Sedapnya Kuey Teow Sup Chinese Style ni. Nak masak pun sangat mudah. Dalam masa 30 minit dah boleh siap masak. Tak ada kuey teow dekat rumah? Jangan susah hati. Boleh sahaja gantikan dengan bihun, suhun, mi kuning atau mi kering. Memang sedap dan layan habis! Resipi yang dikongsi oleh saudari Nurul Afidah Catalyst ini sesuai dijadikan sajian keluarga pada bila-bila masa. Pasti kena dengan selera. Jadi selamat mencuba!
CARA MASAK KUEY TEOW SUP CHINESE STYLE YANG SEDAP
BAHAN SUP: Ayam bahagian dada 1 inci halia – potong nipis Bebola ikan secukupnya 1/2 kiub pati ayam – beli online disini 1/2 kiub pati bilis – beli online disini 2 sudu makan minyak zaitun – boleh abaikan jika tiada Garam & air secukupnya
BAHAN-BAHAN LAIN: Kuetiau – basuh bawah air mengalir @ bihun dicelur Sayur Pak Choy – belah 4 bahagian (cuci bersih dan celur dalam sup sekejap) Daun sup & daun bawang secukupnya – potong kecil 2-3 keping kek ikan (fish cake) – goreng & potong nipis Isi ayam yang dicarik Minyak bawang putih (tumbuk halus bawang putih & goreng api perlahan) – resipi MINYAK BAWANG PUTIH Cili potong + kicap (nak lagi sedap cili tu potong dan goreng sekejap baru masukkan kicap masin & manis)
IKLAN
CARA MEMASAK: 1.Masak ayam bersama halia dan air. Paras air menutupi ayam dan masak sehingga air mendidih dan ayam separuh masak. 2.Masukkan kiub pati ayam, kiub pati bilis, minyak zaitun dan bebola ikan. 3. Tambah air dengan secukupnya dan perasakan dengan garam dengan secukup rasa. 4. Teruskan masak sehingga air mendidih dan ayam betul-betul masak. 5. Semasa kuah sup mendidih, celup sayur Pak Choy dan celur sekejap. Angkat dan toskan. 6. Bila sudah siap mencelur sayur, keluarkan isi ayam dan toskan. Kemudian carik hingga halus. 7. Isi kuetiau di dalam mangkuk, tambahkan bahan-bahan lain dan tuang kuah sup. Sedia untuk dinikmati.
Kalau nak buat sup sedap melampau, bahagian tulang, perut, kaki dn ekor lembu memang padu kalau dimasak sup selain dagingnya. Anda boleh juga masukkan sedikit daging di dalamnya di samping bahagian lain yang anda ingingkan tu.
Selain rempah ratus, reneh tu biar lama sikit. baru meresap rempah ratusn. Nak hirup begitu pun sedap aje. Jom cuba buat…slurrphh kuahnya
1. SUP PERUT
.
BAHAN-BAHAN:
1kg perut lembu
4 biji bawang besar | dimayang
10 biji bawang merah | ditumbuk
5 ulas bawang putih | ditumbuk
2.5cm halia | diketuk
3 sudu makan rempah sup
2 keping asam gelugor
2.5cm kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
4 sudu makan lobak jeruk
Garam secukup rasa
Serbuk perasa secukupnya
4 sudu makan minyak masak
1 liter air
CARA MEMASAK: 1. Perut lembu dibersihkan dan direbus selama sejam. Selepas itu potong kecil memanjang. Ketepikan. 2. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bahan-bahan yang dimayang dan ditumbuk sehingga kekuning-kuningan. Angkat dan ketepikan. 3.Selepas itu masukkan rempah sup dan kacau sehingga pecah minyak. 4. Kemudian masukkan air dan kacau. Biarkan mendidih. 5. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa secukupnya. Angkat. 6. Ketika menghidang, masukkan kesemua bahan yang digoreng bersama minyak ke dalam sup perut yang hampir masak. masukkan serbuk perasa dan hidangkan. Untuk menambahkan lagi keenakan sup perut tambahkan tauge,daun bawang, daun sup serta lobak jeruk
Kredit : resepi masakan terkini
2. SUP EKOR ALA THAI
.
BAHAN-BAHANNYA:
1 kg ekor lembu
3 sudu besar kicap sotong
3 sudu besar cili kisar
3 batang serai
5 helai daun limau purut
2 sudu bawang besar
15 tangkai cili padi }di belah dua
3 sudu besar minyak masak
2 biji limau nipis
3 biji tomato
CARA MEMASAKNYA: 1. Tumis cili kisar dan masukkan serai yang telah di titik. Kacau sampai garing dan masukkan kicap sotong ,kemudian masukkan air dan ekor lembu. Masak hingga ekor lembu empuk kemudian masukkan garam dan serbuk perasa. 2. Masukkan cili padi,tomato dan bawang besar.Setelah itu masukkan jus limau,daun limau purut, dan bolehlah diangkat.
Oleh: Suhaimi Abdul Aziz
3. SUP KAKI LEMBU & TULANG
.
Bahan bahan:
1/2 kg tulang lembu ~ rebus dahulu hingga empuk
Kaki lembu yang telah direbus, dipotong kecil
2 sudu besar minyak masak
1 sudu besar minyak sapi
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 labu bawang besar – di hiris
1 peket kecil rempah sup – anggaran 2 sudu besar
Air rebusan tulang secukupnya
1 batang lobak merah ~ dadu
2 biji kentang ~ dadu
1 sudu kecil lada sulah
Garam secukup rasa
1 biji tomato – potong dadu
1 batang celery – hiris
Daun sup dan daun bawang ~ hiris
3-4 biji cili padi – hiris
2 biji limau nipis (diambil airnya)
Bawang goreng – tabur
Bahan Kisar:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 batang lobak merah
1 batang celery
1 batang leek
CARA MEMASAK : 1. Kisar bawang merah, bawang putih dan halia. Ketepikan. Kisar pula karot, batang celery dan leek. Ini bermakna ada 2 mangkuk bahan kisar berasingan yang perlu ditumis nanti.
2. Panaskan minyak sapi dan minyak masak dalam periuk. Tumiskan rempah tumis ( kulit kayu manis, bunga lawang, pelaga dan cengkih) dan bawang besar yang telah di hiris hingga harum dan garing.
3. Masukkan bahan kisar (bawang merah, bawang putih dan halia) dan tumis lagi hingga garing dan terbit minyak. Masukkan pula lobak merah, celery dan leek yang telah di kisar halus. Tumis lagi hingga garing.
4. Kemudian masukkan rempah sup. Tumis lagi hingga rempah garing. Jika terlalu pekat boleh masukkan sedikit air.
5. Bila semua dah garing masukkan tulang dan air rebusan tulang. Jika kurang boleh tambah lagi air biasa. Kacau sebentar dan biarkan ia merenih.
6. Jika gunakan tulang yang tak di rebus awal, masak hingga tulang empuk.
Mungkin proses memasak menjadi lebih lama kerana nak tunggu tulang empuk. Bila daging dah empuk, masukkan lada sulah dan garam secukup rasa.
7. Akhir sekali masukkan kentang dan lobak yang telah di dadu kecil. Bila kentang hampir empuk, masukkan juga kaki lembu yang telah dipotong kecil, daun sup, batang celery, cili padi dan bawang goreng. Tutup api dan sedia dihidangkan.
4. SUP TULANG SEDAP Oleh: Azie Kitchen
.
Bahan bahan: 1 kg tulang lembu ~ rebus dahulu hingga empuk 2 sudu besar minyak masak 1 sudu besar minyak sapi 1 batang kulit kayu manis 3 kuntum bunga lawang 5 kuntum bunga cengkih 3 biji buah pelaga 1 labu bawang besar – di hiris 1 peket kecil rempah sup – anggaran 2 sudu besar Air rebusan tulang secukupnya 1 batang lobak merah ~ dadu 2 biji kentang ~ dadu 1 sudu kecil lada sulah Garam secukup rasa 1 biji tomato – potong dadu 1 batang celery – hiris Daun sup dan daun bawang ~ hiris 3-4 biji cili padi – hiris Bawang goreng – tabur
Bahan Kisar: 5 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih 1 inci halia 1/2 batang lobak merah 1 batang celery 1 batang leek
CARA MEMASAK : 1, Kisar bawang merah, bawang putih dan halia. Ketepikan. Kisar pula karot, batang celery dan leek. Ini bermakna ada 2 mangkuk bahan kisar berasingan yang perlu ditumis nanti.
2. Panaskan minyak sapi dan minyak masak dalam periuk. Tumiskan rempah tumis ( kulit kayu manis, bunga lawang, pelaga dan cengkih) dan bawang besar yang telah di hiris hingga harum dan garing.
3.Masukkan bahan kisar (bawang merah, bawang putih dan halia) dan tumis lagi hingga garing dan terbit minyak. Masukkan pula lobak merah, celery dan leek yang telah di kisar halus. Tumis lagi hingga garing.
4.Kemudian masukkan rempah sup. Tumis lagi hingga rempah garing. Jika terlalu pekat boleh masukkan sedikit air.
5.Bila semua dah garing masukkan tulang dan air rebusan tulang. Jika kurang boleh tambah lagi air biasa. Kacau sebentar dan biarkan ia merenih.
6.Jika gunakan tulang yang tak direbus awal, masak hingga tulang empuk. Mungkin proses memasak menjadi lebih lama kerana nak tunggu tulang empuk. Semasa proses merebus ni akan keluar minyak, buih-buih dan sedikit kotoran. Sendukkan dan buangkan semua kotoran, buih-buih dan minyak di permukaan sup, ini adalah kotoran dari darah dan minyak dari lemak pada tulang. Bila daging dah empuk, masukkan lada sulah dan garam secukup rasa.
7. Akhir sekali masukkan kentang dan lobak yang telah di dadu kecil. Bila kentang hampir empuk, masukkan juga daun sup, batang celery, cili padi dan bawang goreng. Tutup api dan sedia di hidangkan dengan sambal kicap atau cili padi yang dihiris.
Mengikut perkongsian dari Rose Misymuchy resipi ini diberikan oleh ibu mertuanya yang biasa dimasak bila tiba hari raya. Kalau dah sedap tak payah tunggu raya, sekarang pun boleh masak. Sesuai jer dimakan bila-bila masa, cuma banyak sikit rencahnya. Nak makan sedap kenalah bersabar ya! Selamat mencuba.
RESIPI DAGING MASAK HITAM
BAHAN-BAHAN:
Daging (Lagi sedap kalau daging batang pinang)
*Jintan kasar
*Jintan halus
*Bunga lawang
*Kayu manis
*Buah pelaga
*Cili kering
BAHAN TUMIS:
Bawang merah
Bawang putih
Halia
CARA MEMASAK:
Sangai bahan * sampai bau harum.
Kemudian sangai dengan cili kering sedikit, ikut kepedasan masing-masing.
Kisar halus bahan-bahan yang disangai tu dan gaul dengan daging yang dah dibasuh. Kemudian perap dalam setengah jam.
Bahan tumis bawang merah, bawang putih dan halia hiris nipis.
Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan hiris, dah garing masukkn daging yang diperap tadi.
Sambil kacau masukkan kicap kipas udang, gula. Nak pekat tambah sikit kicap pekat. Kemudian masuk dalam preasure cooker lagi cepat empuk.
Masak sampai kering dan bersalut rempah dengan daging. Siap.
Nota: Boleh je gantikan dengan ayam yang dah di goreng kejap…tabur daun kari.
Kalau memang berjiwa ibu ni, dari malam sudah fikir apa menu sarapan yang disukai keluarga. Resipi cucur ni jarang kali tidak laku kalau dibuat. Gerenti berebut makan nanti. Cekodok pisang antara yang digemari. Macam mana nak buat cekodok yang rangup di luar, lembut di dalam, inilah caranya.
Cekodok Pisang Bahan-bahan: 10 biji pisang (macam dalam gambar di bawah. Kalau buah pisang yang besar kurang kan. Dilenyek dan ketepikan. 2 sudu besar planta 4 sudu besar gula pasir 1 sudu kecil soda bikarbonat-BELI ONLINE DI SINI 1 sudu kecil baking powder-BELI ONLINE DI SINI 1 sudu kecil garam 2 cawan lebih sikit tepung gandum-BELI ONLINE DI SINI
Cara buat: 1.Semua bahan di atas masukkan ke dalam bekas kecuali tepung gandum. 2.Gaul sebati jangan dikisar yer nanti tak sedap.
3.Kemudian masukkan tepung gandum. 4.Perap selama 1/2 jam.
5.Goreng dalam minyak yang panas api sederhana saja.