Sedapnya Pajeri Nanas. Kombinasi rasa rempah, wangi bau tumisan serta rasa masam manis nanas membuatkan sajian ini digemari ramai. Terdapat pelbagai versi Pajeri Nanas dan ada yang menggunakan santan. Tapi bagi saudari Mastura Burhanuddin, beliau berkongsi resipi Pajeri Nanas mudah yang tidak menggunakan santan namun kuahnya pekat elok dan pecah minyak dengan sempurna. Jom cuba resipi ni. Anda pasti sukakan rasanya.
RESEPI PAJERI NANAS TANPA SANTAN OLEH KAK MAS
Ads
BAHAN-BAHAN:
1 biji nanas – saiz terpulang dan jangan terlalu ranum 2 paket kecil rempah kari daging Babas – beli online disini Bawang merah saiz sederhana – dihiris / kisar halus 2 ulas bawang putih saiz kecil – dihiris / dikisar 1 potong halia – dihiris / dikisar 1 tangkai daun kari 2 sudu makan gula perang – boleh ubah bergantung pada selera masing-masing – beli online disini Garam secukupnya 1 paket kerisik saiz sederhana – beli online disini 1 sudu makan udang kering – direndam terlebih dahulu – beli online disini 2 sudu makan minyak masak Rempah empat sekawan
CARA MEMASAK: 1. Bersihkan nanas, potong ikut selera masing-masing. 2. Panaskan minyak dalam periuk n tumis halia, bawang merah, bawang putih, empat sekawan dan daun kari. 3. Tumis sampai naik bau, kemudian masukkan rempah kari daging yang telah dicampurkan dengan air. Biar rempah masak dan guna api sederhana. 4. Untuk dapatkan kuah yang cantik, saya buat step pecah minyak sampai tiga kali. *Maksudnya bila rempah pecah minyak kita tambahkan secawan air, ulang langkah yang sama sampai tiga kali. 5. Kemudian masukkan udang kering. 6. Masukkan kerisik, garam dan gula perang. Jumlahnya terpulang pada selera masing-masing. 7. Akhir sekali baru masukkan nanas. Biar mereneh dan nanas mesra dengan rempah.
8. Rasa kuah tu, mana yang kurang boleh tambah atau kurangkan. Diulang ikut selera masing-masing. 9. Bila semua sudah sempurna, boleh matikan api dan siap untuk dihidangkan.
INFO: Empunya resipi masak dengan api yang perlahan, jadi kalau nak masak untuk makan tengahari, dalam kul 10 pagi tu sudah boleh mula masak pajeri ni.
Sejam juga masa yang siambil, sebab nak pastikan rempah masak cantik. Harapnya resepi ini dapat membantu. Selamat mencuba. Doakan empunya resipi murah rezeki. Andai ada yang nak berniaga jual Pajeri Nanas, boleh cuba resipi ini.
Sayur makan panas-panas menang sedap, disebabkan sedap dihidangkan panas-panas, ini RASA kongsikan empat menu sayur yang ringkas tapi gerenti sedap. Ia boleh disediakan apabila anda dan keluaraga sudah sedia untuk menikmati hidangan makan tengahari atau malam sebab sayur ini boleh disediakan kurang dari 10 minit.
Senangkan, jom kita cuba,…
PAK CHOY BERSAMA FISH CAKE TUMIS SOS TIRAM
BAHAN-BAHAN:
2 pokok sawi Pak Choy | potong dua
2 batang fish cake | potong dua hiris memanjang
2 sudu makan sos tiram
1 biji cii merah | hiris memanjang halus
2 ulas bawang merah | hiris
2 ulas bawang putih | titik
Garam dan gula secukup rasa
2 sudu makan minyak
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumiskan bawang putih dan merah hingga wangi.
Masukkan hirisan fish cake, kacau seketika, masukkan Pak Choy, kacau rata tambahkan hirisan cili dan sos tiram.
Kacau rata dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Tutup api, sayur sedia dihidangkan.
TERUNG GORENG SAMBAL DAGING KISAR
BAHAN-BAHAN:
3 biji terung panjang
250 gm daging kisar
3 sudu makan pes cili kering
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos tomato
1/2 biji bawang besar | potong dadu
2 ulas bawang putih | cincang halus
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
Terung dipotong dua kemudian belah empat.
Panaskan minyak, goreng terung dan ketepikan.
Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
Tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
Masukkan pes cili kering, kacau rata hingga pecah minyak.
Tambahkan sos tomato dan daging kisar.
Setelah tumisan kering perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Akhir sekali masukkan terung, kacau rata agar terung sebati dengan tumisan daging kisar.
Tutup api dan sedia dihidangkan.
TUMIS KACANG PANJANG BERSAMA DAGING KISAR
BAHAN-BAHAN:
10 batang kacang panjang | potong 4cm
150gm daging kisar
1/2 biji bawang besar | hiris
2 ulas bawang putih | cincang halus
1 sudu makan sos tiram
3 biji cili padi | hiris
Sedikit hirisan cili benggala merah
Sedikit minyak masak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumiskan bawang besar, bawang putih dan cili padi hingga wangi.
Masukkan daging kisar, kacau rata hingga bertukar warna.
Seterusnya masukkan kacang panjang dan cili benggala, kacau hingga kacang layu.
Perasakan dengan sos tiram.
Setelah cukup rasa. Tutup api dan sedia dihidangkan.
TUMIS KACANG BOTOL BERSAMA DAGING
BAHAN-BAHAN:
6 batang kacang botol | hiris serong
150gm hirisan daging rebus
Sedikit hirisan cili Benggala Merah
1/2 biji bawang besar | hiris
2 ulas bawang putih | cincang halus
1 sudu makan sos tiram
Minyak masak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
Masukkan daging, kacau rata diikuti dengan kacang botol dan hirisan cili Benggala.
Ramai suka nasi goreng, dan nasi goreng itu sendiri pelbagai jenis. Dalam banyak-banyak jenis itu, mungkin Nasi Goreng Cili Kering yang dikongsikan ini, boleh membangkitkan selera bersahur anda seisi keluarga. Silap-silap bila jiran sebelah tercium bau pun teringin. Bagi anda yang ingin mencuba, ini resipinya. NASI GORENG CILI KERING BAHAN-BAHAN: Segenggam ikan bilis 6 ulas bawang putih 2 ulas bawang merah 10 tangkai cili kering | telah direbus) 2 biji telur Semangguk nasi Garam secukup rasa
CARA MEMBUAT:
Tumbuk kasar bawang putih, bawang merah, cili kering dan ikan bilis.
Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk hingga naik bau dan sedikit garing.
Kemudian masukkan telur. Gaul sebati hingga telur masak.
Masukkan nasi yang telah digembur-gembur. Gaul sebati.
Setiap minggu Aunty Aini dan Adam Didam berkongsi tiga resipi sedap, mudah dan senang dicuba oleh para penonton. Malah ianya dihasilkan mengikut cita rasa serta selera masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Pada episod ke 11 ini, kedua-dua pengacara ini sekali lagi berkongsi tiga hidangan terbaik yang boleh anda hasilkan buat keluarga tercinta.
Resipi Uncang Udang Bersama Sos Manis, Pasta Angelhair Sotong Bersama Herba dan Roti Epal Crumble adalah yang menjadi pilihan. Oleh itu jika anda tidak sempat nak tonton atau salin resipi-resipi tersebut dalam Rasa: Ketuhar Kuali episod ke 11, tidak mengapa…RASA kongsikan kembali resipi penuh kesemua hidangan yang Adam Didam dan Aunty Aini kongsikan ni. Nanti bolehlah cuba ya.
<<Klikdisiniuntuk resipi penuh RASA: Ketuhar Kuali Ep 10>>
1. UNCANG UDANG BERSAMA SOS MANIS
BAHAN-BAHAN:
Udang Cincang
Daging Ayam Cincang
1 Sudu Besar Serbuk Lada Hitam
5 Ulas Bawang Putih
3-5 Batang Akar Ketumbar
1 Sudu Besar Sos Soya Cair
1 Sudu Besar Sos Ikan
Kulit Popiah
Daun Bawang
1 Cawan Sos Manis Thai
3 Ulas Bawang Putih
1 Biji Cili Merah (Dicincang)
1 Sudu Besar Daun Ketumbar (Diracik)
CARA MEMASAK:
Campurkan isi udang dan isi ayam yang telah dikisar.
Masukkan sos ikan, kicap cair dan serbuk lada hitam, kemudian gaul rata.
Tumbuk akar ketumbar sehingga halus dan campurkan kedalam bahan mentah.
Isikan bahan mentah keatas kulit popiah dibahagian tengah.
Ikat uncang dengan menggunakan daun bawang yang telah dicelur.
Goreng uncang didalam minyak penuh yang telah panas sehingga kuning keemasan.
Untuk sos, campur sos manis Thai dengan bawang putih, cili dan daun ketumbar yang telah dicincang kesemuanya.
Siap untuk dihidang.
2. PASTA ANGELHAIR SOTONG BERSAMA HERBA
BAHAN-BAHAN:
1 Pek Pasta Angelhair
300g Sotong
1 Biji Bawang Besar
4 Ulas Bawang Putih
½ Pek Daun Basil
½ Pek Daun Oregano
Mentega
Minyak Zaitun
Garam
Serbuk Lada Hitam
Cheese Parmesan
Chilli Flakes
CARA MEMASAK:
Rebus pasta selama 8minit sehingga el dente.
Tumis minyak bersama mentega, masukkan bawang besar, bawang putih, dan chilli flakes.
Masukkan sotong dan perasakan dengan garam dan serbuk lada hitam.
Masukkan pasta yang telah direbus.
Potong daun basil dan masukkan ke dalam kuali bersama daun oregano.
Taburkan keju diatas hidangan setelah siap masak.
Siap untuk dihidang.
3. ROTI EPAL CRUMBLE
BAHAN-BAHAN:
50g Mentega
150g Tepung Serbaguna
40g Gula Perang
15g Mentega
Epal (dipotong dadu)
50g Gula Perang
½ Sudu Kecil Serbuk Kayu Manis
25g Cashew Nuts
25g Kranberi Kering
Roti
200g Mentega Cair
CARA MEMASAK:
Mesinkan tepung, gula perang dan mentega hingga berderai.
Masak epal dengan mentega dan gula perang sehingga lembut.
Apabila lembut, masukkan serbuk kayu manis, kranberi kering dan cashew nuts.
Potong roti menjadi bersaiz dadu kecil.
Gaul roti dengan mentega cair.
Dalam bekas pembakar, lapiskan lapisan pertama dengan roti.
Lapiskan lapisan kedua dengan epal yang siap dimasak.
Lapiskan lapisan ketiga dengan tepung berderai yang telah disiapkan.
Bakar pada suhu 180’C selama 15minit.
Siap untuk dihidang.
LINK RESIPI PENUH SETIAP EPISOD RASA: KETUHAR KUALI