukus yang telah pun sedia mendidih airnya selama 20 minit. Api jangan terlalu besar, jangan terlalu kecil. Sederhana sudah memadai.

BAHAN-BAHAN:

(Lapisan Atas)

CARA MEMASAK:

1.Masukkan kesemua bahan, kacau dan tapis siap-siap.

2.Apabila adunan lapisan bawah telah cukup 20 minit, terus masukkan ke dalam loyang. Tak perlu turunkan kukusan, terus tuang sahaja. Berhati-hati ye.

IKLAN

3.Kukus lagi selama 20 minit.

4.Selesai cukup tempoh 20 minit, buka penutup pengukus. Jika ada air di dalam loyang, mengiringkan supaya senang air itu diceduk dan dibuang.

5.Dah siap. Tunggu kuih sedikit sejuk, barulah dipotong.

6.Adunan ni jadi lembut dan kenyal-kenyal saja. Sedap sangat. Selamat mencuba!

Kredit: Lia Yob Ibrahim

Kuih Talam Pelbagai Jenis Yang Disukai Ramai

TALAM SAGU

BAHAN LAPISAN BAWAH:

CARA MEMASAK: 

  1. Oles loyang dengan sedikit minyak dan ratakan sagu tanpa perlu tekan. Ia bertujuan supaya bagi ruang pada sagu untuk mengembang.
  2. Boleh tambah sedikit air dalam sagu supaya bila sejuk, sagu tidak liat.
  3. Kukus sagu sehingga masak. Masa kukus tidak lama sangat, cukup hingga sagu bertukar rupa.
  4. Sebelum letak lapisan atas, cakar-cakar sedikit permukaan sagu supaya lapisan atas senang melekat.

NOTA: Sukatan sagu agak-agak sahaja ikut saiz loyang yang digunakan. Jangan terlalu penuh nanti tiada ruang untuk letak lapisan atas.

  • BAHAN LAPISAN ATAS:
  • 1 cawan tepung (tepung gandum + 2 sudu makan tepung ubi) beli online disini
  • 2 sudu makan tepung jagung beli online disini
  • 3 cawan santan (santan pekat + air. Lemak terpulang. Nak guna
  • santan sama banyak dengan air pun boleh. Empunya resipi tak suka terlalu lemak. Nisbah yang digunakan adalah 1:2) beli online disini
  • Sedikit garam- untuk menaikkan rasa lemak

CARA MEMASAK:

1.Satukan semua bahan dan adun hingga larut. Tapis jika tepung berketul.
2. Masak guna api perlahan dan kacau hingga naik wap sedikit. Jangan biarkan tepung berketul.
3. Bila sudah siap, tuang ke atas sagu yang telah dikukus tadi.

  1. Kukus sekali lagi dalam 10 minit atau hingga kuih betul-betul masak. Sejukkan sebelum dipotong.
  2. Kuih Talam Sagu siap untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Harum Wangi

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Resipi Sambal Ikan Masin Pembuka Selera, Bertambah Nasi Dibuatnya

Kak Mas Kongsi Resipi Pajeri Nanas Sedap & Kuah Pekat Tanpa Guna Santan

Koleksi Resipi Sajian Makan Malam Ala Gerai Masakan Panas

Resepi Kuey Teow Sup Chinese Style. Sedap & Masak Pun Mudah

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI